Syukur ke hadrat Ilahi kita dapat menikmati Ramadan pada tahun 2023. Boleh disimpulkan banyak perkara yang terjadi sepanjang beberapa hari berlalu dalam bulan suci ini.
Bagi mereka yang berjauhan dari keluarga, sudah tentunya Ramadan kali ini pasti akan menjadi sukar sedikit. Tapi itu tidak bermakna anda menghiraukan tentang diri sendiri, ini ada beberapa perkara yang harus anda titikberatkan.
Berdikari adalah salah satu ciri seseorang itu mengorak langkah ke alam dewasa. Malah, ramai yang lupa untuk menjaga diri kerana sibuk mengejarkan kerjaya masing-masing.
#1. Kesihatan Badan
Sumber dari Canva
Menjelang Ramadan, ramai yang akan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri untuk berpuasa. Anda yang punyai beberapa masalah seperti gastrik atau sebagainya perlu lebih peka dengan kesihatan diri.
Ads
Bersendirian tidak bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan diri. Jadi ia amat penting untuk lihat kesihatan diri dan jangan terlalu ‘memaksa’ kalau tidak larat untuk melakukan sesuatu.
#2. Stok Makanan
Sumber dari Canva
Dalam bulan ini, stok makanan adalah sangat limit oleh kerana orang ramai yang setiap hari berpusu-pusu membeli barang pasar sebagai stok untuk berbuka dan sahur. Oleh dengan itu, anda perlu pastikan stok makanan mencukupi bagi setiap minggu supaya tidak menghadapi masalah ketiadaan makanan pada satu masa.
#3. Peralatan Beribadah
Sumber dari Canva
Peralatan beribadah seperti tasbih, sejadah, telekung mahupun kopiah amat penting untuk melengkapkan diri anda untuk beribadah. Selain dari itu, bawa juga pencuci muka atau barang-barang untuk menyucikan diri supaya anda boleh kekal fresh di mana-mana sekali pun.
Bila berpuasa anda pasti akan menghadapi masalah seperti was-was tentang sesuatu perkara yang dibuat ketika puasa. Maka anda perlu rajin melihat pada sumber-sumber yang sahih dari di ganggu perasaan risau di hati.
Ads
#5. Set Alarm!
Sumber dari Canva
Duduk bersendirian sudah tentu anda akan banyak terleka dan terlupa tentang masa. Set Alarm! Itu kunci untuk anda lebih peka dengan sekeliling, takut jua jika terlepas waktu sahur dan berbuka kerana leka bekerja seharian.
Dalam bulan Ramadan ini juga banyak dugaan yang bakal menimpa. Tatkala berpuasa ada sahaja ragam yang perlu kita lalui, jadi pastikan anda kuat mental dan fizikal bagi menempuhi apa-apa rintangan yang berlaku!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melabuhkan tirai Kuala Lumpur Fashion Week 2022 pada Ahad lalu, kemunculan semula pentas peragaan yang megah tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur, meraikan tahun ke-10 sebagai salah satu acara paling dinanti-nantikan di bandar ini. KLFW telah menampilkan lebih daripada 40 koleksi siap pakai pereka tempatan di pentas peragaan ini bermula 17 Ogos.
Menariknya lagi tetamu di kalangan pempengaruh mahu pun selebriti menjadi tumpuan dan bualan ramai. Pastinya apa yang ingin hijabista kongsikan gaya fesyen selebriti berhijab ketika menghadiri KLFW 2022. Jom lihat gaya yang mana terkesan di hati anda!
Sejak berhijrah selebriti ini, tetap menjaga pemakaian dan juga gaya hijab. Penampilannya di KLFW2022 pasti menarik tumpuan ramai, namun membuat ramai yang ternanti- nanti. Menggenakan busana Rizman Ruzaini serba hitam dengan suntikan warna merah jambu di lengan, Izara Berjaya membuat penonton terpesona.
Hadir menyaksikan koleksi Alia Bastaman, dia mengayakan sepasang baju dari pereka itu yang berwarna hijau zamrud, solekan yang menarik dan menyerlah, Izara tetap no 1 untuk gaya wanita muslimah.
Setiap pertunjukkan tidak pernah hadir seorang diri, dua adik-beradik ini cukup secucuk dalam berfesyen. Setiap padangan akan tertumpu pada Ummi Nazierah dan abangnya. Tampak bergaya dan stailo, Ummi tampil berani dengan setiap helaian rekaan tempatan. Gaya yang mana terkesan di hati anda?
Lain dari yang lain, ada yang kata gayanya sentiasa unik. Aina Abdul tarik perhatian dengan padanan gaya di pentas nyanyian malah seperti yang dijangka kehadirannya pasti yang pelik dan unik buat Aina Abdul.
Figura ini jika dikenali dengan lebih dekat, pakaian hariannya lebih ringkas dari pakaian yang menuntutnya berlebihan sedikit ketika berkerja. Ya! Ini pentas KLFW, gaya pastinya A++. Busana serba hitam yang unik dari pereka tempatan Kelwan atas jenama Behati, Aina curi tumpuan ramai apabila tiba di perkarangan Pavillion KL.
2022 tahun kembali, ibu kepada 4 anak ini tak lepaskan peluang bergaya sakan. Mungkin ramai tertanya-tanya di mana Vivy Yusof pada tahun sebelumnya. She back! Tampil memberi sokongan pada pereka-pereka tempatan, gayanya ringkas dan pastinya dia pandai berwarna dengan warna. Good job sis!
Gadis tinggi lampai ini, kelihatan ringkas dengan busana Rizman Ruzaini, pilihan warna kelabu dan hijab biru kusam cukup menyerlah dengan aksesori yang serba ringkas.
Walaupun sibuk dengan pengambaran drama bersiri, Nabila Razali tetap hadir memberi sokongan. Lain pula tahun ini, pilihan busana yang tidak berapa menyerlah tapi cukup untuk tarik perhatian ramai dengan padanan rona warna.
Baru sahaja pulang mengerjakan ibadah haji, Nellydiasenrose hadir ditemani suami bagi menyaksikan koleksi baharu Rizman Ruzaini diperagaankan di pentas KLFW. Hitam dan putih tampak molek dengannya, namun hadir malam terakhir untuk menyaksikan koleksi MIMPIKITA, Nelly tampak ayu dengan rona pastel.
Ramai juga tak sangka penyampai berita ini yang mirip muka Neelofa, tak kalah jika bergaya. Hawa Rizwana, si gadis genit ini ayu dengan pilihan sut rona putih.
Ahhhh tetap manis! Padanan yang bergaya, Hanis tidak perlu berlebihan. Ketinggiannya tiket persis model yang memperagakan koleksi-koleksi baharu pereka tempatan. Hanis hadir malam terakhir dengan mngayakan busana MIMPIKITA.
Terpaling unik! Kemunculan khas pengasas produk kecantikan tempatan, ukan untuk menyaksikan pentas peragaan malah kemunculannya tarik perhatian umum. Dato Sri Vida mengayakan busana unuik Behati di pentas peragaan ramai yang terpaku. Unik bukan!
Sejak penubuhan KLFW pada 2013, telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan untuk menyatukan, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka tempatan. Dibina berdasarkan konsep Malaysia untuk dunia, KLFW telah membantu ramai pereka muda Malaysia menceburi industri fesyen global sambil memupuk rangkaian individu yang maju dalam fesyen sepanjang tahun.
Sama ada ia sedia untuk dipakai, avant-garde, couture atau athleisure, KLFW telah memantapkan dirinya sebagai kemuncak fesyen di Malaysia dengan mempamerkan setiap gaya, trend dan persembahan keterlaluan di pentas peragaannya di Pavilion Kuala Lumpur, rakan usaha sama yang penting dalam industri fesyen.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ella satu nama yang tidak asing lagi hingga mendapat jolokan Ratu Rock. Menjayakan sebuah konsert di malam pembukaan berkonsepkan unplugged ini ternyata memberi kelainan pada pengikut setia buat penyanyi yang hampir dua dekad berada dalam industri muzik.
Namun kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsert berkonsepkan akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella. Konsert ini dihadiri tetamu kehormat Baginda Permaisuri Nur Zahirah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ibu Ella sendiri dan kedua ibu bapa mertua.
Ratu Rock kesayangan ramai ini membuat persembahannya dengan memberi 200% tenaga seperti dalam konsert-konsertnya yang lalu. Aksi lincah dan bersahaja memang menambat hati peminat untuk tidak berganjak dari tempat duduk.
Dalam dalam sidang media sejurus lepas habis konsert, Ella ditanya soal batas dan pengerakannya dalam menyanyikan lagu-lagu rancak walhal sudah bertudung. Adakah ianya menjadi penghalang untuk memberi satu persembahan yang energetik?
Ternyata Ella menjawab dengan tenang dan sudah pasti dia membuat beberapa kajian luar sebelum memberikan persembahan terbaik. Bagi Ella berhijab bukan penghalang untuk dia memberikan yang terbaik pada penonton yang datang ke Istana Budaya.
Patut juga diberi kepujian dari segi pemilihan baju dari pereka-pereka terkenal seperti Ezzati, Syomir & Kit. Pada persembahan pembukaan Ella menyarung dress hitam dengan diikuti baju kedua yang diberi sentuhan tradisional sesuai dengan segmen kedua dan persalinan ketiga pula mendapat suntikan rock n roll yang sinonim dengan ratu rock negara ini.
Konsert akustik ini diberi 3 segmen yang berbeza di mana membabitkan segmen peace, love dan rindu. Satu kejutan yang akhirnya memberi satu impak baik di mana pihak pengurusan mewujudkan segmen khas untuk konsert kali ini. Segmen pertama peace mewakili lagu unplugged, love mewakili lagu-lagu asli dan rindu lagu-lagu rock Ella.
Konsert ini tampil berbeza lagi apabila Ella sendiri mendendangkan lagu-lagu asli dan diiringi dengan penari-penari cilik dari PERMATA. Mungkin lagu-lagu seperti Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Permata Pemotong Permata sudah biasa menjadi siulan peminatnya namun ramai yang tak sedar lirik lagu seperti Sujud membawa kita dekat kepadaNya. Ia juga berunsur kerohanian dan di dalam album terkini peace, love dan rindu lebih menceritakan tentang keamanan.
Konsert kali ini dianjurkan oleh PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC. Konsert yang berlansung selama tiga hari bermula semalam 29,30 dan 3i di Istana Budaya. Konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dengan ASWARA di mana pihak ASWARA telah diberi peluang bekerjasama dengan PROJEK ELLA melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Reapply makeup selepas wuduk dengan mudah menggunakan 7 langkah praktikal untuk memastikan wajah kekal segar, natural dan berseri sepanjang hari tanpa perlu bersolek semula dari awal.