‘Setiap Kali Khatam Mesti Teringin Khatam Al Quran Pemberian Suami’- Fouziah Gous Syukur Doa Termakbul

Share

Baru-baru ini, selebriti terkenal iaitu Datin Fouziah Gous bersama suami, Datuk Zhafran Md Yusof telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelapan.

Bahagia menjadi isteri di sisi suami tercinta, Fouziah berasa begitu teruja dan bersyukur apabila menerima senaskhah Al-Quran daripada suaminya sebagai hadiah. Ini kerana beliau sudah lama mengimpikan untuk khatam bacaan Al-Quran hasil pemberian daripada suami tersayang.

Sangat istimewa untuk saya…

This is really special to me @zhafyusof😭.. happy tak terkata. Sejujurnya deep inside me, i nakkkk sangat hadiah Al Quran dari you. Selalu baca Al Quran hadiah dari orang lain.

Setiap kali khatam mesti teringin nak khatam Al Quran pemberian suami and finally this year i dapat apa yang i nak. Walaupun I tak bagi tahu apa yg terdetik dalam hati tapi u seolah olah memahami. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ ! Tak sabar nak khatam

😍

Thank you sayang.. bukan i tak appreciate gift lain tapi yang ini i nak simpan disini buat kenangan. Sebab i betul2 tersentuh hati dan happpppppyyyyy sangat🥰❤️

Alhamdulillah, moga tercapai lagi hasrat Fouziah untuk khatam bacaan Al-Quran lagi. Didoakan agar pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan selamanya. InsyaAllah.

IKLAN