Semua orang nak cantik sampailah terciptanya benda-benda palsu untuk kelihatan lagi lebih cantik dan jelita. Trend sekarang macam-macam ada, dari pendakap gigi palsu, kanta pelekap palsu kini ada pula lesung pipi palsu! Bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan.
Trend yang menular di negara jiran Thailand itu dikatakan menjadi kegilaan remaja di sana untuk memberikan ilusi seolah-olah mempunyai lesung pipi dengan menindik berlian dan perak ke pipi yang dikatakan boleh mencantikkan lagi wajah, betul ke?
Bagi yang ingin tahu bagaimana proses menebuk pipi dilakukan, ia lebih kurang sama seperti menindik telinga. Anda perlu kumur dengan pencuci mulut dahulu untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut.
Ads
Kemudian barulah pipi akan dikebaskan untuk mengurangkan kesakitan. Selepas itu, penindik akan terus menindik pipi anda. Seram bukan? Macam sakit sangat.
Ads
Trend ini memang menjadi kegilaan remaja di Thailand, diharap tidak menular sampai ke Malaysia. Amalan bertindik sehingga merisikokan kesihatan adalah haram, malah bukan cantik pun!
Ads
Semata-mata untuk mencipta ilusi pipi berlesung pipit. Mereka sanggup melubangkan pipi hanya untuk kelihatan lebih ‘sweet’ tanpa memikirkan kesan sampingannya!
Kini, masing-masing memiliki kehidupan selesa termasuk bisnes yang dilakukan bersama iaitu Kekasih by The Melvins.
Untuk info, bapa mereka berketurunan Jepun manakala ibu berketurunan Melayu. Patutlah anak-anak cantik semuanya!
Menjengah ke akaun Instagram Syatilla, baru-baru ini dia ada memuat naik satu hantaran di mana dia menitipkan pesanan buat kaum wanita bahawa pentingnya memiliki kulit yang sihat dan bersih.
“Kenapa perempuan mesti ada kulit sihat dan bersih? Bukan sempurna tau tapi sihat dan bersih.
“Pendapat Tilla, mesti! Salah 1 Sebab adalah, tak perlu lagi kita makeup hari-hari bila keluaq.
“dan everytime nak solat kita struggle berlawan dengan diri sendiri nak remove makeup kadang lagi sayang makeup dari nak ambik wuduk.”
Kenali Adik Beradik Syatilla Melvin: –
Kakak sulung kepada Syatilla iaitu Datin Seri Syafiqa Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33, merupakan juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua.
Datin Seri Syafiqa berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada Julai 2012. Namun, suaminya meninggal dunia pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia 10 dan 7 tahun.
Syatilla Melvin, 32, atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin merupakan pelakon, model dan usahawan.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna. Syatilla dan Shaheizy Sam dikurniakan tiga orang anak.
Manakala Syifa Melvin atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan.
Kariernya bermula sebagai seorang instafamous solekan. Pada 28 November 2022, Syifa sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid.
Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin atau Syida Melvin, 26, pula merupakan seorang pelakon dan model.
Syifa kini merupakan ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada usahawan, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen. Suaminya merupakan anak kepada usahawan tersohor yang juga Iron Lady Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Melveena Melvin pula merupakan anak bongsu dalam keluarga dan paling jarang muncul bersama kakak-kakaknya di media sosial.
Dalam adik beradik, Melveena satu-satunya yang kelihatan seperti Chinese look dan berkulit paling cerah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Disebabkan gangguan internet, seorang pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi,20, terpaksa mendaki lebih 20meter ke atas bukit bagi menjalani peperiksaannya yang dijalankan secara atas talian di Kampung Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan.
Faham dengan keadaannya, bapanya, Mohd Azmi Ahmad,48, telah membina khemah untuknya di atas bukit tersebut bagi memudahkannya menjawab peperiksaan serta mengulang kaji pelajaran.
Bukan hanya perlu mendaki dengan keadaan persekitaran yang becak, pelajar tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga berdepan dengan gangguan nyamuk dan pacat malah kadang-kala terdapat ular yang meyusur di kawasan sekitarnya.
Biarpun sukar, namun Nurlieda merasakan keadaan itu adalah lebih baik daripada belajar di rumahnya tanpa kemudahan internet demi masa depannya meskipun terkena tempiasnya setiap kali hujan.
Katanya kepada Sinar Harian, antara barang wajib yang perlu dibawa ke atas bukit ialah komputer riba, modem WiFi, nota, tripod dan juga ubat nyamuk serta kipas.
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Setiap kali peperiksaan, Nurlieda pasti akan bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” jelasnya.
Menurut bapanya, Mohd Azmi, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar juga turut melalui masalah yang sama.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Tambahnya, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Oleh itu, dia mengharapkan masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.