Baru-baru ini selebriti Indonesia Richa Novisha dan suaminya, aktor Gary Iskak diundang sebagai tetamu jemputan di sebuah program bual bicara ‘Pagi Pagi Ambyar’ untuk berkongsi perjalanan kerohanian mereka.
Pada kesempatan itu, Richa Novisha mendedahkan dia mendapat bimbingan selepas menghadiri majlis agama bersama rakan-rakannya.
“Ini jalan Allah, ya. Tiba-tiba kawan saya ajak belajar, saya mengandung anak kedua. Lepas tu tak tahu nak pakai baju apa, cuma beli dua tudung,” kata Richa Novisha yang kini berusia 38 tahun.
Tambah isteri kedua Gary Iskak, saudara maranya sering memuji penampilannya berhijab.
“Selepas pulang dari belajar (agama), kawan saya kata, ‘Awak nak sambung pakai tudung ke?”
Ads
Selepas kerap dipuji oleh saudara mara, Richa Novisha mengaku keliru sehingga tidak dapat tidur lena. Dia akhirnya memilih untuk menetapkan dirinya memakai tudung.
Biarpun pada mulanya sekadar mencuba, Richa Novisha mengakui berasa selesa ketika berhijab.
“Kemudian saya tidak boleh tidur semalaman, (berfikir) sambung atau tidak. Ya, Bismillah, akhirnya saya diberi keselesaan, memang bagus,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
SUKA YANG RINGKAS
Lapan tahun berhijab, pemilihan warna pakaian Richa Novisha turut berubah. Dia mengakui kini lebih gemar memakai pakaian ringkas dengan warna-warna sejuk.
Semua sudah maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autism. Dia juga rajin muat turut gambar dan posting berkongsi pengalaman menjaga kedua anaknya ini, Azil dan Azal. Namun satu posting video yang dimuat turut semalam mengundang rasa sedih di hati netizen. Video ini turut mendapat lebih 1 juta tontonan di laman sosial instagram.
Posting yang dimuat turun tanpa caption panjang sekadar perkataan ‘Azil’ meraih simpati netizen yang turut terkesan dengan melihat video berkenaan.
Situasi dalam kereta menunjukan Azil yang hanya berseluar pendek menangis sambil mengesat mata dengan bajunya beserta perlakuan tanganya seperti melukis tanpa diketahui sebab.
Dia juga turut menggaru kepalanya dan tiada kata-kata yang diluahkan dalam vdeo berkenaan, sekadar sendu tangisannya yang kedengaran.
Tiada kata-kata diluahkan oleh Azil mahuun Zarina. Bukan sahaja Azil yang menangis, Malah Zarina yang duduk di kerusi depan juga turut menangis dan mengelap matanya dengan tisu.
Ternyata perlakuan ini memang mengundang simpati netizen. Malah ruangan komen juga turut mendapat respon daripada follower selebriti ini. Menerima hampir 5 ribu komen termasuk rakan-rakan artis.
Masing-masing terharu dengan ketabahan Zarina menjaga anak autism ini dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.
@dilaabl@zarinazainuddin_salam puan..selalu tgk vid2 puan dgn anak2..tp harini br sy terpangil tuk memberi komen..tiada lain yg dpt sy katakn hny sy doakn pn tetap dan trs tabah tu menghadapi hari2 mendatang selagi hayat dikandung bdn..secare jujur memang bkn semua org boleh jd setabah pn tuk menjaga anak2 yg dikategorikn sbg anak2 istimewa..tp trnyata diantara ramai yg diduga pn antara yg plg tabah menangani mereka..seberat2 mata yg menatap kisah pn berat lagi bahu pn yg mngalas dugaan..tp ternyata allah swt tidak menduga pn klu pn bkn org yg berhati kental yg boleh melalui tiap ujian yg allah swt sudah tetapkn..mg sgl urusan pn dpermudahkn dan mg allah swt je la yg dpt memberi sebaik2 ganjaran buat puan..amin
@lilprincesswa21 Di Syurga kelak dialah jejaka yang sempurna yang tak tergambar kesempurnaannya,di dunia ni hanya sementara,pasti tgnnya akan menarik ibunya bersama-sama ♥️@zarinazainuddin_
@iamfairuzz Sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yg kuat mengalahkan panglima perang.. Stay strong @zarinazainuddin_rasa mcm hiris bawang pulak dh
@nani.zainDear God…. pls give Kaka kesabaran dan kekuatan untuk menjaga anak2 nya… Dear God pls give kaka semangat agar setiap Hari-Hari nya dpt ditempuh dengan ketenangan… Dear God.. sungguhnya engkau lah pencipta Yg terbaik buat kmi semua.. Akak @zarinazainuddin_Kak memang KUAT!! Ter Haru dan tersentuh hati adik tengok Kak.. sesunggunya.. anak2 kita adalah ahli syurga… akak kuat… akak kuat! Love and hugs dari seorg ibu kepada seorg ibu… love from brunei
@novadedekSabar ya Kak @zarinazainuddin_Allah selalu menyertai umat nya yg selalu bersabar..Allah akan menempatkan kakak dalam posisi tertinggi dihadapannya. Karna kakak adalah ibu yg paling sempurna dan ibu yg paling sabar…selalu kuat ya Kak..
@nesaradiyah_25Coba ibu bacakan di air satu gelas surat al ikhlas 10x setiap pagi bangun tidur dn mau tidur..in shaa alloh semoga ada jalan kebaikan dn kesembuhan
Ramai yang sedia maklum betapa besar pengorbanan Zarina yang setia menjaga anak-anak autism yang dikesan sejak usia mereka 3 tahun lagi. Azil menghidap hyper austism, manakala Azal pula adalah mild autism.
Dia memang sering berkongsi pengalaman menjaga anak-anak austim ini di laman sosial, tetapi video kali ini begitu menyentuh perasaan.
Sebelum itu Azil juga dikatakan mengamuk kerana Zarina menegur sikapnya yang mandi hingga habis basah kawasan sekitarnya. Walaupun bukan berniat untuk marah, tetapi teguran itu menyebabkan Azil berkecil hati.
Kek dan kuih raya adalah antara makanan ringan yang wajib dihidangkan pada hari raya. Namun, makanan ringan ini sering dielakkan kerana ia sinonim dengan kalori yang tinggi.
Terutama bagi anda yang sedang berdiet, pengambilan makanan bersama diet anda menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Membakar kek rendah kalori sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kami telah meringkaskan beberapa resipi kuih diet rendah kalori sesuai untuk menu hari raya dan dihidangkan kepada tetamu.
Bahan-bahan:
Cara Membuat :
1.Panaskan ketuhar hingga 170°C. Griskan dulang pembakar dengan marjerin dan alas dengan kertas parchment sementara anda menunggu.
2.Letakkan tepung gandum, baking soda, serbuk penaik, dan garam dalam mangkuk
3.Dalam mangkuk lain, satukan madu, ekstrak lemon, jus lemon, yogurt, putih telur dan susu badam dengan pengisar.
4.Masukkan bancuhan tepung kacau dan ratakan.
5.Campurkan minyak kelapa ke dalam adunan, kemudian kacau lagi sehingga sekata
6.Tuang adunan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Taburkan strawberi di atas dan kemudian tekan perlahan ke dalam adunan.
7.Masak dalam ketuhar selama kira-kira setengah jam.
8.Lemon Strawberry Tart sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan:
Cara Membuat :
1.Tumbuk pisang menggunakan garpu sampai halus
2.Pukul putih telur dan pemanis dengan mixer sehingga larut dan sedikit berbuih.
3.Tanpa mematikan pengadun, masukkan oat gulung dan soda penaik secara beransur-ansur
4.Akhir sekali, campurkan pisang raja ke dalam adunan dan masukkan minyak
5.Gaul dengan pengadun sehingga sekata.
6.Tuang ke dalam cawan muffin
7.Kukus atau masukkan ke dalam ketuhar untuk bekas muffin dan bakar selama kira-kira setengah jam
Ini adalah siri kek diet rendah kalori yang boleh disediakan sebelum hari raya. Ciptaan kek diet sihat ini boleh dihidangkan kepada rakan atau keluarga yang berkunjung ke rumah anda tau. Saya harap ia boleh menjadi inspirasi anda, ok!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan kes polio pertama setelah Malaysia diisytiharkan bebas polio.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacitanya telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.
Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina.
Pastinya ramai di antara kita yang tertanya-tanya apa sebenarnya wabak polio itu. Untuk penerangan yang mudah, mari kita ikuti thread oleh Dr. Aen di twitter ini.
Takutnya bila membaca penerangan daripada doktor ini. Moga kita semua dijauhkan daripadanya. Hijabi jangan lupa amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan. Paling penting, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan tidak kira di mana kita berada. Take care ladies!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.