Mahu kejar syurga di akhirat nanti, pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ingin kumpul pahala dengan membuka pusat tahfiz suatu hari nanti.
Kini dalam perancangan, Wawa, 29, berkata, ia merupakan satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan mereka membina masjid sebelum ini tercapai.
“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.
Ads
Wawa juga berharap apa yang dilakukan mereka ini mendapat keberkatan daripadaNya.
“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa rancangan membina masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor bakal dimulakan pada bulan Disember ini.
Ads
“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.
Ads
Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” ujar pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.
Ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apabila telah tiba saatnya, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. Kita harus bersedia kerana bila-bila masa sahaja Allah akan menjmeput kita ‘pulang’ ke alam yang abadi.
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan. Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.
Sudah biasa kita mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’.
Tapi ternyata, panggilan ‘Abi’ dan ‘Ummi’ itu sebenarnya diharamkan dalam Islam. Maksud dan tujuan sebenarnya baik, tetapi jika asal pakai tanpa mengetahui erti dan asal usulnya maka akan menjadikan ini haram.
Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juz 3/195, dijelaskan tentang hal memanggil pasangan “Dan dibenci memanggil salah satu di antara pasangan suami istri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti istri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil istrinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).”
Ada baiknya jika belum memiliki panggilan sayang, jangan digunakan panggilan tersebut. Namun jika sudah terlanjur, ada baiknya untuk menggantinya. Perlahan-lahan pasti akan terbiasa walaupun awalnya tidak.
Memang masih banyak yang memakai panggilan pasangan seperti ini, terutama di rumah keluarga islam. Ini kerana kita sudah tahu, sebaiknya hindari panggilan sayang seperti ini.
SUMBER: airsoya.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mendapatkan pekerjaan saat ini bukanlah perkara yang mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat. Apatah lagi semasa PKP ramai yang mengalami tiada kerja dan digantung kerja. Bukan sahaja rakyat Malaysia terasa bahang ekonomi yang tidak stabil malah satu dunia. Justeru ramai juga yang masih mencari kerja bagi melangsungkan kehidupan.
Masih ramai graduan yang menjadi penganggur akibat belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Walau bergelar lepasan universiti dengan segulung ijazah namun belum tentu dapat menjamin pekerjaan dengan cepat untuk masa depan. Kerana itu, bila dah dapat peluang untuk interview kerja jangan sesekali disia-siakan peluang tersebut.
Selain daripada berusaha memohon pekerjaan di sana sini, janganlah lupa yang rezeki dalam pekerjaan ini juga ada kaitan dengan Allah SWT. Allah suka mendengar rintihan hambaNya dan Dia-lah juga tempat kita bergantung harapan. Maka apa salahnya jika turut berdoa agar dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan.
Terdpat juga amalan doa mendapatkan pekerjaan yang boleh diamalkan. Doa ini sangat baik dipraktik oleh golongan ‘job hunting’. Manalah tahu asbab dengan doa yang dibaca kerja tersebut berjaya diperolehi.
Inilah dia 3 (TIGA) amalan doa yang anda boleh dibaca dan amalkan sebelum anda pergi ke mana-mana temuduga kerja. Doa-doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya. Tiga doa mudah dapat kerja tersebut adalah;
Bacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya.
Doa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.
Banyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga dibuka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya.
Doa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.
Selain daripada bacaan doa tadi, anda juga harus menitikberatkan soal penampilan dan persediaan diri. Ini bagi memastikan anda lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Tip ringkas yang boleh anda praktikkan untuk berdepan dengan penemuduga anda.
Tahniah kerana berjaya mendapat panggilan untuk temuduga kerja. Jaga-jaga, jangan pergi temuduga tanpa persediaan yang cukup! Persiapkan diri juga penting kerana ia boleh menjadi salah satu faktor untuk anda diterima berkerja.
1. Kemaskan Penampilan Diri Sendiri
Setelah mendapat panggilan untuk pergi temuduga kerja, perkara nombor satu anda perlu buat adalah kemaskan penampilan diri. Rambut yang panjang eloklah di potong kemas bagi si lelaki. Misai dan janggut juga elok dirapikan supaya diri anda nampak lebih segak dan sedap mata memandang. Barulah si penemuduga juga berasa lapang dada saat bertentang mata dengan anda nanti.
2. Berpakaian Kemas Mengikut Etika Yang Sesuai Dan Betul
Setelah siap merapikan diri kini soal berpakaian pula. Ciri-ciri ini sangat penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan di lihat dalam temuduga tersebut. Bila anda berpakaian kemas begini ia turut dapat memberi gambaran kepada personaliti diri anda untuk penilaian yang baik termasuk soal disiplin dalam berkerja.
3. Sediakan Resume Yang Lengkap
Banyak yang sambil lewa tentang resume sedangkan resume itu sangat penting sebagai pengenalan diri anda. Resume yang kemas dan lengkap sangat penting dalam temuduga dan jangan lupa untuk turut kepilkan bersama sekeping gambar diri sendiri bersaiz pasport yang terkini.
4. Baca Maklumat Profil Syarikat / Bakal Majikan Tersebut
Jangan lupa juga untuk turut membaca profil syarikat yang bakal anda pergi temuduga itu. Ini bagi memastikan anda mempunyai info yang cukup dan ini semua boleh digunapakai semasa sedang melalui proses temuduga tersebut. Jawapan yang tepat sesuai dengan situasi syarikat tersebut pastinya dapat membuat si penemuduga berasa lebih yakin dengan jawapan yang di beri.
5. Jadi Diri Sendiri Dengan Tampilkan Kelebihan Peribadi
Pekara pertama jadilah diri sendiri semasa temuduga, jawab soalan dengan penuh keyakinan dan bersedia, jadilah diri anda dan tidak perlu berpura-pura.
6 . Jawab Soalan Dengan Tenang Dan Yakin
Semasa menjawab soalan ketika temuduga, jangan sesekali kelam kabut dan gopoh. Fokuskan minda untuk dengar dengan jelas soalan yang di tanya dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Setelah itu jawablah dalam ayat yang tersusun dengan suara yang jelas dan terkawal.
7. Minta Restu Dan Doa Dari Ibubapa Dan Pasangan
Tak lupa juga, dapatkan restu dan doa dari ibu bapa serta pasangan. Ingatlah yang doa seorang ibu itu tiada hijab. Apapun anda perlu terus usaha dan janganlah pernah berputus asa. Banyak peluang kerja di luar sana cuma mungkin belum menjadi rezeki anda.
Jangan Terlalu Memilih Kerja Dan Semoga Rezeki Menyebelahi
Perlu percaya yang satu hari nanti anda akan dapat kerja yang baik kerana rezeki itu milik Allah SWT. Mintalah dariNya dengan penuh rasa rendah diri dan jangan pernah berhenti berdoa.
Semoga dengan perkongsian 3 doa mudah dapat kerja dalam artikel ini, anda akan dapat kerja yang diidam-idamkan. Semoga juga anda dapat kerja dari bos yang baik berserta dengan rakan-rakan kerja yang baik juga.
Jadi juga terlampau memilih kerja dan bersyukurlah dengan apa saja peluang kerja yang datang. Anda juga boleh menimba pengalaman baru dan jangan pula terlalu kuat berkerja sehingga orang kesayangan merasa terabai. Apapun, semoga anda berjaya dalam temuduga nanti. Aamiin.
SUMBER: Bidadary.my
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.