Diam-diam ubi berisi, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick,27, kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu, projek itu menelan kos kira-kira RM6 juta dan dia memilih lokasi tersebut kerana di situlah tempatnya membesar.
“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim.
“Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.
Ads
“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000meter persegi dan tambak tanah.
“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Ads
Tambah Janna, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun sebaik sahaja sasaran kutipan dapat dicapai.
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan.
“Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.
Ads
Alhamdulillah, memang murni sungguh hasrat Janna ini. Moga niat sucinya ini dipermudahkan Yang Maha Esa dan dapat mengumpul dana yang diperlukan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Kongsi gambar terkini buat ramai orang terkejut dengan seri wajah Jihan Muse yang sedang sarat mengandung. Hos dan pelawak yang cukup terkenal itu telah berkongsi dengan orang ramai mengenai keadaannya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Namun, Jihan juga ‘repost’ ucapan dari beberapa orang yang telah mengucapkan tahniah kepadanya yang menunjukkan dia telah selamat bersalin anak keduanya bersama pasangan, Ungku Hariz. Kegembiraan menimang cahaya mata baru dalam keluarga Jihan dan Ungku Hariz dapat di rasai oleh semua.
Apabila Jihan Muse, atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa, 39, berkongsi di laman instagram miliknya mengenai keadaanya sekarang membuatkan ramai peminatnya terkejut. Pelawak dan hos terkenal itu menunjukkan bahawa dia berada di hospital kerana bakal bersalin anak kedua pada bila-bila masa ketika itu.
Menurutnya, ketika itu dia sudah berada di hospital bagi menantikan detik-detik gentir kerana tidak lama lagi bakal menyambut kelahiran anak mereka yang kedua. Kandungannya juga telah mencecah usia sembilan bulan.
“Assalammualaikum, kita sudah check in. Tunggu doktor datang. Beginilah keadaan, genap sembilan bulan 10 hari,” kata Jihan melalui Insta Stories pada Isnin lepas.
Hos dan pelakon itu juga telah membuat satu perkongsian sebelum ini memaklumkan dia sudah pun melakukan pemeriksaan terakhir kandungannya ketika 2 September yang lalu. Dia menyatakan perasaannya yang agak mendebarkan untuk menantikan kelahiran anaknya yang kedua itu.
Di ruangan Instagram miliknya, Jihan repost beberapa posting story daripada kenalannya yang menunjukkan bahawa dia sudah selamat melahirkan anak yang kedua. Keadaan ini menjadi tanda misteri adakah betul berita tersebut.
Perkongsian dari Instgram StoryAvisena, mereka menunjukkan keadaan Jihan yang sedang menantikan saat-saat untuk melahirkan anak bersama sang suami di sisinya. Jelas terlihat di wajah Ungku Hariz kegembiraan untuk menimang cahaya mata yang kedua.
Malah, Jihan juga turut repost posting melalui kenalannya yang menunjukkan tanda-tanda dia sudah pun selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. Dua posting tersebut telah di buat oleh adik angkatnya, Syaheera Rahman, dan juga pemilik akaun @bidan_feeishak.
Melalui posting story Syaheera Rahman, isteri kepada Fad Bocey, itu menyatakan bahawa anak sulung Jihan dan Ungku Hariz, Ungku Arsalan, bakal mendapat peneman baru selepas ini. Kami dari team Hijabista ingin mengucapkan dan mendoakan yang terbaik kepada Jihan dan Suami, semoga Allah swt akan memudahkan segala urusan kedua pasangan ini.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.