Jika anda lihat trend di media sosial kini, semakin ramai pempengaruh media sosial yang gemar melakukan ‘mukbang’ iaitu sebuah video memaparkan seorang individu yang makan dalam kuantiti banyak dengan lahapnya.
Malah, ada yang tampil memberikan kelainan dengan menikmati makanan laut (Seafood) secara mentah ataupun hidup kerana ingin menikmati kesegaran yang ditawarkan bagi hidangan seafood mentah ini.
Tetapi tahukah hijabi apakah hukum sekiranya seorang muslim menikmati hidangan yang tidak dimasak ini? Adalah tidak digalakkan dalam agama Islam, jika umatnya mengikuti trend secara ‘membabi buta’ sebaliknya setiap satunya perlu diperhalusi mengikut panduan agama.
Islam mewajibkan penganutnya agar memilih makanan dari sumber yang halal, kerana makanan yang halal ini sudah pasti baik dan terjamin kebersihannya..
Menurut hukum syarak, makanan halal seharusnya bersifat suci dari segi zat, datang dari sumber yang bersih, tidak memudaratkan tubuh badan dan memberi manfaat khususnya terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Justeru itu, Islam melarang umatnya memakan makanan yang masih hidup atau belum dimasak. Contohnya seperti tiram, fillet Salmon, anak udang hidup, sotong hidup dan sebagainya.
Ini demikian kerana, Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu,” [Surah al-Baqarah, ayat 168]
Malah, asbab firman yang diturunkan ini, terdapatnya beberapa perbahasan untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang firman yang diturunkan oleh Allah ini.
Jadi sebelum hijabi terjebak untuk mencuba trend-trend mukbang yang sering dimuatnaik di laman sosial ini, apa kata sis semak dahulu hukumnya menurut sudut pandang Islam.
‘Makruh’ Makan Makanan Laut Hidup-Hidup!
Umum sedia maklum, bahawa makanan laut adalah makanan yang sememangnya halal untuk dimakan oleh umat Islam sekiranya makanan itu tidak memberikan mudarat kepada manusia, seperti yang termaktub dalam firman Allah menerusi surah Al-Maidah dalam Al-Quran.
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut,” (Surah Al-Maidah, ayat 96)
Perkara sama juga telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya,” (Hadith Riwayat Ahmad, 7233)
Bagaimanapun, adalah makruh dan tidak digalakkan bagi umat Islam untuk memakan hidupan laut yang masih hidup seperti Tiram, Sotong Kurita dan lain-lain.
Ini demikian kerana, baginda nabi Rasulullah SAW mendidik umatnya agar mempunyai sifat ihsan dan empati terhadap semua makhuk ciptaan Allah termasuklah haiwan tidak kira hidupan laut mahupun darat.
Baginda menjelaskan perkara berkenaan dalam sabdanya:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya,” (Hadith Riwayat Muslim, 1955)
Haa.. dah tau kan hukum menjamah makanan laut hidup-hidup? Sebaiknya, utamakan kebersihan dalam pemilihan makanan anda!
Kerana makanan yang telah di masak lebih terjamin kualitinya dan tahap kebersihannya serta tidak membawa mudharat kepada anda.
Maka, pilihlah makanan yang bukan sekadar halal tetapi juga bersih, suci dan memberi khasiat pada tubuh badan.
Dunia media sosial adalah suatu tempat yang ada kalanya merakamkan momen yang indah, ada saat juga menjadi medan perbahasan antara beberapa pihak. Tambahan lagi, masalah ini juga berpunca dari kekurangan common sense dalam diri seseorang.
Baru-baru ini ramai yang tahu Neelofa kecewa dengan segelintir warganet yang bersikap sambil lewa mengenai gurau senda yang melebih-lebih. Beberapa rakan artis dan juga adiknya sendiri bersetuju bahawa sikap ini sudah melampau.
Bergurau melampaui batas, tidak ada ‘common sense‘
Kini ramai yang sudah tahu dan gembira apabila pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa, kini telah membuat satu posting di Instagram satu klip video kompilasi gambar anaknya, Muhammad Bilal. Tidak di sangkal lagi, Bilal sememangnya comel dan manis seperti yang di ramal oleh orang ramai.
Mungkin itu berita gembira buat kita semua tetapi tidak pada pihak Neelofa dan Suaminya. Tular beberapa hari lepas gambar ‘bocor’ Bilal di laman media sosial dan ramai yang cuba untuk mendapat kepastian tentang hal itu.
Demikian juga, ada yang sanggup membuat satu suntingan gambar yang bertujuan untuk bergurau tetapi sudah melampaui batas. Neelofa juga meluahkan rasa kecewa apabila ada yang tergamak untuk bertindak berlebih-lebihan.
Foto tersebut juga menerima pelbagai komen yang negatif daripada warganet. Berikutan Neelofa tampil membuat story di Instagram mengeluarkan kenyataan supaya hentikan perbuatan tersebut.
Sumber gambar dari mStar
“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake itu…dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?
“Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” ujarnya.
Lantas Neelofa juga tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan sedikit nasihat kepada warganet mengenai kelakuan yang tidak sepatutnya di lakukan. Katanya di instastory itu, janganlah membuat sedemikian semata-mata untuk memuaskan hati sahaja.
“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara…mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati,
“Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik,” katanya lagi berkenaan isu itu.
Turut di rasai kekecewaan dari seorang ibu
Bukan sahaja dari Neelofa sahaja yang kecewa dengan perbuatan segelintir warganet yang membuat sedemikian, malah, rakan artis, Izara Aishah turut meluahkan rasa marah terhadapat perbuatan itu.
Pelakon dan juga usahawan, Izara, 30, tidak menafikan perbuatan individu tersebut tidaklah wajar di lakukan. Apatah lagi, individu tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang bayi kecil yang tidak berdosa.
Izara juga turut menyuarakan pendapat bahawa perbuatan ini tidak beretika dan ianya tidak masuk akal kerana menganggu seorang bayi. Jadi tidak sepatutnya sebagai orang dewasa yang boleh berfikir secara rasional untuk membuat perkara tersebut.
Setiap manusia mempunyai kelebihan mereka masing-masing begitu juga dengan kisah mereka. Tidak seharusnya kita terus menghencap seseorang atas dasar tidak puas hati yang tersemat di hati.
Sebagai manusia, kita haruslah sedar segala harapan kita haruslah disandarkan kepada Allah SWT sahaja. Maka dengan itu jika kita ada hajat yang ingin dikabulkan, mintalah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh.
Bagaimana mahu hajat kita dikabulkan Tuhan? Pendakwah popular, PU Amin ada berkongsi suatu cara yang mudah untuk diamalkan oleh semua.
Baca surah al-fatihah 41 kali lepas maghrib
Jangan bergerak dari tempat kamu solat sehingga selesai membacanya. Selepas itu, doalah perkara yang dihajati.
Photo by Hebert Santos from Pexels
Mudah sahaja bukan? InsyaAllah, Tuhan pasti akan menjawab doa-doa kita. Yang penting yakinlah bahawa hanya pada Dia kita berserah dan berharap.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Bersaing di peringkat adalah suatu benda yang sukar buat seseorang. Kepandaian serta strategi untuk menonjol itu perlu mahir pada seseorang individu itu untuk lebih tertampil kehadapan dari yang lain.
Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan lagi dengan kemenangan seorang gadis berumur 17 tahun dari Sabah dalam Pertandingan Menulis Puisi Haiku anjuran Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina. Pelajar dari kolej Vokasional Keningau, Sabah ini membuktikan lagi kehandalan pelajar tempatan.
Hebat! Kalahkan ramai peserta dari beberapa negara
Sumber dari Dr Sirhajwan Idek
Kemenangan dari seorang gadis, Siti Nur Hanisah Omar Hashim yang berumur 17 tahun telah menangangkat nama Malaysia pada peringkat antarabangsa selepas menjadi juara dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering‘ yang dianjurkan oleh Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina.
Lebih dikenali sebagai Hanisah, merupakan seorang pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Keningau di Sabah. Dia mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Menurut laporan di SabahMedia, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Encik Johari @ Jaibet Sabin menjelaskan bahawa Hanisah menjadikan ibu dan bapa serta suasana sekolahnya sebagai sumber inspirasi. Terhasil dari itu, dia berjaya menghasilkan 10 puisi haiku yang dipersembahkan melalui saluran Youtube Dr Sirhajwan Idek.
Dia difahamkan menjalani beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan pantauan oleh jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat. Bukan berlatih biasa, tetapi dia berlatih secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet sahaja.
“Haiku merupakan puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar pusi tersebut,
“Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi,” begitulah penjelasan Encik Johari dalam satu kenyataan semalam berkenaan kemenangan pelajar di kolej vokasionalnya.
Pihak kolej Vokasional Keningau, Sabah turut berbangga atas kejayaan yang diperoleh oleh Hanisah dan mengucapkan tahniah buatnya. Sebagai pengarah Kolej Vokasional itu, Encik Johari mengharapkan agar lebih ramai pelajar yang mampu menghasilkan karya seni serta memelihara budaya serta menguasai bahasa Inggeris.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...