Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Perbezaan siput babi dan siput sedut
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
IKLAN
Hukum makan escargot (siput babi)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
#1 Pendapat pertama: Haram untuk dimakan
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
#2 Pendapat kedua: Halal untuk dimakan
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
IKLAN
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Berdiet bukanlah tugas yang mudah. Matlamat utama adalah hanya untuk mula makan makanan yang sihat, tetapi perkara yang sukar adalah untuk mengamalkan tabiat diet baru.
Untuk menjadikan proses kehilangan berat badan tambahan lebih mudah, 6 helah ini anda pasti tidak menjangkakan hasilnya.
1. Apabila anda makan di luar, sentiasa pilih bahagian terkecil yang ada.
Luangkan masa anda untuk membaca menu. Walaupun tempat yang anda kunjungi menjual hamburger dan makanan tidak sihat lain, pilih bahagian terkecil yang mereka ada (hamburger mini, popcorn junior, piza peribadi atau salad ringan). Menurut kajian, orang yang tidak memesan hidangan utama mereka sendiri cenderung untuk makan semua yang ada di atas meja walaupun mereka sudah kenyang.
2. Jadilah lebih optimistik! Setiap pemikiran positif adalah penting.
Ideanya adalah untuk memberi tumpuan hanya pada pemikiran yang baik dan ulangi matlamat anda dengan cara yang positif seolah-olah ia adalah mantra anda. Contohnya: “Saya kehilangan setengah paun! Hebat bukan!” “Perlahan tetapi pasti!” “Saya boleh makan hanya bahagian yang saya ambil.” “Saya boleh katakan TIDAK kepada pencuci mulut.” Frasa optimis seperti itu akan membantu anda mencapai matlamat anda dengan sikap positif.
3. Makan bersendirian adalah lebih baik daripada makan bersama.
Apabila anda mula membuat perubahan dalam diet, anda biasanya mahu rakan dan keluarga membantu sepanjang laluan ini. Walau bagaimanapun, terbukti secara saintifik bahawa orang yang makan dalam kumpulan makan lebih banyak. Ini berlaku kerana anda menghabiskan lebih banyak masa di meja dan di samping itu, semasa bercakap dan ketawa anda tidak dapat mengawal berapa banyak yang anda telah makan.
Ini tidak bermakna anda perlu makan bersendirian sepanjang masa, tetapi cuba bawa ke meja hanya apa yang anda akan makan, bahagian peribadi, supaya anda sentiasa boleh menikmati perbualan yang baik tanpa perlu risau tentang jumlah yang anda makan.
4. Jika anda lapar, bau pisang.
Ini mungkin kedengaran agak pelik, tetapi sebenarnya telah terbukti bahawa menghidu makanan seperti epal, pudina atau pisang boleh menipu otak anda dan membuat ia percaya bahawa anda sedang makan. Satu kajian yang melibatkan 3,000 sukarelawan yang menghidu makanan ini ketika mereka lapar mendapati bahawa selera makan mereka berkurangan dan hasilnya tidak lama kemudian dicerminkan pada skala. Hebat?
5. Biru ialah warna kegemaran baru.
Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa warna biru mengurangkan selera makan. Jadi cuba beberapa perubahan seperti menghias meja anda dengan alas meja biru, tuala biru, pinggan biru dan cermin mata. Ini dipanggil psikologi warna dan terdapat warna yang sebenarnya merangsang selera makan anda. Tetapi biru akan melakukan sebaliknya untuk anda.
6. Makan di hadapan cermin.
Anda mungkin akan mengatakan ia tidak masuk akal, tetapi fakta saintifik memastikan bahawa makan sambil melihat diri anda di cermin mengurangkan jumlah makanan yang anda makan kepada satu pertiga.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Mana tidaknya, kerjaya sebagai pempengaruh ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti.
Hijabista mendapatkan pendedahan dari pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina yang pernah berdepan pelbagai kontroversi hingga dirinya menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Pendapatan Cecah RM30K Sebulan
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.
“Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Tidak Mudah Jadi Influencer
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas.
“Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG seramai 1.3 juta pengikut sejak bergelar usahawa kosmetik jenamanya sendiri, Ainaa Beauty.
Jadi Diri Sendiri
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad ini juga mendedahkan, meski dirinya sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat wanita dan kaum hawa di luar sana yang mahu menjadi sepertinya.
Aina bukan sahaja cantik secara lahiriahnya, malah dia juga seorang yang berjiwa lembut dan bijak, kerana ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Buat Apa Yang ‘Pengikut’ Mahu Lihat
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi pempengaruh berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous.
“Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina.
Kini Aina Dan Suami Lebarkan Sayap Sebagai ‘Usahawan’
Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar pempengaruh, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Di awal penglibatan dalam dunia perniagaan, produk serum yang diusahakan mereka turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah.
Bagaimanapun, sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik dan tidak mdah melatah.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina.
Jadi bagi anda yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial, dah tau kan apa yang perlu anda lakukan dan persiapkan diri dariada pengalaman milik Syafiqah Aina ni? Paling penting hati kena kental d bersedia fizikal dan mental untuk bergelar pempengaruh ya Hijabi!
Tidak dinafikan wanita berhijab atau berniqab masih lagi di pandang serong sebilangan masyarakat, terutama di negara barat. Malah ada yang begitu anti dengan cara pemakaian begini yang dianggap seperti pengganas oleh sesetengah pihak. Begitu juga pengalaman wanita ini yang dihina oleh seorang lelaki di sebuah kafe gara-gara tidak sukakan cara pemakaiannya yang berniqab.
Lelaki ini secara terangan memberitahu bahawa dia tidak menyukai agama wanita berkenan yang sudah pastinya beragama Islam.
Lelaki ini yang menyangka tindakannya akan mendapat sokongan pelanggan lain di situ, tetapi kejadian yang terjadi adalah sebaliknya, apabila dia pula yang dihalau dari kafe berkenaan,
Dalam rakaman berdurasi dua minit itu mendapati lelaki itu seakan terlalu marah dengan wanita Muslim itu tanpa sebarang alasan kukuh.
Pada mulanya lelaki itu bertanya adakah pemakaian wanita ini untuk Halloween atau apa.
Wanita itu kemudiannya menjawab dan berkata
“Mengapa kamu bertanya demikian. Apa salah saya? Adakah anda tahu bahawa saya seorng Muslim? Apa masalah anda dengan pemakaian saya,” wanita itu menambah.
Lelaki kemudian berang dan terus menjawab lagi.
“Saya tidak suka pemakaian anda kerana saya tidak suka agama anda. Ia seperti mahu membunuh saya dan saya tidak mahu dibunuh oleh anda.
Wanita itu kemudiannya terus menjawab
“Adakah anda takut kepada saya? Adakah anda membaca Al-Quran?
Lelaki itu kemudiannya menjawab lagi sambil berkata dia tidak ada masa untuk bercakap dengan bodoh seperti dirinya.
Selepas beberapa pertengkaran berlaku, salah seorang pekerja kafe berkenaan keluar dan meminta mereka tidak bergaduh dan menghentikan pergaduihan itu sambil berkata ke arah lelaki itu
“Keluar dari sini, racist!”.
Kejadian itu kemudiannya telah dirakam dan tersebar luas di media sosial dan mendapat tindak balas netizen yang kebanyakananya memuji pekerja tersebut kerana dikatakan menentang isu perkauman dan kebencian sesama agama.
Kejadian ini turut mendapat komen positif dari netizen yang juga turut menyokong tindakan wanita ini.
SUMBER: DAILY MAIL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Fasha, dia berbesar hati selain mengakui bahawa untuk menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan juga ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.