Tidak dinafikan wanita berhijab atau berniqab masih lagi di pandang serong sebilangan masyarakat, terutama di negara barat. Malah ada yang begitu anti dengan cara pemakaian begini yang dianggap seperti pengganas oleh sesetengah pihak. Begitu juga pengalaman wanita ini yang dihina oleh seorang lelaki di sebuah kafe gara-gara tidak sukakan cara pemakaiannya yang berniqab.
Lelaki ini secara terangan memberitahu bahawa dia tidak menyukai agama wanita berkenan yang sudah pastinya beragama Islam.
Lelaki ini yang menyangka tindakannya akan mendapat sokongan pelanggan lain di situ, tetapi kejadian yang terjadi adalah sebaliknya, apabila dia pula yang dihalau dari kafe berkenaan,
Dalam rakaman berdurasi dua minit itu mendapati lelaki itu seakan terlalu marah dengan wanita Muslim itu tanpa sebarang alasan kukuh.
Pada mulanya lelaki itu bertanya adakah pemakaian wanita ini untuk Halloween atau apa.
Wanita itu kemudiannya menjawab dan berkata
Ads
“Mengapa kamu bertanya demikian. Apa salah saya? Adakah anda tahu bahawa saya seorng Muslim? Apa masalah anda dengan pemakaian saya,” wanita itu menambah.
Lelaki kemudian berang dan terus menjawab lagi.
“Saya tidak suka pemakaian anda kerana saya tidak suka agama anda. Ia seperti mahu membunuh saya dan saya tidak mahu dibunuh oleh anda.
Wanita itu kemudiannya terus menjawab
Ads
“Adakah anda takut kepada saya? Adakah anda membaca Al-Quran?
Lelaki itu kemudiannya menjawab lagi sambil berkata dia tidak ada masa untuk bercakap dengan bodoh seperti dirinya.
Selepas beberapa pertengkaran berlaku, salah seorang pekerja kafe berkenaan keluar dan meminta mereka tidak bergaduh dan menghentikan pergaduihan itu sambil berkata ke arah lelaki itu
“Keluar dari sini, racist!”.
Ads
Kejadian itu kemudiannya telah dirakam dan tersebar luas di media sosial dan mendapat tindak balas netizen yang kebanyakananya memuji pekerja tersebut kerana dikatakan menentang isu perkauman dan kebencian sesama agama.
Penampilan luaran secara fizikal adalah suatu benda yang sukar kita hendak jaga. Setiap perincian di tubuh badan ini seperti kuku, rambut, dan muka tidak dapat hendak kita pastikan ia dalam keadaan baik.
Tapi itu bukanlah alasan anda untuk tidak menjaga penampilan diri. Ramai juga yang sudah mula untuk menjaga rupa paras tetapi selalu lupa untuk menjaga kuku.
Perkongsian di LeSalonmenyatakan kekuningan yang terjadi pada kuku adalah disebabkan infeksi daripada kulat. Pelbagai juga gejala atau simptom jangkitan kulat pada kuku antaranya:
Ada juga kondisi yang lebih teruk jika kuku tidak di jaga dengan baik dimana ia boleh menebal dan hancur! YaAllah, sudah tentu kita mahu elakkan perkara ini bukan?
Ada beberapa cara untuk elakkan jangkitan kulat pada kuku, nak tahu? Ikuti sahaja langkah-langkah ini:
Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda boleh sahaja bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Pastikan juga keadaan kuku anda dalam 2-3 hari, jaga kuku juga ya sis!
Pelakon juga pengacara popular, Amyra Rosli dimasukkan ke dalam salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur selepas suhu badannya mencecah 40 darjah celsius.
Menerusi laman Instagramnya, Amyra ataupun Nur Amira Izzati Rosli, 35, berkongsi tentang keadaanya tubuh badannya yang demam itu. Melihat dari Instagram Storiesnya, Amyra telah ditahan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya.
Berikutan daripada itu, netizen juga rakan selebriti mula membanjiri ruang komen di salah sebuah gambar yang dimuat naik oleh Amyra. Gambarnya yang sedang dimasuki air di bahagian tangan (drip) itu mula mendapat tumpuan ramai dan membuatkan ramai yang bimbang tentang kesihatannya.
Antara yang dikongsikan oleh Amyra menerusi Instagram Storiesnya adalah:
Panadol dah more than 10..Drip pun dah..pegi hospital pun dah.. I lost jap tak tahu nak buat apa ni..sebab without pain killer I tak boleh diri dan duduk lama-lama..help!
Ada petua tak lepas booster if demam dan sakit badan apa nak buat?
Selain itu juga, Amyra turut berkongsikan tentang kejadian rentetang yang terjadi pada dirinya saat dia ditahan di wad hospital.
Semalam (Rabu) malam saya dah datang hospital. Doktor suruh admit sebab dia kata badan saya panas sangat tapi saya cakap saya drip saja sebab saya kena kerja. Dengan yakinnya konon pasti sihat lepas drip. Doktor pun bagi saya balik lepas dua jam mereka pantau saya. Sebelum balik, doktor ingatkan lagi lebih baik saya admit tapi saya nak balik juga.
Lepastu hari ini (Khamis) demam panas yang suhu 39 hingga 40 celsius yang tak berkesudahan. Sekarang ini kat kecemasan dan kena admit la jawabnya. Lain kali jangan degil cakap doktor.
Team Hijabista mendoakan agar Amyra diberikan kesembuhan yang cepat dan dapat melakukan aktiviti seperti biasa serta dipermudahkan segala urusan..InsyaAllah Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki rambut indah dan berkilau mungkin jadi dambaan semua orang apatah lagi hijabi yang berhijab. Tapi tentunya, ada sahaja pelbagai masalah yang datang. Contohnya kelemumur, keguguran, rambut melepek, hapak dan tekstur rambut yang kering dan rosak.
Pelbagai permasalahan tersebut sebenarnya ada satu solusi, iaitu harus dirawat dengan rutin penjagaan rambut yang tepat. Tidak perlu ke salon, anda boleh juga melakukan rutin penjagaan rambut untuk rambut kering, gugur, kelemumur, ataupun lepek di rumah sahaaja. Mahut ahu caranya? Jom semak rutin ini!
Penjagaan rambut terbaik boleh dimulai dengan pemilihan syampu dan perapi yang tepat. Pastikan untuk memahami betul apa masalah utama rambut anda.
Anda juga tidak akan tersa sulit untuk menemukan produk yang tepat. Kerana pelbagai jenama menyediakan perapi dan syampu khusus rambut kering, rosak, kelemumur, gugur, lepek, dan mengembang.
Mencari kaedah untuk memastikan rambut anda kelihatan segar-segar selama mungkin? Formula yang selamat warna rambut anda adalah perkara yang menjadi keutamaan. Pilihan khusus ini bebas enam: tidak ada sulfat, silikon, phthalates, parabens, pewarna dan DEA. Namun, kandungannya adalah pelbagai jenis minyak penghidratan dan antioksidan yang membolehkan anda mencuci rambut sebanyak yang anda inginkan tanpa kehilangan warna.
Syampu penjagaan anti-kelemumur ini tulen dengan organik minyak Habbatus Sauda yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda dan menghilangkan segala rasa kegatalan pada kulit kepala. Formula pelindungnya membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur dengan campuran ekstrak Maca Root semula jadi serta vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan keguguran rambut.
Sama ada anda telah dikurniakan rambut keriting secara semula jadi atau anda telah menggunakan perm digital klasik, ada kemungkinan anda memerlukan beberapa pengurusan rambut utama. Masukkan Syampu Ouai’s Curl di dalam rutin penjagaan rambut anda, syampu ini mampu membersihkan rambut dan menghidrat rambut Ketika ia terdedah pada bahang matahari. Keratin, ekstrak biji asam jawa dan campuran asid amino yang unik menjadikan rambut keriting anda cantik semula jadi, lembut dan melenting.
Syampu Alpecin Caffeine mengandungi perangsang pertumbuhan, Kafein, yang merupakan bahan utama yang membantu rambut anda tumbuh lebih cepat dan tahan lasak. Terdapat juga ramuan berkhasiat semula jadi lain seperti Minyak Kastor dan Vitamin B5. Berbanding dengan rawatan keguguran rambut di salun, Alpecin Caffeine Shampoo ini adalah alternatif yang baik untuk menyelamatkan kulit kepala anda dari keguguran rambut dan keguguran rambut yang berlebihan.
Kombo shampoo-conditioner ini berfungsi sebagai daya tarikan untuk kedua-dua rambut yang dirawat dan tidak dirawat yang salah pada bahagian kering. Rambut anda yang akan berkilau dengan syampu berkhasiat bebas sulfat, berasaskan kelapa, yang mengandungi minyak marula, minyak argan, biji sacha inni dan banyak lagi.
Tonic, rutin penjagaan rambut untuk rambut gugur yang hukumnya wajib. Seperti yang diketahui, fungsi utama produk ini adalah untuk merangsang pertumbuhan dan memperkuat akar rambut. Nah, kalau rambut anda selalu gugur, memakai hair vitamin sesudah syampu rambut bekalan cukup untuk menutrisi dan buat rambut anda berkilau lembut. Jangan lupa pilih vitamin rambut yang sesuai dengan kondisi rambutmu ya!
Rambut yang gugur dan sukar diatur tentu sebuah masalah ganda untuk anda. Ellips Hair Vitality mengandung ginseng dan madu untuk menguatkan tiap helaian rambut. Di samping itu, kandungan moroccan oil akan melembutkan rambut yang kaku sehingga lebih mudah diatur. Nutrisi rambut anda juga bakal cukup dengan adanya pelbagai vitamin di produk ini.
Jika anda mengalami keresahan kerana rambut patah, Dove memberikan solusinya untuk anda. Dynazinc dan grapeseed oil membuat rambut tumbuh 10 kali lebih kuat. Akar rambut juga terlindungi, serta terjaga nutrisinya. Titisan hair tonic dari Dove ini cukup praktis digunakan dan dapat tercapai di area kulit kepala dengan maksima. Gunakan pada rambut yang sudah dibasuh, kemudian urut selama 2-3 minit agar meresap.
Hair tonic dari Neril sudah lama dikenali dapat membantu mencegah keguguran rambut, serta meningkatkan pertumbuhan rambut. Kandungan konsentrat tumbuhan alami, seperti nettle, chamomile, birch, wheat, dan horsetail melindungi dan merawat pembuluh darah pada kulit kepala. Dilengkapi dengan vitamin kompleks dan protein yang dapat memperkuat akar rambut, kandungan nutrisinya makin lengkap. Menggunakan Neril di tengah hari yang panas akan membuat kepala menjadi lebih segar. Kandungan menthol-nya mampu merawat sekaligus menyegarkan kulit kepala anda.
Hair tonic Natur menggunakan ekstrak ginseng yang bermanfaat untuk mencegah keguguran sekaligus mempercepat pertumbuhan rambut. Selain ginseng, Natur juga menggunakan perpaduan bahan herba dalam produknya. Campuran herba tersebut membuat produk ini memiliki aroma alami yang khas. Bagi beberapa orang, tentu aromanya sangat menenangkan. Digunakan setelah lelah bekerja seharian, produk ini dapat membuat anda lebih tenang.
Paparan sinar UV dan bahan kimia membuat kulit kepala dan rambut lebih cepat menua. Hasilnya rambut berisiko lebih cepat gugur dan mungkin sahaja mengalami kebotakan. Gunakan Kérastase yang mengandung aminexil untuk menjaga folikel rambut dari premature aging.
Arginine, asid amino yang menstruktur rambut anda, ada di dalam produk ini. Di samping itu, juga Gluco-Lipid GL yang merupakan gabungan glukosa dan lipid. Kandungan tersebut akan menghasilkan rambut yang lebih lembut. Siklus rambut bebas dari keguguran.
Selain perawatan dasar di atas, anda juga wajib menggunakan produk hair mask terbaik, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekiranya mempunyai waktu yang terluang, boleh membuat masker rambut dari bahan alami dengan kombinasi bahan tersebut avokado, minyak kelapa, madu, pisang, telur, cuka apel.
Makarizo mengembangkan masker rambut seri Hair Energy yang khusus memperbaiki keadaan rambut kering. Produk krim lembut ini diaplikasikan setelah syampu dengan treatment lebih kurang 2-5 minit. Di samping mengambungkan olive extract dan passiflora plant extract untuk menutrisi sekaligus melembapkan rambut, produk ini juga akan merevitalisasi rambut.
Kebaikan ekstrak pisang dari Ekuador pada masker rambut The Body Shop ini memelihara rambut kering secara optima dari pangkal hingga ujung rambut. Sementara itu, brazil nut oil yang berasal dari Peru juga ditemukan dalam produk ini. Bahan tersebut membuat rambut berkilau sekaligus mengurangkan efek frizzy. The Body Shop Banana Truly Nourishing Hair Mask tidak membebani rambut, malah yang ada bahan 100% vegan-nya diformulasi tanpa mineral oil selamat mengenai kulit kepala.
Salah satu rawatan rambut dari Natur ini direka khusus untuk merawat rambut yang kering dan rosak akibat pewarna rambut. Masker rambut produksi ini mempercayai olive oil dan vitamin E sebagai bahan aktif yang terbukti klinikal menutrisi rambut secara intensif. Didatangi dalam bentuk sachet ukuran 15ml, masker penutrisi rambut satu ini bersifat pemakaian sekali. Jadi, apabila produknya tidak sesuai di rambut, anda tidak merasa rugi pun kerana sudah membelinya.
Creambath biasanya jadi treatment kegemaran para wanita ketika mengunjungi salon. Tapi jangan salah, perawatan ini juga boleh anda lakukan sendiri di rumah ya. Untuk mendapatkan rambut yang sihat, creambath baiknya dilakukan minimum satu kali dalam seminggu. Pilih produk creambath yang sesuai dengan permasalahan rambut anda. Supaya mendapatkan manfaat yang maksima, jangan lupa pelbagaikan urutan di kepala, leher, dan bahu untuk melancarkan peredaran darah.
Jangan terlepas pandang, seperti rawatan wajah rambut anda wajib memasukkan scalp detox ke rutin penjagaan rambut. Ritual ini berfungsi untuk membuang racun dan kotoran yang ada di rambut juga kulit kepala. Seperti yang anda ketahui, rawatan rambut biasa tidak akan boleh membuang kotoran seperti partikel polusi, sisa bahan kimia dari produk perawatan, hingga peluh yang menempel di folikel rambut. Scalp detox boleh anda lakukan minima dua kali dalam sebulan.
Scrub detox ini pada asalnya dibuat untuk menghilangkan sisa kimia selepas pewarnaan rambut, tetapi kini sangat disukai oleh sesiapa sahaja yang boleh menggunakan rawatan penjelasan yang baik (hampir semua orang). Gunakan ini untuk syampu anda sekali atau dua kali seminggu setiap kali kulit kepala anda mula mengganggu anda, dan perhatikan kerana perlahan-lahan rambut anda kembali normal.
Setelah memulakan rutin perawatan kulit kepala, akan tiba masanya anda hanya ingin menunjukkan rasa cinta pada kulit kepala anda. Lulur minyak kelapa yang berbuih Jen Atkin adalah kaedah terbaik untuk melakukannya. Pra-mencuci boleh digunakan untuk mengelupas dan melembutkan dari kulit kepala hingga ke jari kaki, dan akan membuat semua (termasuk seluruh bilik mandi anda) berbau seperti aroma Melrose Place surgawi OUAI.
Produk penggayaan bantu rambut tumbuh dengan cepat di kulit kepala anda, yang tumbuh dengan subur. Rawatan pre-poo yang bermaksud sebelum syampu ini membantu anda memulakan dengan batu bersih sebelum meneruskan rutin penjagaan kulit kepala anda yang lain. Bahan buih menggunakan bahan-bahan penjagaan kulit yang kita kenal dan sukai seperti asid salisilik dan air misel untuk memotong gunk dan melepaskan liang kepala anda.
Nah, inilah rutin penjagaan rambut untuk rambut rosak, berkelemumur, mengembang, ataupun lepek. Cukup lima Langkah dan produk cadangan, untuk atasi pelbagai permasalahan rambut dijamin anda boleh teratasi dengan baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.