Solekan gaya natural menjadi pilihan ramai untuk tampil eksklusif dan mewah pada kala ini. Biarpun gaya solekan ini mengenakan konsep ‘no make-up’, namun ia mampu memberi keserian pada keseluruhan wajah. Tetapi, apakah yang patut dilakukan untuk memastikan solekan gaya natural ini lebih sempurna saat dioleskan pada wajah?
Untuk solekan tampak asli dan natural, usah diabaikan proses ‘prep’ sebelum memulakan proses solekan. Apa yang penting dalam proses ‘prep’, pastikan kulit anda sentiasa hidrasi dan lembap setiap masa. Ini mampu untuk memberikan kesan solekan yang kemas dan rapi, menyerikan lagi wajah anda!
Dalami erti sebenar definisi ‘less is more’ dalam solekan anda. Solekan gaya asli atau ‘no makeup’ tidak memerlukan sentuhan yang begitu berat dan menyerlah. Cukup sekadar menutup cela yang ada di muka dengan menggunakan ‘foundation’ pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Cuba ratakan solekan anda dengan menggunakan jari ataupun berus kecil yang mampu meratakan struktur solekan pada wajah anda. Inilah masanya untuk menghargai dan menyerlahkan kulit sebenar anda!
Jika anda masih buntu untuk mencari formula produk yang sesuai dengan jenis kulit anda, cuba lakukan beberapa eksprimen dengan produk yang sedia anda. Sebagai contoh, tambahkan sedikit pelembap pada ‘foundation’ anda untuk memberikan efek kelembapan yang lebih jelas. Malah, ia juga melicinkan permukaan wajah selepas disolek. Kesannya? Wajah akan kelihatan sempurna dan menawan!
4. Highlight
Ads
Fungsi ‘highlight’ bukan sahaja dilihat sebagai menaikkan bentuk susuk wajah anda untuk lebih tajam, malahan ia juga dilihat sebagai nilai tambahan untuk menjadikan wajah lebih ‘sihat’ dalam solekan. Anda boleh oleskan solekan ‘highlight’ di bahagian rusuk pipi, atas hidung, kelopak mata dan di atas bibir untuk menjadikan solekan natural anda lebih bersinar!
‘Cream blush’ antara rahsia terbaik untuk dipakai saat mengenakan solekan gaya natural. Ia mampu menyerlahkan gebu pipi anda tanpa menjejaskan keseluruhan solekan dan juga memiliki tesktur yang lebih ringan. Mudah disapu walaupun dengan jari-jemari anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kurang sebulan lagi, pastinya penampilan di pagi raya harus menarik dan selesa. Ramai akan memilih untuk mengayakan busana kurung tradisional demi merasai aura tradisi dan bersiap sedia sebelum ke masjid.
Namun bagaimana dengan penampilan usai matahari mula tegak di atas kepala? Pastinya pilihan yang lebih selesa dan praktikal menjadi pilihan bukan? H&M hadir dengan koleksi terbaharu Summer Stories yang sesuai diolah menjadi busana untuk meraikan lebaran akan datang.
Rekaan yang dipertaruhkan menyuntik gabungan nuansa moden yang berikan elemen gaya kontemporari dan feminin, sesuai untuk semua golongan wanita. Paling penting, kebanyakan busana koleksi ini menggunakan 100 peratus kapas asli ataupun campuran kapas asli bersama linen. Semestinya memberi keselesaan secara total.
Bukan itu sahaja, bahkan koleksi ini turut sesuai digayakan oleh para hijabi. Tiru sahaja gaya Bella Dally yang merupakan wajah kempen ini disamping dua lagi selebriti lain iaitu Yaya Zahir dan Azira Shafinaz.
Ketiga-tiga wanita ini menjadi perlambangan wanita berkarakteristik positif yang menyerlahkan kepelbagaian dan kebebasan sebagai wanita. Dua ciri ini ditambah pula dengan personaliti mereka yang penuh keyakinan lantas mencerminkan kejayaan sebagai seorang wanita berkarier.
Penampilan gaya kasual ketika lebaran seharusnya diserikan dengan pilihan fesyen yang praktikal namun tetap memiliki elemen fesyen yang menarik. Koleksi H&M ini semestinya pilihan yang sangat tepat kerana ia hadir dalam rona yang cukup lembut serta rekaan yang sesuai digayakan sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak.
Oleh itu, koleksi ini sesuai untuk anda jadikan busana untuk menyambut perayaan Hari Raya nanti kala berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai. Selesa, praktikal dan paling penting bergaya.
Edisi khas lebaran The Hijabista Show menampilkan penyanyi & pelakon, Ernie Zakri dan Kilafairy bersama penata gaya selebriti Tym Fatimah ditemubual oleh hos rancangan , Qila dan Mellya. Berbincang tentang nostalgia hari raya mereka berbicara tentang isu gaya hidup sehinggalah fesyen. Menariknya, Tym Fatimah memberikan sesi ubah gaya kepada Qila dan Mellya dari busana tradisi bertukar ke busana moden menggunakan helaian keseluruhan H&M. Jangan lupa untuk menyaksikan edisi khas The Hijabista Show ini 30 April 2021 jam 8 malam di saluran media sosial YouTube, Instagram dan Facebook Hijabista.
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selaran matahari, atau lebih dikenali sebagai sunburn, boleh berlaku jika kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari di dalam jangkamasa yang lama. Jika diperhatikan, sunburn akan berlaku selepas anda terdedah lama di bawah cahaya matahari. Ada juga sebahagian daripada individu yang sensitif terhadap cahaya UV.
Putihkan semula klit sunburn dan lembutkan kulit badan, melalui perkongsian wanita ini, dia berkongsi merawat kulit sunburn serta melembutkan kulit badan hanya menggunakan produk drugstore sahaja.
Hye guys! Thread beauty care kali ni sis nak review produk drugstore yang berkesan untuk putihkan balik KULIT SUNBURN & LEMBUTKAN KULIT badan. Xkan la muka ja nak putih glowing tapi tangan kaki tu gelap berkerak kan?So, sis akan review lotion,gel,krim & natural scrubEnjoy! pic.twitter.com/fxnEEWxUm6
First sis nak cakap kulit sis memang putih asal so bila sis cakap putihkan tu, maksudnya yg sekrang ni la tona asal kulit sis ya.Just because ni sesuai dengan sis xbermaksud akan sesuai dengan korang juga tau Jangan la harapkan produk ni boleh putihkan lebih dari tona asal ya
Before that sis nak cerita la, sis memang lahir putih lepak letak kat dinding terus hilang xnampak. gurau. Sejak zaman sekolah memang duduk rumah ja. Tapi bila dah masuk U kat USM Penang,selalu ada aktiviti luar, kem, pi kelas, hari sukan masa LM, BURN teruk! Duduk pulau kot! pic.twitter.com/7lj4N15ojp
ni ha tengok, masa sis baby dah hampir sama dgn baju and gambar seterusnya zaman burn paling teruk la sebab kem Kelanasiswa, program kunjungan kasih and macam2 la. Masa ni memang struggle la pulihkan kulit balikGambar sekarang cari sendiri Okay, so lets start! pic.twitter.com/ghRuK2uKvm
Sis akan start dengan produk yg bantu sis untuk pulihkan sunburn and balik ke tona asal kulit sis. So first ni sis review pasal lotion dari Vaseline Healthy White, Fresh&Fair. Lotion ni xmacam lotion biasa tau, sebab dia gel!! Yes, lotion gel. Pakai ni sumpah best. Sejuk ja kulit pic.twitter.com/dXyO9BjW50
Tekstur dia agak cair, cepat meresap and paling best xmelekit! Suka pkai ni bila keluar rumah sebab xmelekit. Dia rasa sejuk2 sebab ada menthol, & 10x Vit B3 yalssAda UV protection juga. Dalam sebulan dah nampak tona kulit balik ke asal. Sangat2 wangi, yg ni sis rate 10/10 pic.twitter.com/tHUomzPAf5
Next is lotion from Nivea. Yang ni nama dia Nivea Extra White, Radiant&Smooth. Kalau compare dgn yg Vaseline tadi, untuk kesan putih cepat, yg ni better. Ada Deep white essence with 40x Vit C yaalss, xnak kalah dia with UV filter untuk prevent kulit jadi lagi gelap,ni penting pic.twitter.com/sMaN1TEpNK
Tekstur dia pekat, lambat meresap, and agak melekit kalau pakai keluar rumah, So sis pkai bila xkeluar rumah ja Bau dia sangat wangi, best la,kulit jadi putih, lembut wangi ja Dalam 3 minggu pkai glowing yalss.. yg ni kurang dia sebab melekit. So sis rate dia 9/10 pic.twitter.com/cluBD0TnRY
Okay ni lain sikit, dia sesat! Ni bukan lotion or krim badan tapi krim muka! Safi Krim Kecantikan ! Yes sis pkai ni kat badan, lengan & kaki. Sis terjebak tengok 1 post dulu kata pkai ni dgn lotion nivea/vaseline kulit burn jadi putih. YES memang berkesan!! Korang cuba la pic.twitter.com/pEiXUbPaZB
Tekstur dia sangat pekat, so korang kena tonyoh kuat2,leceh juga lepas pkai lotion, sapu ni on top. Buat hari2 kesan dia memang wowBau dia wangi, tapi yg xbest dia melekit sikit. So bila pkai keluar rumah rasa melekitsikit la,xpa janji burn hilang! So ni sis rate dia 8/10 pic.twitter.com/tQydwKRmUi
Next up is, Fruit of the Earth Aloe Vera gel! yang ni dia actually xda la kesan memutihkan, but dalam proses nak sembuhkan kulit sunburn tu ni sangat berkesan. Habis ja kena panas, terus sapu ni satu muka badan semua. Nanti kulit tak merah and pedih. Sebab dia ada soothing agent pic.twitter.com/460fvOUDOT
Tekstur dia cair, tekstur gel la, cepat meresap & xmelekit. Best la pkai sebab rasa sejuk2 Dia xda bau, bau mcm airtau x bau air?! LOL. So bila kulit dah tenang sejuk bru senang sel kulit baru yg sihat tumbuh, then boleh putihkan balik kulit. yg ni sis rate dia 10/10 la pic.twitter.com/twuV9vuZQo
Okay now kita masuk ke bahagian produk yg melembutkan kulit. Taknak la putih ja tapi habis kering terkupas kulit tu. So ni antara produk yg bagus sangat2 untuk kulit kering. First sis mulakan dengan lotion Nivea Express Hydration, 48hours smoother skin gitu!yg ni memang best tau! pic.twitter.com/sLRy1mfCD4
Tekstur dia agak pekat, lambat meresap, & agak melekit. I guess normal la kan sebab dia nak lembapkan kulit kering. Bau dia wangi sangat! yg ni sis prefer pkai waktu tidur sebab bau dia calmingMemang lembut ja tangan &kaki pkai ni.. Yg ni sis rate 9/10 sebab xsuka melekit pic.twitter.com/RTlFws4ZBE
Next, sis nak review krim pelembap dari Rosken. Rosken Sik Repair for Dry Skin. Yang ni function melembapkan kulit kering sangat2 best!! sapu ja terus rasa kulit tu lembut. Ni sis prefer untuk sapu dekat siku, lutut ,buku lali & tumit ja, sebab bau dia xbest, xsuka bau tu pic.twitter.com/WDkN25v9Fq
Tekstur dia pekat, lambat meresap and agak melekit juga, tapi xmelekit sangat, rasa selesa ja. Tumit pun kurang merekah and xkering mcm selalu bila pkai ni. Untuk yg ada masalah kulit kering sangat2, krim ni sangat bagus ya. Give it a try. So ni sis rate dia 8/10 pic.twitter.com/5rXyUndT8i
Now last but not least , another produk yg best untuk lembutkan kulit badan is Nivea Nourishing Cream!! Yes banyak produk dari nivea, I love Nivea tau please ambik I jadi model you @my_nivea Yang ni sis suka sangat2 krim ni sebab kulit halus lembut ja wei korang try sis xtipu! pic.twitter.com/SeIPULSnEb
Tekstur dia agak cair, dia soft ja krim ni, cepat meresap and xmelekit! Ni yg sis suka xmelekit Bau dia rasanya better dari bau lotion2 nivea. Best sebab lepas sapu satu badan wangi lembut! I wish diorang ada buat dlm tube. boleh guna di muka juga yaso yg ni sis rate 10/10 pic.twitter.com/uaGF0agdJA
Okay last, ni skrub badan yg sis guna, sabut petola. Pernah dengar tak? ni la loofah traditional. Pentingnya pkai sabut ni gosok seluruh badan bagi kulit mati tanggal. Kalau x, pkai la lotion mana pun xkan berkesan. Ingat tukar selalu untuk elakkan bakteria terkumpulni 10/10! pic.twitter.com/qJE3aXQFtQ
Tau korang penat baca, sis pun penat dah taip panjang2 xlarat dah. So ni sis bagi senang korang xpayah pening nak tanya mana pkai waktu malam , siang ,mana yg putihkan or lembutkan sis letak sini okay rujuk gambar bawah ni ya.btw sabut petola tu pakai bila mandi,mcm loofah pic.twitter.com/qAHen5vLIH
Semua produk ni(kecuali sabut petola),sis beli di @watsonsmy & @GuardianMYS ya. Nanti jgn la tanya lagi beli kat mana Harga pun sis dah senaraikan kat gambar ni.Tapi bila ada sales harga jauh lebih murah so pandai2 la yasabut tu my mom yg buat sendiri. Ok thats all!TQ! pic.twitter.com/pOA7UxE1CB
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.