Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, mulus dan berseri. Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasaran tetapi anda perlu tahu dahulu jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk itu. Bimbang tidak sesuai dan akhirnya menimbulkan masalah lain pula.
Seperti pemilik Tudung Ruffle, Hanis Arif atau lebih mesra disapa sebagai Anis, dahulu dia pernah tersilap langkah kerana tersalah memakai produk.
Ini kerana terpengaruh melihat wajah rakannya yang licin apabila menggunakan produk tersebut. Akibatnya, Anis terpaksa berhadapan dengan masalah kulitnya yang ditumbuhi jerawat.
Menurut Anis, kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Anis untuk terus berhati-hati dalam memilih sebarang produk untuk kulit. Kini, alhamdulillah kulitnya sudah pulih.
Tidak dinafikan bahawa Anis sangat teliti dalam penggunaan produk pada wajahnya. Jangan terkejut jika dikatakan Anis hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk mencuci mukanya.
Tiada toner, moisturizer atau sebarang serum. Agaknya macam mana nak dapatkan kulit yang cantik macam Anis ya?
“Sebelum tidur, Anis akan pastikan Anis bersihkan makeup terlebih dahulu jika ada makeup yang Anis pakai pada hari itu. Jika tidak, Anis akan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka.
“Anis memang tiada pakai sebarang produk muka lain kecuali sabun pencuci muka sahaja. Agak trauma juga nak pakai sebarangan produk kerana bimbang kejadian lama berulang,” ujar Anis sambil tersenyum manis.
Ads
Hijabista turut bertanya Anis tentang petua untuk memiliki kulit yang cantik sepertinya. Katanya, sebelum tidur perlu pastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, pasti akan tumbuh jerawat pada keesokan harinya.
Selain itu, Anis juga kerap melakukan facial dan hanya akan gunakan produk yang beautician cadangkan kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kulit kita. Anis akan melakukan facial sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Jangan sangka Anis hanya menggunakan rawatan moden sahaja dalam penjagaan kulit. Anis tetap menggunakan petua tradisional untuk menghilangkan parut jerawat pada wajahnya satu ketika dahulu.
Ads
Rahsianya, hanya gunakan serbuk kulit kayu manis. Anis akan letakkan serbuk kulit kayu manis pada parut jerawatnya dan dalam masa lebih kurang seminggu, parut tersebut akan pudar dan hilang.
Wow, petua yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kalau anda ada masalah seperti Anis dahulu, boleh cuba lakukan petua ini.
Hijabista sendiri kagum dengan tubuh langsing yang dimiliki Anis. Rupa-rupanya, sejak dari kecil lagi keluarga Anis memang sudah mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bersantan.
Malah, Anis juga amalkan memakan ulam dan sayur-sayur yang direbus. Jadi bila sudah terbiasa daripada kecil,cara pemakanan ini terus dibawa hingga kini. Patutlah Anis maintain kurus dan cantik walaupun sudah punyai seorang cahayamata.
Sejak drama Sweet Dreams ditayangkan di kaca televisyen, ramai yang tak lepas peluang menontonnya hingga menjadikan drama ini trending.
Malah lakonan mantap pelakon seperti Ben Amir, Mira Filzah, Sean Lee dan ramai lagi menjadikan perjalanan drama ini lebih berkesan dan begitu menyentuh hati.
Namun yang paling disukai pastinya watak Putri dilakonkan oleh pelakon serta pengacara popular Mira Filzah. Dia yang dilihat sangat comel menggayakan #OOTD yang simple dan kasual.
Ditambah dengn ikatan tudung dililit ringkas dan menutup aurat. Malah sejak dia menggayakan stail hijab begitu, ramai yang tertawan untuk mencuba gaya sebegini.
Seorang instafamous, Farahanim Razak yang juga pengacara sambilan turut membuat tutorial hijab ala Mira Filzah.
Bukan sahaja senang diikuti tetapi sangat cantik digayakan terutama untuk acara santai. Memang sangat cute, lebih-lebih lagi digayakan dengan outfit berlapis.
Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun untuk membersihkan muka anda dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm, cleansing cloth dan kedua dengan water-based cleanser.
Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.
Fungsi cleanser pertama akan membantu untuk mencairkan makeup, menghapuskan kotoran dan minyak yang berlebihan sepanjang hari, dan membersihkan kulit. Cleanser kedua pula akan membantu mengatasi masalah kulit (skin concerns) tertentu yang dihadapi dan perlu mempunyai bahan untuk hidrasi, melicinkan atau exfoliating, dan merawat jerawat.
Double cleansing adalah teknik dua langkah yang hanya akan menambahkan beberapa minit masa kepada skincare regimen anda. Tapi seperti kebanyakan perkara lain dalam skincare, ianya bukan satu rutin yang sesuai untuk semua!
Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit anda.
Menggunakan produk double cleansing mengikut jenis kulit juga dapat mengelakkan daripada terlebih cuci (over-washing) dan terlebih kering (over-drying) kulit anda. Kalau anda buang terlalu banyak natural oil di muka, ia akan menyebabkan muka menghasilkan lebih banyak minyak dan seterusnya akan menyebabkan breakout dan iritasi.
Pakar dermatologi juga mencadangkan supaya double cleansing hanya dilakukan pada waktu malam iaitu waktu yang selalunya wujud kotoran dan makeup untuk dibersihkan selepas membuat pelbagai aktiviti di waktu siang. Ini untuk pastikan supaya anda tidak mengubah keseimbangan semulajadi minyak dan mikro pada kulit.
Dengan kewujudan pelbagai produk di drugstore mahupun atas talian, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau anda tidak pasti bahan apa yang patut dipilih untuk jenis kulit anda. Jadi, jangan hanya beli sebarang cleanser dan cleansing oil yang ada di rak kecantikan. Baca dulu tip dan panduan dari pakar dermatologi di bawah untuk panduan anda!
Menambahkan minyak pada kulit muka yang berminyak bunyi macam menambahkan masalah pada kulit, tapi sebenarnya oil-based cleansing boleh membantu bersihkan kulit anda daripada kotoran dan minyak. Oil-based cleanser akan menarik minyak di muka anda, jadi ini akan membantu untuk membersihkan mekap, peluh dan minyak-minyak lain yang berkumpul di muka anda.
Jika anda bukan peminat oil-based cleanser, anda juga boleh gunakan kapas yang diletakkan micellar water dan tekapkan dengan lembut pada bahagian mata dan seluruh wajah. Molekul kecil yang dipanggil sebagai micelles dalam micellar water boleh membersihkan kotoran yang tersumbat pada liang pori dan minyak yang berlebihan.
Gunakan pembersih muka gel atau clay, dengan bahan-bahan seperti aloe vera, rose, teh hijau, biji moringa dan glycolic acid. Ini dapat membantu mengimbangi kelembapan, mencegah inflammation dan mengawal pengeluaran minyak. Kuncinya adalah untuk mengeluarkan kotoran dan minyak serta membantu mengimbangi dan menghidrat kulit.
Anda berisiko besar untuk terlebih cuci (over-washing) wajah jika anda mempunyai kulit kering, jadi double cleansing akan memberikan kesan buruk daripada kebaikan kepada anda kalau gunakan produk yang tidak sesuai untuk kulit kering.
Untuk hasil yang terbaik, pakar kulit mencadangkan penggunaan cleansing balm dan bahan-bahan pelembap seperti shea butter, sunflower oil, coconut atau jojoba oil untuk menambah hidrasi dan memulihkan lipid barrier di kulit.
Kulit yang kering juga disebabkan anda mudah untuk dapat tanda-tanda awal penuaan, jadi pilih produk dengan bahan-bahan anti penuaan seperti vitamin C, green tea, hyaluronic acid, dan glycolic acid. Lepas bersihkan wajah, gunakan moisturizer atau face oil pada wajah untuk kuncikan kelembapan pada kulit.
Ada banyak kelebihan untuk anda yang miliki kulit jenis ni termasuk anda boleh cuba hampir kesemua cleanser yang ada di pasaran! Pastikan pilihan cleanser anda itu dapat bersihkan segala kotoran yang boleh sumbatkan pori, yang disebabkan jerawat, dan mempercepatkan penuaan.
Bernasib baik memiliki kulit normal, perkara terakhir yang anda mahukan ialah sekiranya cleanser anda akan beri masalah pada kulit. Pilih gentle cleanser yang tiada sebarang alkohol atau pewangi yang boleh mengeringkan kulit. Anda juga boleh langkau bersihkan wajah pada waktu pagi dan hanya bersihkan wajah anda pada waktu malam sahaja.
Kulit kombinasi agak tricky sedikit untuk diatasi kerana sebahagian wajah anda berminyak manakala sebahagian yang lain pula kering. Amat penting untuk anda cari produk yang dapat memulihkan keseimbangan kulit dan memperbaiki tekstur dan complexion kulit anda.
Cara yang terbaik menurut dermatologist ialah dengan menggunakan oil-based cleanser yang kaya dengan nutrien dan mengandungi ceramide. Bahan-bahan ini mampu menganjalkan dan melembapkan kulit wajah.
Pilih gentle cleanser yang tidak membuatkan kulit kombinasi anda jadi lebih teruk. Gunakan gentle cleanser yang berasaskan foam, gel, atau clay yang tidak terlalu keringkan lembapan semula jadi pada kulit anda.
Apabila anda mempunyai kulit sensitif, betapa pentingnya untuk anda mempunyai skincare regimen yang simple yang tidak melecehkan. Bahkan, double cleansing mungkin nampak seperti tidak produktif dan akan menyebabkan iritasi.
Tapi seperti yang anda tahu cleansing adalah asas kulit yang sihat, jadi untuk kulit yang sensitif digalakkan untuk gunakan gentle cleansing oil untuk bersihkan mekap. Untuk elakkan kulit anda daripada breakout dan iritasi, cari cleanser yang gunakan bahan-bahan seperti Vitamin E, aloe vera, green tea, glycolic acid, dan tea tree oil.
Penggunaan gentle cleanser akan dapat mengurangkan kemerahan pada kulit sensitif. Pilih gentle cleanser yang bebas dari pewangi dan non-comedogenic dan diformulasikan secara khusus untuk kulit sensitif.
Semua info mengenai double cleansing di atas ini dirujuk daripada artikel oleh doktor-doktor pakar kulit ataupun dermatologist.
Semoga anda dapat manfaat dari panduan memilih cleanser mengenai double cleansing yang tidak semestinya menggunakan cleansing oil semata-mata. Ada pelbagai produk selain cleansing oil yang anda boleh gunakan juga untuk double cleansing. Paling penting pastikan cleansing oil yang anda pilih itu sesuai dengan jenis kulit anda. Diharap tiada kekeliruan selepas ini semua dan anda dapat memilih double cleanser yang sesuai dengan kulit anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengacara popular yang terkenal dengan kepetahannya bercakap akhirnya selamat sudah menjadi isteri kepada pasangannya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi 9.38 pagi ini di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Hanya sekali lafaz, pasangan yang bertunang hujung tahun lalu selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Dayah dan pasangannya yang memilih hari Jumaat tampil sedondon mengenakan busana putih sempena majlis pernikahan yang cukup sederhana tetapi meriah di kelilingi teman-teman rapat.
Antara teman selebriti yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan Dayah Bakar yang menggunakan hashtag #dayah ini adalah Elfira Loy, Heliza Helmi dan beberapa orang lagi rakan pengacara ini.
Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar kelihatannya cukup anggun menyarung dress kahwin rekaan dari Azura Couture. Pasangannya juga turut menyarung persalinan lengkap baju Melayu dari pereka yang sama.
Menyorot kisah percintaan pasangan ini sebenarnya cukup unik. Keduanya juga adalah merupakan rakan sekolah daripada tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga. Malah pernah tinggal di taman yang sama dan merupakan kawan ketika kecil.
Menurut Dayah, ketika kecil-kecil dulu dia memang tahu suaminya itu suka padanya. Tetapi ketika itu Dayah tidak rasa apa-apa kerana menganggap ia perkara lucu.
Dan selepas tidak bersekolah sama, keduanya membawa haluan masing-masing. Tetapi masih ambil tahu diri masing-masing kerana adanya media sosial.
Menurut Dayah memang mereka ada berkawan tetapi tidak pernah terfikir lebih dari itu. Namun benar kata orang urusan jodoh itu terletak di tangan Allah.
Suaminya itu kemudiannya mengajak Dayah berjumpa hujung tahun lalu sebagai kawan. Namun akhirnya Dayah akur Kapten Hanif memang sudah ditakdirkan untuk menjadi Imamnya. Seorang lelaki yang bukan sahaja menjadi Imam tetapi memberi bimbingan di dunia dan akhirat dalam meniti ranjau perkahwinan.
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan baru dibina ini kekal hingga ke jannah.
Maryam Younarae berkongsi kisah perjalanan hidupnya sebelum berhijab, termasuk pengalaman menjadi duta jenama tudung yang disifatkannya sebagai antara jalan yang membawanya lebih dekat kepada hidayah.