Perasaan untuk menunaikan ibadah umrah mahupun haji adalah suatu perkara yang sukar di bayangkan. Hati kian terasa berdebar untuk melihat ‘syurga dunia’ buat mereka yang bakal melawatinya kelak.
Sudah tentu ramai yang ingin kelihatan suci dan cantik untuk berada di Mekah. Lantas wanita ini berkongsi keterujaannya memakai telekung berharga Rm6,080 untuk mengerjakan umrah!
Bagai tetamu VIP di sana…
Memuat naik perkongsian video mengerjakan umrah di media sosial, pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mendapat perhatian orang ramai apabila mengerjakan umrah. Tetapi telekung yang di padankan pula bukanlah pada harga yang biasa-biasa.
Mengambil keputusan untuk memaklumkan harga telekung berjumlah RM6,080, dia meluahkan rasa teruja memakainya untuk beribadat di Mekah. Namun, tujuannya bukanlah untuk menunjuk atau riak kepada orang ramai.
“Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.” tulisnya di dalam video itu.
Ads
Boleh dilihat corak dan rekaan telekung itu juga amat cantik dan unik berpatutan pada harganya. Memang tidak boleh disangkal ia cukup sempurna untuk mereka yang inginkan keistimewaan ketika beribadat.
Sudah tentu ramai yang memberikan komen dan reaksi apabila video itu dimuat naik ke media sosial. Ada yang beranggapan wanita tersebut ‘tersalah’ dalam menggunakan ayat ‘VIP Allah’.
Ads
Ada juga yang menyatakan niat perlu betul bukan untuk bermegah. Lantas Haliza sendiri menyatakan dia juga telah menyumbang untuk taja kakitangan serta kenalan yang tidak mampu untuk membayar kos umrah.
“Memang rutin saya taja kakitangan dan kenalan-kenalan yang kurang mampu, pakej RM15000.00 satu kepala. Tapi tidak perlulah nak dicanang satu dunia.” jawabnya untuk meredakan salah faham tentang perkongsiannya.
Merujuk kepada hitungan falak bahawa satu fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.
Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation). Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan.
Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan.
Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika kejadian gerhana sepertimana yang disyorkan oleh Rasulullah ﷺ. Di antaranya ialah
Rasulullah ﷺ bersabda: “Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kamu melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah solat hingga menghilang gerhana itu dari kamu.”(HR Bukhari)
.
Dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ, ia berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Nabi ﷺ. Baginda keluar menuju masjid, lalu orang-orang membuat barisan di belakang Baginda, Baginda lalu takbir dan membaca surah yang panjang. Lalu Baginda takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH dan berdiri tanpa sujud. Kemudian Baginda membaca bacaan yang panjang namun tidak sebagaimana bacaan yang pertama, lalu takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sebagaimana rukuk yang pertama, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH terus kemudian sujud. Setelah itu Baginda melakukannya seperti itu pada rakaat yang akhir sehingga sempurnalah empat rukuk dalam empat sujud. Dan matahari nampak kembali sebelum solat Baginda selesai. Selepas itu Baginda berdiri (menyampaikan khutbah) dengan memuji Allah dengan pujian yang berhak untuk-Nya, Baginda bersabda:
“Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan gerhana tidak akan berlaku hanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kamu melihat (gerhana) keduanya, maka bersegeralah mendirikan solat.” (HR. Bukhari – 988)
Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;
“Pada suatu waktu di masa Rasulullah ﷺ ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah ﷺ apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali. Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim – 1519)
Banyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Bagindalantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Bagindapernah lakukan. Kemudian Bagindabersabda:“Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.”(HR Bukhari – 999)
Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh, saya telah melihat bahawa kamu akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal.”Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata,“Setelah itu, saya mendengar Rasulullah ﷺ meminta perlindungan dari azab neraka dan azab kubur.” (HR Muslim-1056)
Telah menceritakan kepada kami Al Qa’nabi dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari’ Urwah dari ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda:“Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah ‘azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah.”(HR Abu Daud-1006)
Telah menceritakan kepada kami Rabi ‘bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma’ berkata, “Nabi ﷺ telah memerintahkan untuk memerdekakan(membebaskan) hamba ketika terjadi gerhana matahari.” (HR Bukhari – 995). Dalam satu riwayat:“Gerhana bulan”.
SUMBER: mufti Selangor
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Lebih membanggakan apabila Uyaina turut terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.
Pemilik nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini lahir pada 16 November 1992 memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater. Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, platform yang telah membawa Uyaina ke pentas pengacaraan.
Wajahnya kini juga turut menghiasi program Wanita Hari Ini (WHI), rancangan televisyen bual bicara wanita Malaysia yang disiarkan di TV3.
Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia. Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.
Bakat Uyaina dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, Uyaina tidak pernah menyangka yang dia akan terlibat dalam dunia penyiaran dan lakonan.
Berikut perkongsian Uyaina di laman Instagramnya.
Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ini walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu.
Buat adik-adik yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka dan mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik-adik dapat.
Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat.
Minyak pokok teh adalah minyak pati yang mempunyai banyak faedah untuk kulit. Ini adalah alternatif untuk rawatan konvensional.
Minyak pokok teh boleh digunakan untuk merawat keadaan dan gejala yang mempengaruhi kulit, kuku dan rambut. Ia juga dapat digunakan sebagai deodoran, penghalau serangga atau ubat kumur. Apabila digunakan secara topikal, minyak pokok teh dapat merawat keadaan kulit tertentu atau memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda.
Penyelesaian pokok teh telah menjadi pilihan popular untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat kerana sifat anti-radang dan antimikroba. Ia diketahui dapat menenangkan kemerahan, bengkak dan radang, bahkan dapat membantu mengurangkan dan mencegah parut jerawat sehingga memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda.
Minyak pokok teh berkesan untuk menghasilkan kulit yang sihat dengan menenangkan dan menyembuhkan pelbagai masalah kulit. Gunakan minyak pokok teh dengan beberapa langkah berjaga-jaga:
Dengan Ctrl-A Teataration ™ Dr. Jart +, rangkaian terbaharu ini bukan hanya membantu membersihkan cacat cela, tetapi mensasarkan masalah anda sambil meninggalkan kawasan yang tidak bermasalah. Keputusan? Kurang jerawat, penghidratan dan tahap pH kulit yang seimbang, berkat formula yang diuji makmal yang dirancang untuk mengurangkan kemerahan dan parut jerawat.
Rangkaian Dr. Jart+’s Ctrl-A Teatreement™ mempunyai tiga produk utama untuk membantu menetapkan semula tetapan semula jadi kulit anda dan mensasarkan kawasan yang rentan noda untuk mendapatkan warna yang lebih jelas dan hasil yang lebih konsisten.
Mulakan ritual pembersihan anda dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Cleansing Foam, pembersih buih ringan ini dengan pH-Balancing Teataration ™ dan teknologi Spot-Targeting untuk menghilangkan kekotoran tanpa menghilangkan kelembapan atau menjengkelkan kawasan yang tidak berkenaan. Disuntik dengan asid salisilik, membantu mengelupas dan melawan jerawat dan ekstrak pokok teh dan kelapa Australia yang akan menenangkan dan menghidrasi semula kulit.
Segarkan kulit dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Toner, penyegar juga pembersih yang menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan, kemudian mengimbangkan semula kulit berminyak dan kombinasi sambil menambahkan hidrasi cepat setelah pembersihan.
Menyuburkan kulit anda dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Moisturizer, pelembap ringan dengan Penyelesaian Teataration ™ inovatif yang mensasarkan bintik-bintik baru dan yang ada sambil menyeimbangkan tahap pH dan kelembapan kulit tanpa menjengkelkan dan mengeringkan kawasan sekitar yang tidak berkenaan. Pelembap pintar ini mensasarkan noda dengan hasil yang kuat dan cepat sambil mengembalikan keseimbangan minyak dan kelembapan yang sihat yang tidak akan menyumbat liang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.