Salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat Al-Kursi. Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.
Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.
Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat Al-Kursi serta zikir lain.
Kelebihan Amalkan Ayatul Kursi
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
Ads
6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
Ads
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
Ads
13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Sekadar info, ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi. Ia juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Minggu lepas menyaksikan pasangan Instafamous Natasya Nazreen dan Asyraff Mazlan selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung cukup meriah di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu Kelantan.
Pasangan ini sebelum itu telah mengikat tali pertunangan selama 9 bulan sebelum mengakhirinya sempena cuti sambutan Aidil Adha lalu.
Dan setiap kali adanya majlis perkahwinan, appa yang menarik perhatian adalah persalinan kedua mempelai terutama ratu sehari.
Untuk majlis akad nikah, pengantin perempuan, Natasya mengenakan persalinan busana moden rona coklat. Dengan hijab dan layah rona senada menjadikan penampilan instafamous ini mencuri tumpuan netizen. Wajahnya juga dirias cantik oleh jurusolek kegemaran, Erin Lola.
Sebaik di muat naik beberapa keping foto di majlis pernikahan, ramai memuji kecantikan Natasya lebih-lebih lagi apabila bergambar bersama ibu kesayangannya. Kedua-duanya dikatakan sama-sama cantik, malah penampilan mereka juga seperti adik dan kakak.
Hubungan Natasya juga dilihat begitu rapat dengan ibunya. Dalam kapsyen statusnya, dia menganggap bahawa ibunya yang dipanggil Ummi ini sebagai kawan baiknya. Dan turut berterima kasih kerana membesarkan dirinya dan menjadi ibu yang baik.
Ummi, terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang baik. . Ummi lah best friend kakak, tempat kakak mengadu dan orang yang selalu back up i? . walaupun lepas ni kakak dah ada kehidupan baru, tapi Ummi tetap no satu. i love you and always do
Untuk majlis resepsi pula, keduanya tampil menawa dalam busana moden. Jika Natasya menggayakan dress rona putih, pasangannya pula memilih persalinan baju Kot rona gelap.
Keduanya yang popular di media sosial ini tidak terlepas menerima ucapan tahniah dari follower masing-masing yang mendoakan mereka bahagia till jannah.
Model ternama dan juga pelakon Indonesia, Paula Verhoeven beberapa hari lepas mengejutkan para peminat dengan penampilan terbaharunya yang lebih manis dan sopan, sekaligus mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijab.
Malah, isteri kepada pelakon sinetron, Baim Wong ini turut mengaku bahawa dia amat menyesal kerana tidak mengambil langkah untuk mempelajari agama dan berhijab lebih awal.
“Kalau bisa muter waktu sebenarnya aku nyesel kenapa nggak dari dulu ya aku belajar agama. Waktu kita nggak banyak loh di sini,” ungkap
“Kalau boleh putar kembali masa, aku menyesal kenapa tidak dari dulu aku mempelajari agama. Waktu kita di sini (dunia) tak banyak,” ujar Paula Verhoeven sambil menitiskan air mata penyesalan ketika ditemubual menerusi sebuah video di laman Instagram @nabillasyal
Sehubungan itu, ekoran takut akan kematian, Paula mula terniat untuk mencuba memakai tudung dan menutup aurat selama 40 hari terlebih dahulu.
Setelah itu, hatinya merasa begitu hatinya yakin dan lebih selesa dengan penampilan menggayakan busana muslimah dan fesyen patuh syariah, Paula terus meminta keizinan suami tercinta, Baim Wong menyatakan hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.
Di sisi lain, Baim Wong menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan gembira terhadap keputusan bidadari hatinya itu untuk berhijab dan berharap agar isterinya dikurniakan hidayah untuk kekal istiqamah menjalankan tuntutan agama.
“Masyaallah, mudah-mudahan menjadi hidayah buat dia (Paula Verhoeven), amin, insyaallah,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim lagi, dirinya selalu berusaha untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam dan muslimat agar mampu menjadi suri teladan dan contoh terbaik buat isteri dan dua puteranya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
“Saya tidak pernah mengajarkan atau memaksa, lebih ke arah praktikal dengan melakukan. Dia (Paula) melihat, dari mula solat, kemudian mempunyai keinginan untuk berhijab.
“Dia melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dia melihat keindahan Islam dengan matanya dan akhirnya dia minta saya titipkan doa buat dirinya,” ujar Baim Wong.
Nona mendoakan agar, penghijrahan yang dilakukan oleh Paula dirahmati Allah dan dikurniakan istiqamah agar tidak berpaling semula kepada kehidupan yang lampau.
Bersolek dan berhias seakan menjadi satu rutin wajib bagi kebanyakan wanita sebelum keluar rumah. Pelbagai jenis solekan serta hiasan digunakan supaya kelihatan cantik dan menarik. Sesetengah wanita bersolek untuk meningkatkan keyakinan diri, manakala sebahagiannya untuk dipandang dan dipuji.
Tanpa sedar, kecantikan serta solekan dipamerkan secara terbuka. Apa yang merisaukan ialah apabila wanita bersolek berlebihan, ia akan memberikan implikasi bukan saja kepada imej sebagai Muslimah, bahkan boleh menyebabkan kemudaratan dalam agama seperti tabaruj atau berhias secara berlebih-lebihan.
Lambakan produk kecantikan dan alat solek di pasaran membuatkan wanita ingin mencuba. Aneka lipstik, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya menjadi item wajib yang mesti ‘melekat’ pada wajah.
Sebenarnya apakah hukum bagi wanita memakai lipstik dan alat solekan yang lain? Adakah perkara tersebut termasuk kebiasaan wanita jahiliyyah? Ramai wanita yang memakai alat solekan kerana tidak mahu kelihatan selekeh dah tidak pandai mengurus diri. Berikut pencerahan yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.
Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” (Surah al-A’raf : 32)
Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah : 29)
Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur.
Al-Quran telah meletakkan batas-batas syariat tersebut, sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur : 31)
Syeikh al-Sa’di menafsirkan ‘kecuali yang zahir daripadanya’ pada ayat di atas sebagai pakaian yang zahir, iaitu yang biasa dipakai menurut adat setempat dengan syarat pakaian tersebut tidak membawa kepada timbulnya fitnah. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 566)
Sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” (HR Muslim (91)
Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61)
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab : 33)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum perempuan pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/6)
Begitu juga, Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian (syahwat) laki-laki. (Lihat Fath al-Qadir, 4/320 )
Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan:
“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62)
Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah.
Inilah yang dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.
Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj.
Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi.
Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja.
Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para wanita di luar sana:
“Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya, yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.