Bila sebut je ‘lip gloss’, pasti terbayangkan cecair likat transluecent tanpa warna yang sering menjadi penyelamat kaum hawa terutamanya ketika cuaca panas atau sewaktu badan dehidrasi sehingga mengakibatkan kulit bibir mengelupas dan kekeringan.
Namun, tak ramai yang cakna bahawa selain berfungsi sebagai pelembab bibir, Lip Gloss juga mempunyai beberapa fungsi lain yang amat bermanfaat untuk membantu hijabi ketika merias wajah! Haa.. Nak tau lebih lanjut? Di sini Hijabista senaraikan empat lagi kegunaan serta fungsinya!
Wet Eye Look
Hijabi mesti pernah dengar wet make up look, kan? Haa, untuk menghasilkan solekan jenis ini, anda boleh sahaja menggunakan lip gloss pada bahagian kelopak mata anda. Tapi, Hijabista mengesyorkan agar hijabi menggunakan lip gloss berwarna natural atau transparent untuk tujuan menjayaka. solekan ini.
Eye Primer
Fungsi lain Lip Gloss masih lagi ada hubunganya dengan mata. Menariknya, lip gloss juga boleh digunapakai sebagai eye primer di waktu-waktu sesak! Malah, dengan penggunaan lip gloss sebagai eye primer ini akan membuatkan warna eyeshadow yang anda gunakan lebih menyerlah, melekat sempurna dan tahan lebih lama.
Ia juga sangat sesuai digunakan dengan eyeshadow yang kurang pigmentasinya tapi sayang untuk dibuang kerana mempunyai warna yang menarik.
Perapi Kening
Ads
Gemar melakukan efek kening ala bushy eyebrow? Lip gloss adalah item yang paling diperlukan anda! Caranya, ambil lip gloss secukupnya menggubakan spoolie kemudian oleskan pada bulu kening anda.
Setelah itu, sikat kening me ggunaka micro brush dari bawah ke atas agar bulu kening berdiri tegak dan memberikan kesan bushy yang lebih baik.
Highlight
Ads
Fungsi terakhir ini mungkin sebagian dari hijabi sudah sering atau pernah melakukannya, ya? Tapi bagi anda yang masih belum tahu, disini Hijabista sertama caranya. Kalau highlight anda habis dan belum mempungai kesempatan untuk membeli yang baru, anda hanya perlu gunakan lip gloss kesayangan anda.
Sebelum dioleskan, ambil sedikit dan oleskan di bahagian belakang tapak tangan dan sapukan di the highest point of your face menggunakan tangan supaya lebih mudah diratakan dengan sempurna.
Pemilik kulit yang mudah berjerawat kerap kali ragu untuk menggunakan face oil. Biasanya keraguan ini didasari rasa khuawatir apabila minyak disapu justeru akan mendorong timbulnya jerawat lebih banyak. Padahal jika anda mengetahui jenis oil face yang tepat, kulit berjerawat justru akan mendapat manfaat dari zat anti-inflamasi dan anti-bakteria.
Apalagi face oil juga dapat menyeimbangkan kadar sebum pada kulit. Pelbagai jenama yang di jual atas talian dan di store kecantikan, ini panduan agar tidak tersalah pilih. Ini rekomendasi produk face oil untuk merawat kulit berjerawat yang boleh anda cuba!
Skin care yang mengandung antioksidan dipercaya berkesan untuk atasi kulit berminyak dan cenderung prone to acne. Salah satunya face oil keluaran Glamglow ini yang mengandungi liquid charcoal oil dengan kandungan antioksidan tinggi. Selain liquid charcoal yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari radikal bebas, Glamglow STARPOTION juga diperkaya asam salisilat, asam oleat, dan vitamin C yang bagus untuk atasi jerawat.
Selain glow toner, anda juga boleh mencuba varian produk face oil yang dituntut sesuai untuk kulit berjerawat. Produk ini juga efektif untuk membantu kulit agar terhindar dari masalah seperti kusam dan hilangnya tingkat kelembapan.
Kandungan utama berupa ekstrak bunga jasmine untuk menyembuhkan dan menyeimbangkan kondisi kulit berjerawat. Sedangkan kandungan evening primrose mampu membantu menambah sirkulasi dan menghidrasi kulit. Lalu, ada juga kandungan grape seed oil yang dapat menambah kadar kolagen di kulit wajah. Gunakan di pagi dan malam hari, lalu aplikasikan sambil menghangatkan tangan terlebih dahulu.
Disebut sebagai oil essence, produk ini mempunyai kandungan utama berupa 61% sahara cactus seed oil yang mengandung vitamin E sehingga tinggi anti-oksidan. Lalu, kandungan acai berry yang juga kaya anti-oksidan, memperkuat ketahanan kulit wajah, dan merevitalisasi kulit. Teksturnya yang silky tidak meleket dan mudah meresap sampai ke lapisan kulit dalam.
Mempunyai kandungan 100% rosehip seed oil yang kaya akan kandungan linolenic acid serta vitamin A. Kandungan ini bermanfaat untuk menjaga kelembapan dan juga keanjalan kulit wajah. Selain itu, produk ini juga dituntut mampu mengatasi jerawat sekaligus mengawal kadar minyak. Kalau anda mempunyai masalah noda hitam juga boleh menggunakan produk ini kerana boleh mengatasi masalah kulit kusam.
Produk dengan kandungan tunggal ini nampak sederhana, tapi tentunya tidak dengan apa yang produk ini dapat lakukan untuk kulit anda yang mudah berjerawat. Facial oil ini penuh dengan manfaat dari asid minyak esensial yaitu sekitar 80% omega 3 dan 6, yang dapat menenangkan kulit sambil menyamarkan luka dan warna kulit tidak merata.
Selain itu, rosehip oil juga tinggi kandungan vitamin C yang mampu menstimulasi produksi kolagen dan mencegah terbentuknya melanin pada kulit, hasilnya kulit akan lebih anjal dan cerah. Facial oil ini sangat mudah meresap dan mempunyai formula yang ringan. Sehingga sesuai untuk anda yang memiliki kulit mudah berjerawat.
Facial oil berikut ini mengandung tamanu oil yang memiliki banyak kandungan yang sangat bermanfaat bagi kulit. Tamanu oil memiliki kandungan linoleic acid dan oleic acid yang cenderung seimbang sehingga sesuai digunakan pada semua jenis kulit.
Dalam pelbagai kajian, tamanu oil telah terbukti mampu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti bekas jerawat, noda kehitaman, iritasi, gatal – gatal, peradangan, luka, kulit kering bahkan stretch marks. Selain itu tamanu oil juga kaya akan zat anti – oksidan sehingga mampu melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas.
Dari kemasannya saja dapat terlihat bahwa produk yang satu ini tergolong produk premium dengan bahan-bahan berkualiti yang ada di dalamnya. Mengandung bahan utama yaitu maracuja oil, produk ini dituntut dapat melembapkan, mengencangkan, mencerahkan, melembutkan, bahkan memperbaiki jerawat dan tekstur kulit yang kasar.
Formulanya cenderung ringan dan tidak membuat efek greasy pada kulit. Uniknya, produk ini tersedia dalam beberapa pilihan ukuran sehingga anda boleh memilih mana yang lebih sesuai untuk guna harian.
Pada malam hari kulit akan beregenerasi dan memperbaiki jaringan-jaringan kulit yang rosak. Maka dari itu, penggunaan produk yang memang disasarkan untuk memperbaiki kulit harus lebih banyak dipakai di malam hari sebelum tidur. Produk yang satu ini mempunyai kandungan yang terdiri dari pelbagai minyak esensial dan ekstrak tanaman. Sehingga, dapat saling bersinergi untuk melembutkan, mencerahkan kulit, mengurangi jerawat serta memberikan efek bersinar alami.
Facial oil berikut ini mengandung bahan-bahan yang sangat hebat untuk mengatasi jerawat dan berpanjangan. Mengandung 1,5% salicylic acid dan tea tree, produk ini sangat efektif melawan bakteria penyebab jerawat, mencegah pori tersumbat dan membuat jerawat lebih cepat mereda.
Takut kulit menjadi kering? Jangan khuawatir, produk ini dipadukan dengan milk thistle dan mentimun yang menghidrasi kulit, juga terdapat ekstrak chamomile dan neroili essential oil yang mampu menenangkan kulit. Salah satu produk premium ini rugi tak cuba.
Face oil yang satu ini mengandung rosehip seed oil yang cocok untuk jenis kulit berjerawat. Selain itu, Burt’s Bees Complete Nourishment Facial Oil juga mengandung jojoba oil yang tak terlalu greasy, sehingga tak akan menyumbat pori-pori. Primrose oil yang terkandung di dalamnya juga memiliki kandungan antioksidan yang bagus untuk kulit berjerawat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat mereka yang gemar mengekspresikan diri melalui fesyen, setiap pemilihan pemakaian, gaya rambut dan juga aksesori yang yang ingin dipadankan adalah sangat penting. Seperti gaya peribadi yang menjadi simbol kepada personaliti anda, pernahkah anda terfikir yang gajet di tangan anda juga boleh jadi ‘fashion statement’ yang sangat penting seperti beg tangan dan juga rantai?
Mari kami perkenalkan anda kepada gajet HUAWEI nova 7 SE terbaharu. Datang dengan rekaan yang sangat versatile, telefon pintar 5G ini tidak seperti yang lain di pasaran yang biasanya hadir dengan rekaan yang tebal bagi memuatkan chipset 5Gnya.
HUAWEI nova 7 SE ini lebih ringan dan nipis dengan ketebalan hanya 8.58 mm dan beratnya hanyalah 189 gram. Ia juga mempunyai rekaan kaca 3D di bahagian belakangnya yang membuatkannya sedikit melengkung bagi keselesaan pengguna untuk memegangnya.
Di bawah pancaran matahari, gajet ini kelihatan sangat terang dan ekslusif seperti botol wangian mahal. Di bahagian depannya pula terdapat 6.5 inci ‘FullView Display’ dengan resolusi 1080p.
Ini memberikan kesan yang lebih jelas dan mendalam dalam aspek visual. Skrin bawah di bahagian kamera hadapan yang hanya mengambil sedikit ruang memberikan ratio 90.3% skrin kepada pengguna yang mana memberikan pengalaman menonton yang lebih baik.
HUAWEI nova 7 SE terbaharu ini juga dilengkapi dengan kamera Al Quad yang mempunyai 64 MP untuk kamera utama, 8MP lens ‘ultra wide angle’, 2MP lens makro dan 2MP lens bokeh. Kameranya melengkapi di antara satu sama lain dan sinergi bersama AI menghasilkan senario fotografi yang menarik. Lain daripada kameranya, hayat bateri dan pengecasan juga pantas sekali! Hayat bateri sebanyak 4000mAh boleh menyapai 70% dalam masa pengecasan setengah jam sahaja!
Tambahan pula, warnanya yang terang menyerlahkan lagi rekaan telefon pintar ini. Warna yang dipasarkan juga sangat menarik minat pengguna iaitu perak (Space Silver), hijau (Crush Green) dan ungu (Midsummer Purple).
Space Silver menggunakan warna tona perak untuk menghasilkan saturasi rendah warna daripada cahaya biru, perak dan merah jambu. Dihasilkan dengan proses filem warna, warna yang terhasil ini memberikan sentuhan yang terang namun lembut. Ia merupakan kombinasi yang sempurna yang menonjol namun tidak berlebihan.
Midsummer Purple pula menggunakan tona ungu gelap yang memberi refleksi biru muda seperti awan di musim panas. Dengan rekaan kaca, telefon pintar ini memberikan imej yang segar dan elegan buat si pemiliknya.
Prestasi tinggi untuk era 5G ini memang sangat penting. Oleh itu, HUAWEI nova 7 SE 5G ini adalah pilihan tepat buat anda. Bukan hanya sekadar memiliki rekaan yang mengagumkan, ia merupakan telefon pintar 5G yang sangat berbaloi untuk dimiliki di Malaysia.
Dikuasakan dengan Kirin 820 5G dan menyokong 4G dan 5G. Apa yang membuatkannya sangat istimewa adalah teknologi uplink 5G yang hebat, yang membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman melayari internet yang lebih baik.
Terima kasih padanya, bukan hanya sekadar menjadi aksesori pada pelengkap gaya anda tetapi HUAWEI nova 7 SE ini yang digabungkan dengan teknologi inovatif membuatkan anda teruja menggunakannya tiap-tiap hari.
Selain rekaan yang feksyen sekali dan 5G chipset yang hebat, HUAWEI nova 7 SE juga terdapat fungsi menarik, Dual-View! Anda boleh merakam dengan kamera utama dan depan pada masa yang sama!
Satu tempat semua ada! Menerusi HUAWEI AppGallery, anda boleh mendapatkan semua aplikasi kegemaran merangkumi pelbagai genre. Ia kini menjadi platform kegemaran rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai aplikasi hebat terkini.
Huawei AppGallery berkembang pesat di MalaysiaTonton video untuk mengetahui lebih lanjut!Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://bit.ly/2Y1Gvek#AWANInews
Bermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, pengguna AppGallery boleh menikmati pelbagai super deals menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga RM2 juta!
Ia boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stors dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti anda seperti Proton X70s dan 500 buah skuter elektrik.
Jika anda sudah tidak mahu bersabar sehingga 16 Jun, segeralah ke Huawei Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160.
Info lanjut mengenai segala tawaran hebat Huawei nova 7 SE boleh melayari sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita bernama Hanan Ibrahim ini menjadi model hijabi pertama yang tampil di Melbourne Fashion Festival 2019. Hanan mengaku tidak pernah membayangkan dalam mimpinya bahwa seorang wanita yang memakai hijab boleh tampil di pentas peragaan di Australia.
“Saya tak pernah membayangkan wanita yang memakai hijab menjadi salah satu dari beberapa model muslim berhijab yang berjalan pentas peragaan,” katanya semasa temubual bersama majalah The Sunday Telegraph’s Stellar.
Hanan aktif bekerja sebagai terapis. Nasib hijabi yang berasal dari Somalia itu berubah ketika dia menghadiri sebuah acara fashion show dan didekati oleh seorang pencari bakat pada dua tahun lalu.
Dan pada 2019, Hanan diberi tugasan untuk berjalan di catwalk Melbourne Fashion Festival. Dia mengaku sangat berbesar hati sebagai seorang muslim yang berhijab ketika berjalan di atas pentas peragaan untuk pertama kalinya.
Hanan mengatakan kepada majalah The Sunday Telegraph Stellar adalah sebuah kehormatan baginya untuk mewakili wanita muslim yang ada di seluruh dunia dalam industri peragaan. “Untuk bekerja di industri fesyen di mana para hijabi muslim tidak pernah merasa diwakili, adalah sebuah kehormatan besar dan istimewa,” katanya.
Hanan merasa Australia saat ini sudah membuat perubahan dalam hal keragaman di dunia permodelan. “Setiap jurugambar, pereka dan penata gaya mengatakan bahawa kami sudah cukup beruntung boleh bekerja. Saya dipilih untuk bersama dalam industri ini sebagai model berhijab. perjalanan kerjaya yang menakjubkan,”jelasnya.
Selain berjalan di pentas bergengsi, Hanan telah tampil dalam kempen jenama Mimco dan Remuse. Dia pun aktif memuat naik foto OOTD dalam akun Instagram @iamxanaan dan bergabung dalam Chadwick Models Australia. Warganet memuji kecantikannya yang khas dan prestasinya tersebut.
“Kamu sangat cantik! Terima kasih sudah kongsi dan jadilah wanita yang kuat ️,” puji pengguna Instagram @thedesihomemaker.
“Gorgeous 🏼,” @thrive_in_style.
“Kamu menularkan energi positif!! Bagaimana caranya boleh tampil selalu mempesona?,” pemilik akaun @morinolatunde.
Ternyata hijab bukan penghalang hijabi untuk di mana bidang sekalipun, kerana di mata dunia sendiri menrima baik pemakaian hijab.