Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
1. Beribadah
Jangan lupa untuk beribadah kepada Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hambaNya. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar merupakan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambaNya lalu Dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, an-Nasa’i Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak pernah laku di sisi Allah jika anda masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah mampu menutup pintu rezeki seseorang.
IKLAN
Sabda Nabi s.a.w.:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar sesiapa yang mahu dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
5. Berbuat Baik & Menolong Orang Yang Lemah
Hendaklah kita berbuat baik kepada orang yang lemah termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
IKLAN
6. Berselawat
Selawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang lain juga boleh menjadi sebab mengapa Allah melapangkan rezeki dan memperkenankan hajat anda sendiri seperti sabda Nabi s.a.w:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
IKLAN
9. Melakukan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha merupakan rahsia untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Meskipun sedang sibuk, jangan dilupakan untuk menunaikan solat Dhuha.
10. Bersedekah
Sedekah boleh mengundang rahmat Allah dan merupakan salah satu sebab mengapa Allah membuka pintu rezeki anda. Sekiranya anda memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan anda.
11. Bertawakal
Dengan tawakal, anda akan dimurahkan rezeki dan akan sentiasa terasa kaya. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kami diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
12. Zikir & Baca Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, membuka pintu hidaya, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Selain itu, ia juga mampu menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati. Contohnya, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Kita perlu sentiasa meletakkan keyakinan bahawa setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT tidak akan ditolak. Apabila kita yakin Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, tentu kita juga akan yakin Dia mampu memakbulkan apa sahaja yang kita hajatkan.
Sebab itulah kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)
TIP TERMAKBULNYA DOA
Bertaubatlah maka pertolongan ALLAH akan segera datang, insyaaAllah. ALLAH Swt berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. [QS Nuh: 10-12]
Yang sebelumnya suka melewat-lewatkan solat, maka mulailah solat di awal waktu. Yang sebelumnya dhuhanya hanya 2 rakaat maka tambahlah menjadi 4 atau 6. Yang sebelumnya jarang bertahajud, maka mulailah istiqomah tahajud.
Yang sebelumnya kedekut dalam bersedekah maka mulailah bersedekah. Yang sebelumnya kurang beristighfar, berselawat, berzikir dan lain sebagainya, mulailah lakukankannya.
Kalau belum ada tanda-tanda termakbulnya doa, maka ada sesuatu yang harus anda faham, mungkin anda PENDUSTA DOA atau kualiti doa anda masih kurang baik. Oleh kerana itu muhasabah diri.
Percaya lah bahawa ALLAH SWT sedang memberikan pelajaran dan pembelajaran erti berTuhan dengan benar. Istiqomah dalam doa dan malam harinya berdoa sampai bercucuran air mata.
Kalau dirasa tanda-tanda termakbulnya doa masih lambat, maka percepatkan ia melalui ibadah yang jauh lebih banyak dan khusyuk. Perbanyak solat, baca Qur’an dan sedekah atau amalan lainnya.
Pastikan dalam doa ada feel. Yakni ada berkait antara hati dengan Sang Pencipta. Kemudian ada keyakinan bahwa DOA nya pasti dan pasti di makbulkan.
HIJABISTA: Yakinlah apabila Allah SWT mengilhamkan kita untuk berdoa, sudah tentu Dia akan menerima segala hajat dan permintaan kita.
Alamak! lepas selesai ambil wuduk baru perasan kuku ada sedikit kotoran yang melekat. Jadi adakah wuduk yang diambil ini sah untuk solat atau perlu untuk ambil semula?
Jika anda alami masalah ini, anda bukan keseorangan ya! Ramai yang kurang tahu termasuklah min sendiri. Jom kita fahami adakah sah atau tidak wuduk yang diambil jika ada kotoran dalam celahan kuku.
Kebersihan keutamaan ibadah!
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam amat menitikberatkan soal kebersihan dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memerhatikan kebersihan terjaga melalui fizikal mahupun rohani.
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
Allah SWT telah mensyariatkan agar ibadah bersuci seperti wuduk dan mandi wajib adalah bagi mereka yang berada dalam hadas kecil dan besar. Menyucikan diri dengan wuduk dan mandi wajib membolehkan mereka untuk melaksanakan ibadah solat dan membaca al-Quran (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 67).
Pernah disebut oleh Imam Nawawi tentang tiga perkara yang memerlukan seseorang itu mandi wajib yakni tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj, keluar air mani, keluar darah haid atau nifas (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Muhazzab, 2:213). Adalah wajib bagi seseorang itu jika mereka berada dalam keadaan seperti yang dinyatakan sebelum melakukan ibadah.
Menurut firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
Terdapat beberapa pandangan ulama’ mengenai isu kekotoran dalam celahan kuku. Adakah wuduk yang diambil sah mahupun tidak? Dua pandangan yang berbeza dijelaskan seperti dibawah:
Pandangan pertama
Jika terdapat kotoran dalam celahan kuku yang terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, ianya tidak menjejaskan sah mandi ataupun wuduk itu. Tetapi jika kotoran itu daripada luar seperti tanah dan seangkatannya, perlulah dihilangkan terlebih dahulu untuk air sampai ke bawahnya (ke dalam kuku).
Pandangan kedua
Melalui Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, dan para ulama’ juga bersependat bersama beliau berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku itu (RujukSyarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 69).
Secara kesimpulannya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pandangan pertama kerana kita perlulah menjaga kebersihan apatah lagi untuk beribadah. Bersihkan apa yang patut terlebih dahulu sebelum berjumpa yang Maha Esa.
Pada bulan Ramadan, umat Islam tidak boleh makan atau minum dari matahari terbit hingga terbenam. Jika orang berpuasa dengan sengaja mencium bau makanan, apakah hukumnya?
Menghidu Makanan Tidak Bermakna Anda Berbuka.
Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengatakan bahawa jika anda makan makanan tanpa ia masuk ke kerongkong anda, ia tidak membatalkan puasa anda.
Semasa memasak, sesetengah orang menggunakan aroma untuk memastikan rasa makanannya enak dan berkualiti, ianya diperbolehkan. Asalkan, tiada niat untuk membatalkan puasa.
Perkara Membatalkan Puasa
Makan dan minum saat berpuasa
Puasa adalah cara untuk memastikan fikiran anda tertumpu kepada perkara-perkara yang penting, bukannya ditarik oleh godaan dunia. Dengan berpuasa, anda boleh menahan makan dan minum dan kesenangan duniawi yang lain.
Oleh itu, jika seseorang makan atau minum semasa berpuasa, ia boleh membatalkannya.
2. Muntah secara disengaja
Muntah dengan sengaja boleh membatalkan puasa.
Kalau ada yang muntah tanpa sengaja, masih boleh berpuasa. Namun, jika mereka muntah dengan sengaja, mereka tidak boleh berpuasa.
3. Keluarnya air mani
Air mani yang keluar akibat onani atau bersentuhan dengan lawan jenis dapat membatalkan puasa.
4. Memasukkan benda atau segala sesuatu ke dalam tubuh
Objek boleh masuk ke dalam badan melalui tempat yang berbeza, seperti mulut, tekak, hidung dan telinga.
Jika sesuatu masuk ke dalam badan anda dengan sengaja, seperti ubat, itu boleh membatalkan puasa anda.
Pada bulan Ramadan, wanita yang datang haid dan keluar darah nifas dibenarkan berbuka, tetapi mereka juga diwajibkan menggantikan puasanya di kemudian hari. Ini berlaku selepas bulan Ramadhan berakhir.
6. Gila
Jika seseorang menjadi gila ketika berpuasa, puasa itu dianggap tidak sah.
7. Murtad
Jika seseorang murtad dalam keadaan masih berpuasa, maka puasanya dianggap tidak sah.
Orang yang keluar dari Islam disebut murtad.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding