Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika  bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.

Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.

Fahami maksud wuduk itu dahulu

Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”

Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.

Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)

Jadi sah atau tidak wuduk tidak menutup aurat?

Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.

Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat 120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.

IKLAN

Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.

Nabi SAW:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Maksudnya: lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.

Hadis riwayat Muslim (no. 388)

IKLAN

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)

 

IKLAN

Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).

Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).

Konklusinya:

Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Artikel berkaitan: Ketika Sedang Solat Tiba-tiba Baru Teringat Belum Ambil Wuduk

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI