Kegusaran sekali lagi menimpa penyanyi serta aktivis, Mizz Nina apabila meminta pertolongan orang ramai di instagram mengenai kehilangan sepupunya yang istimewa. Orang ramai turut bersimpati keatas isu ini.
Sepupu istimewa hilang sejak 5 hari lalu
Perkongsian dari Mizz Nina ataupun nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, memuat naik maklumat mengenai kehilangan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, tambahan pula Khairina merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
“Sepupu saya hilang dan dia merupakan seorang OKU. Sekiranya ada antara anda yang pernah melihat dia, sila hubungi nombor tertera.”
“Tolong sebarkan dan semoga ALLAH permudahkan. Amin,” tulisnya melalui posting di instagram.
Kali terakhir Khairina di lihat sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Khairina juga di dapati tidak memiliki telefon bimbit bersamanya dan juga tidak pernah keluar rumah bersendirian. Ini menjadikan sesi pencarian agak sukar.
Kegusaran yang di kongsi oleh Mizz Nina turut di rasai oleh rakan-rakan artis serta orang ramai. Mereka juga mengharapkan yang terbaik buat sepupunya, Khairina, agar cepat pulang ke pangkuan keluarga.
“Semoga Allah swt mempermudahkan urusan keluarga awak menghadapi dugaan ini.” tulis Datin Lisa Surihani.
Ads
“Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dan dia selamat di jumpai.” doa dari Sarimah Ibrahim.
Sudah tentu kehilangan orang yang tersayang membuatkan kita rasa tidak tenang. Tambahan pula apabila memikirkan tentang keselamatan mereka berada di luar tanpa ada siapa-siapa untuk memberi pelindungan. Mari kita bersama mencari juga mendoakan yang terbaik buat Khairina.
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang tahu memadankan pakaian dengan aksesori yang minimalis.
Isteri tersayang kepada Irwansyah ini antara selebriti terkenal Indonesia yang sering tampil dengan clean outfit.
Zaskia terkenal bukan sahaja dengan kejayaannya dalam dunia hiburan, malah gaya fesyennya yang sentiasa menarik perhatian dan menjadi ikutan.
Dia sering dilihat tampil dengan kombinasi pakaian ringkas, namun tetap memberikan kesan mewah dan stylish. Clean outfit yang sering menjadi pilihannya amat sesuai dengan imej wanita moden.
Bukan itu sahaja, Zaskia juga bijak memadankan barangan fesyen daripada pelbagai jenama termasuk jenamanya sendiri bagi mencipta penampilan yang sentiasa segar dan memberi inspirasi.
Pada suatu ketika, Zaskia kelihatan anggun menyarungkan gaun putih bercorak kelabu jenama Khanaan Official. Penampilannya lebih sempurna dengan tudung segi empat tepat rona kelabu yang elegan.
Zaskia melengkapkan gaya tersebut dengan kasut tumit tinggi rona perak dan tas tangan hitam memberikan kesan yang sofistikated. Kombinasi warna lembut ini menunjukkan betapa ringkasnya clean outfit namun Zaskia tetap nampak stylish.
Walaupun mengambil gambar dalam cuaca sejuk, Zaskia tetap tampil bergaya dengan pakaian kelabu pilihannya. Dia memakai pakaian luar hangat dipadankan dengan solekan natural.
Instant shawl rona hitam menambah sentuhan elegan tanpa menjejaskan keselesaan, menjadikan penampilan sempurna untuk cuaca sejuk.
Zaskia bukan sahaja pandai memilih pakaian daripada jenama lain, malah turut memakai koleksi daripada jenamanya sendiri. Dia dilihat memakai tudung tudung berjenama Zaskia Sungkar Jakarta dengan kerjasama Nasl oleh Nagita Slavina.
Gabungan coklat hitam dan susu dalam pakaiannya membuatkan Zaskia tampil anggun, dengan beg dari jjenama adiknya, SHI by Shireen Sungkar, menambah sentuhan kemewahan.
Ketika meluangkan masa bersama suami dan anak sulung, Zaskia memilih pakaian yang selesa tetapi tetap bergaya. Dia memakai kemeja putih berlapis dengan vest coklat mocha yang dipadankan dengan tudungnya.
Kombinasi hitam dan coklat susu serta kasut putih melengkapkan gaya semula jadi yang ringkas. Ini menunjukkan Zaskia masih mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Sempena pembukaan kedai jenamanya, Zaskia Sungkar Jakarta, penampilan Zaskia ini sangat serasi dengan tema kedainya yang didominasi warna coklat.
Zaskia menyarungkan outfit bercorak dan warna coklat, lengkap dengan skirt berlipat yang menambah kesan feminin.
Ketika tampil di Minggu Fesyen Jakarta 2024, Zaskia menyerlah dengan pakaian daripada jenamanya sendiri. Zaskia memakai skirt hitam dan putih dengan corak polka dot dan berjalur mencipta gaya stylish.
Zaskia menambah selendang di lehernya yang digayakan seperti rantai sebagai tanda sokongannya terhadap Palestin.
Sementara cermin mata hitam melengkapkan penampilan Zaskia yang penuh keyakinan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?
Ayuh, admin bongkar rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah pada hujung minggu.
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.
Lipstik matte seakan menjadi must have items bagi hijabi. Selain lebih tahan lama, lipstik matte dinilai lebih selamat digunakan berbandingkan jenis lainnya. Ada pelbagai brand kosmetik yang telah mengeluarkan lipstik matte berkualiti, seperti lokal produk Haus, Maybelline, Pixy, dan Make Over.
Dengan pelbagai produk lipstik matte, anda mungkin bingung memilihnya. Untuk membantu anda memilih lip matte yang tepat, jom kami akan perkenalkan jenis-jenis lipstik matte serta tip cara memilihnya. Sepuluh lipstik matte terbaik cadangan agar anda lebih mudah dalam menentukan pilihan.
Lipstik matte diperkenalkan kembali oleh The Kardashians pada tahun 2016. Pada waktu itu, The Kardashians mengeluarkan produk lipstik matte yang habis terjual dalam waktu yang singkat. Sejak itu, mulalah kemunculan lipstik matte dari brand-brand mekap lain. Sebenarnya, apa yang membezakan lipstik matte dengan jenis lain?
Dari formulanya, lipstik matte memiliki sangat sedikit kandungan minyak sehingga memberi hasil yang tidak mengilap. Oleh kerana tidak berkilau, bibir akan terlihat lebih padat ketika menggunakan lipstik jenis ini. Kelebihan dari lipstik matte adalah kemasan akhir yang tidak terasa meleket. Umumnya, lipstik matte juga bersifat transferproof sehingga tidak meninggalkan noda pada makanan, gelas, atau sudu.
Pada umumnya lipstik matte akan membuat bibir menjadi kering. Jadi, sebelum menggunakan lipstik matte, anda disarankan menyapukan lip balm untuk memberi kelembapan ekstra di bibir. Di samping itu, lipstik jenis ini juga sukar dihapus sehingga anda memerlukan makeup remover untuk membersihkannya.
Ada beberapa poin penting yang harus anda perhatikan dalam memilih lipstik matte.
Undertone kulit terbahagi kepada tiga, iaitu cool, warm, dan neutral. Walaupun anda memiliki warna kulit yang serupa dengan teman anda, belum tentu undertone juga sama. Bagi yang belum mengetahui undertone kulit, cubalah melihat warna nadi di pergelangan tangan. Jika terlihat warna biru, itu ertinya anda memiliki cool undertone, warna hijau untuk warm undertone, sedangkan ungu untuk neutral undertone.
Setelah mengetahui undertone kulit, barulah anda dapat memilih warna lipstik yang tepat. Umumnya, cool undertone dimiliki oleh anda berkulit putih, maka carilah lipstik dengan warna nude, cokelat, pink, dan merah. Warm dan neutral undertone memiliki range warna kulit yang lebih luas. Pemilik warm undertone dengan kulit berwarna kuning langsat pilih lipstik berwarna peach, maroon, mauve, dan oranye bata. Namun, jika anda tergolong memiliki warna kulit gelap, lipstik dengan warna keunguan, pink, dan merah tua sesuai untuk anda.
Akan tetapi, pemilik neutral undertone adalah yang paling beruntung. Mengapa? Kerana pemilik neutral undertone dapat menggunakan semua warna tersebut.
Temui pelbagai lipstik matte di pasaran yang berjenis stick, liquid, dan crayon. Apa saja kelebihan dan kekurangan dari jenis-jenis tersebut? Jom semak!
Stick : jenis yang memiliki daya melembapkan paling baik
Jenis lipstik ini sering disebut juga lipstik padat. Bentuknya yang berupa stick padat serta mengandung lebih sedikit minyak dibandingkan jenis lain. Warnanya memang lebih pekat, tetapi tidak setahan lama lipstik liquid.
Di samping itu, lipstik jenis ini dinilai sebagai yang paling selamat digunakan kerana tidak membuat bibir kering. Bahkan, produk ini dapat digunakan oleh pelbagai golongan usia. Anda boleh juga mendapatkan ketebalan warna yang diinginkan dengan cara mengatur banyak lapisan yang digunakan.
Liquid : unggul dalam pigmentasi dan ketahanan
Lipstik liquid memiliki pigmentasi yang lebih unggul dibandingkan jenis lipstik lain. Oleh kerana itu, pemilik bibir gelap akan menyukai jenis ini kerana mampu memberi full coverage. Namun, sebaiknya anda mengaplikasikan lip balm sebelum menggunakan lipstik liquid kerana formulanya cenderung membuat bibir kering.
Meskipun begitu, jika anda mencari lipstik matte yang tahan lama, jenis ini adalah jawabannya. Lipstik liquid yang dituntut tahan hingga belasan jam. Oleh demikian, jenis ini adalah yang paling sesuai untuk anda gunakan saat menghadiri acara penting dengan durasi waktu yang lama.
Crayon : untuk Anda penyuka produk yang praktis Lip crayon adalah produk solekan bibir berbentuk crayon sehingga akan terasa biasa ketika digenggam. Ketika hendak mengaplikasikan lip crayon, Anda hanya perlu memegangnya dengan cara yang sama seperti memegang pen atau pensil.
Dari segi tekstur dan warna, lip crayon memiliki formula yang lebih ringan. Oleh sebab itu, produk ini senang digunakan pelajar atau newbie yang kurang percaya diri menggunakan lipstik dengan warna yang tegang. Selain itu, lip crayon dianggap sebagai makeup multifungsi kerana selain sebagai lipstik, anda juga dapat menggunakannya sebagai blush on dan eyeshadow.
Pilihlah lipstik matte yang dilengkapi kandungan pelembap, seperti squalane, jojoba oil, madu, atau argan oil. Kandungan tersebut akan menjaga kelembapan bibir Anda sehingga mengurangi efek bibir yang kering. Di samping itu, lipstik matte yang dilengkapi pelembap juga terlihat lebih bagus pada bibir kerana tidak menonjolkan garis-garis bibir.
Poin ini menjadi sangat penting untuk anda telitikan, jika anda selalu menggunakan lipstik matte setiap hari. Tidak dapat dinafikan, kandungan tersebut tidak hanya memberi kelembapan, tetapi juga akan menutrisi bibir. Hasilnya tentu tidak akan langsung terlihat. Namun, anda akan menyedari manfaatnya pada kemudian hari.
Seperti yang sudah kami janjikan di awal artikel, kami telah menyiapkan sepuluh produk lipstik matte terbaik. Semoga produk-produk berikut ini dapat membantu Anda dalam memilih lipstik matte yang sesuai selera dan kebutuhan.
Didatangkan dengan 12 pilihan warna, lip matte ini berkrim pada saat sapuan, kemudiannya bertukar kepada kemasan matte serta-merta. Selain melembapkan dan bertekstur mewah, ia tidak mengeringkan bibir kerana kandungan Palmitoyl Hexapeptide-12 merangsang pembentukan kolagen untuk bibir yang sihat, tegang dan anjal.
Peptida dapat menghilangkan kedutan pada bibir dan memudarkan kesan warna gelap. Vitamin C dan Vitamin E mencerahkan bibir. Kuasa penyuburan minyak Argan dengan kandungan Vitamin E semulajadi pula menjadikan bibir terhidrat dengan baik.
Dengan aplikator berbentuk arrow, produk ini mampu menjangkau hingga ke sudut bibir anda. Sementara itu, formulanya yang waterproof dan transferproof membuat lipstik matte ini tidak hilang saat makan atau minum.
Kami cadangkan lipstik matte ini untuk anda gunakan saat menghadiri acara formal yang berlangsung lama. Lagi pula, produk ini mampu bertahan hingga enam belas jam sehingga anda tidak perlu touch up di tengah acara.
Dapatkan lipstick matte dalam bentuk cecair dari Rimmel, Stay Matte Liquid Lip Colour. Keistimewaan gincu cecair baru ini adalah warnanya berintensiti tinggi, kemasan baldu dengan sentuhan matte serta tahan lebih lama dan selesa. Lipstick cecair ini mampu memberikan penampilan warna matte yang sempurna pada bibir dengan hanya sekali sapuan. Dengan mengandungi bahan water-based, bibir anda akan sentiasa terasa lembap dan tidak mengering.
Untuk newbie yang sedang mencari lipstik matte yang betul, mungkin produk ini dapat menjadi pertimbangan. Berjenis crayon, lipstik ini mempunyai hujung yang meruncing sehingga dapat menjangkau ujung bibir dengan mudah. Dengan smooth-matte formula, bibir anda akan tetap memiliki sedikit kilau, tanpa mengurangi pigmentasinya.
Lipstik matte dari Loreal yang satu ini dituntut dapat memberi warna yang padat hanya dalam sekali swipe. Formulanya pun selamat di bibir. Selain itu, keunggulan lain produk ini ada juga terletak pada rekaan kemasannya.
Bahagian luar lipstik ini dibuat dengan bahan yang motif dan teksturnya seperti kulit dengan warna hitam, sedangkan warna emas membungkus bahagian dalamnya. Produk ini adalah pilihan tepat untuk anda yang tidak hanya memperhatikan formula lipstik, tetapi juga packaging-nya.
Tidak hanya kulit, bibir juga perlu dilindungi dari sinar UV. Salah satu lipstik matte dengan UV protection yang kami rekomendasikan adalah Pixy Lip Cream. Untuk anda yang sering giat dengan aktiviti outdoor, produk ini sesuai untuk Anda. Teksturnya pun ringan sehingga terasa seperti tidak menggunakan makeup bibir apa pun.
Velvet Matte Lip Pencil. Gincu dalam bentuk krayon saiz jumbo Diformulakan dengan pigmen, kaya sengit Beri baldu kemasan matte & lancar hasil Menggabungkan silikon warna tahan lama Diperkaya dengan emolien khas & vitamin E tidak pengeringan formula & tekstur berkrim.
Buat penampilan solekan tanpa henti dengan Pensil NUDESTIX Intense Matte Lip dan Cheek; Formula berkrim dan serba boleh yang boleh digunakan sebagai gincu, pelapik bibir dan pemerah pipi. Kalis air dan tahan lama, pensil meluncur dengan mudah untuk memberikan warna berpigmen yang halus dengan kemasan matte tahan sehingga enam jam.
Bibir terasa selesa dan terhidrasi, dan pipi didefinisikan dengan warna yang kelihatan semula jadi. Eco-pack dalam tin yang dapat dikumpulkan dengan rautan pensil dan cermin untuk aplikasi tanpa kesilapan.
Gincu ini mempunyai liputan penuh, warna matte sejati tidak seperti yang lain. Formula matte kelembapan ultra-ringan dengan kepekatan pigmen yang tinggi meluncur dengan mudah dan memberikan hasil warna yang tiada tandingannya dengan tekstur halus.
Diformulasikan dengan Cacao Seed Butter dan bahan penghidratan semula jadi yang lain, formula lembut namun kaya memberikan kehalusan lama yang lebih selesa dan tanpa kekeringan atau kelembutan. Hujung kelopak bunga Dahlia yang unik, yang direka khusus untuk formula matte mewah ini memberikan kawalan yang optimum dan aplikasi tepat untuk cemberut yang sempurna.
Anda sedang mencari lipstik berwarna cokelat? L’Oreal memilikinya. Bahkan, lipstik ini unik karena bukan hanya berwarna cokelat, tetapi juga dilengkapi dengan aroma cokelat. Bagi anda yang mengakui pencinta cokelat, tidak ada alasan untuk tidak membeli produk ini.
Jangan lupa untuk mengaplikasikan lip balm sebelum menggunakan lipstik matte agar kelembapan bibir Anda selalu terjaga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.