Sebut sahaja nama Puteri Sarah Liyana yang lebih mesra disapa sebagai Sarah itu, pasti semua wargamaya cakna berkenaan kemelut rumahtangga yang dialaminya, apabila suaminya yang juga merupakan Pengarah filem terkemuka, Syamsul Yusof telah mendua dan memutuskan untuk berkahwin dengan penyondol Ira Kazar.
Berikutan itu, Sarah, 38 telah nekad mengambil jalan muktamad memfailkan perceraian esok (Isnin), berikutan tidak kuat untuk menjalani alam ‘bermadu’ sekaligus mrngakhiri kemelut yang menimpa rumah tangganya dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39.
Empat Tahun Menjeruk Rasa, Sarah Masih Percaya Akan Dikurniakan Jodoh Lebih Baik
Menurut Sarah, walaupun dirinya teruji selama empat tahun terpaksa memendam perasaan dan menjeruk rasa, menelan segala apa yang berlaku dalam rumahtangganya selama ini.
Namun perkara itu langsung tidak mengoyahkan mahupun memadam kepercayaanya terhadap lelaki. Sebaliknya, Sarah yakin masih ada lelaki budiman di luar sana yang menjaga dan mengasihi isterinya hingga nyawa memisahkan.
“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama.
“Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” ungkapnya.
IKLAN
Sarah Nekad Teruskan Keputusan Failkan Penceraian Isnin Ini
Ditanya berhubung keputusan memfailkan penceraian, ini respon Sarah. Jelasnya, tiada perkara yang mampu mengubah keputusan itu, malah dia juga nekad tidak akan berpatah arang, berkerat rotan dengan menarik semula tuntutan penceraiannya selepas dilaksanakan kelak.
Sarah akui bahawa air matanya juga sudah kering mengenangkan rumah tangga yang dibina bersama lelaki yang dicintai akhirnya hancur berderai, apabila kesetiannya dikhianati dek gangguan orang ketiga.
Tegasnya lagi, keputusan yang diambil ini bukanlah keputusan yang mudah, malah keputusan ini sudahpun mendapat sokongan dan persetujuan penuh keluarganya dan keluarga belah mertua, Sarah yakin keputusan ini merupakan jalan terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama.
“Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.
IKLAN
“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk.
“Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” ujarnya.
Semalam merupakan ulang tahun hari kelahiran penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang ke 43 tahun. Menyambutnya dengan meriah, beliau yang mesra disapa TokTi membuat kelainan pada tahun ini apabila membuat sambutan bertemakan Barbie.
Menariknya, tema ini merupakan pilihan anakandanya yang tercinta iaitu Siti Aafiyah.
‘Dah lanjut usia baru dapat buat theme Barbie (sebenarnya nak tunaikan permintaan Aafiyah nak tea party theme Barbie).’
Selain itu, satu perkongsian oleh TokTi membuatkan ramai yang tersentuh hati apabila beliau memuat naik ucapan terima kasih Aafiyah kerana telah melahirkannya ke dunia ini. Cerdik sungguh!
“Thank you Ibu lahirkan Aafiyah, Happy Birthday” ❤️
Manisnya Aafiyah! Di ruangan komen, ramai yang ‘cair’ mendengar ucapan Aafiyah dan memuji kebijaksanaan dan kesopanannya yang persis ibu tercinta.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Masalah kemurungan perlu diberi perhatian dan jangan diambil mudah. Jika dilihat, terdapat pelbagai kes yang berkaitan dengan masalah kemurungan hingga menyebabkan seorang ibu sanggup mendera dan membunuh anaknya sendiri. Allahuakbar, betapa besarnya efek kemurungan dalam kehidupan seseorang individu jika tidak dirawat dari awal.
Menurut seorang wanita bernama Zaeda Aziz, dia juga pernah mengalami masalah kemurungan apabila mendapati tanda-tanda kemurungan ada pada dirinya. Pada masa ini, alhamdulillah dia sudah sembuh. Tetapi kemurungan merupakan satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Dengan rawataan yang tepat, pesakit pasti boleh sembuh sepenuhnya.
Ayuh baca perkongsian Zaeda Aziz yang juga merupakan salah seorang cancer survivor. Hijabista doakan agar wanita ini diberi kesihatan yang baik dan semoga penulisannya dijadikan ikhtibar untuk semua individu yang membaca.
Foto: Facebook Zaeda Aziz
Bagaimana saya tahu yang saya menghidap kemurungan?
Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas:
1. RASA KOSONG
Sedih tidak. Happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.
2. SUSAH UNTUK SENYUM.
Pura-pura senyum tu boleh. Tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.
3. MUDAH MARAH
Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil “mommy’ dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah.
4. CEPAT LETIH
Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.
5. RAMBUT GUGUR
Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang² rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala. Selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan.
6. LENGUH BADAN
Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.
7. MALAS BANGUN TIDUR
Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino’s Pizza bila taufan depresi datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli la Nasi Ayam atau apa² sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.
8. TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI
Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.
9. TIDUR YANG TAK PUAS
Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba. Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all. Nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur. 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal.
10. INGIN BERSENDIRI
Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup fb, tutup insta, tutup phone, tutup pintu. Berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak aktif.
11. SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA)
Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang ‘low latent inhibition’ selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah…sorang-sorang layan kepala sendiri. Tak nak berbual dengan manusia.
Foto: Facebook Zaeda Aziz
Saya menulis sepanjang ini bukan untuk menjemput kecaman. Kalau anda mula mengecam, then obviously you too have mental issues. Get it fix. Jika anda menulis untuk membangga diri, yang walaupun anda telah diuji tapi tak kena kemurungan, then you too have mental issues which we call it as narcissistic behaviour. Membangga diri tak kena tempat.
Why am I sharing this? Sebab ramai ibu sedang bertarung dengan depresi dan tak mengetahuinya. Mereka dibisukan oleh pasangan masing-masing. Fikir banyak sangat, zikir lebih sikit, benda dah sudah lupakanlah, cepat sangat sentap, etc… Ini lah yang disebut untuk mendiamkan mereka. Dan sampai ke sudah menanggung sengsara.
Nasihat saya, cepat dapatkan rawatan pakar. Malu untuk berjumpa dengan psikiatris? Nak malu apa? Lagi malu kalau teramuk di khalayak ramai sambil memegang stereng lock. Lebih malu terjerit-pekik marahkan anak di shopping mall. Sebelum orang label kamu gila, baik pergi berubat sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik.
Ini pesanan untuk ibu-ibu juga..
Kita mahu anak-anak kita membesar dengan memori yang indah. Mereka ada ibu yang penyayang, supportive, sentiasa bertenang walaupun diuji, dan bersedia melindungi mereka jika musibah datang. Sekiranya gangguan emosi kita tidak dirawat, anak-anak akan berjauh hati, suami akan fed-up dengan sikap pemarah tak terkawal, dan lama kelamaan kita akan hidup bersendiri. Jika faham maksud saya, lekas-lekas ke hospital untuk dapatkan appointment. InsyaAllah things will get better.
Foto: Facebook Zaeda Aziz
Buat masa ini Alhamdulillah, saya okay. BUAT MASA INI lah. Kemurungan ini satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa…hummm, payah nak cakap. Tapi dengan rawatan yang tepat, kita boleh disembuhkan sepenuhnya. Gabungkan rawatan moden, holistik, ubah gaya hidup dan cari kumpulan sokongan.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.
Hafiz Mahamad merupakan usahawan kosmetik dan influencer media sosial yang mencipta kejutan untuk Aidilfitri. Dia sanggup menaja 10 bas yang akan membawa orang ramai pulang ke kampung halaman mereka.
Melalui hantaran di IG storynya, perkongsian Hafiz telah mencetuskan rasa sebak dan gembira kepada netizen.
“Sebelum ini saya cakap antara tiga hingga lima buah bas sahaja, tetapi selepas tanya pasukan saya, kami perlu menyediakan sehingga 12 buah bas disebabkan permintaan ramai.
“Kali ini saya terpaksa tutup (permintaan), niat saya memang mahu bagi paling maksimum, tetapi itu sahaja yang saya mampu, insya-Allah jumpa di perhentian bas Jumaat ini,” katanya.
Hafiz berkata setiap orang boleh mendapatkan sehingga lima tiket bas untuk pulang ke destinasi masing-masing membabitkan perjalanan ke utara dan pantai timur.
Pada hari Sabtu, bas akan bertolak pada pukul 9 malam dan mereka yang menaikinya perlu berjumpa di Depoh Kiffah Travel Sdn. Bhd di Kepong.
Dalam pada itu, orang ramai terus menzahirkan ucapan terima kasih kepada tajaan tersebut selain mendoakan usahawan itu akan terus dimurahkan rezeki.
Hafiz berkata dia akan ke stesen bas lama bersebelahan stadium Shah Alam untuk melihat keadaan.
Tambahnya lagi, beliau berharap semuanya berjalan lancar dan penumpang dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan menyambut Raya bersama keluarga tercinta.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.