Gastrik merujuk kepada keradangan pada lapisan perut. Masalah gastrik boleh menjadi ancaman serius kepada kesihatan jika tidak dipantau dan dikawal dengan betul. Oleh itu, anda boleh ikuti tip pemakanan ini untuk mengelakkan gastrik. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Gastrik merupakan sesuatu yang tidak asing dari bagi masyarakat di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, gastrik boleh menjadi akut atau kronik. Gastrik akut berlaku secara tiba-tiba dan teruk, manakala gastrik kronik berlarutan dalam jangka masa yang lama. Menurut laman Hello Doktor, di antara gejala gastrik adalah terasa senak, rasa kenyang, sakit perut, dan loya.
Jika anda mempunyai gejala-gejala gastrik, segeralah dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk menjalani ujian endoskopi. Di situ, anda akan diperiksa jika terdapat sebarang kesan keradangan dan luka pada perut anda. Untuk penghidap gastrik ringan, ia biasanya hilang selepas rawatan. Walaubagaimanapun,masalahinibolehberpanjangandanmengancamnyawadenganmenyebabkankanserperut.
Kanserperutadalahsangatberbahayadanbolehmengakibatkankematian. Kanser perut juga merupakanpuncakematianke-4utamakanserselepasparu-paru,hatidankanserkolorektal. Untuk itu, penting untuk anda mengetahui makanan apa yang patut di elakkan dan juga makanan bagus untuk penyakit gastrik.
Punca Gastrik
Meninjau perkongsian dari Bidadari.my, terdapat pelbagai punca masalah gastrik ini terutamanya dari segi pemakanan dan gaya hidup seharian. Antara senarai kemungkinan penyebab gastrik adalah:
Ads
Kuman yang merebak melalui makanan atau air yang tercemar oleh bakteria H. pyroli
Kesan sampingan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.
Penyakit autoimun iaitu apabila sistem kekebalan tubuh mula menyerang tisu sihat badan pada lapisan perut.
Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol.
Penuaan yang menyebabkan lapisan perut menipis.
Tip elak gastrik
Seperti yang dinyatakan di atas, faktor pemakanan juga cenderung menjadi antara punca penyebab berlakunya gastrik. Sebagai bukti, penyelidik dari Universiti Illinios iaitu Aqsa Iqbal pernah menerbitkan kajian berkenaan makanan yang menjadi punca gastrik pada tahun 2017.
1.Elakkan Makanan Tinggi Garam
Kandungan garam yang tinggi dalam makanan bukan sahaja menyebabkan masalah gastrik tetapi juga menyebabkan beberapa penyakit berbahaya lain seperti tekanan darah tinggi, serangan asma, osteoporosis, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Kajian itu juga mendapati bahawa penduduk negara yang mengamalkan diet tinggi garam mempunyai tahap gastroparesis yang lebih tinggi daripada penduduk negara yang mengambil kurang meletakkan garam dalam masakan.
Antara makanan yang menyebabkan tinggi kandungan garam adalah daging yang diperap dengan garam, soda, ikan masin, dongchimi (kimchi yang diperbuat daripada lobak putih), daging bakar dan jeruk. Kandungan garam yang tinggi dalam makanan ini akan merosakkan lapisan dinding pada permukaan perut sehingga menyebabkan keradangan. Lebih teruk lagi, kesakitan akibat mukosa yang rosak boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria serta memburukkan keadaan gastrik anda.
2. Pengawet Makanan
Ads
Penggunaan bahan pengawet makanan dalam industri makanan bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat makanan, mengelakkan risiko pertumbuhan bakteria yang boleh merosakkan makanan dan memberikan rasa atau warna yang terbaik untuk makanan yang diawet. Menurut kajian terdahulu, pengawet makanan dan pemanis tiruan yang ditambah kedalam makanan ini mempunyai sebatian kimia seperti N-nitrosamines, nitrosamides, dan nitrosaminidines. Untuk pengetahuan anda, bahan kimia ini jika digunakan dalam jangka masa panjang dan kerap boleh menyebabkan gastrik dan seterusnya kanser perut. Contoh makanan yang menggunakan bahan pengawet ialah sosej, nugget, daging beku dalam tin, bir dan wiski. Bukan sahaja tidak sihat, malahan makanan ini juga penyumbang kepada gastrik!
Tip makanan yang bagus untuk gastrik
Seterusnya, kita beralih kepada tip pemakanan yang bagus untuk pesakit gastrik. Makanan terutamanya yang mempunyai kandungan sebatian bioaktif sangatlah bersesuaian. Kandungansebatianbioaktifdalammakananininampaknyamenyumbangkepadaperlindunganterhadaprisikopenyakitperut.
1.Bawang Putih
Bawang putih kaya dengan pelbagai sebatian aktif dan kumpulan utama yang terdapat di dalamnya ialah allium. Kumpulan allium ini menawarkan pelbagai potensi kesan kesihatan, termasuk kesan antibakteria, antihipertensi dan antikanser. Dengan lebih 2000 sebatian aktif masih ditemui oleh penyelidik, antioksidan dalam sebatian bawang putih dan sulfur berpotensi untuk melindungi perut.
2.Buah-buahan dan sayuran-sayuran segar
Ads
Sumber semula jadi dan sumber semula jadi buah-buahan dan sayur-sayuran segar harus digunakan untuk kesihatan kita. Analisis makmal telah menunjukkan kesan kesihatan positif pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Karotenoid, vitamin C, vitamin E, garam mineral dan multivitamin lain adalah antara nutrien yang paling berharga. Beberapa cadangan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berdasarkan kajian terdahulu termasuk buah sitrus, cendawan, sayur-sayuran, tembikai, tomato dan banyak lagi.
3.Susu dan produk tenusu
Produk tenusu ini tinggi dengan protein yang boleh membantu membaiki kerosakan sel dan tisu dalam badan dengan lebih cepat. Untuk melegakan simptom gastrik dan yang berkaitan dengan sakit perut, pengambilan susu dan produk sangat disyorkan. Antara jenis susu dan hasil tenusu yang boleh diamalkan ialah susu lembu, susu kambing, susu biri-biri, yogurt, keju dan dadih. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah orang yang tidak boleh mengambil susu dan produk tenusu kerana masalah kesihatan atau intoleransi laktosa. Namun jangan risau! Anda boleh digantikan dengan susu alternatif seperti susu badam dan susu soya.
Sebagai kesimpulan, anda telah mengetahui makanan apa yang patut dielakkan dan juga makanan yang bagus diamalkan untuk mengelak penyakit gastrik. Jika anda mulai merasa tanda-tanda gastrik ini, segeralah ke klinik ataupun hospital kerana ianya masih boleh dikawal jika dikesan di peringkat awal. Jangan dah terlambat baru nak berjumpa doktor ya!
Rata-rata hijabi kita cukup gemar berselfie lebih-lebih lagi apabila bercuti atau ketika menghadiri sesuatu majlis. Selfie tidak salah. Tetapi kadangkala kita perlu ambil sehingga 10 ke 20 keping gambar baru ada yang berkenan atau cantik untuk di muat naik ke laman sosial. Bentuk wajah dan bentuk badan mungkin akan memberi kesan tetapi ianya bukanlah satu penghalang. Tetapi apa sebenarnya punca gambar selfie anda tidak cantik? Kesalahan solekan adalah jawapan yang paling tepat.
Ketahui antara kesalahan solekan yang boleh menjejaskan kualiti selfie anda:
1. Abaikan Kulit Wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar selfie yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan primer.
Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.
2. ‘Eyeliner’ Hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.
3. Tidak Menyapu Pelembap Bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!
4. Mata ‘Panda’
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan concealer di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan highlighter pada tulang pipi. Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.
5. Maskara Pada Bulu Mata Atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda pop-out dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.
6. Pemerah Pipi Atau Bronzer
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular kisah menyentuh hati di media sosial apabila pertemuan antara kedua anak dan ibu setelah sekian lama terpisah. Selama 20 tahun, kini Allah SWT pertemukan mereka berkat hasil pencarian oleh rakan.
Nurshahirah Sofea yang di jaga oleh bapa angkatnya sejak bayi telah mendapat perhatian orang ramai mengenai kisahnya. Kini dia dapat bersatu semula bersama ibunya setelah sekian lama.
Tak sangka kawan hilang ‘tanpa khabar’ tolong cari ibu kandung
Kisah seorang gadis yang bernama Nurshahirah Sofea telah tular sejak bulan Februari lalu. Dia yang di besarkan oleh bapa angkatnya sejak kecil akui tidak pernah mengenali ibu kandungnya dan hanya menumpang kasih oleh bapa angkatnya, Yakub Hassan, 76 tahun.
Menerusi temubual bersama mStar, Nushahirah Sofea atau mesra di kenali sebagai Sofea atau Sof, 20, mempunyai satu permintaan yang terhasrat di hati–iaitu ingin berjumpa dengan ibu kandungnya sendiri. Meski pun begitu, dia hanya memberitahu kepada dua orang kawan rapatnya dan masih belum bersedia untuk bersua bersama ibu kandungnya.
“Mula-mula ada maklumkan pada dua orang kawan rapat yang saya teringin nak cari mak kandung.
“Saya tak nak jumpa depan-depan sebab masih belum bersedia tapi nak tengok muka dia.
“Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ini saya tak pernah berhubung dengan dia,” katanya sewaktu di temubual.
Namun begitu, kisah luahan hati Sofea atau Sof itu tidak dapat di sangkal di ambil serius oleh kedua rakan rapatnya itu, Hana dan Irsyad, apabila mereka sudah pun mengatur langkah untuk membantu Sof mencari ibu kandungnya itu. Mereka sudah pun mengambil langkah pencarian selama beberapa bulan untuk menjejaki ibu kandung rakannya itu, berkat Allah SWT, mereka berjaya temui ibu rakannya itu yang dapat di kenalpasti menetap di Johor Bahru, Johor.
“Masa kawan beritahu dia nak tolong cari, dia minta nama penuh saya. Saya pun tak fikir panjang terus saja berikan.
“Lama kawan saya diam saja tak ada khabar berita baik atau apa-apa pun. Lebih kurang sebulan lepas itu, dia cakap ‘Nama penuh mak kau sekian-sekian kan?’,
“Saya sangat terkejut apabila dia boleh tahu nama penuh mak. Jadi kawan saya yang seorang lagi itu mula mencari nama mak saya di Facebook dan akhirnya jumpa akaun mak.
“Mereka yakin itu mak saya sebab muka lebih kurang sama, jadi mereka cuba hubungi melalui messenger di laman Facebook,” katanya lagi.
Kedua rakannya yang membantu Sof untuk mengenalpasti adakah pemilik akaun Facebook yang mereka temui itu adalah sebetulnya milik mak kandungnya. Apabila melihat gambar profil Facebook wanita tersebut, ada terdapat maklumat yang sama dan tepat sepertimana yang di ketahui oleh Sof melalui bapa angkatnya.
Setelah betul sangkaan kedua rakannya itu, mereka mula untuk berhubung dengan wanita tersebut melalui messenger di Facebook. Percubaan mereka untuk menghubungi ibu kandung Sofea kini berjaya apabila pemilik akaun itu sudah memberikan respon melalui messenger kepada salah seorang rakannya itu.
“Pada mulanya saya sendiri tak yakin bahawa itu ibu kandung saya. Kawan Sof yang perempuan cuba untuk chat tapi tidak dapat apa-apa respon, apabila kawan yang lelaki itu mesej barulah dia balas.
“Apabila kawan Sof tanya pernah tak ada anak nama Nurshahira Sofea…dia mengaku ada. Ibu saya terus tanya soalan macam-macam dekat kawan lelaki saya itu. Apabila dah lama borak bersama ibu, dia ada ajak saya berjumpa.
“Akhirnya pada 30 Ogos yang lalu, kami berjumpa di sebuah kafe di Johor Bahru, tapi sekarang ini mak saya sudah mula bekerja di Kuala Lumpur.
“Sewaktu temuinya itu dia ceritakan segalanya. Kenapa dia mengambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi daripada itu saya tahu punca mak buat keputusan seperti itu, cuma saya tak boleh ceritakan kisah ini pada umum,” jelas Sof.
Sewaktu pertemuan Sof dan ibu kandungnya itu, ibunya ada mengajak Sof untuk tinggal bersama tetapi Sof enggan membuat sedemikian dan menolak permintaan ibunya oleh kerana dia lebih selesa hidup bersendirian. Kata Sof lagi, dia sudah terbiasa berdikari sejak menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus bekerja di pusat membeli belah, Mid Valley Southkey di Johor Bahru sehingga ke hari ini.
Sebagai pengetahuan semua, Sof tulah muatnaik satu video perkongsian dari kisah cerita dan juga pertemuannya bersama ibu kandungnya itu di laman media sosial miliknya. Sof yang berjumpa ibu kandungnya selepas 20 tahun itu telah membuatkan ramai yang tersentuh apabila melihat pautan video tersebut.
Tular satu perkongsian video menunjukkan salah faham tentang beberapa ‘bahan’ yang di jumpai di sekitar rumah seorang artis tempatan sebagai cubaan menyihir.
Video itu mendapat banyak tentangan oleh kerana ‘bukti’ yang ditunjukkan itu bukanlah suatu benda yang berunsur jahat. Malah, ia lebih kepada memagar rumah dan mengusir ‘anasir jahat’.
Limau Dan Garam Lebih Digunakan Untuk Perubatan Islam
Merujuk kepada seorang ahli Pusat Rawatan Islam Al-Idrus, Ustaz Shafiq Mujahid, menjelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan itu lebih digunakan untuk membantu proses perubatan Islam. Bahkan, perkongsian itu banyak di bahas semula oleh wargamaya.
“Garam digunakan untuk pagar rumah. Begitu juga daun Bidara dan Limau yang boleh melemahkan gangguan jin dan berfungsi sebagai ‘pemagar’ rumah,
“Tidak pernah lagi tujuan sihir menggunakan bahan ini. Kebanyakan pusat rawatan Islam, Darul Syifa, dan saya sendiri untuk proses rawatan.” katanya.
Ustaz Shafiq juga jelaskan bahawa bahan-bahan itu juga digunakan sewaktu proses memandikan jenazah. Manfaat dari setiap bahan itu banyak menjurus kepada menyingkirkan dan melemahkan ‘anasir jahat’. Malah, anda juga boleh lakukan sendiri untuk memagar rumah.
“Jin sangat lemah dengan daun Bidara. Sebab itu, jenazah dimandikan bersama air daun Bidara untuk mengusir jin,
“Limau ada satu bauan yang tidak disukai jin. Begitu juga sifat asidnya yang begitu alergik oleh jin juga. Sama seperti garam,
“3 bahan tadi boleh digabungkan serta anda juga boleh buat sendiri. Ambil segenggam garam, satu baldi air, dan 3 genggam daun bidara lumat atau tidak. Kacau sekali dan siram di sekitar rumah. Cukup untuk perkongsian dan ilmu bonus buat anda!” ujarnya selepas menjelaskan salah faham itu.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...