Jika disoal mengenai satu permasalahan dalam perhubungan, sudah tentu ramai pasangan yang inginkan solusi dan mengekalkan hubungan mereka.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, akui pernah dihubungi pelakon Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan nasihat mengenai isu pergolakan rumah tangganya.
Pernah mencari solusi buat seketika dahulu…
Ketika ditemu bual oleh Hijabista, Ustazah Asma’ Harun menerangkan Puteri Sarah sendiri menghubunginya untuk berjumpa bersama suaminya, Syamsul Yusof. Namun, kekangan masa membuatkan mereka tidak dapat bersua.
Ustazah Asma’ menjelaskan Puteri Sarah ingin memperbaiki serta mempertahankan hubungannya bersama suami. Dia juga banyak bertanya kepada ustazah sendiri beberapa perkara yang boleh dilakukan pada peringkat awal.
Ads
“Puteri Sarah berusaha pada peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia tanya apa yang boleh dia lakukan dan saya ada kongsi doa serta zikir,
“Dia ingin mempertahankan rumah tangganya, dia masih sayangkan suami….siapa tak sayang, ayah kepada anak-anak,
“Kemudian kesibukan masa, saya tidak sempat menyantuninya. Ketika itu, Puteri Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia bersama suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang, itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.” ujarnya.
Ads
Ramai artis menghadapi masalah sama…
Katanya lagi, ramai juga artis yang berhadapan masalah yang sama seperti Puteri Sarah. Rata-ratanya cuba mendapatkan nasihat dan solusi.
“Bukan Puteri Sarah sahaja, malah ramai juga artis yang menghubungi saya. Sebenarnya banyak artis yang mempunyai masalah rumah tangga,
“Tapi bila mereka menghubungi, saya lebih kepada mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan. Dunia akhir sangat mencabar, pertahankan kebahagian…ketenangan sebab pergaulan dan budaya kerja yang terlalu terdedah,
Ads
“Maka buat para artis, untuk menjaminkan kebahagiaan rumah tangga…paling utama adalah letakkan pasak agama. Jangan tinggalkan Allah SWT dalam rumah tangga.” jawabnya.
Ustazah Asma’ Harun ditemui di Anugerah Nona Superwoman 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu. Beliau juga memegang penganugerahan Nona Motivator Award.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dulu ketika selebriti ini masih berstatus anak dara, penampilan masing-masing memang mengancam. Malah mereka ini antara yang bijak berposing sama ada untuk paparan di majalah atau surat khabar. Mintalah apa sahaja gaya, pasti akan memberi kerjasama dengan baik.
Tetapi itu cerita lama sebelum masing-masing mengepit ‘handbag’mahal. Walaupun sudah mempunyai cahaya mata, tetapi selebriti dilabel ‘hot mama’ ini tetap maintain dalam berpenampilan. Maklumlah sebagai ‘public figure’ memang perlu sentiasa menjaga penampilan diri terutama ketika berada di khalayak ramai.
Admin senaraikan di sini beberapa selebriti muda yang sudah menjadi hot mama tetapi tetap menyerlah dalam gaya masing-masing. Biarpun ada anak, namun mereka tetap bijak suai padan busana bersesuaian ketika bergandingan.
Ibu kepada Yusuf Iskandar ini memang bijak bergaya. Melihat di laman instagram, banyak gambarnya sekarang adalah bersama Yusuf. Anak lelaki tunggalnya ini juga mempunyai follower tersendiri yang kadang kala setiap aksi dilakukan begitu mencuit hati netizen.
Dari muda hingga sekarang Scha antara selebriti yang bijak bergaya walaupun di mana dia berada. Berkahwin dengan Awal dan mempunyai Lara Alana jadi pakej lengkap hidup Scha.
Terbayang betapa seksinya dulu Yana Shamsuddin. Tetapi setelah berhijrah kejelitaan Yana makin terserlah dan cocok sekali dengan penampilannya. Sentiasa posing dengan anak lelaki kesayangannya, Aisy Mateen di laman IG. Untungnya Yana baru-baru ini dihadiahkan kereta oleh suami tersayang sempena hari jadinya.
Bar sahaja bergelar ibu dan bekas model yang juga pelakon ini semakin sibuk menguruskan anak di rumah. Tilla kini menghadkan aktiviti seninya kerana mahu beri tumpuan pada Syeriv. Kalau dah namanya model, gayanya juga di laman IG tetap seperti model popular.
Sebelum bergelar pelakon, Irma Hasmie juga ada pengalaman bergelar model. Setelah berhijrah dan dikurniakan cahaya mata, Irma kelihatan cukup bahagia dengan keluarga kecilnya ini. Dua orang anak-anaknya diberi didikan agama yang bagus dan Irma juga sering muat turun fotonya memberitahu aktiviti bersama dua anak kesayangannya ini.
Berkahwin dengan Farid Kamil ketika usianya masih muda dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora. Ternyata Diana tetap berada dalam pesonanya yang tersendiri. Ibu muda ini cukup rapat dengan dua orang anaknya ini. Diana kelihatan lebih matang setelah menjadi ibu dan gayanya juga lebih santun berbanding ketika anak dara.
Kawan baik kepadq Irma Hasmie ini juga melakukan penghijrahan yang menjadikan dia insan lebih baik. Tidak lagi berlakon tetap banyak beralih kepada bidang pengacaraan. Diana Amir pandai meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan tugasan.
Artis tinggi lampai ini cukup bijak dalam berfesyen, lebih-lebih jika menghadiri majlis festival. Dan setelah mendapat anak pun, Hanez tetap bergaya walaupun gayanya cukup santai. Dia bijak suai padan busana bersesuaian dengan dirinya sebagai ‘hot mama’.
Lagi seorang bekas model yang cukup menggetar kalau lihat fotonya dulu. Gayanya sebagai model profesional cukup terserlah. Kini Sarah selesa menyarung baju yang sesuai dengan penghijrahannya. Ibu kepada Syaikhul ini juga tidak boleh berenggang dengan anaknya. Bukti lihat foto-foto di laman IG.
Artis berlesung pipit ini punya ceritanya tersendiri. Mulanya Wawa dan Aeril Zafril menyembunyikan status perkahwinan mereka. Tetapi itu cerita lama. Kini, pasangan ini cukup bahagia dengan dua cahaya mata. Wawa pula semakin bijak bergaya lebih-lebih lagi di samping dua anaknya yang mewarisi ketampanan bapanya dan kecantikan Wawa sendiri.
Isteri kesayangan Datuk Seri Allif Syukri, Datin Seri Shahida ini memang menjaga penampilannya sesuai dengan status sebagai usahawan yang perlu kelihatan cantik dan menarik. Mempunyai tiga cahaya mata dan baru-baru ini telah mengambil seorang lagi anak angkat sebagai penyeri keluarga mereka. Melihat gaya mereka bagaikan tidak percaya itu adalah anak-anaknya kerana lagak seperti adik dan kakak.
Rentetan cerita kontroversi membabitkan dirinya, Joy Revfa juga turut dilabel selebriti paling popular. Usahawan muda ini mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Dia juga kaki IG kerana sering memuat turun fotonya bersama anak lelakinya ini.
Terdapat pelbagai bahan yang dimajukan untuk memperbaiki masalah kulit. Rata-ratanya mempunyai kandungan vitamin yang mempunyai nama yang tertentu yang menyukarkan anda untuk memahaminya.
Namun, amat penting untuk anda meneliti bahan yang terkandung di dalam produk penjagaan kulit agar tiada kesan sampingan. Pelbagai bahan yang sinonim dengan dunia kecantikan namun masih keliru, salah satu bahan unggul yang dapat membantu masalah kulit anda ialah niacinamide.
Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah bentuk vitamin B-3, nutrien penting. Kekurangan B-3 boleh menyebabkan gangguan pada kulit, ginjal, dan otak. Mengambil niacinamide dapat membantu mencegah kekurangan B-3.
Dan terdapat banyak lagi manfaat nutrien ini, terutama sekali mengenai kesihatan kulit secara umumnya. Walaupun diperlukan lebih banyak penyelidikan, niacinamide topikal dapat membantu merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan eksim.
Secara keseluruhan, niacinamide dapat membantu membina protein di kulit dan mengunci kelembapan untuk mencegah kerosakan persekitaran.
Kekebalan – Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda anjal dan sihat.
Penghalang lipid – Niacinamide dapat membantu penghalang kulit ceramide (lipid) anda tumbuh dan dapat mengekalkan kelembapan. Ia bermanfaat untuk semua jenis kulit, terutamanya jika anda mempunyai ekzema atau kulit yang matang.
Mengurangkan kemerahan dan kegatalan – Niacinamide mengurangkan keradangan yang dapat membantu meredakan kemerahan akibat ekzema, jerawat dan keadaan keradangan kulit yang lain.
Mengecilkan penampilan liang pori – Menjaga kulit licin dan lembap yang mungkin mempunyai faedah sekunder di mana dapat mengurangkan ukuran liang dari masa ke masa secara semula jadi.
Mengawal minyak – Manfaat pengekalan kelembapan bukan hanya untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Niacinimide juga dapat membantu mengatur jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah kelenjar anda daripada berlebihan.
Melindungi daripada kerosakan akibat cahaya matahari – Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
Rawatan hiperpigmentasi – Beberapa penyelidikan mendapati kepekatan niacinamide 5 peratus dapat membantu dalam meringankan bintik-bintik gelap. Manfaat dilihat selepas empat minggu, tetapi tidak melebihi dua bulan. Manfaat ini mungkin disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kolagen.
Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan – Penyelidikan juga mendapati bahawa kepekatan yang sama sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan.
Melindungi daripada tekanan oksidatif – Niacinamide membantu membina sel di kulit sambil melindungi kulit dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran dan toksin.
Merawat jerawat – Niacinamide mungkin bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula. Lama kelamaan, luka anda mungkin kelihatan berkurangan dan tekstur kulit lebih baik.
Banyak produk niacinamide topikal terdapat dalam bentuk serum. Jadikan serum sebagai rawatan peringkat seterusnya dalam menangani masalah kulit anda dengan disertakan pembersihan, penyegar dan pelembab secara berkala.
Serum niacinamide anda harus digunakan selepas menyegarkan (toner) dan sebelum melembapkan (pelembap).
Beberapa pembersih dan krim juga mengandungi niacinamide. Bahan ini juga terdapat di beberapa topeng muka, yang dibilas selepas setiap penggunaan. Baca setiap label produk dengan teliti dan ikuti semua arahan penggunaan.
Kepekatan niacinamide boleh jadi berbeza-beza di antara produk, walaupun kebanyakan formulasi adalah 5 peratus atau kurang. Beberapa laporan menunjukkan formula 5 peratus berkesan dalam merawat hiperpigmentasi dan kerosakan yang berkaitan dengan pendedahan cahaya matahari.
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, mungkin anda perlu memulakannya dengan kepekatan yang lebih rendah. Formula dengan 2% niacinamide dapat membantu meringankan gejala eksim dan keadaan yang serupa. Niacinamide boleh disenaraikan sebagai “niacin” dan “nicotinamide” pada label produk. Jadi jangan keliru!
Niacinamide boleh digunakan bersama bahan aktif lain untuk hasil yang optimum. Sebagai contoh, niacinamide tambahan dapat berfungsi dengan baik bersama tembaga, asid folik dan zink untuk merawat jerawat.
Manfaatkan serum niacinamide anda dengan menggunakannya bersama dengan asid hyaluronik. Asid hyaluronik dikatakan dapat meningkatkan penyerapan produk.
Niacinamide topikal umumnya dianggap selamat untuk digunakan. Individu yang mempunyai alahan mungkin lebih cenderung mengalami reaksi alergi. Anda boleh mengelakkan reaksi alergi dan sensitiviti produk yang meluas dengan melakukan ujian tampalan:
Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan melihat hasil yang signifikan selama beberapa minggu. Walaupun sebahagian besar penyelidikan yang ada menggambarkan peningkatan yang ketara setelah penggunaan selama empat minggu. Keberkesanan bahan ini bergantung pada masalah kulit individu.
Anda mungkin melihat lebih banyak perubahan pada kulit selepas lapan minggu, seperti kulit yang lebih halus, anjal dan terhidrat. Perlu beberapa minggu untuk melihat peningkatan yang ketara, jadi penting untuk bersabar dan mengikuti rutin anda.
Sekiranya anda tidak melihat perubahan dalam beberapa bulan, mungkin sudah waktunya untuk berunding dengan pakar dermatologi. Mereka dapat menilai rutin penjagaan kulit anda dan menasihati produk mana yang harus digunakan, atau perubahan diet yang dapat meningkatkan kesihatan kulit anda dan banyak lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat pada perwatakan antagonis yang dilakonkan dalam filem seperti KL Gangster seperti dapat meneka sikapnya yang ganas dan bengis. Apatah lagi raut wajahnya yang nampak garang membuatkan kita kecut perut. Tetapi hakikatnya sifat Adam Corrie Lee Abdullah realitinya bukan seperti digambarkan. Memeluk agama Islam pada 2007, Adam atau nama sebenar Lee Choon Kooi, seorang yang begitu ‘gentleman’. Apa tidaknya, baru kenal 3 hari seorang wanita, dia terus melamar untuk dijadikan isteri.
Dia yang sudah lama berkahwin berkongsi pengalamannya bagaimana bertemu jodoh dengan bidadari cintanya, Fazi Fuad. Dalam perkongsian melalui video yang ditonton lebih 1 juta itu, Adam berkata sebelum itu dia mendapat jemputan dari Allah untuk mengerjakan umrah.
Ketika di sana, Adam diberi peluang ke Raudhah dari Zuhur hinggalah Asar. Dalam jangka masa itu, dia tidak lepaskan peluang berborak dengan Rasulullah SAW. Walaupun menurutnya orang di sebelah anggap dia gila kern Rasulullah sudah wafat. Tetapi Adam tidak peduli kerana ketika itu dia duduk betul-betul di hadapan Raudhah.
“Saya sembang macam biasa. Saya anggap Rasulullah SAW masih hidup di sebelah pintu itu. Saya berkata pada Rasulullah: “Ya Rasulullah saya datang seorang. Saya tiada teman dan tiada jodoh. Boleh ke saya datang tahun depan bawa seorang isteri”.
Itulah antara bait percakapannya pada Rasullullah. Selepas balik dari mengerjakan umrah, dua minggu kemudian dia mendapat panggilan dari seorang teman yang mahu kenalkan dirinya dengan seorang wanita.
“Dia beri saya nombor telefon seorang ‘awek’ dan saya kemudiannya telefon. Saya kenalkan diri saya Adam dan saya ajak dia dating. Namun dia memberi syarat nak dating tak boleh di luar tetapi kena di rumah kakaknya,” ujar Adam bercerita detik perkenalan dengan bidadarinya.
“Tiga hari kemudian, pada 3 Ramadhan, Adam telefon dan propose saya jadi isterinya. Selepas lamaran saya tak terus bagi jawapan sebaliknya buat solat istikharah dan solat hajat.
“Bila semuanya dah ok, saya juga mintak izin ibu bapa untuk tahu sama ada betul atau tidak jodoh ini. Mereka juga turut buat solat istikharah dan alhamdulillah memang itu jodohnya walaupun kami tak saling mengenali. Allah sudah tetapkan memang itu jodoh saya dan terima lamarannya, “ celah Fazi yang turut berada di sisi Adam
Dua minggu kemudian pada Nuzul Al-Quran, Adam meminang isterinya itu dan itu adalah kali kedua mereka bertemu. Menurut Adam, selepas dia melamar isterinya, dia ada buat solat istikharah, minta pada Allah kerana niat nak kahwin kerana Allah Taala.
“Kami bertemu buat kali ketiga adalah pada hari akad nikah. Dan kini sudah 7 tahun bersama. Hari ini juga 8 tahun dia adalah bidadari saya yang paling indah,” ujar Adam.
Baru-baru ini juga, Adam menerima ucapan selamat hari jadi dari isteri tersayang. Dalam ucapannya, Fazi mendoakan Allah memanjangkan usia, menarik segala masalah dan memudahkan segala urusan. Juga menerima amalan dan merahmati segala pekerjaan suaminya dan melimpah ruah segala maghfirah yang luas buat suami tercinta.
Ucapan yang sangat sweet dan begitu mendalam maksudnya ini mendapat respon cukup positif daripada netizen. Rata netizen mendoakan Adam Corrie sentiasa dalam rahmat Allah, murah rezeki dan mengurniakan rahmat dan redha kepadanya.
@afiza_muhammad selamat hari lahir smoga dmurahkan rzeki xkira dr pelbagai sudut.. amin..
@norhafisawati Selamat hari Lahir my fav actor.. hope Allah sentiasa mgurniakan Rahmat n RedhaNya kpd kamu.
@nurulazwabt Selamat hari lahir @adamcorrielee …mg Allah sentiasa merahmati kalian berdua dunia dan akhirat…amin
@yazami_halim Selamat hari lahir my idol.. Semoga dirahmati dan diberkati allah sentiasa..
Menurut Fazi, dia akan menangis kegembiraan apabila mendengar orang lain hamil. Baginya belum ada rezeki dikurniakan anak walaupun sudah berpeluang hamil 3 kali. Ternyata pasangan ini cukup positif dan menurutnya lagi, pasti Allah ada perancang terbaik untuk mereka berdua. Dan Fazi tidak lupa menitipkan bahawa hikmah 3 anak, Amin, Alif dan Idris yang menunggu mereka berdua dia syurga.
Sungguh indah detik percintaan mereka berdua. Perkenalan begitu singkat dan masih kekal bahagian hingga sekarang. Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kedua-duanya saling memahami dan semoga cinta mereka kekal hingga ke jannah.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.