Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi khabar yang mendukacita apabila memaklumkan bahawa bapanya yang tercinta, Ibrahim Lew,84, telah meninggal dunia pada hari ini.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.
Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
Ads
Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
Ads
Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..
Beberapa hari lepas, Ebit telah berkesempatan melawat bapanya di hospital yang menghidap kanser hati di tahap terakhir. Beliau juga sebelum ini pernah memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapanya telah merosot sejak awal tahun yang lalu.
Dalam dunia yang mengejar kebendaan ini menyebabkan kita alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang kita mahukan adalah mahu mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengira halal haram apa yang dilakukan. Namun seharusnya kita sebagai hamba-Nya bersyukur jika disedarkan oleh Yang Maha Esa dengan perbuatan yang dilakukan. Seperti perkongsian seorang jurusolek ini yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan khidmat memakaikan bulu mata palsu kepada pelanggan setelah tersedar sebaik mendengar satu ceramah seorang ustaz di saluran youtube. Ini kerana bimbang perbuatannya itu tidak mendapat keberkatan dari-Nya.
Menurut Nina Syazana, 25 tahun, dia bukan sahaja tidak akan menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, tetapi juga sanggul tinggi serta bermekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.
Dia yang sudah lima tahu menjadi jurusolek berpengalaman berlokasi di Jerantut ini turut merasakan kekosongan dalam hati selain kesedaran timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia sejak kebelakangan ini.
“Sebelum itu saya ada membaca mengenai bencana di Palu, Indonesia dan dalam ruangan komen ada seorang pengguna yang menyarakan lihat ceramah seorang ustaz di laman youtube mengenai akhir zaman.
“Ceramah itu agak panjang, saya tengok dan menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat,” ujarnya lagi.
Bercakap kepada Mstar Online, Nina selama ini memang dia yang menyiapkan pengantin dari pemakaian bulu mata palsu, buat mekap tebal dan juga memakaikan sanggul untuk pengantin perempuan.
Bukan itu sahaja, dia turut menyiapkan pengantin lelaki seperti pakaikan samping dan juga tanjak. Malah dia yang kadang-kadang memaksa pelangannya untuk memakai sanggup palsu supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
“Tetapi lama kelamaan saya sedar perbuatan ini adalah salah. Namun itu tidak bermakna saya akan berhenti jadi jurumekap.
“Cuma saya akan cuba elakkan apa yang ditegah dalam agama. Dan mekap yang dihasilkan nanti pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja,” katanya yang turut mengakui selepas posting berkenaan dia telah kehilangan beberapa pelanggan.
Bukan itu sahaja, beberapa rakan jurusolek juga turut mendiamkan diri sejak dia muat turun posting berkenaan dan kemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya.
Walaupun sudah menerima beberapa tempahan mekap sehingga Ogos 2019, tetapi ada lima atau enam orang yang telah batalkannya.
“Mungkin mereka masih mahu memakai bulu mata palsu dan saya dalam proses kembalikan wang deposit mereka.
“Tetapi alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah kerana digantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej cakap mereka suka dengan pendirian saya ini.
“Bukan itu sahaja, ada juga seorang penjual bulu mata yang mesej dan rupanya sudah lama dia mengalami perasaan yang sama dengan saya.
“Dan selepas baca posting terus nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat,” tambahnya yang turut terkilan bila ada antara kawan-kewan jurumekap yangb rapat dengannya langsung tidak beri respon. Namun dia memahami kerana mereka mahu menjaga periuk nasi masing-masing.
Posting yang dimuat turun ini juga telah menarik perhatian ramai dan turut mendapat respon yang cukup bagus.
Rata-rata tersentuh dengan perkongsiannya dan turut mengingatkan bahawa rezeki Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.
Ainn Ahmadalhamdulilah tahniah dear. perubahan ke arah kebaikan. semoga Allah melimpahkan lagi rezeki sis
Nissa DiyanahInshaaAllah..bumi Allah luas..pasti ada rezki awak..sy doakan awak..kerana niat awak kerana Allah s.w.t pasti akan ade seribu kebaikan dan berkah dlm nya..
Khaleda Syazwani KhaidzirActually benda macam ni lah yg pengantin harapkan. InsyaAllah ada rezeki. Rezeki Allah itu luas. Goodluck kakngah
Ara ArmandAlhamdulillah Allah beri hidayah pd kita semua sblum terlambat… Tahniah Nina Syazana atas kesedaran ni.. kita manusia x sempurna.. syukur masih beroleh kesempatan utk bertaubat.. moga terus istiqamah.. aamiin..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak patung adalah boneka yang sering dipamerkan untuk menarik perhatian kanak-kanak, apatah lagi anak kecil perempuan pasti tertarik dengan perhiasan yang dipamerkan.
Namun berikutan tular melalui filem dari luar Negara, kini trend membela anak patung seperti anak sendiri makin menjadi di negara-negara jiran. Jika dahulu anak patung hanya dibawa oleh si kanak-kanak tetapi kini orang dewasa mengendongnya ke mana sahaja tanpa segan silu.
Rakyat Malaysia yang mempunyai ramai penduduk yang beragama Islam pastinya enggan budaya ini terbawa-bawa dalam golongan-golongan anak muda yang mudah terpengaruh. Bagi menjawab persoalan ketahui dahulu apa hukumnya menyimpan anak patung di rumah bagi wanita dewasa.
Terdapat larangan dalam beberapa hadis meletakkan berhala di dalam rumah dan mengukirnya. Antaranya adalah hadis yang telah kita bahas sebelum ini dalam Al-Afkar #47: Hukum Patung Sebagai Hiasan, di mana Rasulullah SAW bersabda:
لَا لُ الْمَلَائِكَةُ ا لْبٌ لَا اثِيل
“Malaikat-malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar binatang (manusia atau binatang).
“Umm Habibah dan Ummu Salama telah menyebut di hadapan Rasulullah (ﷺ) tentang sebuah gereja yang mereka lihat di Habsyah dan terdapat gambar di dalamnya. Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila seseorang yang soleh di antara mereka (dari kalangan agamawan) meninggal dunia, mereka membina tempat ibadat di atas kuburnya, kemudian menghiasinya dengan gambar-gambar seperti itu. Mereka adalah sejahat-jahat makhluk pada hari kiamat di sisi Allah.”
Sahih Muslim (528)
Al-Hafiz Ibn Hajar RA mengatakan bahawa hadis tersebut adalah dalil larangan mengukir atau menyimpan patung atau berhala. (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 1:525)
Hal yang sama dinyatakan dalam hadis Nabi SAW yang lain, yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
النّاسِ ابًا القِيامَةِ المُصَوِّرُونَ
“Orang-orang yang akan mendapat siksaan yang paling berat dari Allah ialah pengukir berhala (untuk disembah).”
Sahih al-Bukhari (5606) dan Sahih Muslim (2108)
Allah SWT juga memberi amaran kepada orang-orang yang mengukir berhala-berhala yang mencabar mereka untuk mencipta sebutir dan suatu perkara. Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَمُ لُقُ لْقِي، لْيَخْلُقُوا لْيَخْلُقُوا
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berusaha menciptakan yang serupa dengan makhluk-Ku? Biarlah mereka membuat biji-bijian: biarlah mereka membuat nyamuk.”
Sebabnya, dalam ayat al-Quran, sifat mencipta dan mengubah sesuatu adalah sifat khusus Allah SWT iaitu al-Musawwir (المصوّر). Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu [wahai manusia], dan Kami telah memberikan rupa (manusia) kepadamu. Kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; Maka, mereka sujud, kecuali Iblis. Dia bukanlah termasuk orang-orang yang sujud.”
Surah al-A’raf (11)
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan kenabian di atas, jelaslah kepada kita bahawa larangan itu adalah pada ukiran berhala dan patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan dilarang untuk disembah dan dimuliakan.
Adapun selain daripada itu, seperti mainan untuk permainan kanak-kanak atau untuk pengajaran dan pembelajaran, maka ianya boleh. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi SAW, dari Aisyah RA:
لْعَبُ الْبَنَاتِ النَّبِىِّ – لى الله ليه لم – انَ لِى احِبُ لْعَبْنَ ، فَكَانَ لُ اللَّهِ – لى له ليه لم – ا للله لم – ا للله
“Saya pernah bermain dengan anak patung di hadapan Rasulullah, dan teman wanita saya juga pernah bermain dengan saya. Apabila Rasulullah (ﷺ) masuk ke (tempat tinggalku) mereka bersembunyi, tetapi Nabi memanggil mereka untuk bergabung dan bermain denganku.”
Sahih al-Bukhari (6130)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengulas hadis di atas berkata: Para ulama menjadikannya sebagai dalil dalam menyokong ketetapan mereka bahawa kanak-kanak boleh bermain dengan boneka dan mainan. Hadis tersebut adalah pengecualian daripada hadis umum yang mengharamkan sesuatu yang menyerupai ciptaan Allah SWT. Kebolehan itu disahkan oleh al-Qadi ‘Yadh dan dia menyatakan.
Janganlah kita mudah terpengaruh dengan totonan filem dari negara-negara luar sehingga lupa pada agama dan dijadikan ia sebagai perkara biasa. Takut perkara yang trend boleh memesongkan akidah kita.
SUMBER: Portal Pejabat Mufti Kementerian Perseketuan
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak anda perasan setiap kali kita melihat ada orang yang menguap di hadapan kita, pasti kita akan berjangkit sekali menguap. Kenapa boleh jadi begitu ya? Adakah menguap ini boleh berjangkit dari satu individu ke satu individu yang berdekatan?
Kalau nak hendak tahu, sebenarnya tiada istilah menguap berjangkit. Walaupun ia kelihatan seperti berjangkit dari satu individu ke individu yang lain, ia tidak di anggap sebagai satu ‘virus’ yang menghinggap kepada orang lain.
Menguap atau erti kata lain, yawning, adalah 2 tindakan refleks yang berlaku secara spontan tanpa kita sedar. Pergerakan sewaktu menguap akan membuatkan anda untuk membuka mulut anda seluas-luasnya dan paru-paru akan menyedut udara dengan kadar kuantiti yang banyak, lalu menghembusnya secara perlahan-lahan.
Sewaktu kita menguap juga, gegendang telinga akan merenggang dan mata akan tertutup rapat. Ada juga sesetengah individu yang akan menguap sehinggakan mata mereka mengalirkan air mata.
Proses menguap adalah sama sahaja pada setiap indivdu bahakan kebiasaannya terjadi sebelum mahupun selepas tidur. Faktor menguap juga berkait rapat dengan rasa penat yang melampau serta ada juga menunjukkan seseorang itu sering menguap kerana melakukan perkara yang mereka tidak sukai atau bosan.
Sebenarnya menguap juga boleh juga di kaitkan dengan aspek sosial dalam kalangan manusia. Ia boleh juga di katakan virus menguap kerana keadaan ini berjangkit yang bukan sahaja terjadi pada manusia, bahkan kepada haiwan juga. Tiba-tiba menguap ini di kaitkan dengan virus?
Apabila seorang sahaja menguap, pasti ada orang yang berdekatan akan turut sekali meguap dan perkara itu berlarutan. Menurut hellodoktor, terdapat pelbagai teori yang boleh di kaitkan apabila berlakunya keadaan di mana ramai orang akan turut menguap apabila seorang menguap.
Antara teori yang cuba di kaitkan dengan fenomena menguap ini adalah:-
Kalau anda ingin tahu, ada caranya untuk tidak terikut-ikut untuk menguap sekali. Jadi apakah cara untuk menghentikan kitaran menguap berjangkit ini? Ini adalah cara-cara yang boleh lakukan, seperti:-
Menguap juga di katakan sebagai tanda menunjukkan badan anda kekurangan oksigen. Jadi anda boleh lakukan latihan pernafasan menerusi hidung dengan kadar jumlah oksigen yang baik.
Seperti yang di katakan di atas, menguap menunjukkan seseorang itu bosan dengan sesuatu perkara. Jadi untuk merangsang otak anda untuk tidak cenderung kearah bosan, lakukan sedikit senaman ringan atau gerakan supaya badan kekal cergas.
Kadang kala anda perlu buat perkara yang boleh menenangkan diri anda. Tekanan dalam badan akan membuatkan anda semakin bosan dan cepat untuk menguap. Jadi carilah ruang atau minum air masak untuk tenangkan diri. Mungkin boleh lakukan apa-apa aktiviti yang boleh tenangkan fikiran anda.
Keadaan menguap ini normal dan biasa terjadi bagi setiap manusia di pelusuk dunia, begitu juga haiwan. Jadi jika anda menguap lebih dari kebiasaannya, mungkin itu menunjukkan satu simptom kesihatan dan anda perlu berjumpa dengan doktor.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.