Walaupun tiada tangan, Norfarrah Syahirah Shaari tidak pernah menjadikannya sebagai kekurangan malah membuktikan pada semua yang dia juga boleh melipat cebisan kain dengan sempurna dengan menggunakan jari kaki.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, videonya yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan penyanyi yang juga penyampai radio Kool FM, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin.
Video berdurasi 1 minit 59 saat itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi menjadikan sesiapa yang melihatnya terkesima dengan keupayaan gadis luar biasa itu.
Lincah sahaja melihat jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan kelainan upaya itu menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) petugas perubatan barisan hadapan (frontliner).
Ads
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” jelasnya.
Ads
Siapa sangka, dirinya juga yang merupakan seorang penceramah motivasi itu terus memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan beberapa videonya yang tular memandu kereta dan tutorial memakai selendang serta telekung.
Ads
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Perkongsian dari Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini mengenai anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang menyentuh hati orang ramai.
Angkasawan Negara itu meluahkan rasa bangganya terhadap berita itu melalui posting di instagram. Beliau juga turut memberitahu dia telah menjaga Aiman sejak pemergian arwah adiknya ketika beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman hanya berusia tiga tahun.
Dalam perkongsian beliau juga turut berkata bahawa kejayaan Aiman memang tak dapat disangkal lagi kerana dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar agak sangsi kerana Aiman ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan namun ditawarkan jurusan undang-undang, semuanya atas rezeki yang diberikan oleh Allah swt.
Rata-rata di ruangan komen memberikan pujian serta semangat kepada beliau dan juga anak buahnya.
Disini orang ramai juga meluahkan bertapa ikhlasnya kasih sayang angkasawan negara itu terhadap anak buahnya bagaikan seperti anak kandungnya sendiri.
Beberapa perkara menarik telah dipersembahkan pada majlis perasmian Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad, 20 November. Selain pembukaan acara Piala Dunia Qatar 2022 dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Seorang anak muda Qatar bernama Ghanim Al-Muftah, yang khususnya membaca Surah Al-Hujurat ayat 13 semasa berdialog dengan pelakon senior Hollywood Morgan Freeman dalam menyampaikan mesej perpaduan.
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan. CDS merupakan keadaan genetik yang sangat jarang berlaku dan kira-kira satu daripada 100,000 kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan ini.
Pemuda 20 tahun ini menjadi tular di media sosial, merupakan motivator yang aktif berkongsi kandungan motivasi melalui saluran YouTube dan akaun media sosialnya. Ghanim dilahirkan pada 5 Mei 2002, dilahirkan bersama saudara kembarnya Ahmad.
Ibu bapanya, Mohammed Al-Muftah dan Eman Ahmad berdepan keputusan yang sukar semasa kandungan beliau, namun nekad meneruskan kandungan tersebut. Walaupun, doktor memberitahu bahawa kandungan itu bukan sahaja membahayakan kepada bayi, tetapi juga merisikokan si ibu.
Doktor juga meramalkan yang dia hanya boleh hidup selama 15 tahun. Ghanim mendapat gelaran ‘budak ajaib Qatar’ dan dia melakukan perkara yang dianggap mustahil seperti menyelam skuba, memanjat gunung, bermain bola sepak, hoki ais, berenang, bersenam di gimnasium dan memanah.
“Saya telah diberikan banyak kelebihan seperti memiliki tangan yang kuat dan saya rasa sangat bertuah kerana Allah merahmati saya. Saya suka menjalani kehidupan saya, ia sangat indah dan menyeronokkan,” katanya yang juga seorang YouTuber dan penceramah motivasi terkenal.
Kekuatan itu yang mendorong ikon belia Qatar itu berjaya menyelesaikan salah satu cabaran fizikalnya yang paling getir iaitu dengan mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki, salah satu yang tertinggi di Semenanjung Arab. Malah pada 2017, Ghanim menyempurnakan ibadah Haji di Mekah dengan merangkak menggunakan tangan untuk mengelilingi Kaabah.
Bekas penuntut pengajian dalam bidang politik di Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom, Ghanim juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang diplomat suatu hari nanti dan menjadi pelajar yang dikagumi ramai di sana.
“Hari ini, satu bilion wanita dan lelaki kelainan upaya di dunia masih berjuang untuk mengatasi halangan yang menyekat hak asasi manusia dan kemasukan mereka dalam masyarakat.
“Walaupun rangka kerja undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan, berjuta-juta orang kurang upaya kekal terpinggir, tiada akses kepada kerja, layanan adil dan perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan.
“Pada masa hadapan, saya berjanji untuk sentiasa menyokong usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong kepentingan memasukkan perspektif kecacatan dalam perbincangan politik,” tuturnya yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram.
Dia juga pernah dinobatkan sebagai Duta Keamanan oleh H.H Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, pada tahun 2014. Bagi bertujuan untuk memecahkan halangan yang masih dihadapi oleh golongan kelainan upaya.
Ghanim turut berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak orang kurang upaya, memupuk rasa hormat terhadap orang kurang upaya, menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan bertolak ansur. Mengasas dan menerajui badan amalnya sendiri untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya. Dia mengasaskan Persatuan Kerusi Roda Ghanim al-Muftah dari rumahnya.
Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Duta Muhibah Reach Out To Asia (ROTA) ‘Memperkasakan Kanak-kanak dan Belia Pelarian Palestin melalui Sukan di Lubnan’.
Remaja itu melawat kem pelarian Palestin di Nahr El Bared, Lubnan dan di situ dia melancarkan pusat sukan baharu untuk membantu 5,000 kanak-kanak. Dia dan ibu bapanya juga memulakan Be Positive Project untuk membantu melatih kanak-kanak kelainan upaya. Ghanim yang aktif bersukan, banyak melakukan kerja amal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial telah melayakkannya dipilih sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: ASNSOHOR
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasangan gandingan serasi drama, Meerqee dan Anna Jobling yang berjaya merangkul anugerah Pasangan Terbaik pada Tonton Anugera Drama Sangat (TADS) 2023 akui bahawa kemenangan ini bukan untuk mereka.
Malah, kemenangan ini adalah kemenangan yang ditujukan khusus buat para peminat yang juga merupakan keluarga besar mereka, kerana peminat yang bertungkus lumus mengundi untuk memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.
Mengulas lanjut berhubung kejayaan ini, Meerqee menegaskan bahawa kemenangan yang digapai mereka hari ini adalah kerana para peminat yang sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
“Anugerah ni bukan untuk kami tapi untuk mereka yang mengundi untuk kami.
“Saya tak banyak kongsikan aktiviti saya bersama peminat sebab pada saya, peminat adalah keluarga saya dan kami ada privasi masing-masing.
“Saya dengan Anna banyak dapat hadiah, mereka selalu hantar foodtruck bawa makanan semua dan hampir setiap hari mesti ada hadiah dekat set penggambaran. Macam birthday hari-hari,” ujar Meerqeen.
Selain itu, ketika ditanya adakah Anna mempunyai masalah sekiranya peminat dambakan mereka bergandingan lagi dalam drama seterusnya, ini respon bekas Dewi Remaja, 2018/2019 itu.
“Kami tidak akan bosan selagi penonton dan peminat tak bosan tengok muka kami,” ujar Anna sambil ketawa.
Sekadar info, kemenangan pasangan serasi itu, bukan sahaja menaikkan nama masing-masing dalam dunia seni tanahair, sekaligus turut melonjakkan drama yang dibintangi oleh mereka berdua yang berjudul ‘Melur Untuk Firdaus’ apabila turut sama merangkul anugerah bagi kategori Drama Adaptasi Novel Terbaik.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.