Dalam era media sosial yang semakin berkembang kini, semakin ramai netizen yang mempamerkan kehebatan masakan mereka. Sekarang ini kalau nak dapatkan resipi atau belajar memasak, boleh akses sahaja dengan mudah melalui Internet. Banyak juga influencer atau instafamous yang sering berkongsi video masakan seperti Khairul Aming, Dapoq_pdot, Che Nom, Azie Kitchen dan banyak lagi. 

Namun, untuk memasak menu mudah seperti ayam goreng, tauhu, tempe, hinggalah pelbagai hidangan ikan, anda tidak perlu pun kemahiran hebat seperti chef restoran lima bintang. Tetapi jika anda ingin menggoreng ikan, anda kena lakukan dengan berhati-hati.

“Alamak, ikan goreng asyik melekat saja kat kuali! Ada ke cara goreng ikan yang selamat dan tak akan buatkan minyak terpercik ke muka?!”

Ha… Apabila menggoreng ikan, minyak biasanya meletup dan percikan minyak boleh ‘terbang’ keluar dari kuali dan mengenai tangan anda atau bahagian lain. Memang boleh spoil mood terus. Jangan ambil mudah ya, sebab minyak panas ini boleh merosakkan kulit hingga melepuh.

Jadi, untuk mengurangkan letupan minyak semasa menggoreng ikan, terdapat beberapa petua yang boleh anda ikuti. Terutamanya untuk gadis atau anak dara di luar sana yang baru nak belajar memasak, petua ini pasti membantu anda!

Artikel berkaitan: Goreng Telur Ala Masterchef, Hanya Perlu 3 Langkah Mudah. Pasti Menjadi! 

1.Basuh periuk sebersih-bersihnya

5 Tip Menggoreng Ikan, Agar Minyaknya Tidak Melekat Dan Meletup

Sebelum menggoreng, pastikan kuali anda bersih dan kering. Kuali yang bersih dan kering akan mengurangkan risiko percikan minyak dan ikan melekat semasa menggoreng. Sebelum menggunakannya untuk menggoreng ikan, pastikan kuali telah dibersihkan dan tiada makanan lain yang melekat pada kuali. Anda boleh gunakan besi penggosok yang berkualiti dan sental setiap sudut periuk supaya tidak ada bekas gorengan semalam yang masih melekat.

2. Letakkan minyak dengan banyak

5 Tip Menggoreng Ikan, Agar Minyaknya Tidak Melekat Dan Meletup

Seterusnya, anda tidak boleh kedekut ketika menuang minyak. Jika anda ingin menggoreng ikan, pastikan anda menggunakan minyak secukupnya untuk menutupi sekurang-kurangnya separuh daripada badan ikan bagi mengelakkan kulit ikan melekat pada kuali.

3. Goreng saat minyak telah panas

5 Tip Menggoreng Ikan, Agar Minyaknya Tidak Melekat Dan Meletup

Selain itu, anda perlu pastikan minyak panas sebelum masukkan ikan goreng. Tetapi awas, jangan terlalu panas pula ya! Minyak panas membantu memasak ikan dengan cepat dan mengelakkan risiko minyak tertumpah.

Untuk tahu minyak tersebut cukup panas ataupun tidak, anda boleh juga gunakan petua orang lama iaitu baling beberapa biji beras atau gorengkan 1-2 keping keropok. Jika ia mengembang dengan pantas, maksudnya minyak telah sedia untuk digunakan!

4. Gunakan salutan yang betul

5 Tip Menggoreng Ikan, Agar Minyaknya Tidak Melekat Dan Meletup

Sebelum menggoreng ikan, terdapat beberapa jenis salutan yang boleh mengurangkan kemungkinan kulit ikan dari melekat pada permukaan kuali.

Salutan pertama ialah menggunakan tepung beras. Anda boleh masukkan tepung beras bersama garam dan kunyit sebelum digoreng. Tip ni boleh buat ikan goreng lebih rangup dan mudah diangkat. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan kulit bawang. Masukkan kulit bawang ke dalam kuali dan tumis ikan hingga naik bau. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng ayam, sotong atau udang.

5.Tambahkan asam keping

5 Tip Menggoreng Ikan, Agar Minyaknya Tidak Melekat Dan Meletup

Jika ikan masih melekat, anda boleh cuba masukkan beberapa keping asam ke dalam kuali. Ha… mesti anda pelik dan mungkin ada yang pertama kali dengar kan? Untuk pengetahuan anda, asam keping dapat mengurangkan risiko ikan meletup semasa menggoreng!  Selain itu, asam jawa pula boleh digunakan sebagai bahan perapan ikan. Sama seperti asam keping, ia dapat mengurangkan bau hanyir ikan. Malah, kuah asam jawa boleh menjadikan ikan lebih pejal. Jadi ikan tak meletup bila digoreng nanti!

Artikel berkaitan: Jangan Panik Bila Minyak Berbuih Ketika Bawang Cincang Digoreng, Ini Sebabnya…

Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI