Bawang putih sememangnya menjadi bahan utama untuk setiap makanan yang ditumis dan digoreng. Haruman bau bawang putih yang ditumis amat membangkitkan selera. Pendek kata jika nasi goreng tanpa bawang putih umpama lagu tanpa irama.

Dalam pada memasak pelbagai jenis makanan di dapur, mungkin anda pernah mengalami situasi menumis bawang putih, tiba-tiba minyak bertukar menjadi buih-buih. Tentu keadaan ini menimbulkan tanda tanya bukan?

Berikut perkongsian Fatimah Salim via Makmal Makanan (MaMa)

Mengenai keadaan minyak yang berbuih apabila bawang putih cincang digoreng, minyak berbuih boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu:

*Degradasi/ perubahan struktur kimia yang membentuk minyak
*Kontaminasi/ pencemaran minyak dengan benda asing

Perubahan stuktur minyak boleh berlaku disebabkan oleh pemanasan berulang kali minyak masak yang sama atau pendedahan suhu terlalu tinggi yang melepasi titik asap minyak.

Pemanasan berulang kali dan suhu yang tinggi akan mencetuskan tindakbalas seperti pengoksidaan, pempolimeran, dan pemecahan molekul-molekul yang membentuk struktur minyak masak.

IKLAN

Setiap jenis dan jenama minyak masak akan mempunyai titik asap yang berlainan disebabkan perbezaan komponen minyak dan rawatan (proses dan bahan tambahan) pada minyak masak itu.

Pencemaran minyak pula berlaku dengan tercampurnya komponen bahan masakan dengan minyak masak semasa proses menggoreng seperti telur yang mengandungi protein yang mudah memerangkap udara lalu menyumbang kepada pembentukan buih dalam minyak.

Selain daripada itu, tindakbalas bahan masakan dengan komponen asid lemak minyak seperti asid oleik, laurik dan palmitik melalui proses saponification (peneutralan) juga menyumbang kepada menghasilkan buih yang banyak pada minyak masak.

Photo by kamaji-ogino from Pexels.

Penambahan (berlebihan) bahan berasid seperti cuka contoh menggoreng ikan bilis atau bahan berbes seperti baking soda/ baking powder/ air abu contoh menggoreng rempeyek, juga boleh menyebabkan tindakbalas peneutralan saponifikasi kepada komponen minyak lalu menghasilkan banyak buih.

IKLAN

Sesetengah peralatan memasak seperti senduk silikon yang dibiarkan lama terendam dalam minyak menggoreng juga boleh mencemari minyak masak lalu menyebabkan terhasilnya buih pada minyak masak gorengan.

Buih-buih dalam minyak masak terbentuk disebabkan peningkatan suhu minyak masak yang memaksa penolakan cemaran (yang terhasil daripada proses tindakbalas tadi) ke permukaan minyak.

Bawang putih sebenarnya bersifat sedikit asidik dengan pH sekitar 5.8. Ini disumbangkan oleh komponen bahan kimia bersulfur dalam bawang putih. Semasa mengoreng proses pengoksidaan berlaku kepada komponen bawang putih ini lalu membebaskan elektron yang kemudiannya mencetuskan proses peneutralan asid lemak dalam komponen minyak.

Photo by karolina-grabowska from Pexels.

Proses peneutralan ini membebaskan gas yang menjadi punca kepada minyak berbuih. Makanan yang dimasak dalam keadaan minyak masak berbuih umumnya adalah selamat dimakan. Cuma elakkan menggunakan minyak masak berulang kali.

IKLAN

Kajian menunjukkan kandungan peroksida minyak masak gorengan meningkat 2 kali ganda dengan 5 kali ulangan menggoreng. Bahan kimia peroksida ini berpotensi membawa risiko kepada kesihatan badan.

Perhatikan tekstur dan warna minyak masak gorengan anda. Sekiranya teksturnya sudah menjadi likat dan warnanya sudah menjadi gelap, apa lagi jika minyak lambat memanas, maka tukarlah.

Nota: Ulangan penggunaan minyak masak bermaksud minyak yang telah digunakan untuk menggoreng sejuk, dan dipanaskan semula untuk menggoreng. Tidak kisah dalam masa sehari atau hari yang lain.

Sumber kredit: Fatimah Salim via Makmal Makanan (MaMa)

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.