Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Iskandariah sentiasa mencuit hati netizen yang sentiasa melayan komen orang ramai di Twitternya. Baru-baru ini Tunku Azizah berkongsi pengalamannya ketika mencemar duli melepaskan peserta larian santai KL Pink October Walk 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Baginda menulis di Twitternya, “yg seloro (bergurau) pagi tadi… ada adik jual makanan, lambai-lambai dan panggil saya “CHE MINAH”… saya fikir ia comel dan cool.”
yg seloro pagi tadi … ada adek jual makanan , lambai2 dan panggil sy "CHE MINAH"… i tot that was cute n cool!
Pada mulanya perkongsian itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen namun terjawab apabila seorang pengguna Twitter @lanxxafame berkongsi video di Twitternya, menunjukkan Tunku Azizah menaiki buggy bersama anakandanya, Tengku Puteri Jihan Azizah Atiyatullah sebelum anaknya dengan suara comel memanggil ‘Che Minah’.
Ads
@cheminahsayang yang ni ke yang panggil "cheminah che minah?"
Perkongsian Tunku Azizah meraih 5,500 tanda suka mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata menyukai cara Raja Permaisuri melayan rakyatnya di Twitter.
Ads
@aimrcute menulis, “Raja Permaisuri Agong seelamba sahaja dia panggil ‘Che Minah’. Macamanalah rakyat tak sayang dengan Tuanku,”.
RPA rilex je dipanggil 'che minah'. Macam mana lah rakyat tak sayang…
Mesranya rakyat dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah. Terasa begitu dekat dan mesra. Moga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah terus disayangi rakyat.
Penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu bukanlah semudah yang di sangka. Banyak rintangan perlu di tempuhi dalam mengekalkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa.
Pelakon Hannah Delisha tidak menafikan untuk kekal istiqamah itu amat sukar sekali. Meski pun sudah berhijab sejak 3 tahun lalu, dia masih melalui dugaan yang menggoda keimanannya.
Iman selepas berhijrah ada naik dan turun…
Menurut Harian Metro, Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih senang dikenali sebagai Hannah tidak mahu menghukum mana-mana selebriti yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Itulah lumrah manusia di mana iman mereka turun dan naik katanya.
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya,
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas,
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.” kata Hannah mengenai perkara ini.
Tidak faham komen “semoga istiqamah” sewaktu ketika dahulu…
Sumber dari Instagram @hannahdelisha
Seketika dahulu, dia juga pernah melihat komen “semoga istiqamah” pada hantaran selebriti yang mulai berhijrah. Pada awalnya dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan itu.
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu,
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah.” ujarnya lagi.
Pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi penghijrahannya bertudung pada September 2020. Dia membuat satu rakaman video yang telah dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Busana perkahwinan memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi bila digayakan oleh bakal mempelai yang diraikan bagai raja sehari. Kain lace dan dipenuhi ribuan batu swarovski, siapa je yang melihatnya pasti akan terpukau dengan kilauannya.
Namun jika persiapan dibuat di akhir garisan, jangan kata Swarovski malah lace pun belum tentu sempat dijahit. Pasti menjadi kerisauan bakal ratu sehari memiliki sepasang busana pengantin menhiasi hari bersejarah agar ia menjadi memori terindah dalam sejarah hidup. Gitu!
Bukan urusan negara yang dibimbangkan dengan fenomena terkini yang di alami rakyat Malaysia, tetapi menjadi satu kekalutan jika mencari sepasang baju pengantin yang sempurna apabila tempahan tidak di terima. Boleh putus nyawa!
Nah, ini penyelamat hijabi! Bulan Bintang buat pertama kalinya menampilkan 20 koleksi nikah ready-to-wear yang boleh dipadankban dengan 13 pilihan warna baju melayu duchess. Wow! Siap ada untuk pengantin lelaki.
Menampilkan rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik. Bakal menerima sambutan baik dari bakal mempelai. Kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati.
“Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga yang berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka” kata pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid.
Setiap perbelajaan dalam satu majlis perkahwinan perlu perincian, apatah lagi di dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Orang kata bagaikan bulan jatuh ke riba, kalau boleh berjimat, apa salahnya demi kelangsungan hidup.
Sempena pelancaran koleksi nikah ini, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan giveaway di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal bernikah. Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost. Rezeki Allah tak pernah alamat jika ada usaha sedikit.
‘’Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi. Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin.’’
Bulan Bintang berharap setiap rekaan yang bakal dimenangi akan membawa keterujaan dan membawa makna berharga buat setiap bakal pengantin. Nah apalagi untuk bakal mempelai jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah istimewa untuk hari berbahagia. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biarpun tidak lagi aktif dalam industri seni, selebriti Indonesia yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya Syahrini baru-baru in membua kejutan apabila dia menghadiri Festival...