Pada masa kini, kita boleh lihat lambakan produk untuk memutihkan kulit di jual di pasaran termasuklah juga di atas talian. Ini disebabkan trend di mana kebanyakan wanita inginkan kulit yang putih kerana bagi mereka putih adalah cantik hingga terpaksa menanggung risiko yang buruk buat diri sendiri.

Produk pemutih sebegini sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan kita dengan teruk sekali apatah lagi bila menggunakan produk yang langsung tiada kelulusan dan tidak diiktiraf. Menerusi akaun facebook Wa Ell, gadis ini telah berkongsi ceritanya yang kini menanggung derita akibat buah pinggang sudah 100% rosak disebabkan produk pemutih kulit yang diamalkannya.

Tak perlu cucuk vitamin C dan sebagainya sebab semuanya akan merosakkan buah pinggang.

Salam semua, hari ni baru aku nak bukak cerita pasai aku punya kes last year sebelum nak raya lagi dua minggu aku masok hospital KPJ pasai apa ampa nak tau? Tuh la org kata nak cantek punya pasai sampai sanggup memudaratkan diri sendiri. . Pendek cerita mcm ni la, hat mana nak lawa nak puteh gebu gebas flawless bagai tuh tak payah la pi injection vitamin c pala bapak pa semua tuh mengaqot weh semua side effect dalaman habeh rosak buah pinggang, aku ni bukan kes rosak buah pinggang ni kes dah mati dah buah pinggang aku mang 100% kena buang di sahkan oleh dokter, mula tuh aku ada ketumbuhan kat pundi kencing, aku p klinik KSWAN kat desa wawasan bukit mertajam aku p check dulu, mula tuh dia tak pasti dia ingat aku ada cyst tapi bukan bledder cyst, tah pa kejadah tumbuh kat pundi kencing aku semua sebab akibat pemakanan supplement tak tehawan aku amik dulu punya nk cantek aku pon makan la collagen nk puteh la apa la last kali nahhh amik hang dok la hospital seminggu sakit pon dapat.

IKLAN

Menanggung kesakitan yang amat sangat dan doktor menyuruhnya membuang buah pinggangnya kerana telah takut keadaan akan lebih teruk di masa akan datang.

Mengelupoq dalam hospital tak leh nak lena punya dok tahan sakit sampai qeyau suruh nurse cucuk bagi ubat tahan sakit ampa tau dak. Aku mang rasa serik ya amat dah time tuh. Operations pi dah ketumbuhan kat pundi kencing tuh, kena pi 12k sekali operations. Ampa tengok nk cantek modai tak sampai 12k, skali sakit nahhh Allah tarik habeh nikmat aku 12k aku bayaq bil hospital kat KPJ. Ni pengajaran buat aku la nk lawa sangat kan tanggunglah akibat. Pastuh dokter cakap kat aku buah pinggang aku dah mati kena operation buang tapi buang sebelum kawen sebab takot side effects kot lain plak. Takot merebak kuman. Kampoi duit plak nak operations ni. Tuh la org kata nk lawa smpai memudaratkan diri sendiri buat apa?

IKLAN

IKLAN

Biar kulit hitam jangan hati yang hitam sudah.

Biaq lah kulit hitam pon tak pa aih asalkan hati tuh jangan hitam sudah la weyh . Sebab benda ni dah jadi kat aku so aku nak ampa alert la benda2 macam ni. Jangan sampai kesihatan ampa terjejas. Ampa tengok aku muda2 lagi tak kawen lagi pon dah macam2 penyakit dok mai. Orang nampak luaran kita nampak sehat tapi hakikat dia dalaman kita tak tau pasai tal nampak, seumur hidop aku tak pernah p check dalaman aku kat hospital, bila rasa sakit baru terjah p hospital buat CT scan semua dapat lah result. Aku cuma nak pesan lah pompuan hat kat luaq tuh tak payah nk lawa sangat lah kalau makan ubat nak bagi puteh semua tuh leh merosakkan buah pinggang ampa dengan injection pa kejadah tuh bukan lulus KKM pon sebenarnya. Tuh ja aku nak share cerita aku. Derita weyh. Sedih

Takutnya selepas membaca kisah ini.Oleh itu, hijabi semua perlulah mengambil pengajaran daripada kisah ini. Jangan kerana obses nak cantik akhirnya memakan diri sendiri. Tak perlu bersusah payah nak menjadi putih kerana kecantikan kita bukan diukur berdasarkan warna kulit semata.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI