Tiada apa yang lebih menenangkan apabila dapat keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kota. Begitulah yang dirasai oleh pelakon Betty Rahmad yang kini sedang bercuti bersama keluarga tersayang.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya itu menarik perhatian warganet apabila Betty berkongsi momen-momen menarik sepanjang aktiviti perkhemahannya. Lebih menariknya lagi, ramai yang teruja melihat barangan perkhemahan Betty yang lengkap seperti di dalam sebuah rumah! Biarpun ia menelan kos yang tinggi, namun bagi Betty dan suami, ia merupakan sebuah pelaburan yang baik dan berbaloi.
Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti adalah yang comment itu ini, takpelah kitaorang yang bawak & kitaorang yang pack kan.
Ads
Menurut Betty, ia merupakan sebuah kegembiraan bagi dirinya dan keluarga apabila dapat melakukan aktiviti sedemikian. Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsikan momen menarik mendirikan tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan ruang tidur, tempat memasak, tandas dan lain-lain lagi bersama suami.
Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dia pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemas sebagai content. Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!
Tambahnya lagi, aktiviti perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan dan amat berbeza dari bercuti di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Ia juga dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
Ads
One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.
Sekadar info, Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Banyak jenama terkenal sering dipalsukan. Ia bukan sahaja merosakkan kewangan dan reputasi kepada syarikat, tetapi juga membahayakan pelanggan. Barangan berkualiti rendah, diperbuat daripada bahan murah, cepat haus dan mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.
Jom lihat beberapa jenama terkenal, yang produknya sering dipalsukan. Dan butiran kecil ini yang perlu anda lihat semasa membeli produk tersebut.
Poket belakang Levi mempunyai reka bentuk jahitan arkuate yang membentuk berlian. Jadi, jika arkanya tidak betul, tiada berlian di bahagian bawah, atau ia kelihatan berbeza, seluar denim itu mungkin palsu. Jeans asli juga mempunyai label Levi’s merah, kuning, hijau atau putih dengan “R”. Jika seluar jeans dibuat selepas tahun 1971, “e” dalam logo hendaklah huruf kecil, bukan huruf besar.
Rivet harus mempunyai “L.S. & CO. S.F.” dicop pada label. Ia bermaksud “Levi Strauss & Co., San Francisco.” Jika huruf ini hilang sepenuhnya atau hanya sebahagiannya sahaja, denim itu adalah palsu.
Untuk memberitahu yang palsu daripada sekeping sebenar, perhatikan label di bawah kolar. Dalam versi lama syarikat, nama itu dibuat dalam benang kelabu atau perak dan dalam versi baharu berwarna dengan kuning. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah logo penunggang kuda. Penunggang boleh dikenal pasti daripada kuda dan kekang kuda, ekor dan telinga semuanya kelihatan. Di bahagian belakang, logo hendaklah dijahit dengan kemas dan siap. Tidak boleh ada dakwat atau hujung longgar yang berlebihan.
Mahkota atau pemegang penggulungan pada jam tangan asal mempunyai huruf besar “Т” terukir. Jika ia hanya dilekatkan pada bahagian atas atau dilukis dengan cat, jam tangan itu adalah palsu.
Kasut Converse asal mempunyai lidah dengan semua butiran tentang model, termasuk nombor siri, bahan dan saiz. Lajur terakhir sentiasa diberikan dalam sentimeter. Jika ia tentera mm, ya Nampak sangat ianya palsu. Kasut Converse palsu selalunya tidak mempunyai bintang kecil yang boleh anda temui di tengah-tengah tapaknya. Selain itu, kasut asli mempunyai berlian seperti wafel dengan garis menegak dan mendatar.
Pengeluar palsu sering mengabaikan butiran kecil, jadi lebih baik untuk memeriksa zip. The North Face menggunakan zip YKK secara eksklusif. Jaket asal mempunyai logo YKK pada zip dan mekanisme. Zip harus bergerak dengan lancar, walaupun pada produk baru.
Sandal tulen sentiasa mempunyai logo syarikat iaitu Duke buaya, dinamakan sempena salah seorang pengasas syarikat. Buaya asli mempunyai tepat 6 bonggol di belakang dan 3 jari kaki. Jika salah satu daripada butiran ini berbeza, ia adalah produk palsu.
Topi tulen sentiasa mempunyai reben khas di bahagian lain. Di sana, anda boleh menemui 2 logo. Sentiasa ada tanda dagangan New Era dan logo model tertentu.
Untuk membezakan cermin mata Ray-Ban palsu daripada yang asli, anda boleh lihat pada penutup hidung. Perlu ada tanda “RB” yang dicetak. Selain itu, penutup hidung biasanya lutsinar atau warna pic terang. Engsel dipasang pada bingkai cermin mata dengan dua rivet logam di hadapan dan dua di sisi.
Untuk memberitahu pengawal Xbox yang sahih daripada yang palsu, lihat wayar. Pengawal asal mempunyai benjolan khas di bahagian atas wayar. Dan palsu tidak memilikinya.
Sandal Birkenstock tulen boleh dikenali dengan insolenya. Di sinilah semua maklumat tentang produk diletakkan. Mereka menggunakan hitam, hijau, biru dan emas (bergantung pada model). Maklumat tersebut termasuk logo syarikat, frasa “Dibuat di Jerman”, dan gambar kaki, serta saiz dalam 3 ukuran berbeza.
Terdapat beberapa cara untuk membezakan Adidas sebenar daripada palsu. Periksa lubang renda. Kasut Adidas asli jarang mempunyai cincin logam di sana. Jadi, semak tapak asal untuk melihat rupa model yang sepatutnya.
Untuk memberitahu Lego palsu daripada yang asli, lihat dengan teliti mainan itu. Mainan sebenar mempunyai garisan yang lebih bulat dan licin. Setiap elemen mempunyai logo syarikat padanya. Di kepala, ia berada di bahagian atas. Pada badan, ia terletak di leher, dan anda juga boleh menemui satu di kaki. Logo berada di atas seluruh permukaan, dan ia bukan sahaja dilukis, jadi sukar untuk dialih keluar.
Adakah anda mempunyai kaedah sendiri untuk membezakan yang palsu daripada yang asli? Jika anda jom kongsi dengan hijabista di ruangan komen bersama bukti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Blusher’ atau pemerah pipi adalah satu item solekan yang penting. Sekiranya anda tidak suka akan alat solek yang lain, tidak mengapa. Tetapi pastikan ‘blusher’ merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi.
Ia dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat. Terdapat banyak warna ‘blusher’ di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda. Ia boleh membuatkan anda tampak seperti patung cina atau badut.
Mari lihat di bawah warna ‘blusher’ yang sesuai dengan tona kulit anda:
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
3.Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling ngam adalah pink.Either soft pink ke..brown pink kee..atau dark pink
4.Untuk kulit kuning langsat, korang boleh pakai pink yang ala ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha
5.Kulit wanita asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown
6.Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.
Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.
Powder / Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Jadi, selepas ini pasti lagi tiada masalah untuk memilih ‘blusher’.
Bagi yang sering melayari alam maya atau digital, pastinya mengenali figura personaliti media sosial yang cukup popular ini. Walaupun bukan bertaraf selebriti, namun setiap posting yang dimuat turut pasti mendapat perhatian netizen. Apatah lagi kemuliaan dirinya yang menjaga adiknya yang mengalami sindrom down.
Jika sebelum ini, Bengah atau nama di akaun Instagram @makhlokmacho yang sudah berkahwin memang ingin melihatisterinya yang dipanggil Cik Bunge berhijab. Malah pernah memberi hint dengan melukis gambar ilustrasi Cik Bunge berhijab.
Memang niatnya mahu melihat isterinya tu berhijab bagi memenuhi tuntutan sebagai wanita Muslimah. Setiap kali dalam muat turun posting, memang dia akan mendoakan supaya isterinya itu berhijab.
Dan akhirnya doanya itu dimakbulkan Tuhan. Sebelum ini ada posting melihat penampilan Cik Bunge yang sudah berhijab tetapi tiada apa-apa kenyataan rasmi. Tetapi pada 16 November lalu sempena hari jadi isterinya itu, secara rasminya Bengah memberitahu isteri tersayang, Cik Bunge sudah berhijab sepenuhnya.
Dalam posting berkenaan Bengah memberitahu sempena hari jadi isterinya itu yang jatuh pada hari Jumaat nan mulia dan terbuka hatinya untuk berhijab kerana Allah Maha Besar.
Menurutnya Cik Bunge berhijab bukan dari kata-kata orang atau desakan sesiapa tetapi dari doa yang tak pernah putus dari seorang suami. Bengah memberitahu dia sudah selalu doakan isterinya itu berhijab dan tak pernah putus meminta dari Allah.
Ternyata sejak berhijab, penampilan Cik Bunge juga semakin cantik dan jelita. Malah sekali pandang seperti seorang mualaf dari Korea yang baru memeluk agama Islam. Bukan sahaja Bengah mengagumi penampilan terbaru Cik Bunge, tetapi turut mendapat pujian dari netizen.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.