Pelakon popular Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu disebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Kelahiran cahaya matanya itu dikatakan mengejut dan tidak disangka-sangka.
Menerusi perkongsiannya di dalam akaun Instagram, Anzalna menyatakan bahawa sepatutnya anak keduanya itu lahir pada 31 Mei 2022. Namun, kuasa Allah, pada 20 Mei 2022, cahaya mata keduanya itu dilahirkan dengan sihat dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Ingatkan Raya Aidilfitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut! Sepatutnya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba..hari check up dia nak keluar terus!
Tambahnya lagi, dia dan suami, Hanif Zaki berasa bersyukur kerana anaknya dilahirkan pada hari Jumaat yang penuh berkah.
Ads
Alhamdulillah, syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yangh penuh berkah.
Perkongsian yang dimuat naik itu mendapat perhatian warganet. Ramai yang turut teruja dan gembira dengan perkongsian dari pelakon itu. Rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan rasa tahniah kepada pasangan itu.
Ads
“Alhamdulillah congratss beautiful! And welcome aboard baby!” komen Uyaina Arshad.
“Alhamdulillah..congrats bro! So happy for both of you!,” komen Fizo Omar.
“Yayyyyy congratulations Hanif and Anzalna,” komen Daphne Iking.
Sekadar info, pasangan Anzalna Nasir dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees berusia 2 tahun.
Gempar minggu lepas apabila seorang pelajar sebuah kolej mati dibunuh oleh seorang lelaki yang dikatakan bekas teman lelakinya. Berita ini mengundang simpati netizen apatah lagi ia berlaku di bulan penuh mulia. Walaupun maut itu tidak kira bulan masa atau hari, tetapi jika kita lebih berhat-hati mungkin kejadian ini tidak akan berlaku.
Bagi hijabi di luar sana, perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kadang-kadang kita lupa tetapi ingatan boleh mengelakkan kemalangan sebegini berlaku.
Perkongsian dari seorang lelaki, Redzuan Abd Manaf di laman sosial facebook ini yang boleh hijabi jadikan panduan sepanjang bergaul dengan orang sekeliling.
Walaupun lelaki tidak bermakna tegurannya tidak boleh diterima pakai. Malah mereka ini sebenarnya lebih mengetahui segalanya berbanding perempuan.
Girls.
Hati-hati bila memilih kawan atau teman lelaki.
Tolonglah dengar nasihat paksu yang satu ni. Even paksu dah pesan banyak kali. Paksu dah tulis coretan panjang macam esok nak mati. Paksu membebel macam pondan bedah gigi. Tapi tetap jugak tak ada orang ambil peduli.
Dik.
Paksu lelaki. Even “kejantanan” paksu masih belum teruji. Even paksu x pernah bercinta beruk pun sebelum ni, tapi paksu tahu apa yang mampu dibuat oleh seorang lelaki. Apa yang ada dalam otak pemikiran kami ni. Paksu tahu bila emosi dan amarah menguasai diri. Paksu pernah rasa nak bunuh jer nyamuk yang hisap darah paksu ni sebab ditolak cinta oleh minah yang paksu gilai. Tapi dik, tolonglah sayang dan hargai diri sendiri.
Tolonglah fikirkan sikit mak ayah dan family yang menyayangi. time muda ni. Semua ni hanya mimpi ngeri!!! Mimpi ngeri??? Reti??? Lelaki yang sayangkan seorang perempuan takkan sanggup buat kerja terkutuk dan sekeji ni samentelah sampai biarkan orang tu mati!!! Allahurabbi!!! Binatang jenis apakah ini…..paksu sendiri pun tak pasti.
Maafkan paksu dik sebab terlebih emosi. Tapi paksu terpaksa dan terpanggil untuk menulis lagi. Menulis untuk semua orang yang paksu sayangi. Pakcik, makcik, kakak, abang, adik, saudara, saudari…..tolonglah pantau anak-anak yang kita kasihi. Tolonglah tegas sikit demi masa depan mereka di belakang hari. Tolonglah ada sedikit sifat prasangka dalam diri.
Cek whatsapp story, wechat status, facebook posting dan gambar-gambar anak di ig sebab budak-budak zaman laniii lebih advance dan berani dalam serba serbi. Lebih baik kita hilang rasa hormat dari seorang anak dari tengok anak sendiri mati. Paksu sedih, sedih sangat dengan apa yang terjadi. Even adik ni paksu tak pernah kenal pun sebelum ni.
Salam takziah dan alfatihah dari paksu untuk adik yang meninggal dibunuh dan buat seluruh keluarga yang bersedih hati. Paksu doakan adik damai disisi Ilahi. Dan paksu jugak doakan pembunuh adik sempat bertaubat dan insaf kembali. Moga kita semua belajar dan ambil iktibar dari tragedi sedih ni. Allahurabbi!!!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.
Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.
Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.
Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.
Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.
Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.
Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.
Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.
Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.
“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.
“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.