Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Tak Perlu Ambil Pusing Semua Perkara, Peka Kepada Yang Memberi Faedah Sahaja
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
Ads
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Ads
Sayangi Diri Sendiri Terlebih Dahulu!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
Siapa yang sering berjaga lewat malam? Di masa yang aktif ini, sememangnya sulit untuk tidur, ya,? Walau faktanya, tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup, tubuh yang kurang istirehat akan merasa kelelahan, menurunkan produktiviti, tahap stres yang meningkat, hingga berakhir dengan keadaan tekanan.
Namun, untuk mendapatkan waktu tidur berkualiti, berapa lama dan sejak pukul berapa kita mesti memejamkan mata?
Tubuh manusia mampu menyesuaikan waktu siang dan malam untuk menentukan pola tidurnya. Jika anda beraktiviti saat matahari bersinar dan beristirehat ketika bulan menghiasi langit nan gelap, tandanya waktu tidur terbaik anda berada di antara jam 10 malam, dan waktu bangun sekitar jam 6 pagi.
Waktu tidur ideal manusia dimulai dari pukul 10 malam, dan bangun pada pukul 6 pagi. Namun, beberapa ahli bahkan menyarankan untuk memulai tidur pada pukul 8 malam. Jika waktu tidur sekitar antara pukul 8 malam hingga 12 malam, anda akan mendapatkan tidur yang nyenyak dan mimpi indah. Istirehat yang cukup di malam hari juga membuat anda tidak akan merasa perlu tidur siang.
Menurut pakar, setiap orang boleh memiliki jam mulai tidur yang berbeza, misalnya tidak selalu sesuai tidur pada jam 10 malam. Anda boleh membuat waktu tidur yang sesuai dengan rutin harian atau kesibukan yang sedang dilakukan, selama mencukupi waktu istirehat yang diperlukan, iaitu untuk orang dewasa adalah 7-9 jam.
Jika senang berjaga malam, atau tidur lewat di atas jam 12 malam, kebiasaan ini akan memberikan kesan buruk pada kesihatan. Bangun awal pagi dari kebiasaaan akan meningkatkan risiko tingkah laku bulimia, depresi, dan seasonal affective disorder (SAD). Salah satu penelitian pada pekerja di Japan menemukan, tidur terlalu lambat memiliki kaitan signifikasi dengan prevalensi yang tinggi pada gejala depresi.
Sebuah penelitian mengungkapkan kalau bangun pagi membantu anda merasa lebih positif dan jadi proaktif. Tubuh segar pastinya akan membuat anda jadi lebih semangat bekerja, ‘kan?
Memiliki pola tidur yang konsisten sangat penting untuk dilakukan kerana dapat memengaruhi kesihatan mental, misalnya selalu tidur pukul 10 malam dan bangun pukul 5 pagi hari. Kajian lain yang meneliti pola tidur pelajar sekolah menemukan dengan jadual istirehat di malam yang teratur memiliki prestasi akademik lebih baik, dibandingkan mereka yang tidur tidak teratur.
Jika waktu pekerjaan atau kegiatan anda boleh mengganggu jadual tidur, bahkan mengurangkan waktu istirehat. Sekiranya terjadi seperti ini, anda perlu menyiasat dengan meluangkan waktu untuk tidur siang singkat pada jam kerja. Jangan takut tidur terlalu cepat atau terlalu petang, yang penting adalah durasi tidur dan menjaga jadual istirehat regular. Setelah semuanya kembali normal, tetapkan kembali waktu tidur anda.
Orang dewasa pada umumnya memerlukan 8 jam lamanya tidur. Namun, angka ini bervariasi untuk setiap orang. Sebagian orang dapat merasa cukup dengan tidur selama 6-7 jam, sementara ada yang memrlukan 8 jam. Pada kategori usia anak-anak dan usia lanjut juga punya perbezaan berbeza.
Waktu tidur ideal bagi seorang muslim adalah sobolehnya tidur terus setelah solat Isyak, akan tetapi apabila ada kegiatan yang lebih mashlahat dan untuk kebaikan, anda boleh melakukan aktiviti yang bermanfaat setelah solat isyak seperti belajar, menerima tetamu, berbual-bual dengan keluarga, tentu hendaknya tidak berjaga sampai larut.
Dalil tidur setelah isyak berdasarkan hadis makruhnya setelah solat Isyak, Dari Abu Barzah radhiallahu ‘anhu
أنَّ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – كان يكرهُ النَّومَ قَبْلَ العِشَاءِ والحَديثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyukai tidur sebelum solat ‘Isya’ dan berbual-bual setelahnya.” [HR. Bukhatri & Muslim]
Syaikh Abdulah Al-Faqih menjelaskan,
فقد كان النبي صلى الله عليه وسلم ينام أول الليل بعد العشاء، إذ كان يكره النوم قبل العشاء والحديث بعدها
“Adalah kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidur di awal malam setelah solat Isyak, kerana dimakruhkan tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual setelahnya.” [Fatawa As-Syabakiyyah no. 251950]
Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa tidur di awal malam bermanfaat bagi kesihatan, beliau berkata:
وأنفع النوم : ما كان عند شدة الحاجة إليه ، ونوم أول الليل أحمد وأنفع من آخره
“Tidur yang paling bermanfaat adalah tidur ketika sangat mengantuk, tidur di awal malam paling baik dan paling bermanfaat dari lainnya.” [Madarijus Salikin 1/459-460]
Berbual-bual Setelah Isyak
An-Nawawi menjelaskan bahawa hukum asal berbual-bual setelah isyak adalah makruh, akan tetapi apabila ada mashlahat dengan berbual-bual maka tidak diperbolehkan. Beliau berkata:
قال العلماء : والمكروه من الحديث بعد العشاء هو ما كان في الأمور التي لا مصلحة فيها ، أما ما فيه مصلحة وخير فلا كراهة فيه ، وذلك كمدارسة العلم وحكايات الصالحين ومحادثة الضيف والعروس للتأنيس ومحادثة الرجل أهله وأولاده للملاطفة والحاجة ومحادثة المسافرين
“Para ulama berkata: makruh hukumnya berbual-bual setelah Isyak, apabila pada perkara yang tidak ada mashlahatnya. Adapun apabila ada mashlahatnya maka baik dan bukan makruh. Misalnya seperti mempelajari ilmu, menceritakan kisah orang solehh, berbual-bual dengan tamu, acara pernikahan, berbual-bual dan beramah-tamah dengan istri dan anak-anaknya dan perbincangan antar musafir.” [Syarah Muslim, 5/149]
NOTA: Hendaknya berbual-bual setelah Isyak tidak sampai berjaga malam, kerana Allah menjadikan malam sebagai waktu istirahat yang utama.
Allah berfirman,
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاساً
“dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. [An Naba’ : 10]
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan,
فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان يكره النوم قبل صلاة العشاء والحديث بعدها وإذا أطال الإنسان السهر فإنه لا يعطي بدنه حظه من النوم، ولا يقوم لصلاة الصبح، إلا وهو كسلان تعبان، ثم ينام في أول نهاره عن مصالحة الدينية والدنيوية، والنوم الطويل في أول النهار يؤدي إلى فوات مصالح كثيرة
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum isya dan berbual-bual (tidak bermanfaat) setelahnya. Jika seseorang begadang semalaman dan tidak memberikan hak tidur kepada badannya, bahkan tidak solat subuh kecuali bangn dengan tubuh yang lelah dan malas, kemudian tidur di awal hari, maka ia telah kehilangan mashlahat yang banyak.”[ Liqaa’ Asy syahri 1/333]
Pola kehidupan kita di zaman ini menyebabkan tidak memungkinkan melakukan sunnah ini terus-menerus, iaitu langsung tidur setelah isyak, akan tetapi hendaknya seorang muslim pernah sesekali melakukan sunnah tidur setelah isyak agar lebih mudah bangun solat malam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kaki terselak daripada baju dan orang lelaki ternampak tidak boleh ya! Pernah tak anda terfikir sama ada memakai sarung kaki atau stokin buat para wanita Islam itu hukumnya wajib atau tidak? Sebagai seorang Muslimah semestinya aurat itu sangat penting dan anda perlu menjaganya. Apa pula hukum buat wanita yang sengaja untuk memakai penutup kaki?
Seperti yang anda tahu, aurat wanita Islam adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Allah juga pernah bersabda kepada Nabi bahawa hendaklah wanita menutup seluruh tubuh mereka. Seperti yang anda tahu, wanita Islam perlu menutup aurat saat dia sudah haid (akil baligh) dan sedikit pun tidak boleh terlihat pada dirinya melainkan wajah dan kedua telapak tangannya.
Jadi satu masalah yang selalu terjadi buat seorang wanita Muslimah adalah saat kita berada di luar daripada kawasan rumah. Penutup kaki atau stokin kaki selalu kita lupa. Tujuannya adalah agar lelaki yang bukan mahram tidak ternampak aurat anda. Hukum wanita memakai penutup kaki adalah wajib! Menurut para ulama juga, wanita Muslimah Islam perlu menjaga aurat. Sekiranya mereka tidak menutup aurat kakinya maka ia jatuh pada hukum Haram.
Bagaimana pula buat mereka yang ternampak aurat kaki ketika solat? Jadi hukumnya adalah Haram juga. Semestinya sewaktu anda menunaikan solat, aurat sangat dititikberatkan. Sekiranya anda tidak solat menggunakan jubah, anda perlu memakai stokin agar dapat membantu menutup bahagian kaki bawah anda.
Rupanya adab menggunakan penutup kaki juga penting. Sebagai wanita Muslimah terdapat beberapa perkara yang ada perlu ambil berat apabola memakai penutup kaki. Jika anda tidak biasa, cuba perlahan-lahan. Pasti akan boleh apabila sudah dibiasakan. Ini adalah antara adab-adab menggunakan penutup kaki di dalam islam melalui sumber laman sesawang Muslimahcenter.com:
Akhir kata, menutup kaki buat wanita Islam hukumnya wajib dan sebagaiman ianya diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya dalam ayat Al-Quran dan hadis. Untuk menjadi wanita Muslimah hendaklah anda bertaqwa dan sentiasa ingat untuk menutup aurat. Jadikanlah penutup kaki itu peneman buat anda. Ia agar kaki anda tetap dilindung dan dapat membantu untuk menutup aurat dengan sempurna.
Syurga adalah tempat yang menjadi idaman buat para umat Islam, itulah impian semua manusia dimana mereka ingin berada di kehidupan hakiki kelak. Namun apakah kita selayaknya menerima syurga Allah SWT?
Jangan putus harapan! Meskipun hidup ini banyak dosa telah kita lakukan, Allah SWT masih lagi memberi peluang supaya kita bertaubat. Banyak juga masa untuk perbaiki diri dengan sedaya upaya.
Sememangnya, lelaki dan perempuan layak memasuki syurga tidak kira jantina, tiada perbezaan pun untuk kedua-duanya. Apa yang membezakan ada bagaimana jaminan seseorang itu dengan amalannya untuk layakkan diri ke syurga Allah SWT, itulah persoalannya.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka ia diundang di akhirat supaya masuk syurga berdasarkan pintunya mana yang ia suka (sesuai pilihannya).”
(HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Jadi jelas di sini menyatakan ada terdapat amalan-amalan tertentu yang memudahkan seseorang wanita itu untuk memasuki syurga. Solat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga harga dirinya serta mentaati sang suami–syurga di janjikan buatnya. Secara lazim, amalan yang penting untuk wanita patuhi adalah dengan menjaga serta mendirikan solat lima waktu.
Allah SWT pernah berfirman:
“Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
(Surah An-Nisa ayat 103)
Manakala, diriwayatkan oleh Jabir R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:
“Perumpamaan solat lima waktu adalah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam yang mengalir di depan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”
(HR. Muslim)
Namun, ada juga amalan yang harus diketahui oleh para muslimah. Amalan ini juga boleh menghapuskan kesalahan dan meningkatkan darjat seseorang muslimah itu.
Di petik oleh Abu Hurairah R.A, mengatakan Rasulullah SAW bersabda:
“Sukakah engkau semua saya tunjukkan pada sesuatu amalan yang dengannya itu Allah SWT akan menghapuskan segala macam kesalahan serta mengangkat pula dengannya tadi sampai beberapa darjat? Para sahabat menjawab; “Baik, ya Rasulullah”
Baginda bersabda:
“Iaitu menyempurnakan wudhu’ sekalipun banyak menghadapi kesulitan, melangkahkan kaki untuk pergi ke masjid, serta menantikan solat setelah selesai solat yang satunya. Yang sedemkikian itulah yang dinamakan ribat (perjuangan).”
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.