Penyanyi Australia Lenka, 44, menyukai makanan, cuaca dan orang Malaysia yang disifatkannya mesra dan berlapang dada dengan pelancong asing sepertinya.

Lenka berkata pada pertemuannya bahawa dia pernah datang ke Malaysia beberapa kali dan sebelum ini pernah menyanyi bersama artis lain.

Artikel Berkaitan : Tiket Konsert Padi Reborn 25 Years Licin! Sebahagian Keuntungan Disalur Pada Asnaf

Ibu kepada dua anak ini berada di Malaysia bersama konsert solonya, Lenka Live In KL, yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur  pada jam 8:30 malam, anjuran Push Play.

Lenka meluahkan rasa teruja untuk mengadakan konsert di Malaysia dan tidak sabar untuk mencuba makanan Malaysia yang menjadi pilihannya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 “Saya sangat sukakan Malaysia dan ketika datang di sini, saya paling gemar makan laksa dan nasi lemak. Di sini (Malaysia) juga ada pelbagai makanan enak yang selalu dianggap pelancong sebagai ‘syurga’ makanan.

IKLAN

“Saya sentiasa teruja dan seronok setiap kali datang ke Malaysia kerana selesa dengan cuacanya yang bagus, termasuk sikap penduduknya yang ramah dan mudah mesra,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini.

Katanya, baru-baru ini dia berpeluang membuat persembahan di konsert solo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lenka Kripac (@lenkamusic)

 Lenka berkata, untuk konsert malam ini dia akan menyanyikan sehingga 16 lagu daripada pelbagai albumnya termasuk menggarap dua EP iaitu Discover yang dikeluarkan pada 2020 dan yang terbaru berjudul Recover.

“Saya harap peminat yang datang ke konsert ini akan terhibur. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu yang mereka (peminat) rasa serasi daripada karya sudah lama tidak dinyanyikan serta terbaharu yang dihasilkan.

IKLAN

“Saya juga berterima kasih dengan penganjuran konsert ini dan menjanjikan lagu-lagu menarik akan dipersembahkan untuk penonton nanti. Saya sudah bersedia untuk menemui anda semua,” katanya.

“Kami tahu Lenka tidak akan sesekali mengecewakan peminat dengan persembahannya yang penuh nostalgia. Dia (Lenka) juga sangat profesional dan komited dalam karier nyanyiannya yang membuat kami ingin bekerjasama.

Artikel Berkaitan : Biarlah Apa Yang Mereka Ingin Katakan, Saya Mahu Jadi Diri Sendiri..Penyanyi Bunga Ulas Isu Muzik Rap Dan Imej Berbaju Kurung!

IKLAN

Wakil Push Play dikenali Nika pula berkata, kenapa organisasi itu berani membawa Lenka membuat konsert di Malaysia kerana yakin penghibur berkenaan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri yang ramai di sini.

Sekadar info, Lenka yang juga komposer dan pelakon popular dengan lagu seperti What Goes Up, On My Side, Trouble Is A Friend dan The Show.

Sumber: Gempak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI