Apalah makna disebalik sebuah hijab? Pastinya ramai diantara kita memiliki definisi serta pengertian peribadi tentang mengilham makna hijab itu sendiri. Ada yang menjadikannya sebagai sebuah simbolik perubahan diri untuk ke arah kebaikan, ada juga yang menjadikan ia sebagai imej untuk ke arah kesempurnaan.
Berbicara mengenai definisi hijab ini, Team Hijabista menemu bual secara eksklusif penyanyi rap yang semakin dikenali ramai dan popular dengan lagu Intan Payung, Bunga untuk merungkai perspektif penyanyi ini mengenai makna di sebalik hijab.
PERSPEKTIF HIJAB MENURUT BUNGA
Penyanyi yang baru sahaja berentap hebat di Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini menyifatkan bahawa hijab itu melambangkan sebuah kesempurnaan bagi dirinya sebagai seorang manusia biarpun ada kalanya, dirinya melakukan kekhilafan. Namun, hijab itu sendiri sudah sebati dengan dirinya sejak dari dulu lagi di saat awal kemunculannya dalam dunia seni bersama-sama dengan sepasang baju kurung.
MUZIK RAP DAN IMEJ BUNGA
Menyentuh soal imejnya yang berhijab serta berbaju kurung, pasti dirinya tidak bisa lari dari pandangan sini serta komen pedas dari sesetengah individu tentang imejnya itu dengan pembawakan genre muzik rap yang menaikkan namanya di persada muzik tempatan.
Menurut Bunga, jika dahulu, dirinya seringkali stres memikirkan tentang komen-komen yang diterima dari orang lain. Namun, usia semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian. Hari ini, dirinya sudah mula tahu untuk menghargai diri sendiri dan tidak menghiraukan komen-komen yang bisa menganggu tahap konsentrasi pada kerjaya sebagai seorang anak seni.
Ads
“Jujurnya, identiti bunga memakai baju kurung dan bertudung serta menyanyi secara rap amat mencabar, terutamanya untuk orang ramai mengenali Bunga dalam dunia muzik tempatan. Mungkin ada yang boleh terima, namun ada juga yang tidak putus memberikan tohmahan serta kecaman. Apabila semakin meningkat usia dan matang dalam berfikir, Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan.
“Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain. Merungsingkan kepala sahaja. Jadi, daripada Bunga membazirkan waktu dan tenaga memikirkan tentang apa yang orang lain mahukan, lebih baik Bunga fokuskan tentang apa yang diri Bunga inginkan. Itu lebih baik,” ujarnya.
Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan. Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain.
Tambahnya lagi, dirinya juga menerima dan bersifat terbuka dengan komen dan pandangan yang membina untuk kualiti kerjayanya. Tetapi, jika ada komen yang hanya untuk menganggu serta bersifat negatif, dia lebih selesa untuk tidak menghiraukannya.
Ads
“Sepanjang dua tahun saya bergelar anak seni, saya ada menerima teguran serta tohmahan yang mana mereka mempersoalkan tentang imej saya yang berhijab dan berbaju kurung tetapi membawakan muzik rap dan terlompat sana-sini. Bagi saya, jika ada baiknya teguran itu, saya ambil sebagai nasihat.
“Sekurang-kurangnya saya tahu, ada perkara yang saya harus jaga dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Tetapi bagi pandangan saya pula, memakai tudung bukanlah tiket untuk orang ramai membuat tanggapan bahawa kami yang berhijab ini sempurna. Salah belaka! Seperti saya sendiri, saya bukanlah sempurna walaupun memakai hijab.
“Saya masih lagi keluar malam untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan saya, berjumpa kaum lelaki atas urusan kerja dan lain-lain lagi. Sama seperti orang lain kerana kita ini hanyalah manusia biasa. Apa yang penting, kita perbaiki diri untuk menjadi yang lebih terbaik dari versi diri kita semalam,” tambah Bunga.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.
NASIHAT BUNGA
Ads
Sebelum mengakhiri kalam bicara No Turning Back ini, Bunga sempat berkongsi nasihat bahawa hidup ini umpama kitalah nakhodanya. Lakukan perkara yang anda rasa betul dan membahagiakan kerana esok lusa, kita tidak tahu dugaan dan cabaran yang bakal kita lalui. Jadi, buatlah keputusan dengan sebijaknya dan lakukan perkara yang bisa membuatkan hidup anda aman dan tersenyum!
“Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Resit ATM yang selalu anda buang setiap kali selesai keluarkan duit, membunag resit ke dalam tong sampah malah ada juga yang tidak gemar untuk keluarkan resit seletah selesai sesi pengeluaran wang tersebut.
Siapa sangka sebenarnya ada satu ‘rahsia’ yang Maybank letak pada belakang resit ATM ramai yang tak tahu. Harap selepas perkongsian lelaki ini, anda betul-betul teliti, apa ‘rahsia’ di sebalik resit ATM ini. Melalui perkongsian dalam video Tiktok seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Irfarhan Husin memberitahu tentang satu maklumat yang tertera di belakang resit ATM Maybank yang mungkin ramai di antara kita terlepas pandang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Video ini telah raih 36.4k tanda suka, 340 komen di applikasi TikTok. Ternyata ramai lagi yang tidak memahami apa sebenarnya perkongsian lelaki ini, menurut tinjauan ruang komen, rata-rata warga maya baru menyedari perkara tersebut malah ada juga yang sudah bertahun-tahun menggunakan mesin ATM namun tidak menyedari akan permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) di belakang resit tersebut.
Dah tonton, apa yang ada pada belakang resit tersebut tertera satu maklumat ringkas untuk permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) atau saham terbitan awam. Ramai juga yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang saham Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam tersebut. Jelas adakah ia satu faedah pelaburan masa hadapan untuk orang, ramai, apakah keuntungan untuk anda.
IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering yang mana apabila syarikat persendirian menjual saham pertama kali milik syarikatnya kepada orang awam, contohnya sebuah syarikat Sendirian Berhad membuka peluang kepada orang awam untuk memiliki saham syarikat mereka sekaligus memaparkan dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Malaysia.
Orang awam tidak boleh memiliki saham mana-mana syarikat melainkan syarikat itu yang membuka peluang dalam kepada orang awam, iaitu siapa sahaja boleh memiliki pegangan saham yang dipanggil IPO. Kebanyakan pelabur akan melihat peluang itu apabila saham syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ringkasnya mana-mana syarikat persendirian boleh membuka peluang kepada orang awam untuk mendapatkan modal tambahan dengan lebih cepat dan pada masa yang sama pelabur juga berpeluang untuk menikmati pemilikan syarikat yang diingini.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penampilan pelakon dan penyanyi juga pengacara ini memang sentiasa cantik dalam apa juga majlis yang dihadiri. Lebih-lebih lagi setelah dirinya berhijab hampir setahun yang lalu. Sherry Ibrahim, yang begitu terserlah kejelitaaannya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir. Ketika ditemui baru-baru ini sempena pelancaran Aliff By Sha X GoHalal, admin sempat mengorek apa rahsia kecantikannya. Pelakon ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan dan kesihatan diri yang diamalkan selama ini. Dia hanya mengamalkan 5 petua cukup mudah bagi memastikan dirinya kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Menurut Sherry, sebagai wanita yang menjaga penampilannya, dia mengamalkan pemakaian set penjagaan wajah untuk siang dan malam. Malah jika penat sekalipun balik dari penggambaran atau event, dia akan pastikan wajah dicuci terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tidak lupa juga pemakaian krim malam utuk merawat kulit wajah ketika sedang ‘berehat’.
Keduanya adalah mengamalkan tidur yang cukup, iaitu 8 jam sehari. Sibuk sekalipun , Sherrry akan cuba mendapatkan tidur mencukupi untuk kekal bertenaga keesokan harinya dalam menjalankan aktiviti harian.
Dalam penjagaan diet pula, Sherry tidak ambil pemakanan berminyak dan kalau boleh dia akan cuba kurangkan pengambila makanan yang mengandungi minyak ini.
Selain itu, walaupun rutin hariannya cukup padar, tetapi wanita cantik ini akan cuba memperuntukan waktu untuk berpeluh. Selalunya dia akan lakukan aktiviti Uphill atau Downhilldan juga stretching di rumah bagi memastikan keluar peluh. Jika badan berpeluh secara tidak langsung akan mengeluarkan perkara negatif dari dalam badan.
Dan akhirnya sekali pesannya adalah sentiasa mengamalkan sikap ‘happy’ dan ceria dan apa jua yang kita buat perlulah ikhlas. Jika kita ikhlas, dari dalam itu yang akan membuatkan kita cantik dan kekal sihat.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...