Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan.
Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar Seruan Azan
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu, beliau mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ
Apabila kalian mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan.
ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.
ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ” .
Kemudian mohonlah kepada Allah agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba Allah. Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, hadis no: 384]
1- Menjawab azan dengan menyebutkan sebagaimana yang disebutkan oleh muazzin kecuali pada lafaz حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ dan حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ.
Daripada ‘Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Ads
ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ . قَالَ.
Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah mendirikan solat. Seseorang itu hendaklah menjawab:
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .
Tiada kekuasaan dan kekuataan kecuali dengan Allah.
ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ . قَالَ
Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah menuju kejayaan. Seseorang itu hendaklah menjawab:
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Tiada kekuasaan dan kekuataan kecuali dengan Allah.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, no: 385]
2- Berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam selepas selesai azan.
3- Mendoakan wasilah untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Daripada Jabir bin ‘Abdillah radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:
Ads
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ،
Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.
حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ “
Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua’ ‘Inda an-Nida’, hadis no: 514].
4- Membaca zikir tersebut selepas muazzin selesai azan.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ
Sesiapa yang menyebutkan bacaan tersebut apabila dia mendengar muazzin melaungkan azan:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا .
Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah. Dia Maha Esa dan tiada sekutu untukNya, dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku redha Allah sebagai tuhan, dan Muhammad sebagai utusan dan Islam sebagai agama.
Ads
غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ ” .
Maka diampuni dosanya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Misla Qaul al-Muazzin.., hadis no: 386].
5- Membanyakkan doa antara azan dan iqamah.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : حَدِيثُ أَنَسٍ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Doa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah. [Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 196, hasan sahih]
Bagaimana pula dengan iqamah?
Majoriti ulama berpendapat sunat dilakukan seperti azan iaitu menjawabnya, membaca selawat, dan membaca doa wasilah. Ini kerana iqamah juga dipanggil azan. Ini pendapat mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali. Ini berdalilkan hadis berikut:
Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ
Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu (mendirikan solat tersebut).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Bayna Kulli Azanain Solat Li Man Syaa, hadis no: 627].
Sebahagian ulama berpendapat menjawab, selawat dan membaca doa wasilah hanya sunnah selepas azan sahaja. Ini pendapat Shaikh Ibn al-Uthaimin dan Shaikh Bakar Abu Zaid. Mereka berkata bahawa azan dan iqamah dua perkara yang berbeza, persamannya hanya pada sudut nama sahaja.
Bagaimana dengan bacaan ketika menjawab lafaz قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ (Sesungguhnya solat akan didirikan)?
Hendaklah dijawab قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ jua berdasarkan keumuman hadis di atas. Adapun jawapan أَقَامَهَا اللَّهُ وَأَدَامَهَا (Allah akan membuatkan solat ini didirikan dan berterusan) adalah datang daripada riwayat yang dhaif dalam Sunan Abi Daud. Ia dhaif kerana terdapat seorang perawi mubham dalam sanadnya. Antara yang mendhaifkan ialah Ibnu Hajar dalam Talkhis Al-Habir.
Sumber : Alkahfi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita kita memang perlu menjaga kecantikan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam dan tampil lebih berseri.
Tidak perlu gunakan produk mahal, sebaliknya boleh bertukar kepada cara rawatan alami.
Menggunakan bahan dapur seperti kunyit mampu menjadikan kulit anda lebih halus, mulus dan yang penting ia selamat.
Perkongsian dari twitter oleh seorang pengguna akaun @flowerose yang memberi petua menghilangkan masalah kulit wajah hanya dengan penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit.
Dia mensarankan penggunaan kunyit ini dicampurkan dengan bahan alami lain dan setiap satu mempunyai fungsi berbeza.
Antaranya menghilangkan jerawat menggunakan campuran kunyit dan yogurt yang dibuat sebagai masker sebelum di sapukan pada wajah.
Ayuh kita baca thread yang ditulisnya hingga mendapat lebih 7 ribu retweet dan 8 ribu butang like.
Hanya gunakan kunyit sahaja.
Cara untuk hilangkan kesan kuning pada muka selepas guna cara ini.
Ini adalah cara rawatan kulit wajah. Caranya dengan mencampurkan semua bahan dan sapu rata pada wajah. Tunggu 15 minit sebelum dibilas.
Ada yang bertanya sesuai ke tidak penggunaan kunyit pada wajah.
Tidak digalakkan pakai hari-hari dan guna dalam kuantiti sedikit sahaja.
Boleh guna serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tapi perlu kisar atau hiris sampai lumat.
Jangan sembarangan tambah bahan lain. Kalau boleh hanya gunakan oat, segar atau yogurt.
Dah ada yang amalkan, kulit memang jadi cantik. Amalkan seminggu sekali.
Kelebihan kunyit boleh mengecutkan jerawat dan mengawal minyak.
Lagi satu hasilnya setelah lakukan petua ini kulit jadi sangat okay.
Dunia yang semakin canggih dengan peralihan zaman makin buat kita tersasar dan lupa untuk dekat denganNya. Namun dengan teknologi yang serba canggih ini juga buka peluang untuk hijabi seluruh dunia tidak alpa dengan masa.
Lagi tinggi kemajuan dunia digital seharusnya makin meningkat ilmu yang perlu kita ada, perlu ada usaha untuk mendekatkan diri denganNya.
Gaya hidup islamik hijabi
Dunia permodenan seiring dengan gaya hidup islamik untuk hijabi, Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi TheNoor dengan rasminya dilancarkan pada 28 Januari dan rata-rata pengikut selebriti ini teruja memuat turun aplikasi ini sehari sebelum dilancarkan.
Menariknya, aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd. berkata, aplikasi TheNoor, merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.
Pembantu ‘Maya’ untuk tugas harian
“Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.
“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.
“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, setelah hampir lebih enam bulan, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Fungsi aplikasi mendidik berbelanja dengan bijak
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah.
“Kami merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang Syariah.
“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna untuk membeli produk Takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi seperti Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.
“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini sedang menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.
Hijabista juga sudah meneliti aplikasi ini ringkas dan mudah untuk diakses. Apalagi hijabi muat turun aplikasi ini yang bakal memudahkan anda menjalani aktiviti harian. Paling penting ‘turn on’ laungan azan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekiranya anda membandingkan toner dan serum secara visual, perbezaan ceritanya adalah konsistensi. Produk toning cenderung seperti air dan terdapat dalam bekas jumbo, sedangkan serum cenderung lebih tebal namun masih ringan dan terdapat dalam botol kecil yang sangat berharga. Secara amnya, serum lebih mahal daripada toner.
Walaupun sangat berguna untuk memahami bagaimana membezakannya, ini tidak dapat menjawab persoalan anda. Apa yang anda benar-benar ingin anda tahu ialah apa yang dilakukan oleh toner dan serum.
Secara umum, produk toning moden dirumuskan untuk:
Memberi penghidratan ringan – sesuai untuk jenis kulit berminyak dan gabungan kulit
Seimbangkan pH semula jadi kulit anda – bagus untuk kulit kering, jengkel, dan tidak selesa
Membantu pengelupasan– mengurangkan pori-pori yang terbuka sambil merawat blackhead dan jerawat
Terdapat tiga jenis produk toning yang berbeza, yang dapat membantu anda memhami untuk apa toner kulit? Setiap jenis toner unggul secara khusus dalam salah satu faedah di atas.
Sekarang, bandingkan faedah ini dengan serum, yang dirumuskan untuk:
Beri dos aktif yang pekat, seperti ekstrak herba, vitamin, pengelupasan kimia, atau humektan.
Memberi penghidratan dan penyaman yang kuat namun ringan.
Sasarkan dan atasi masalah penjagaan kulit seperti hiperpigmentasi, garis halus, dan kedutan.
Perbezaan ketara, yang mungkin anda pilih, adalah kepekatan bahan aktif yang mensasarkan masalah penjagaan kulit tertentu. Ini menyumbang kepada harga serum yang lebih tinggi. Walaupun terdapat beberapa pertindihan antara kelebihan toner dan serum, terdapat juga beberapa perbezaan utama.
Sekiranya anda menggunakan toner, adakah anda perlu menggunakan serum?
Jawapan untuk soalan ini bergantung pada apa yang anda ingin capai untuk kulit anda. Adakah anda ingin merawat atau mencegah masalah penjagaan kulit yang disasarkan? Sekiranya demikian, maka menggabungkan serum yang sempurna ke dalam rutin penjagaan kulit pasti memberi manfaat kepada kulit anda. Sebagai contoh, sekiranya berlaku hiperpigmentasi, anda disarankan menggabungkan produk dengan vitamin C, sepertiKLAIRS Freshly Juiced Vitamin Drop. Sekiranya anda lebih mementingkan garis halus dan kedutan, maka kami mengesyorkan Sunday Riley GOOD GENES All-In-One Lactic Acid atau yang serupa.
Persamaan produk ini adalah menyasarkan dos bahan aktif yang pekat, yang tidak mungkin anda dapati dalam toner. Oleh itu, walaupun anda pasti boleh menggunakan toner sahaja dan melewatkan serum, pasti ada faedahnya menggunakan kedua-duanya.
Sekiranya anda menggunakan toner dan serum, adakah anda akan mendapat dua kali ganda faedahnya?
Kombinasi menggunakan toner dan serum dapat memberi manfaat kepada kulit anda. Sama ada anda melihat faedah tambahan bergantung pada pilihan toner. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Fresh Rose Deep Hydration Face Serum untuk meratakan warna kulit anda, maka anda juga akan mendapat manfaat daripada toner pengelupasan seperti Pixi Glow Tonic 250ml. Kedua-dua produk ini mengandungi bahan aktif yang berbeza yang menangani masalah yang sama. Tetapi tidak menjanjikan keuntungan berganda, pasti akan terlihat beberapa faedah tambahan dengan menggunakan kedua-dua produk tersebut.
Sekali lagi, jika anda menggunakan HydroPeptide Power Serum untuk garis-garis halus dan kedutan, anda pasti akan melihat faedah tambahan dari toner pelengkap seperti Dermalogica Multi-Active Toner 50ml. Memahami bahan aktif utama dan tujuan setiap produk penjagaan kulit adalah kunci untuk mencapai faedah optimum dari rutin kecantikan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...