Kepenatan berdepan tuntutan tugasan harian membuatkan ramai mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai orang mempunyai ‘kebolehan’ untuk mengesan perkara ini daripada peringkat awal.
Secara umumnya, kita boleh merasai perubahan pada diri sendiri apatah lagi apabila emosi cepat berubah. Kita menjadi sensitif dan cepat marah walaupun disebabkan perkara yang kecil dan remeh. Kepala mungkin rasa sakit dan bahu pula terasa tegang.
Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Jadi, inilah sebabnya kita perlu belajar cara untuk menguruskan tekanan dengan tepat.
Dalam kehidupan hari ini, terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada tekanan dan stres. Dalam menyelesaikan tekanan dan stres ini, Islam ada beberapa penyelesaiannya. Kesimpulannya kembalilah kepada Allah nescaya Allah pasti akan ‘membantu.’
Sumber kredit: Dr Rozanizam Zakaria
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Love Lock atau turut disebut Love Padlock adalah mangga yang ditulis nama pasangan, kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti jambatan, pagar, monumen atau tempat yang dikatakan menjadi simbol cinta. Kebiasaanya ditulis nama pasangan sebagai harapan cinta mereka akan kekal.
Dalam menjawab persoalan ini, marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita bacakan di dalam solat lima waktu setiap hari. Selain membacanya, marilah kita memahami inti patinya:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa lafaz “iyyaka” diletakkan di permulaan ayat dan diulang penggunaanya untuk menekankan bahawa hanya kepada Allah SWT kami menyembah, hanya kepada Allah kami bertawakkal menyerahkan segala urusan, dan tidak akan sesekali kami bertawakkal melainkan kepada Allah SWT.
Maka, jelaslah dalam kehidupan kita seharian, kita diajar untuk sentiasa memohon segalanya kepada Allah SWT dan bertawakkal dalam setiap urusan. Selain itu, terdapat begitu banyak dalil daripada al-Quran yang menunjukkan rahmat Allah SWT kepada hambanya yang memohon doa daripadanya, antaranya:
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Jelaslah berdasarkan ayat-ayat di atas, bahawa Allah SWT Maha kaya, lagi Maha luas rahmatnya. Tidak ada yang lebih layak untuk diminta pertolongan, rezeki atau memohon untuk diselamatkan melainkan daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Apabila kamu meminta, maka minta kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Riwayat al-Tarmizi (2516)
Selain itu, dalam membahaskan persoalan ini, perlu untuk kita berhati-hati agar tidak menjadi orang yang melakukan perbuatan khurafat.
JAUHI AMALAN KURAFAT
Umat Islam juga hendaklah menjauhi semua amalan khurafat, yang menyatakan apabila meletakkan kunci di pagar atau tempat-tempat tertentu akan mengekalkan perhubungan dan cinta. Ini jelas seperti mana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
Maksudnya: “Al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.” Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr (الطير) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Lihat Miftah Dar al-Sa’adah, m. 584-585)
Begitulah juga, apabila seseorang meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak mampu memberi apa-apa jaminan untuk kebahagiaan.
KESIMPULANNYA
Ini kerana kami berpendapat konsepnya hampir sama dengan al-Tiyarah yang mengharap dan meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu perkara yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat. Selain itu, sudah jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa untuk meminta sesuatu hanyalah kepada Allah SWT.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini untuk peluk Islam pada 20 September 2015.
Ketika itu Arnita merupakan pelajar baru di IPB. Pada tahun pertama di kolej, Arnita dikehendaki tinggal di asrama.
Mualaf cantik yang terbuka hati peluk Islam kerana sering mendengar ceramah agama di Yotube ini merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia.
Arnita yang beragama Katolik (ketika itu) mengenali rakan sebiliknya yang merupakan seorang wanita Islam yang sangat baik.
Setiap jam tiga pagi, rakan sebilik Arnita selalu menunaikan solat tahajjud dan membaca al-Quran sehingga subuh. Ini membuatkan Arnita berasa terganggu.
Berlaku pertengkaran antara mereka. Namun, dari bilik asrama itu jugalah hidayah akhirnya datang kepada Arnita untuk memeluk Islam.
SERING TONTON VIDEO CERAMAH
Arnita sering menonton video ceramah agama oleh Dr Zakir Naik di saluran Youtube. Antara kenyataan Dr Zakir Naik yang pernah Arnita dengar ialah “Islam lebih Kristian daripada Kristian.” Pada mulanya, Arnita tidak dapat menerima kenyataan itu.
Bagaimanapun, Dr Zakir Naik turut menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu perkara bersama rujukan kitab dan petikan ayat.
Melalui ceramah agama itulah Arnita mula terbuka hati untuk memeluk Islam lalu dia mula berazam untuk memeluk Islam.
Untuk lebih meyakinkan dirinya untuk memeluk Islam, Arnita mendengar lebih banyak ceramah agama di saluran YouTube. Itulah yang membuatkan dia benar-benar terbuka hati untuk memeluk Islam.
Akhirnya, Arnita memutuskan untuk melafaz syahadah pada 20 September 2015.
Hijabista mendoakan semoga Arnita terus istiqamah bergelar Muslimah sejati seterusnya sukses dalam kehidupannya.
Lebih 1,200 sumbangan berbentuk barangan makanan dan juadah berbuka disumbangkan kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar Kampung Baru, baru-baru ini. Awal Ashaari dan Zoey Rahman antara selebriti yang berpeluang bekerjasama meringankan proses pengagihan.
Barangan makanan itu disumbangkan oleh Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa menerusi program Ramadan Madani: Titipan Kasih dan diagihkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.
Majlis yang serba ringkas ini dilihat mendapat sambutan dengan kedatangan penduduk sekitar Kampung Baru. Diserikan lagi, kolabrasi selebriti yang turut mengagihkan makanan bersama. Berasal dari Kampung Baru , Awal sendiri akui programini lebih dekat dengannya yang mana jarang selebriti berpeluang turut serta dalam program-program seperti ini.
“Jarang untuk kita sebagai selebriti dapat peluang untuk turut bersama berganding bahu untuk agihkan makanan dan sebagainya. Sebab itu bila kolabrasi dengan pihak Usanita, satu inisiatif bagus untuk para selebriti turun padang bersama-sama berkongsi rezeki,” ujar Awal.
Tambahnya lagi, “bukan keluarkan wang ringgit tetapi tenaga, bersama mereka meringankan proses pengagihan.”
Sebagai seorang pengacara dan pempengaruh Awal cuba melibatkan diri dalam program CSR meskipun mempunyai kengkangan masa dengan jadual pengambaran. Meski pun begitu dengan kehadiran bulan Ramadan, apabila dia kurang aktiviti seni, dia banyak turun padang bersama bersedekah dan membuat amal jariah.
Giat melakukan aktiviti seperti ini Program Ramadan Madani: Titipan Kasih yang diusahakan oleh Usanita ini yang pertama kali di adakan pada bulan Ramadan, n setiap tahun. Bezanya kali ini pihak Usanita menjemput selebriti sebagai rakan strategik, di mana penglibatan Awal Ashaari dan Zoey Rahman sebgai duta dan usahawan selebriti yang sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja program-program yang dianjurkan oleh pihak Usanita.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, berkata sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan oleh syarikat itu serta Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.
Selain itu, katanya, sejumlah 1,000 juadah pek makanan untuk berbuka puasa disumbangkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
“Kita memilih Kampung Baru kerana fokus kita adalah membantu golongan miskin bandar dan asnaf sebagai sebahagian program sumbangan sempena Ramadan yang dilaksanakan setiap tahun.
“Kita juga akan memperluaskan sumbangan ini kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sabtu ini. Semoga projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan yang memerlukan, dengan hasrat kita untuk membantu dan berkongsi rezeki,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru.
Turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Program sumbangan yang bermula selepas selesai solat Asar itu turut menyaksikan kehadiran pengacara terkenal, Awal Ashaari dan selebriti, Zoey Rahman, selain penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan yang bersama-sama mengagihkan bakul makanan dan pek iftar.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.