Tak lengkap sambut Ramadan tanpa resipi kurma butter lemak manis, rasa memang sedap dan fit untuk hijabi berpuasa sepanjang hari.
Di tengah kesibukan menjalankan ibadah puasa, siapa sangka gabungan dua bahan yang sederhana, kurma dan mentega boleh menghasilkan satu hidangan yang begitu memikat selera.
Untuk resipi kurma butter lemak manis, sis pilih kurma dari jenis Medjool atau Ajwa. Tapi kurma Medjool paling sesuai sebab rasanya yang semula jadi lembut, manis dan juicy. Saiz pun besar untuk diisi dengan mentega.
Kurma merupakan buah yang kaya dengan kebaikan, sudah lama dikenali sebagai makanan sunnah. Bukan sahaja manis semula jadi, tetapi juga penuh dengan pelbagai khasiat seperti serat, vitamin, dan mineral.
Apabila digabungkan dengan butter atau mentega yang kaya dengan lemak, ia memberikan keseimbangan rasa manis dan lemak yang begitu memikat! So, jom kita buat resipi kurma butter yang mudah ni.
1/2 cawan kacang almond atau walnut (dihiris kecil)
Sedikit garam
Cara Membuat:
Ads
1. Buang biji kurma dan belah di bahagian tengah.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk dan potong mentega kepada saiz kiub atau bite-size.
3. Masukkan mentega ke dalam belahan kurma.
4. Untuk sentuhan lebih istimewa, masukkan taburan kecil kacang almond atau walnut yang telah dipanggang sekejap. Kacang ini akan memberi tekstur rangup yang enak berbanding hanya kurma dan mentega sahaja.
Ads
KHASIAT
Resipi kurma butter lemak manis ini tidak hanya sedap, tetapi juga sesuai untuk pelbagai golongan. Ia adalah snek yang penuh dengan tenaga dan sesuai dinikmati bila-bila masa, terutamanya untuk berbuka puasa.
Gabungan kurma yang kaya dengan serat dan antioksidan serta mentega yang memberikan rasa lemak sihat menjadikan resipi ini lebih dari sekadar snek. Ia boleh memberikan tenaga yang bertahan lama.
Ads
Dengan hanya dua bahan utama dan sedikit tambahan, resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ia sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa tetapi ingin menikmati hidangan sedap dan berkhasiat.
Untuk lebih sedap, penggemar coklat boleh tambah serbuk koko atau cip coklat di atas kurma butter. Salutkan dengan coklat masakan pun sedap!
Ataupun, buat bebola kurma butter untuk si kecil yang letih berpuasa.
Resipi kurma butter ini memang tengah viral kerana kelazatan dan penuh khasiat. Ia adalah pilihan snek yang tidak hanya mengenyangkan, tetapi juga memberikan tenaga yang berpanjangan. Tetapi ambillah secara bersederhana, cukup sekadar pembuka selera sebelum nikmati juadah lain.
Ramai wanita beranggapan proses menurunkan berat badan memerlukan diet yang terlalu ketat, menahan lapar atau mengurangkan saiz hidangan secara drastik. Hakikatnya, perubahan kecil dalam pemilihan makanan mampu memberikan kesan yang besar terhadap pengambilan kalori harian tanpa membuatkan tubuh berasa terlalu terbeban.
Satu kajian daripada University of Bristol mendapati bahawa individu yang mengurangkan pengambilan makanan ultra-proses atau ultra-processed food (UPF) mengambil purata sekitar 330 kalori lebih rendah setiap hari.
Menariknya, mereka masih boleh menikmati makanan dalam kuantiti yang lebih banyak berdasarkan berat hidangan, tetapi jumlah keseluruhan kalori yang diambil tetap lebih rendah. Penemuan ini menunjukkan bahawa kualiti makanan memainkan peranan yang lebih penting berbanding sekadar mengurangkan kuantiti makanan.
Makanan ultra-proses ialah makanan yang telah melalui pelbagai peringkat pemprosesan dan lazimnya mengandungi gula tambahan, garam, lemak tepu, bahan pengawet, perisa tiruan serta pewarna.
Antara contoh makanan ultra-proses ialah mi segera, sosej, nuget, kerepek, minuman bergula, biskut, kek berbungkus, bijirin tinggi gula dan makanan segera.
Sebaliknya, makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam, telur, tauhu, tempe dan kekacang mempunyai kepadatan kalori yang lebih rendah serta kaya dengan serat, protein, vitamin dan mineral.
Kandungan nutrien ini membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan.
Salah satu cara mudah mengawal pengambilan kalori ialah dengan menetapkan waktu makan malam.
Cuba berhenti makan kira-kira tiga jam sebelum tidur dan beri jarak sekitar 12 jam sebelum mengambil sarapan keesokan harinya.
Sebagai contoh, jika anda tidur pada pukul 11 malam, selesaikan makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas itu, pilih minuman tanpa kalori seperti air kosong atau teh herba tanpa gula.
Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk wanita hamil, ibu menyusu atau individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu tanpa mendapatkan nasihat doktor.
Protein membantu meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk mengambil snek di antara waktu makan.
Antara sumber protein yang baik ialah telur, ikan, ayam tanpa kulit, daging tanpa lemak, tauhu, tempe, yogurt asli dan kekacang.
Sup tulang atau bone broth juga boleh dijadikan pilihan, namun pastikan kandungan garam dan lemak tidak berlebihan.
Saiz pinggan mempunyai pengaruh terhadap persepsi otak mengenai jumlah makanan yang dihidangkan.
Menggunakan pinggan yang lebih kecil menjadikan hidangan kelihatan lebih penuh walaupun jumlah makanan sebenar lebih sedikit. Kaedah ini membantu mengawal saiz hidangan tanpa membuatkan diri berasa terlalu terseksa.
Sayur-sayuran mengandungi serat dan air yang tinggi tetapi rendah kalori.
Amalkan konsep suku-suku separuh dengan memenuhi separuh pinggan menggunakan sayur-sayuran, diikuti sumber protein dan karbohidrat dalam jumlah sederhana.
Kaedah ini membantu meningkatkan rasa kenyang tanpa menambah pengambilan kalori secara berlebihan.
Minuman manis seperti teh ais, kopi berkrim, minuman berkarbonat dan minuman bergula boleh menyumbang kalori yang tinggi tanpa memberikan rasa kenyang.
Menukar minuman tersebut kepada air kosong, air suam atau teh tanpa gula merupakan langkah mudah yang boleh mengurangkan pengambilan kalori setiap hari.
Angka 330 kalori yang dilaporkan dalam kajian merupakan purata dan hasilnya mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung kepada usia, berat badan, tahap aktiviti fizikal, keadaan kesihatan dan gaya hidup.
Selain menjaga pemakanan, penurunan berat badan yang sihat juga perlu disokong dengan aktiviti fizikal secara konsisten seperti berjalan pantas, berjoging, berbasikal, Pilates atau latihan beban.
Mengurangkan makanan ultra-proses tidak bermaksud anda perlu mengamalkan diet ekstrem atau menyeksa diri. Sebaliknya, fokus kepada pengambilan makanan segar, kawal minuman manis dan lakukan perubahan kecil yang boleh diamalkan setiap hari.
Perubahan yang sederhana tetapi konsisten lebih mudah dikekalkan dalam jangka panjang serta memberi manfaat kepada kesihatan dan pengurusan berat badan secara menyeluruh.
Sebagai seorang wanita yang aktif, penting untuk kita selalu mengutamakan penjagaan diri dari bahagian atas hinggalah ke bawah. Jangan sesekali jadikan penat sebagai alasan untuk anda abaikannya. No, no, no! Siapa lagi nak sayangi diri kita kalau bukan diri sendiri.
Apabila menjalani kehidupan yang serba aktif, pastinya pelbagai masalah akan timbul. Jika tidak dijaga dengan sempurna pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Namun semua ini boleh diatasi sekiranya anda memilih produk yang tepat dan berkualiti sebagai ‘sahabat baik’ yang mampu merawat, melindungi dan menaikkan seri seorang wanita berhijab. Jagalah diri bagai seorang ratu lantas mampu memancarkan ‘noor’ dalam penampilan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bahagian yang menjadi keutamaan para wanita pastinya adalah kulit wajah. Selepas seharian wajah terdedah kepada cahaya matahari dan iklim yang tidak menentu apatah lagi cahaya lampu di dalam gimnasium yang mampu menyebabkan kulit kusam dan kering, paling merisaukan apabila muncul jerawat atau lebih teruk, breakout!
Seperti yang dialami oleh Nurfuadi Ruzalli, 37, yang aktif bersenam, masalah kulit kusam dan kering seringkali menjadi kekangan utama untuk menjalani aktiviti kecergasan dengan selesa dan penuh yakin.
Apatah lagi, solekan tidak dikenakan saat bersenam, pastinya masalah kulit yang kering dan kusam harus diatasi agar mampu tampil menawan. Lebih berseri, lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Betul tak?
Segala masalah pasti ada solusinya! Untuk para wanita yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam seperti Nurfuadi, mulakan rutin penjagaan kecantikan yang betul. Kenali rangkaian penjagaan kecantikan ini, formula yang diperbaharui dari Good Virtues Co. Rangkaian siri pencerahan ini merangkumi pembersih wajah, toner wajah dan krim pelembap siang & malam.
Ya! Semestinya sebelum memulakan hari anda mulakan dengan membersih muka dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Cleanser yang diperkaya dengan asid amino membersihkanliang romadengantidakmengeringkankulit. Tambahan pula ia dilengkapi dengan Vitamin C agar wajah kulit lebih cerah. Barulah anda mampu tampil cantik dan berseri!
Langkah untuk mendapatkankelembapan berganda penting bagi semua penjagaan kecantikan.Dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Toner yangmengandungi ekstrak cendawan membantu menghaluskan liang roma yang memberi 60x hidrasi kepada kulit anda dan hasilnya kulit lebih cerah.Toner penyegar ini tanpa alkohol, menyegarkan kulit tanpa menyebabkan pengelupasan dan kekeringan. Anda mendapat pengalamanpenjagaan wajah yang menarik.
Rutin kecantikan anda tidak akan lengkap tanpa pelembap muka. Menariknya dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Day Moisturizer yang mengandungi SPF dapat melindungi kulit daripada sinaran UV serta mengekalkan PH semula jadi kulit anda. Setelah puas melakukan aktiviti siang, baik pulih kulit dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Night Moisturizer.
Krim malam ini mengandungi struktur kristal cecair untuk penyerapan yang lebih baik. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia juga langsung tidak melekit dan mudah diserap terus ke dalam kulit. Mudah bukan untuk menjaga kulit wajah? Pastinya wajah anda akan kelihatan lebih berseri-seri selepas ini dengan rangkaian kulit yang selamat & halal.
Pasti ramai yang mengalami masalah rambut gugur, kulit kepala gatal dan berbau apabila seharian menyarungkan tudung dengan material yang tidak sesuai. Tambahan pula apabila melakukan senaman ataupun aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh dengan banyak, rambut akan berbau kepam dan menimbulkan rasa tidak selesa. Jangan jadikan alasan berhijab untuk tidak menjaga mahkotamu ini.
Bagi Saree, 22, aspek yang paling penting bagi hijabi yang berhijab sepertinya, saat melakukan aktiviti senaman ialah rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri. Namun, masalah rambut yang dihadapi membuatkan dirinya hilang keyakinan diri. Rambut gugur dan gatal apabila berpeluh kadang-kala membuatkan dirinyaa terasa ‘kecil’ dalam kalangan rakan-rakannya. Walaupun orang tak nampak masalah ini di sebalik hijab, tetapi ia mampu menggoyah keyakinan diri sebagai wanita.
Sudahlah rambut gugur ditambahkan kegatalan kulit kepala yang melampau ketika bersenam, satu lagi masalah yang dialami adalah rambut berbau kepam di sebalik tudung menyebabkan dia berasa tidak lagi mahu bersenam. Down sangat!
Bukan Saree juga yang menghadapi masalah ini, malah ramai hijabi di luar yang aktif mengahadapi masalah ini tapi tidak tahu solusinya. Apabila berhijab anda perlu ada penjagaan berganda, dengan syampu & tonik khas dari Good Virtues Co. Hair Fall Series.
Anda boleh menggunakan Good Virtues Co.Hair Fall Control Shampooyang mampu membersihkan kulit kepala anda dengan lembut dan menjadikannya lebih kuat. Produk ini dirumus khasdengan ekstrak daun Loquat dan Semanggi Merah untuk menguatkan folikel rambut. Ekstrak Akar Halia menggalakkan kulit kepala yang sihat, manakala Minyak Habbatus Sauda Organik menyuburkan rambut yang lebih lembut dan licin. Biarkan kecantikan anda bersinar di sebalik hijab! Penggunaan syampu amat penting kerana ia membantu membersihkan kotoran seperti minyak yang menjadi punca rambut gugur dan berbau.
Untuk penjagaan lebih rapi lengkapkan rejim penjagaan denganpemakaian tonik rambut selepas memakai syampu. Ia boleh dipakai ketika rambut basah ataupun kering hanya urut pada kulit kepalasehingga menyerap sepenuhnya.Kenali Good Virtues Co. Hair Fall Tonic yang dirumus dengan Minyak HabatussSauda Organik, semanggi merah, daun loquat dan ekstrak akar halia. Produk ini membantu mengurangkan rambut gugur sekaligus berbau wangi sepanjang hari biarpun anda behijab. Menariknya, ia boleh digunakan setiap hari.
Aktiviti senaman juga barangkali akan menyebabkan badan berbau sehingga meninggalkan rasa yang tidak menyenangkan. Sudah pasti, anda mahu tampil lebih wangi dan segar walaupun seharian bergerak ke sana ke sini. Bila peluh melekat hingga mengeluarkan bau yang tak disenangi, pastinya diri akan malu untuk bergaul dengan orang ramai sehingga berasa sangat rendah diri.
Begitulah yang dialami oleh Aminah, 32, menurutnya apabila bersenam sudah pasti badan akan mengeluarkan peluh yang akan menyebabkan bau dan rasa melekit yang menyebabkan ketidakselesaan.
Bukan sahaja rasa melekit, malah bau akibat berpeluh mengurangkan tahap keyakinanan diri dan diri pasti mula mempersoalkan tentang pendapat orang lain tentang bau badan.
Siapa yang tidak mahu tampil wangi sepanjang masa bukan? Inilah penyelesaian untuk kekal wangi sehingga 48 jam tidak kiralah seaktif manapun diri anda. Nyahkan sahaja bau tubuh badan anda dengan pilhan Good Virtues Co. Perfumed Shower Cream. seperti Cherry Blossom, Ylang Ylang & Rose. Krim mandian ini, diformulasikan dengan Minyak Habbatus Sauda Organik, dan air Micellar yang berfungsi untuk membersihkan secara mendalam dan memastikan kulit anda berseri, sihat dan lembap sepanjang hari. Pilihan ekstrak bunga Cherry Blossom, Ylang Ylang atau Rose untuk wangian yang tahan lama sehingga 48 jam.
Jadi, tunggu apa lagi? Segera dapatkan rangkaian produk Good Virtues Co. di gedung farmasi, Watsons, Lotus & pasaraya terkemuka berhampiran anda untuk penjagaan diri yang terbaik dan menyeluruh. ‘Glow Up’ kecantikan diri, pastinya aura menarik akan terpancar saat anda mula menjaga dan menyayangi diri sendiri!
Arghhh rasa bersalah menghabat hati lepas ‘cheat day’, makan tak ingat dunia rasanya hari tu jer dapat makan. Perkara dah lepas tak perlu nak kenang balik, pasti ada solusi yang terbaik.
‘Cheat day’ hari yang popular di kalangan pengamal diet tegar. Anda berpegang pada diet yang ketat sepanjang minggu kecuali satu hari apabila anda membiarkan diri anda makan apa sahaja yang diingini oleh hati anda. Burger, piza, ais krim, coklat, minuman ringan, anda dibenarkan makan apa-apa pada hari ini. Tetapi bagaimana untuk menangi rasa bersalah setelah menjalani hari keramat ini?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bella Daly mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan menjadi idaman hijabi. Punyai jadual harian yang padat, namun kesihatan tidak diabaikan apatah lagi aktiviti berbasikal menjadi inspirasi hijabi.Lain orang, lain caranya mungkin cara selebriti ini dapat membantu anda:
Kopi mengandungi antioksidan dan bahan aktif lain yang boleh mengurangkan keradangan dalaman dan melindungi daripada penyakit. Manakala kurma, kandungan kalorinya lebih tinggi daripada kebanyakan buah segar. Kandungan kalori kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin. Kebanyakan kalori dalam kurma berasal dari karbohidrat. Selebihnya adalah dari jumlah protein yang sangat kecil.
Coklat protein shake boleh mewakili penggantian makanan yang memuaskan yang akan mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi badan yang betul. Selain itu, menyediakan badan anda dengan makanan yang lebih kecil dan konsisten akan meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar lemak walaupun anda tidak bersenam.
Mengambil yogurt terutamanya jika ia mengandungi probiotik secara tetap boleh menguatkan sistem imun anda dan mengurangkan kemungkinan anda dijangkiti penyakit. Probiotik telah ditunjukkan dapat mengurangkan keradangan, yang dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan daripada jangkitan virus hingga gangguan usus. Manakala buah-buahan, sebagai perasa tambahan yang mempunyai zat tersendiri, bergantung pada buah apa yang anda gabungkan.
Tinggi serat dan dengan lebih banyak protein beras atau barli, quinoa mungkin bermanfaat bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Satu penjelasan untuk ini adalah sifat kenyang protein dan serat yang membantu anda menguruskan selera makan. Quinoa juga mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah jadi pelepasan tenaga yang lebih perlahan menjadikannya kurang berkemungkinan untuk mencetuskan keinginan dan merangsang kelaparan.
Memandangkan ia mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, pengambilan kacang yang sihat ini akan memastikan anda mempunyai metabolisme yang kuat. Juga disebabkan oleh banyak antioksidan dan pelbagai jenis enzim, ia bertanggungjawab untuk meningkatkan imuniti anda juga.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Kehormat Sunway University dalam bidang Seni Kreatif dan Media sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau kepada industri seni dan kreatif Malaysia.