Manis bertudung sebaik pulang Haji, penampilan terkini Nagita Slavina di khalayak cuit perhatian peminat.
MasyaAllah cantik dan bertambah manis penampilan Nagita Slavina yang juga isteri selebriti Indonesia, Raffi Ahmad, sekembalinya pasangan ini daripada menunaikan ibadah Haji beberapa hari lepas.
Mesra dengan panggilan Gigi, wanita yang kini berusia 36 tahun itu baru saja kembali ke tanah airnya selepas menunaikan Haji.
Perubahan imej beliau disedari peminat selepas Gigi membuat beberapa hantaran ketika bersama anak-anak dan menghadiri event bersama suaminya di media sosial.
Tambah bermakna sebaik pulang haji, penampilan terkini Nagita Slavina ini cuit perhatian peminat dan followers beliau di media sosial.
Ibu anak tiga itu pernah mengungkap keinginannya untuk berhijab sebelum mengerjakan Haji. Semoga wanita jelita ini terus istiqamah dan menjadi inspirasi peminat Muslimah di serata dunia.
Ads
Sejuk mata memandang, gaya Nagita Slavina ni memang mencuit perhatian hijabi. Jom tonton video di bawah…
Ramai wanita mengimpikan nur wajah dalam Islam yang sentiasa kelihatan berseri, hati yang tenang serta jiwa yang lebih bahagia. Namun dalam Islam, seri sebenar bukan hanya datang daripada penjagaan luaran atau solekan semata-mata.
Nur pada wajah lahir daripada hati yang dekat dengan Allah SWT, jiwa yang bersih serta amalan harian yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah. Apabila hubungan dengan Allah sentiasa dipelihara, ketenangan itu secara tidak langsung akan terpancar melalui wajah, tutur kata dan peribadi seseorang.
Berikut ialah enam amalan ringkas yang boleh dijadikan rutin harian untuk membantu memperoleh nur wajah dalam Islam, di samping membina hati yang lebih tenang dan jiwa yang sentiasa mengingati Allah SWT.
Zikir merupakan antara amalan paling mudah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa. Sama ada ketika memandu, memasak, bekerja atau berehat, lidah yang sentiasa mengingati Allah mampu menghidupkan hati dan menenangkan jiwa.
Apabila hati sentiasa dekat dengan Allah SWT, seseorang akan menjadi lebih kuat, sabar dan reda ketika berdepan dengan ujian kehidupan. Inilah antara asas penting untuk memperoleh ‘nur’ kerana ketenangan hati akan terpancar melalui akhlak dan peribadi.
“Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Setiap manusia pasti melalui saat sedih, kecewa, takut atau keliru. Ketika perasaan terasa terlalu berat, jadikan Allah SWT sebagai tempat pertama untuk mengadu.
Luahkan segala isi hati dalam doa dan ketika sujud. Tiada satu pun kesedihan yang terlalu kecil untuk disampaikan kepada-Nya.
Semakin kerap seseorang kembali kepada Allah, semakin lapang hatinya untuk menerima ketentuan dan semakin kuat jiwanya menghadapi ujian.
“Sesungguhnya Allah Maha Pemalu lagi Maha Pemurah. Dia malu apabila seorang hamba mengangkat kedua-dua tangannya kepada-Nya, lalu Dia membiarkannya kembali dalam keadaan kosong dan kecewa.”
Riwayat al-Tirmizi
Menyimpan marah dan dendam terlalu lama hanya akan membuatkan hati semakin berat. Ada kalanya, kita perlu memaafkan seseorang walaupun tidak menerima penjelasan atau permohonan maaf daripadanya.
Memaafkan bukan bermaksud membenarkan diri terus disakiti. Sebaliknya, ia adalah usaha untuk membebaskan hati daripada emosi negatif yang mengganggu ketenangan.
Apabila hati menjadi lebih lapang, jiwa juga lebih mudah dipenuhi kasih sayang dan kedamaian. Sifat memaafkan merupakan salah satu akhlak yang membantu menyuburkan ‘nur’ kerana hati yang bersih akan memancarkan ketenangan kepada orang di sekeliling.
“Sayangilah orang lain, nescaya kamu akan disayangi. Maafkanlah orang lain, nescaya Allah akan mengampunimu.”
Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad
Wuduk bukan sekadar dilakukan sebelum menunaikan solat, malah menjadi salah satu bentuk penyucian diri daripada dosa-dosa kecil.
Membiasakan diri berada dalam keadaan berwuduk juga boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati dalam menjaga pandangan, tutur kata dan perbuatan.
Amalan ini turut melatih disiplin diri serta mengingatkan seseorang agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam setiap keadaan.
Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seorang Mukmin berwuduk, dosa yang dilakukan oleh anggota badannya akan gugur bersama titisan air sehingga dia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa.
Riwayat Muslim
Tidak perlu menunggu masa yang panjang untuk membaca al-Quran. Walaupun hanya beberapa ayat sehari, amalan yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan ketenangan dan petunjuk dalam kehidupan.
Al-Quran bukan sekadar bacaan untuk memperoleh pahala. Ia juga menjadi penawar ketika hati terluka, peringatan ketika diri mula lalai serta panduan ketika berdepan dengan kekeliruan.
Melazimi al-Quran setiap hari juga membantu seseorang mendidik hati agar lebih lembut, sabar dan istiqamah dalam melakukan kebaikan.
“Al-Quran itu adalah hujah untukmu atau hujah ke atasmu.”
Riwayat Muslim
Solat Subuh mempunyai keistimewaan yang besar dalam Islam. Bangun ketika orang lain masih lena untuk menunaikan solat merupakan satu bentuk ketaatan yang sangat bernilai.
Memulakan hari dengan solat Subuh bukan sahaja membawa keberkatan, malah membantu seseorang menjalani rutin harian dengan hati yang lebih tenang, teratur dan penuh semangat.
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.”
Riwayat Muslim
Enam amalan ini mungkin kelihatan ringkas, namun kesannya sangat besar apabila dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah. Perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi lahir daripada amalan yang dilakukan secara berterusan.
Tidak perlu menunggu sehingga diri menjadi sempurna untuk bermula. Pilih satu amalan, lakukan secara konsisten dan tambah sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi sebahagian daripada rutin harian.
Hakikatnya, nur wajah dalam Islam bukan hanya bergantung pada solekan, penjagaan kulit atau penampilan luaran. Ia lahir daripada hati yang bersih, jiwa yang tenang, akhlak yang baik serta hubungan yang sentiasa dipelihara dengan Allah SWT. Apabila hati dipenuhi iman dan ketakwaan, cahaya ketenangan itu akan terpancar secara semula jadi pada wajah dan kehidupan seseorang.
Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada dua cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk riviu, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 30 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak klient untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Berkongsi hantarannya di media sosial baru-baru ini, selebriti tersohor Indonesia Mulan Jameela dipuji cantik macam Barbie oleh wargamaya setelah tertarik dengan gayanya dalam rona terang.
Biarpun aktif sebagai ahli politik, selebriti jelita dari Indonesia Mulan Jameela masih memenuhi undangan nyanyian. Mulan juga masih tampil menawan pada usianya yang kini mencecah 45 tahun.
Baru-baru ini, Mulan memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya. Mulan kelihatan sangat gorgeous ketika membuat satu persembahan pentas.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah pakaiannnya. Memilih pakaian berwarna cerah dan terang, Mulan kelihatan awet muda! Isteri kepada Ahmad Dhani ini juga tampil dengan solekan yang berani.
Mulan mengoleskan gincu berwarna merah terang di bibirnya sehingga menyerlahkan sisi ‘hot’ dan tegasnya seorang wanita.
Mulan Jameela tampil anggun dengan pakaian elemen batik yang diubah menjadi fesyen kontemporari.
Gaun berlengan panjang yang dipakai Mulan Jameela ini diperbuat daripada kain batik. Mulan turut menggunakan kain khas sebagai tali pinggang.
Elemen tradisional Indonesia turut dapat dilihat pada bajunya yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hijau terang sehingga mencetuskan mood ceria pada penampilannya.
Sementara solekannya pula menyerlahkan lagi kecantikan Mulan Jameela. Apatah lagi bibirnya yang dioles dengan gincu merah terang.
Kemunculan Mulan Jameela turut meraih pujian daripada warga maya. Malah, Mulan Jameela turut digelar Barbie dek kerana rupa parasnya yang sangat cantik!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.