Pelakon Zara Zya mengakui dia ada mendapatkan khidmat melakukan prosedur kecantikan di bahagian muka dan bibir untuk tampil kelihatan awet muda.
Menurut Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia mengambil inisiatif tersebut kerana ingin menghilangkan kedutan di wajah yang semakin ketara seiring peningkatan usia.
Tak Ubah Bentuk Dan Struktur Asal Muka, Hanya Suntikan Vitamin Sahaja
Malah, Zara turut menepis dakwaan dia cuba untuk mengubah bentuk muka, sebaliknya apa yang dilakukannya itu hanyalah suntikan vitamin semata-mata.
“Apa yang saya buat itu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ia (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.
Memang teruja sekali melihat penampilan penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang semakin langsing dan jelita. Malah sekali pandang seperti budak-budak sekolah. Selain faktor berjaga malam, menyusukan anak serta tidak cukup rehat, rupa-rupanya ada tiga wanita yang menjadikan dirinya kembali kurus seperti anak dara.
Wanita dimaksudkan adalah mereka yang dipanggil Kak Susi, Kak Nor dan Ira yang diperkenalkan ole Puan Suzi dan saudara Danish dari Natalismothercare.
Menurut Siti dalam satu status terbarunya di instagram, mereka inilah yang menjadi tulang belakang kepada penampilan terbarunya yang semakin langsing dan cantik selepas bersalin.
Ini adalah bagi menjawab pertanyaaan netizen yang tidak putus-putus memberi komen dan pujian mengenai penampilan penyanyi yang kini mempunyai follower 5.2 juta di instagram.
Walaupun perkhidmatan mereka telah tamat akhir Mei lalu, namun Siti tetap akan menggunakan perkhidmatan mereka untuk rawatan susulan kelak.
Diakhir postingnya, Siti tidak lupa mengucapkan terima kasih atas layanan, khidmat, bantuan dan kerjasama dari pihak Natalismothercare selama hampir dua bulan bersama dirinya ketika menjalani tempoh berpantang.
“InshaAllah saya akan terus menggunakan khidmat mereka selepas ini walaupun akhir Mei ini, perkhidmatan mereka akan tamat. Namun, saya pasti akan membuat rawatan susulan nanti”.
Netizen juga tidak menolak perubahan ketara yang berlaku ke atas diri Siti. Malah ramai memuji dirinya nampak lebih muda seperti gadis berusia 20 an.
@imyzomran Tokti kurus + nampak lebih muda. Macam umo 8 taun lalu
@adamadnan91 teruskan guna khidmat mereka…dato siti nmpk makin muda
@ismiwawa90 Dato ct nmpk lg awek muda laa skrg..mcm 20an je lg..
Siti sebenarnya telah hilang hampir 22 kg dan beliau turut memberitahu akan turunkan lagi beratnya lagi sehingga cecah berat ideal untuk tuntutan kerja kelak.
Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.
Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.
Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.
Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.
Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.
Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.
Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.
Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.
Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.
Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.
Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.
Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.
Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.
Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.
Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.
Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.
Bukan sahaja di pentas peragaan, malahan shimmer dipraktikkan dalam kehidupan harian untuk menjadikan solekan tampak lebih eksklusif, mahal dan glamor! Tidak semua tahu tentang kepentingan teknik shimmering dalam solekan. Usah ditinggalkan kerana ia mampu menaikkan seri aura anda.
Team Hijabista akan kongsikan kepada anda kelebihan shimmer dalam solekan anda!
Gunakan berus yang sesuai seperti Stippling brush untuk memastikan teknik shimmering ini memberi impak yang kuat untuk menonjolkan tulang pipi anda. Bukan sahaja tampak lebih runcing, malah gaya solekan akan lebih kemas. Cara yang tepat untuk menggunakan berus ini ialah dengan menggunakan teknik memutar huruf O tepat pada tulang pipi. Lakukan dari telinga hinggalah ke tulang pipi bawah bata.
2. Hidung lebih mancung
Teknik ini tidak hanya memfokuskan kepada tulang pipi anda, malah ia mampu menjadikan hidung lebih mancung! Caranya, lakukan terlebih dahulu teknik contouring dengan menggelapkan sisi kanan dan kiri hidung. Kemudian, lakukan teknik highlight pada bahagian tengah tulang hidung. Akhir sekali, tambahkan shimmering di hujung bawah hidung untuk melengkapkan teknik memancungkan hidung ini.
3. Mata lebih besar
Khas bagi anda yang sukakan gaya solekan Smokey Eyes, lakukan juga teknik shimmer ini untuk memastikan mata tidak tenggelam dengan warna-warna gelap. Caranya, sapukan shimmer pada hujung dalam mata dan di bawah alis. Bukan sahaja memberikan mata anda lebih galak, malah solekan mata anda akan tampak seperti doll eyes.
Kemudian, sapukan shimmer di bahagian eyeshadow dengan kuantiti yang sedikit. Usah sapu dengan banyak dan tebal kerana ia mungkin akan menyebabkan solekan mata anda akan tampak comot.
4. Sembunyikan kedutan
Pastinya anda tidak mahu kedutan kelihatan jelas saat memakai solekan, bukan? Gunakan shimmer sebagai penyelamat anda! Ia mampu untuk menyembunyikan kedutan pada wajah terutamanya di bahagian tepi hujung mata hingga ke tulang pipi dan juga di bahagian dahi. Jadi, sapukan sedikit olesan shimmer untuk menyempurnakan solekan anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.