Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Kisah 20 orang penghidap obesiti jadi sumber inspirasi
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
Di samping bonda tercinta. Saat ketika berat badan penulis mencecah 88 kg. Pernah juga dilabel sebagai ‘bapa orang’ kerana bertubuh besar.
4 bulan terawal tempoh yang menyakitkan!
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Tidak selesa dengan diri sendiri menjadi punca untuk menurunkan berat badan.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Ads
Penulis juga seringkali mengalami sakit kaki yang disangkakan ‘gout’. Hakikatnya, ia disebabkan kiraan BMI yang tidak seimbang.
Suku-suku separuh
Ketika penulis sudah mula berjinak-jinak dengan senaman di gim.
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Perbezaan yang ketara dimana penulis berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg!
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Dari 1 km kepada 20 km!
Sehingga hari ini, penulis menjadikan aktiviti berlari sebagai aktiviti harian untuk mengekalkan berat badan.
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Ads
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Diet dan bersenam untuk sihat bukan untuk kurus
Berjaya menurunkan sebanyak 30kg, ia merupakan sebuah perjananan yang cukup bermakna!
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Ads
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Buat untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
Setkan matlamat anda dan sentiasa mencari punca untuk membakar semangat anda!
Menurunkan berat badan bukan hanya pada senaman. Itu hanyalah 20 peratus sahaja. Selebihnya pada pemakanan yang menyumbang sebanyak 80 peratus!
Perjalanan anda berbeza dari orang lain. Jadi, usah bandingkan diri anda dengan orang lain!
Slowly but surely! Apa yang penting ialah tahap konsisten anda!
Biarkan orang mengkritik anda kerana mereka tidak tahu apa yang anda ingin capai. Diam sahaja dan teruskan usaha untuk mencapai misi anda!
Usah paksa diri. Lakukan mengikut tahap kemampuan diri!
Jangan takut untuk mencuba, jangan pula malu untuk bertanya. Pepatah ada mengatakan, malu bertanya maka sesatlah jalan.
Pastikan anda rekod setiap kejayaan yang dicapai setiap masa. Itulah kunci pembakar semangat yang sebenar.
Jangan cakap “Boleh ke?” tetapi tanamkan “Mesti boleh punya”!
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita tentunya mahu memiliki bibir yang sihat dan kemerah-merahan persis seorang bayi. Tetapi, ramai wanita mengalami masalah bibir yang hitam dan kering sehingga membuatkan mereka malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Pelbagai faktor yang menjadi punca bibir menjadi gelap dan hitam. Antaranya adalah kerap memakai gincu bibir, kurang minum air, terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi sebabnya.
Tentunya anda akan mencari pelbagai penyelesaian untuk menghilangkan masalah ini. makkumlah dari bibir lahirnya senyuman paling menawan.
Tak perlu berhabis wang ringgit untuk mengatasi masalah ini. Hanya amalkan petua ini, pasti masalah anda selesai.
Petua miliki bibir ‘pinky’ macam bayi ini dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi akaun Facebooknya.
Berikut merupakan perkongsiannya. Selamat mencuba!
Bibir dah kusam kan, yela segala mak nenek lipstik kita dah letak ni. Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, jangan pulak pegi kopek. Kang bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangat guna 3 bahan je.
Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.
Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwitt nanti.
Bahan-bahan:
Minyak zaitun (boleh diganti dengan madu atau minyak kelapa dara)
Serbuk kayu manis
Gula
Bekas
Foto: Facebook Fahaniza Bakri
Cara-cara:
#Step 1:
Campurkan je 3 bahan tu sesedap rasa korang la. Anggar je la sesudu setiap bahan. Kang korang pergi sukat pulak. Hehe
#Step 2:
Kacau rata semua bahan. Nampak macam sambal belacan boleh cicah dengan mangga kan. Hehe
#Step 3:
Dah siap masuk je bekas yang comel. Yang mudah korang nak guna selalu. Tupperware kecik-kecik pun boleh jek.
Anda boleh mempunyai solekan yang menarik sepenuhnya dengan kontur yang sempurna dan celak tajam, tetapi jika kantung bawah mata terlalu menonjol, ia akan menarik perhatian dari seluruh penampilan.
Kantung bawah mata terkenal sukar ditutup, tetapi pasti mempunyai beberapa petua dan kiat daripada juru solek profesional yang akan membantu mengawalnya. Sudah tentu, solekan boleh membantu menutup bengkak dan kegelapan di bawah mata anda, tetapi jika ia adalah isu kronik, harus mencuba beberapa langkah untuk membantu melenyapkan kantung bawah mata.
Perkara terbaik untuk dilakukan ialah minum banyak air dan tidur yang cukup, ya lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Solekan boleh melakukan begitu banyak, menyediakan bahagian bawah mata dengan pemampat sejuk untuk menyahpuff dan sapuan serum yang menyasarkan bawah mata ke dalam rutin harian anda. Jika anda masih mempunyai kantung bawah mata yang ketara selepas mencuba helah ini, berikut ialah cara untuk menutupnya.
Jangan lupa untuk menggunakan krim bawah mata pada malam sebelumnya
Tidur lapan jam dan secawan green tea pagi anda. Salah satu petua terbaik untuk menaikkan dan mencerahkan bawah mata ialah menggunakan krim mata pada malam sebelum anda bercadang untuk memakai solekan. Serum mata cadangan double serum clarins. Ini akan memastikan bahagian bawah mata terhidrat yang tidak akan berkedut untuk liputan boleh dicampur.
Krim mata terlaris Ole menjadi lebih baik dan cerah. Diinspirasikan oleh serbuk pisang yang mesti dimiliki oleh artis solek, krim mata vegan yang ringan ini mengandungi pigmen mineral kuning yang memantulkan cahaya untuk membetulkan warna serta-merta dan memulihkan bahagian bawah mata yang letih.
Bersihkan bawah mata anda sebelum memakai solekan
Juru solek mencadangkan menggunakan produk depuff sebelum memakai sebarang concealer. Produk yang disyorkan seperti Sunday Riley Auto Correct Brightening and Depuffing Eye Contour Cream.
Hidratkan kulit bawah mata anda
Sama seperti anda tidak pernah menggunakan asas pada kulit kering, anda tidak boleh menggunakan sebarang produk pada bawah mata tanpa kelembapan yang baik. Melabur dalam minyak penghidratan, atau Supergoop Daily Dose Hydra-Ceramide Boost + SPF 40 Oil untuk bekerja di bawah mata bagi memastikan ia benar-benar terhidrat sebelum anda menggunakan solek.
Gunakan color corrector sebelum concealer
Ramai orang hanya menyapu concealer di bawah mata mereka dan berharap ia berjaya, tetapi pakar mengatakan pembetulan warna adalah kunci kepada bawah mata yang sempurna. Menggunakan pembetulan warna sebelum concealer boleh memberi ilusi bawah mata yang lebih cerah dan membantu menghilangkan kegelapan jika ada. Pembetulan warna juga harus digunakan untuk mengatasi lipatan yang cenderung hidup di sekitar bengkak yang menyebabkan perubahan warna gelap. Gunakan Charlotte Tilbury Magic Vanish Color Corrector.
Apabila bercakap tentang pembetulan warna, ini semua tentang memilih rona yang sesuai untuk kulit anda. Oren untuk kulit dalam, pic untuk sederhana dan berwarna salmon untuk kulit yang lebih cerah adalah peraturan umum yang bagus. Jika perubahan warna condong lebih ungu, cuba pilih untuk ton kuning untuk diperbetulkan.
Elakkan menggunakan concealer yang cerah
Walaupun concealer yang mencerahkan mungkin kelihatan seperti idea yang baik untuk mengatasi kekusaman bawah mata anda, pakar memberi amaran terhadapnya. Elakkan daripada menggunakan concealer yang terlalu mencerahkan kerana ia boleh menyerlahkan bengkak dan kantung mata. Sebaliknya, pilih untuk memadankan warna kulit terlebih dahulu menggunakan sedikit produk yang diperlukan, kemudian gunakan satu hingga dua warna lebih cerah jika anda suka sedikit peningkatan tambahan.
Sebaik sahaja anda telah menggunakan pelembap, minyak dan pembetulan warna, kemudian boleh melapisi pada concealer. Gunakan produk dengan formula penghidratan yang memberikan liputan sederhana. Pilihan yang telah dicuba dan benar seperti NARS Radiant Creamy Concealer dan Dior Forever Skin Correct.
Jangan gunakan terlalu banyak concealer pada kantung bawah mata yang sebenar
Petua terbesar untuk menutup kantung mata ialah meletakkan sedikit solekan yang mungkin pada kantung sebenar. Concealer kadangkala akan menyerlahkan lagi bengkak. Caranya ialah dengan membetulkan warna bayang yang dihasilkan oleh kantung itu. Apabila anda menggunakan concealer yang mencerahkan hanya dalam bayang-bayang, ia membantu mengurangkan penampilan beg bawah mata dan meratakan bengkak. Concealer kegemarannya untuk helah ini ialah NARS Creamy Concealer. Formula yang cantik dan mempunyai julat teduhan yang menakjubkan!
Petua terbaik dari juru solek, menggunakan concealer pada sepertiga dalam dan sepertiga luar bawah mata. Tarte Shape Tape Concealer, tunggu beberapa saat sebelum mengadun dengan span kecantikan anda untuk lebih liputan.
Dap Dap..bawah mata
Untuk memastikan rupa yang lancar, jangan langkau langkah ini. Anda perlu dap dap bahagian bawah mata sekiranya berlaku kedutan.
Tetapkan solek bawah mata
Selepas semua kerja keras anda, pasti mahu menetapkan ciptaan anda yang cantik supaya ia tidak berubah. Menetapkan solekan bawah mata anda dengan bedak yang dikisar halus untuk bedak kekal tambahan. Gunakan serbuk kabur untuk mencapai solekan yang tahan dan kemasan yang licin. One/size by Patrick Starr Ultimate Blurring Setting Powder didatangkan dalam dua warna untuk menetapkan bawah mata dengan sifar caking yang kelihatan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama.
Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar.
Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instant begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun...