Suatu tika dulu ramai yang tidak berkesempatan untuk bercuti ke luar negara kerana kekangan bajet atau kesukaran mendapatkan tempat atau soal pengangkutan. Tetapi dalam dunia yang mana segala info di hujung jari, segalanya menjadi lebih mudah termasuklah jika mahu pergi bercuti. Pelbagai aplikasi digunakan seperti booking.com, expedia, agoda atau juga menggunakan travel agen yang bertauliah.

Sempena Edisi Travel kali ini, Hijabista berkongsi pengalaman hijabi yang masih muda tetapi sudah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang. Bagi usahawan muda, Nor Ezzatul Dyana Ismail berkongsi pengalaman melawat ke benua Eropan membabitkan lima buah negara, iaitu London, Paris, Belgium, Switzerland dan Amsterdam selama 13 hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

Cari info melalui aplikasi

Bukan itu, sahaja, dia juga pernah melawat Itali, Hanoi, Krabi, Korea Selatan dan juga Bali. Namun Dyana begitu terua berkongsi pengalaman tika bercuti ke benua Eropah yang disifatkan momen cukup menarik untuk dikenang.

“Kebanyakan negara yang saya lawati dirancang sendiri dan tidak melalui travel agen. Untuk urusan tiket kapal terbang saya banyak survey menggunakan apps seperti skyscanner ataupun expedia.

“Manakala untuk urusan hotel pula saya lebih senang cari melalui aplikasi agoda dan juga booking. Untuk urusan itinerary serta info berguna yang boleh kita jadikan panduan sepanjang percutian saya banyak cari di laman sosial facebook melalui group Backpackers Buddies Malaysia” ungkap Dyana memulakan perbualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

Menurutnya kekerapan bercuti ke luar negara menyebabkan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai pengalaman menarik.

“Antara pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan adalah apabila mengalami kejadian pickpockets di Venice Itali. Waktu itu passport sekeluarga dan kad kredit dicuri dari handbag. Alhamdulillah, duit cash yang ada pada suami cukup untuk tambang kami ke kedutaan Malaysia di Rome untuk proses buat passport kecemasan dan cukup untuk kami beli tiket baru untuk balik ke Malaysia.

“Sepatutnya selepas habis trip ke Italy kami akan sambung perjalanan ke Dubai selama tiga hari. Namun oleh kerana passport hilang dan emergency passport yang ada tidak dibenarkan untuk singgah ke negara lain kecuali negara sendiri. Jadi kami terpaksa beli tiket baru untuk balik Malaysia terus,” tambahnya yang juga tidak melupakan pengalaman menarik ketika di Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

London tempat paling best untuk shopping

“Saya juga paling suka perjalanan ke Korea Selatan. Ini kerana masa itu anak kami sudah lincah dan sentiasa berminat untuk mencuba benda baru. Jadi itu adalah pertama kali kami bawa anak berjalan ketika musim sejuk untuk merasai pengalaman main salji, main sled, dan zoo tour di everland,” cerita Dyana yang memberitahu sepanjang bercuti ke luar negara tidak sukar untuk mencari makanan halal.

“Bagi kami sekeluarga yang merupakan tekak Melayu dan mahu menjimatkan kos, biasanya saya akan bawak rice cooker travel friendly, beras, sambal ikan bilis, dan serunding. Saya juga akan memilih hotel yang ada kemudahan microwave atau dapur dan saya boleh beli barang dapur di mini market berdekatan hotel dan masak sendiri di hotel.

“Itu bab makan, tapi soal shopping saya paling suka ketika bercuti ke London. London sememangnya paling seronok untuk bershopping sebab semua barangan yang kita mahu ada mengikut bajet masing masing. Semurah-murah barang boleh cari di primark dan semahal-mahal barang boleh dapat di Harrods/Selfridge.

“Manakala Korea pula syurga membeli belah untuk barangan penjagaan wajah sampai rambang mata untuk pilih sebab menarik dengan diskaun yang ditawarkan serta berbagai-bagai free gift ditawarkan peniaga,” jelasnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

Tambah Dyana penerimaa masyarakat untuk setiap negara yang dikunjungi juga berbeza-beza.

“Bagi saya masyarakat London sangat mesra dan begitu membantu dengan tourist. Begitu juga dengan rakyat di Korea Selatan. Mereka di sana sangat mesra dan membantu walaupun terhad kerana tidak fasih berbahasa English.

“Dan saya juga seronok berada di Korea sebab rasa ‘selamat’ untuk dikunjungi pelancong selain negara Jepun. Berada di sana saya tidak perlu risau dengan masalah penyeluk saku seperti beberapa negara lain.

“Manakala rakyat di Itali pula agak sedikit sombong. Kita perlu sentiasa menjaga barangan peribadi terutama di tempat tumpuan pelancong kerana penyeluk saku ada di mana-mana dan sangat cekap bertindak,” ujar Dyana yang tidak lupa membelikan barangan cenderahati untuk teman-teman jika berkunjung ke luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

Seronok terokai perkara baru di tempat orang

“Biasanya saya akan beli barangan yang murah, kecik dan tak makan banyak ruang dalam luggage seperti keychain dan fridge magnet. Saya memang suka belikan mereka door gift setiap kali bercuti kerana mahu berkongsi keseronokan bercuti bersama mereka.

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang untuk melawat Turki pula. Paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama-sama keluarga. Memang cukup terhibur dengan keletah anak kami yang baru berusia tiga tahun.

“Maklumlah apabila sampai di tempat baru banyak benda baru yang kita mahu cuba. Antaranya seperti bermain salji di Mount Titlis, main sled di Nami Island dan juga beri itik makan di Hyde Park London. Lagi satu paling best apabila kita cuba menggayakan diri kita dengan anak lari dari kebiasaan kerana perbezaan suhu. Misalnya pakai parka atau trench coat dan tampak cantik bila kita selfie,” tambahnya yang turut memberi sedikit nashi buat hijabi yang mahu rancang bercuti ke luar negara.

“Nasihat saya rancang pakaian mengikut suhu di negara yg dilawati. Lebih baik jika boleh bawak pakaian yg boleh di ‘mix and match’. Pilih kasut yang selesa dan sesuai. Dalam keseronokan kita berjalan jangan lupa faktor keselamatan lebih lebih lagi barangan peribadi. Saya nasihatkan pakai money belt untuk simpan barang berharga seperti passport dan duit.

“Jangan lupa juga untuk bawa fotostat passport untuk simpanan sendiri dan ada alamat serta nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang dilawati untuk rujukan jika berlaku apa apa yang tidak diingini.

“Lagi satu sentiasa apply sunblock dan jangan luoa untuk bawak losyen atau moisturiser terutamanya ke negara musim luruh/salji. Perubahan cuaca boleh buat kulit kering dan mengakibatkan kita gatal gatal sepanjang percutian nanti,” ujarnya yang juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen indah tika bercuti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nor Ezzatul Dyanna Ismail ? (@nanazatul) on

Suka buar rujukan selebriti Neelofa untuk OOTD

“Biasanya sebelum pergi, saya memang akan buat homework awal-awal. Cari rujukan orang lain yang sudah pernah pergi ke destinasi yang kita mahu. Jadi kita akan dapat buat gambaran awal untuk mengambil gambar dari sudut masa sekalipun. Kalau pergi bersama teman-teman, cari kawan yang tabah dan redha melayan kita selfie atau ootd.

“Kita juga perlu invest sedikit untuk membeli barangan gajet yang memudahkan untuk kita ambil gambar atau videa. Macam saya antara list gajet wajib bawak ketika travel adalah iphone, dji osmo mobile, Bluetooth remote, dan gopro. Saya siapkan dengan mounting yang boleh attach dengan stroller anak supaya lagi mudah untuk mengambil gambar,” jelas Dyana yang turut rajin mencari rujukan dengan melihat selebriti yang rajin bercuti.

“Saya juga akan luangkan masa mencari rujukan dari selebriti atau hijabista model yang pernah ke negara yang kita nak pergi atau ke negara yg berlainan musim. Jadi kita ada idea utk mix and match baju atau cara posing. Sumber inspirasi saya dari selebriti adalah Neelofa manakala untuk model hijabista pula saya suka Nabila Asyikin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Kena bahagikan kerja dengan pasangan

Dyana juga turut menitipkan pesan buat hijabi yang membawa anak kecil bercuti agar sentiasa bekerjasama dengan pasangan. Kalau boleh bahagikan kerja supaya segala yang dirancang berjalan lancar.

“Untuk hijabi yang bercuti dengan membawa anak-anak agar bijak menyusun masa.  Seperti saya, suami akan menyiapkan anak setiap hari  supaya saya tidak terkejar masa untuk sediakan sarapan, bersiap mekap dan memakai tudung.

“Dan biasanya selepas selesai berjalan dan kembali ke hotel, barulah saya pula akan pikul tanggungjawab selesaikan urusan anak untuk dia tidur dan suami akan siapkan makan malam,” ceritanya lagi mengakhiri perbualan.

Pernah Hilang Pasport & Kad Kredit Angkara Penyeluk Saku, Dugaan Dyana Waktu Bercuti Di Negara Orang

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI