Sakit dada adalah simptom yang paling biasa di dapati apabila di kaitkan dengan masalah kardiovaskular. Ada juga pelbagai simptom yang boleh menunjukkan masalah jantung.

Namun, situasi yang sering di alami bagi sesetengah pesakit apabila mereka mengalami tekanan darah tinggi, darah beku, aritmia, dan masalah injap boleh menyumbangkan kepada pening kepala, sesak nafas, dan sakit rahang.

Disebabkan hal ini, simptom ini kurang mendapat perhatian apabila hendak di kaitkan dengan jantung dan ia sering di kaitkan dengan masalah penyakit yang lain. Oleh kerana itu, ramai orang yang alpa untuk membuat pemeriksaan selanjutnya mengenai penyakit yang mereka hadapi.

Simptom lain bagi sakit jantung yang ramai tidak tahu

@beyondmedcares Signs & symptoms of heart disease to look out for. #hearthealth #heartdisease #heartdiseaseawareness #menshealth #womenshealth #healthtips #health ♬ Paris – Else

Menurut perkongsian dari Dr Rigved Tadwalkar, ahli kardiologi, melalui artikel di Huffpost, orang ramai sering menganggap bahawa ketidakselesaan dada adalah simptom jelas bagi sakit jantung. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat simptom lain yang boleh menunjukkan masalah pada kardiovaskular.

Tidak di akui bahawa kita sering tidak mengambil tahu secara terperinci mengenai sesetengah penyakit melainkan ia berlaku pada diri kita. Jadi sebagai pengetahuan untuk kita semua, ini adalah beberapa gejala lain yang boleh menunjukkan masalah jantung, seperti:-

Sakit pada kaki atau rasa kebas kesemutan

Sumber gambar dari Canva

Rasa sakit ini akan dapat di rasa pada bahagian betis atau bahagian kaki juga boleh menyebakan bengkak. Menurut Dr Rigved Tadwalkar, ia mungkin berlaku apabila terdapat bekuan darah dalam urat.

IKLAN

“Sakit di kaki kelihatan seperti tidak relevan kerana jauh dari jantung, namun, hakikatnya ia boleh memberi isyarat bahawa terdapat sesuatu yang berlaku dengan sistem kadiovaskular,” ujar Dr Rigved.

Artikel berkaitan: Mentaliti Serangan Jantung Hanya Terjadi Pada Golongan Orang Berumur Sudah Lapuk. Yang Muda Jangan Lalai!

Pening kepala

Sumber gambar dari Canva

Dr Joyce Oen-Hsiao, pakar kardiologi dan profesor perubatan klinikal bersekutu di Yale School of Medicine di Connecticut, juga menerangkan tentang simptom lain yang merujuk kepada sakit jantung di Huffpost. Beliau menerangkan bahawa keabnormalan dalam tekanan darah, termasuk tekanan darah yang terlalu tinggi mahupun rendah, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pening.

Bagi sesetengah orang pula, mereka akan mengalami degupan jantung yang begitu pantas sehingga membuatkan mereka mengalami pening. Walaupun begitu, ramai yang beranggapan situasi ini berlaku kepada mereka yang mengambil kafein atau sedang menopaus, beberapa degupan jantung yang tidak normal berlaku di bahagian bawah ruangan jantung, boleh menjadi tanda penyakit jantung atau arteri jantung tersumbat.

IKLAN

Sesak nafas

Sumber gambar dari Canva

Sesak nafas adalah tanda yang sangat biasa di dapati sebagai simptom penyakit jantung. Perkara ini boleh berlaku apabila selepas melakukan aktiviti senaman atau aktiviti berat yang membuatkan tekanan darah meningkat. Oleh itu, Dr Joyce Oen-Hsiao berkata kebanyakan wanita yang berumur kerap mengalami masalah sesak nafas apabila mereka bersenam.

“Sebaik sahaja mereka mula bersenam, tekanan darah mereka melonjak dari normal ke abnormal. Lalu, mereka akan mengalami masalah sesak nafas.” kata Dr Joyce Oen-Hsiao.

“Terdapat begitu banyak keadaan yang terjadi sewaktu dalam penilaian dan sesi rawatan yang di dapati sesak nafas sebagai gejala utama, mengikut perspektif kami–sebagai pakar kardiologi–ia adalah gejala yang tidak spesifik, namun ia merupakan sesuatu benda yang penting.” kata Dr Rigved Tadwalkar.

Menurut Dr Rigved Tadwalkar lagi, apabila seseorang mengalami masalah sesak nafas secara tiba-tiba dan ianya teruk, berkemungkinan mereka mempunyai masalah dengan salah satu injap jantup atau kegagalan jantung. Jadi di sarankan untuk mereka segera untuk mendapatkan pemeriksaan dengan doktor.

IKLAN

Rasa loya atau kurang selera makan

Sumber gambar dari Canva

Apabila jantung mula gagal, cecair boleh terkumpul di bahagian kaki dan perut. Jadi apabila usus banyak di isi dengan cecair, ia tidak mampu menyerap nutrien dan menyebabkan hilang selera makan. Dr Joyce Oen-Hsiao juga menerangkan loya dan sakit perut adalah satu gejala yang akan di rasai oleh pesakit kerana terdapat sesuatu yang tersumbat di bahagian belakang arteri jantung.

“Ramai pesakit mengalami serangan jantung dengan masalah di arteri pada bahagian belakang jantung, mereka ini tidak akan mengalami sakit dada atau sesak nafas, cuma, mereka akan berasa loya dan sakit perut,” ujar Dr Joyce Oen-Hsiao.

Pentingnya buat kita untuk belajar hari demi hari mengenai tanda-tanda yang boleh terjadi tanpa kita sedar pada diri sendir dan juga orang sekeliling. Cumanya, anda jangan paranoid, bertenang dan cuba periksa kesihatan terlebih dahulu, jika risau dan kurang pasti. Anda boleh merujuk terus ke pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel berkaitan: Brisk Walking 30 minit Setiap Hari, 5 Hari Dalam Seminggu, Rendahkan Risiko Serangan Sakit Jantung & Strok

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI