Serangan jantung kian meningkat dalam kalangan golongan muda. Hakikatnya, ia bukan lagi satu penyakit yang hanya dikaitkan dengan warga emas. Lebih membimbangkan lagi, fakta menunjukkan bahawa individu yang mengalami serangan jantung pada usia 20-an atau awal 30-an telah meningkat, dengan 1 daripada 5 pesakit serangan jantung berumur bawah 40 tahun.
Malah, kajian tentang penyakit arteri koronari dalam kalangan belia Malaysia mendapati, hampir 70% peserta berumur 15 hingga 24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kardiovaskular.
Buang jauh mentaliti lapuk
Mentaliti yang mengkaitkan serangan jantung dengan golongan orang berumur sudah lapuk. Oleh itu, golongan muda haruslah mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini. Dr. Nabil bin Haji Idris, Pakar Perunding Kardiologi Residen di Hospital Aurelius Nilai, berkata “Penyakit jantung tiada diskriminasi umur. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, baik golongan muda mahupun yang tua. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi merupakan faktor penyumbang utama kepada penyakit jantung, dan kami menyaksikan semakin ramai golongan muda yang mempunyai risiko-risiko ini.
Sungguhpun dalam usia 20-an, sangat-sangat penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan faktor-faktor risiko ini.”
Tanggapan golongan yang salah
Pakar mengesyorkan supaya rakyat Malaysia buang segala tanggapan salah supaya kita tidak lalai kemudian hari. Berikut adalah beberapa salah tanggapan yang lazim kedengaran tentang faktor risiko penyakit jantung dalam kalangan golongan muda:
SITUASI PERTAMA:
“Saya masih muda! Saya boleh makan apa-apa sahaja tidak mengira masa”
Siapa yang tidak menggemari sesi gerai mamak pada lewat malam? Namun, anda perlulah berfikir baik-baik sebelum memesan maggi goreng kesukaan anda! Ini kerana diet yang tidak sihat dan tinggi lemak akan menyebabkan pengumpulan plak di arteri anda dan meningkatkan risiko serangan jantung. Selain itu, apa kata tukarkan teh tarik anda dengan teh c kosong?
IKLAN
SITUASI KEDUA:
“Tak perlulah kawal rokok dan alkohol. Saya masih muda lagi!”
Amalan merokok adalah faktor risiko utama kegagalan jantung kongestif kerana ia mampu menyebabkan aterosklerosis serta meningkatkan tekanan darah. Alkohol yang diambil secara berlebihan selama beberapa tahun dapat menghasilkan kardiomiopati alkohol, iaitu satu keadaan di mana alkohol bertindak sebagai toksin untuk melemahkan otot jantung secara langsung. Inilah masanya untuk berhenti merokok!
SITUASI KETIGA:
IKLAN
“Orang-orang muda boleh menangani tekanan dengan baik, jadi itu bukanlah masalah besar.”
Tidak kiralah fizikal atau emosi, tekanan yang berterusan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan peredaran darah. Kajian mendapati, apabila anda berasa tertekan, amigdala anda (bahagian otak yang menangani tekanan) akan memberi isyarat kepada sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah putih berlebihan. Ini dapat menyebabkan arteri meradang, yang berupaya mencetuskan serangan jantung, angina dan strok . Sesungguhnya, kehidupan kita memang tidak lari daripada tekanan, namun anda mesti memperuntukkan masa untuk berehat, memulihkan tenaga tubuh, dan menyegarkan tubuh untuk memerangi kesan tekanan.
SITUASI KEEMPAT:
IKLAN
“Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi hanya melanda orang-orang yang berusia.”
Semua ini adalah faktor risiko klasik untuk penyakit jantung. Namun, golongan muda mungkin tidak sedar jika mereka mempunyai penyakit ini melainkan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan. Tiada salahnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti sebarang tanda masalah awal.
Meskipun sesetengah faktor risiko penyakit jantung tidak dapat dikawal, misalnya umur atau sejarah keluarga anda, anda boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko anda dengan mengubah faktor yang boleh dikawal.
Tambah Dr. Nabil lagi, “Perubahan kecil dalam gaya hidup anda, seperti bersenam dan membuat pilihan pemakanan yang sihat, boleh mendatangkan perubahan besar kepada kesihatan jantung anda. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi sebaiknya anda menjalani pemeriksaan jantung dan mengenal pasti faktor risiko anda lebih awal, serta mengambil tindakan proaktif bagi melindungi dan menguatkan jantung anda.”
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang profil risiko kardiovaskular anda atau menjadualkan lawatan pemeriksaan jantung, anda boleh membuat temu janji dengan Dr. Nabil bin Haji Idris di Hospital Aurelius Nilai atau janjitemu dengan pakar yang berhampiran dengan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Hospital Aurelius Nilai
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi Azzam Sham dan pasangannya, Sheryl Shazwanie selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada jam 9.45 malam Ahad yang lalu. Sheryl melahirkan bayi perempuan seberat 2.89 kilogram dengan kaedah pembedahan di Assunta Hospital Petaling Jaya.
Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkongsi berita gembira tersebut melalui Insta Story miliknya. Dia memanjatkan rasa syukur apabila isteri tercinta selamat bersalin dan proses kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan.
Bercerita mengenai momen menyambut kelahiran anaknya, Azzam menyatakan bahawa dia berpeluang berada di sisi Sheryl dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri proses isterinya bersalin.
Menurut Azzam, pengalaman tersebut membuatkan dia insaf dan memberi kesedaran bertapa berharganya pengorbanan seorang isteri yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat dan tiada galang ganti mahupun dibayar dengan wang ringgit.
Menerusi Insta Story tersebut, Azzam telah berkongsi foto Sheryl yang dilihat berada di dalam wad, diikuti sebuah video menyaksikannya masuk ke dewan pembedahan. Dia juga sempat memohon doa daripada orang ramai buat isterinya itu.
Selepas isterinya selamat bersalin, Azzam telah memuat naik foto cahaya mata mereka yang ditutupi dengan emoji bunga.
“Alhamdulillah Sheryl selamat melahirkan anak sulung kami.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan, maaf kalau ada yang Azzam tak sempat reply DM,” tulisnya.
Terbaru, Sheryl turut berkongsi video pendek yang merakamkan Azzam sedang tersenyum lebar sambil memegang anak mereka dengan penuh kasih sayang. Keadaan Sheryl juga dilihat semakin baik selepas pembedahan. Malahan, dia juga sempat memuat naik swafotonya berserta tulisan ‘Selfie dulu’.
Akui Azzam, dia masih belum mempercayai situasi yang sedang dilaluinya. Dia kini sudah bergelar seorang bapa dan juga menganggap ia satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
“Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” katanya melalui Mstar.
Sekadar info, Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya. Pasangan ini juga mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama mereka pada Julai lalu ketika usia kandungan Sheryl memasuki lima bulan.
Sumber: Instagram Azzam Sham, Sheryl Shazwanie dan Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terutamanya bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak mahu kuruskan badan dengan melakukan pelbagai jenis senaman, anda haruslah mencari objektif utama anda samaada ingin kuruskan badan atau menambahkan otot-otot tubuh badan.
Hari ini ramai yang melakukan kesalahan proses apabila mereka tidak mempunyai objektif yang jelas terhadap pembentukan bentuk badan mereka. Oleh disebabkan itu, mereka tidak akan capai bentuk badan yang ideal serta hanya membazirkan tenaga kerana tidak dapat memiliki tubuh badan yang diidamkan. Untuk menjadikan objektif senaman anda lebih jelas, anda dinasihatkan untuk memahami beberapa langkah butiran asas seperti yang berikut:
1. Bagi seseorang yang masih baru, kebiasaannye mereka perlu tahu bahagian asas dalam setiap latihan kerana adalah sangat penting untuk mereka mengetahui setiap langkah-langkah asas sebelum memulakan latihan. Contohnya dari segi posisi, pernafasan dan juga teknik yang betul.
2. Ada dua jenis senaman yang berbeza iaitu untuk menurunkan berat badan/lemak ataupun mengingkatkan otot. Antara contoh senaman untuk menurunkan berat badan/lemak ialah seperti melakukan latihan kardio ataupun ‘high intensity’, tujuannya untuk meningkatkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori.
Selain itu, untuk meningkatkan otot, kebiasanya mereka mesti melakukan latihan angkat berat atau pun dipanggil latihan “HyperTrophy”. Latihan ini untuk membantu mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal ataupun ramai masyarakat yang memanggil ‘Badan Sado & Kemas’.
3. Bagi mereka yang berbadan besar ataupun dipanggil ‘overweight’, mereka mestilah memfokuskan kepada proses menurunkan berat badan ataupun menurunkan peratusan lemak dalam badan terlebih dahulu dimana mereka sepatutnya melakukan kepada latihan ‘cardio’ ataupun ‘high intensity training’ bagi memudahkan penurunan berat badan dan juga pembakaran lemak.
4. Masa yang perlu diambil untuk senaman di gimnasium ataupun dirumah ialah sekurang-kurangnya (45 minit hingga ke 1 jam) sudah memadai untuk sehari.
5. Seperkara lagi, sekiranya anda kerap melakukan senaman ‘jogging’ di ‘treadmill’ atau dimana-mana, anda boleh melihat perubahan yang ketara pada badan mereka, Semuanya bergantung kepada jenis tubuh badan masing-masing. Ada yang memakan masa selama 1 bulan dan barulah nampak perubahan malaha da yang lebih dari itu lagi.
6. Jika mereka yang ingin membuat latihan di luar gimnasium atau pun di rumah, anda boleh melakukan “Body Wight Training”. Ia bermaksud menggunakan berat badan anda sendiri..Sebagai contoh push up, squad, abs crunch, sit up, burpees dan lain-lain lagi.
7. Kebiasaannya, jika ingin menguruskan bahagian badan dan membina otot, fokusknya lebih kepada bahagian ‘chest’, ‘back’, ‘shoulder’, ‘leg’, ‘abs’ & ‘arm’.
8. Berkaitan makanan tambahan ataupun ‘supplement’, ia merupakan makanan yang mengandungi ini kadar protien seperti ayam, daging, telur dan lain-lain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bahagian luar dan dalam kena jaga. Kecantikan, kesihatan dan juga harga diri. Hijabi Fatin Syazwani berkongsi pengalamannya dalam entri Instagram, setia dengan produk tempatan dan tetap istiqomah demi memulihkan kulit muka yang breakout.
Pencarian dan percubaan demi percubaan, Fatin berhabis hampir ribuan ringgit untuk pulihkan kulit. Ikuti pengalaman Fatin dan penemuan produk yang berjaya memulihkan kulitnya.
1. Mula Menggunakan Produk Tempatan
Muka menjadi licin sehingga jerawat susah nak tumbuh diakui oleh Fatin sendiri hasil menggunakan produk tempatan.
Jenama produk tidak berapa terkenal tetapi hasilnya muka Fatin glowing sehingga Fatin setia menggunakannya selama 5 tahun.
2. Tetap Istiqomah Dengan Produk Tempatan
Ketika ini muka tidak memberi kesan apa-apa jadi Fatin tetap teruskan menggunakan produk tempatan.
3. Kesan Tidak Menggunakan Krim Malam
Muka mula tumbuh bintik-bintik. Apabila Fatin sedar rupanya dia tinggalkan rutin memakai krim malam. Tak sangka produk tempatan ini kalau tinggalkan satu langkah boleh naik bintik-bintik merah.
4. Muka Tidak Selicin Dahulu
Walaupun sudah recover tidak sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hati mula panas, boleh jadi stress nak ambil gambar sendiri.
5. Pengaruh Sekeliling Menggunakan Produk Baru
Fatin seorang yang berani mencuba, pengaruh sekeliling juga membuat Fatin berjinak dengan produk baru. Bukan tidak yakin dengan kecantikan sendiri tetapi dia jenis yang suka menggunakan solekan walaupun keluar santai.
6. Bertahan Hanya 5 Bulan
Rupa-rupanya hasil menggunakan produk baru hanya bertahan selama 5 bulan. Fatin dapati mukanya breakout dan terpaksa menggunakan solekan tebal.
7. Berhenti Kerana Kurang Pasti Punca
Tempoh 6 bulan setia dengan produk ini , Fatin mula sedar rupanya kulit mukanya tidak lagi sesuai dan tidak dapat kenali punca sebenar breakout. Malas mencari punca sebenar breakout tetapi Fatin usaha untuk memulihkan kulit mukanya.
8. Mula Berjinak Dengan Produk Drugstore
Tular dengan produk drugstore, Fatin juga cuba mencari produk yang sesuai. Tetapi bukan semua produk drugstore yang sesuai dengan kulit muka Fatin. Muka kelihatan bertambah teruk kerana kulit muka Fatin yang putih mudah kelihatan bintik-bintik merah.
8. Rindu Dengan Wajah Lama
Bila terkenang balik dan sambil belek gambar lama, rasa rindu dengan kulit muka sebelum ni.
9. Hasil Penemuan 10 Produk
Setelah ribuan ringgit habis, Fatin bertemu dengan produk drugstore yang mengembalikan kulit wajah Fatin seperti dahulu. Tiada lagi kesan breakout, terkini dalam bulan Ogos Fatin memuat naik IG story hasil dari 10 produk ini.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.