Nama Ameera Khan bukan lagi asing dalam kalangan Malaysia terutamanya dalam industri fesyen tempatan. Wajahnya sentiasa menjadi muka hadapan jenama-jenama mewah yang menghiasi pusat membeli-belah mewah. Namun, netizen acapkali bersuara menyoalkan tentang pemakaian hijabnya yang kelihatan masih tidak tutup sempurna.
Datin Noor Kartini, ibu kepada Ameera Khan juga kepada selebriti popular Neelofa berkongsi perspektif saat di soal tentang pemakaian hijab anaknya itu. Menurut Kartini, dia sedar dan turut akui tentang gaya hijab anaknya itu, namun kongisnya, Ameera sedang dalam proses untuk memakai hijab dengan sempurna.
Kongsinya lagi, Ameera sedang dalam melatih dirinya untuk mengenakan pemakaian hijab dengan sempurna. Ameera belum lagi berhijab secara penuh dan ada kalanya dia menggayakan topi atau ‘headband’. Sungguh sebagai seorang ibu, Kartini sentiasa bersikap positif dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
Ads
Bagi saya, jika kita mendoakan yang baik-baik, pasti perkara yang baik-baik akan kita dapat nanti.
Ditanya soal menjaga serta membentuk sahsiah disiplin anak-anaknya, Kartini menzahirkan rasa syukur kerana biarpun memiliki bilangan anak yang ramai iaitu sembilan orang, namun sehingga hari ini, tiada seorang pun yang terjumpa di pusat hiburan, minum minuman keras, mabuk dan hisap rokok.
Kami sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Malah Ameera juga senang meluangkan masa bersama adik-beradiknya.
Namun, disebabkan dia dikenali ramai, mungkin hal-hal sebegini akan menjadi bualan ramai sehingga menjadi sebuah isu.
Sekadar perkongsian, terdahulu, cetus satu isu tentang Ameera memakai aksesori kepala sambil rambutnya mengurai. Perkongsiannya di laman sosial itu menimbukan pelbagai reaksi ramai dan ada yang mengatakan bahawa dia seringkali “on-off” memakai hijab.
Ads
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Allah SWT permudahkan segala urusan Ameera dalam prosesnya untuk memakai hijab secara penuh. InsyAllah Amin Ya Rabb!
Memang tak jemu mata memandang melIhat kecantikan dan keindahan rupa paras heroin drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella ini. Senyuman manis yang dilemparkan cukup memikat hati. Fazura memang dikenali sebagai salah seorang artis wanita tercantik di Malaysia.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai cahya mata, tetapi wajahnya masih seperti gadis berusia 20-an. Kecantikan yang dimiliki bagaikan tidak dimamah usia. Bak kata pepatah sejuk mata memandang.
Apa agaknya rahsia selebriti tinggi lampai ini? Pastinya ramai gadis di luar sana mahu tahu rahsia kecantikan Fazura. Tanpa solekan tebal, dia tetap nampak cantik dan cukup stailo apabila bergaya.
Ini dia 3 amalan yang dilakukan oleh Fazura untuk kekal cantik, langsing dan bertenaga bak seorang cinderella.
Gadis kelahiran Kuantan Pahang ini memang tidak mengambil minuman ais dan sejuk. Dia hanya mengambil air panas dan turut mengamalkan minum teh herba hijau. Teh hijau memang baik untuk kesihatan dalaman.
Fazura juga begitu menitikberatkan soal tidur. Dia mengamalkan tidur yang cukup iaitu 7 hingga 9 jam sehari untuk memastikan kulit kekal cantik dan sihat.
Selain itu, Fazura juga begitu mementingkan senaman kerana ianya sangat bagus untuk kecergasan stamina, peredaran darah dan paling penting adalah untuk kesihatan. Biasanya dia akan pergi ke gym dengan dibantu jurulatih berpengalaman.
Jadi apa lagi hijabi di luar sana yang mahu kekal cergas, langsing dan cantik tidak susah dan berbelanja mahal. Hanya perlu lakukan 3 amalan ini dengan disiplin yang cukup tinggi.
Apabila restauran terkenal menawarkan pelbagai hidangan, mulalah nafsu tidak terkawal. Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
BACA ARTIKEL INI:
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila semua barang naik harga hatta barang-barang dapur pun semua melambung-lambung naiknya, wang hantaran kahwin pun naik mencanak-canak juga.
Tiada lagi wang hantaran 10K waima 15K. Jika dilihat hari ini ‘rate’ untuk wang hantaran ialah sekitar 20k dan ke atas.
Keadaan ini sudah tentu menimbulkan kesukaran terutama buat bakal pengantin lelaki. Bukan mudah hendak kumpul duit sebanyak itu.
Berikut ulasan daripada perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad tentang soal wang hantaran yang tinggi.
1. Anak muda semakin sukar hidup mereka. Nak beli rumah bukan saja mahal malah sukar dapat pembiayaan.
2. Jika hanya buat Grab Food dan berniaga online, nak dapat pembiayaan makin susah.
3. Nak ada harta susah, nak ada isteri juga makin susah. Bakal mertua mintak sampai RM40,000 hantaran lepas PKP ini.
4. Jika dalam tempoh setahun nak kahwin, perlu himpun sebulan RM3,333 sahaja. Jika himpun sebulan hanya RM500, majlis kahwin akan ada pada tahun ke 6.7! Waktu itu hantaran sudah naik lagi amaknya.
5. Perangai bakal mertua pun macam pemaju, bagi alasan besi naik untuk naikkan harga kediaman. Duit hantaran pun sama, naik sebab “harga barang semua naik Mah Oi!” Kata Musalmah anak kerja kilang Panasonic.
6. Kenapa mesti bila nak buat kenduri kahwin guna duit hantaran lelaki. Kita yang nak buat kenduri, pakai duit bakal menantu kita.
7. Kenduri sepatutnya rasa syukur kita, anak kita dilamar oleh orang. Tanggujawab dari bahu kita dah berpindah ke bahu menantu kita.
8. Kenduri kahwin janganlah sampai ‘merompak duit hantaran’ atas rasa kesyukuran yang kita fahamkan.
9. Sampaikan khabar berita gembira buat anak muda, jangan latih mereka kerja gila hanya untuk kumpul duit semata-mata, lepas kahwin nak kumpul beli kereta pula, beli rumah, kumpul duit buat anak, buat bersara semua kena kumpul.
Kawan kawan, kasihani mereka, mudahkan urusan anak anak kita. Jangan sampai anak- anak ini semua terpaksa buat hutang, semata mata nak halalkan hubungan mereka.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.