Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
Ads
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
Ads
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Sebagai seorang wanita kita memang perlu menjaga kecantikan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam dan tampil lebih berseri. Tidak perlu gunakan produk mahal, sebaliknya boleh bertukar kepada cara rawatan alami. Menggunakan bahan dapur seperti kunyit mampu menjadikan kulit anda lebih halus, mulus dan yang penting ia selamat. Perkongsian dari twitter oleh seorang pengguna akaun @flowerose yang memberi petua menghilangkan masalah kulit wajah hanya dengan penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit.
Dia mensarankan penggunaan kunyit ini dicampurkan dengan bahan alami lain dan setiap satu mempunyai fungsi berbeza.
Antaranya menghilangkan jerawat menggunakan campuran kunyit dan yogurt yang dibuat sebagai masker sebelum di sapukan pada wajah.
Ayuh kita baca thread yang ditulisnya hingga mendapat lebih 7 ribu retweet dan 8 ribu butang like.
Umum sedia maklum bahawa kejayaan seorang anak itu adalah kerana hasil usaha keras kedua ibu bapanya. Selain bapa, ibu adalah insan yang paling banyak pengorbananya dalam kehidupan seorang anak bermula dari saat melahirkan lagi.
Sehubungan itu, Allah mengangkat setingginya martabat seorang wanita yang digelar ibu. Malah, Islam melarang sama sekali untuk menyakiti hati ibu dan derhakalah seorang anak yang tidak menyantuni ibu dan bapanya.
Justeru, di sini Hijabista berkongsikan satu kisah inspirasi yang berlaku di India dan wajar dijadikan contoh serta pengajaran kepada hijabi yang juga anak di luar sana.
Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh seorang lelaki India berusia 49 tahun yang dikenali sebagai, Amrudeen Sheik Dawood yang telah membina replika Taj Mahal sebagai simbolik penghormatan kepada arwah ibunya, Jailani Bibi.
Dawood telah membina sebuah makam dari batuan marmar, seluas 743-meter persegi, di atas sebidang tanah seluas satu ekar di Tiruvarur, Tamil Nadu India.
Memetik laporan media antarabangsa, replika gah setinggi 12-meter pada platform 1.2 meter, dengan setiap empat menaranya mencapai ketinggian 14 meter. Lebar makam adalah lebih kurang 33 meter.
“Saya mendapat inspirasi dan ilham untuk membina replika ini daripada mercu tanda tapak warisan dunia UNESCO yang tersegam indah iaitu Taj Mahal.
“Tujuan saya mencipta makam yang diilhamkan oleh Mughal, adalah sebagai tanda penghormatan diatas segala pengorbanan ibu yang melahirkan dan membesarkan kami enam beradik seorang diri.
Jelas Dawood lagi, ini berikutan kematian mengejut ibunya itu pada 2020 akibat serangan jantung. Dawood memutuskan untuk membina sebuah tugu peringatan untuknya daripada mengebumikannya di tanah perkuburan konvensional.
Hasrat Dawood di sebalik membina replika Taj Mahal adalah untuk menyatakan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap ibunya, mencerminkan pengorbanan yang dilakukannya untuk keluarga mereka.
Sekadar info, Jailani Bibi telah kehilangan suami ketika berusia 36 tahun, membesarkan enam anaknya, termasuk Dawood dan anak angkatnya Mohammed Abdul Khadar, sebagai ibu tunggal.
Dia mendedikasikan hidupnya untuk membesarkan keluarga dan menguruskan perniagaan arwah suaminya tanpa berkahwin lagi.
Untuk rekod, Taj Mahal asal merupakan sebuah monumen bersejarah, jauh lebih besar, dengan ketinggian hampir 60-meter pada platform 6.7 meter. Menaranya berukuran kira-kira 42-meter tinggi.
Memasuki usia 40 tahun, kulit wajah tentunya memerlukankan perawatan yang lebih rapi. Utamanya untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Buat anda yang mencari produk perawatan wajah usia 40 tahun ke atas, boleh cuba skincare Korea.
Kenapa produk kecantikan Korea pula? Ternyata beberapa selebriti terkenal seperti Go Hyun Jung, Lee Il Hwa, Kim Sung Ryung danLee Young Ae yang sudah terjangkau usia tetapi menampakkan raut wajah seperti muda remaja.
Antara ramuan utama dalam produk kecantikan Korea ginseng dan bahan-bahan alami yang mempunyai khasiat. Tentu sahaja anda yang seusia 40 mahu merosakkan wajah dengan bahan-bahan kimia bukan!
Untuk itu, jom semak 9 cadangan skincare Korea untuk usia 40-an:
Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil diperbuat dari tiga bahan alami berkualiti tinggi. Diantaranya black bean oil yang mengawal produksi sebum, meningkatkan keanjalan kulit, serta memberi efek menyejukkan black sesame oil untuk menghidrasi wajah dan menghindarkannya dari tanda penuaan. blackcurrant seed oil yang akan bekerja memperkuat lapisan pelindung kulit sekaligus menjaga kelembabannya. Cleansing oil ini teksturnya sangat ringan dan produk paling dicadangkan oleh sibeauty junkie.
Pencuci muka Neogen ini dihasilkan dalam tiga varian. Salah satunya diperkaya dengan fermented cranberries dan air cranberry yang tinggi antioksidan. Bahan utamanya inilah, Neogen Real Fresh Foam Cranberry efektif untuk mengatasi tanda-tanda penuaan. Selain itu, formulanya efektif membersihkan kotoran tanpa menghilangkan minyak alami di wajah.
Kalau anda sedang mencari toner untuk usia 40 tahun, boleh juga mencuba Innisfree Jeju Orchid Skin Toner. Produk ini ditugaskan untuk merawat keanjalan kulit, menghilangkan noda, kedutan, dan memperbaiki tekstur wajah secara bersamaan. Selain itu, toner Korea ini juga mengandung hyaluronic acid yang menjaga kulit supaya tetap lembap.
PERHATIAN: 12% DISKAUN untuk beberapa produk koleksi innisfree dengan menggunakan kod: HBINNIS12. Sah selama 10 hari bermula 10/9/2020 berakhir pada 20/9/2020.
Essence Korea terbaik ini banyak yang memperkatakan sama seperti FTE dari SK-II. Bila dilihat, khasiat dan bahan penyusunnya memang tidak mempunyai perbezaan yang jauh. Secret Key Starting Treatment Essence (STE) diperkaya dengan 94% Galactomyces Ferment Filtrate atau biasa dikenal dengan nama Pitera. Bahan ini difungsikan untuk membuat kulit wajah semakin tegang, halus, dan lebih cerah. Di samping itu, masih ada dypropylene glycol, glycerin, dan niacinamine yang akan memastikan kulit agar tetap terhidrasi dan tidak berminyak.
Supaya kulit tetap tegang, wanita Korea selalu mengaplikasikan ampoule atau serum anti-aging terbaik untuk usia 40-an. Salah satu cadangannya adalah Missha Time Revolution Night Repair Borabit Ampoule. Produk ini diperkaya dengan fermented Bifida, Lactobacillus, dan Lactococcus yang boleh mengembalikan tenaga dan memperbaiki kulit wajah. Ampoule dengan konsentrasi tinggi ini akan menutrisi kulit sepanjang malam ketika anda tidur. Wajah anda kelihatan lebih cerah, segar, dan flawless apabila bangun keesokan harinya.
Produk best seller Mizon ini disebut sebagai skincare all-in-one yang siap menghidrasi, menghilangkan garis halus, menutrisi, melindungi, dan mencerahkan area di sekitar mata. Bahannya, 80% komposisi Mizon Snail Repair Eye Cream terbuat dari snail mucin atau lendir siput yang dikenali boleh mengembalikan keanjalan dan meremajakan kulit.
Krim wajah untuk usia 40 tahun ke atas ini memiliki tiga bahan utama, iaitu PHA, coconut fruit water, dan niacinamide. Bahan-bahan tersebut menghidrasi dan mengeksfoliasi kulit secara ringan. Selain itu, COSRX PHA Moisture Renewal Power Cream juga mempunyai manfaat mencerah.
Dari pelbagai varian sleeping mask Laneige, anda boleh cuba produk dengan packaging silver ini. Formulanya mampu membuat kulit yang kendur kembali tegang. Selain itu, teknologi Dynamic Collagen yang dikandungkan di dalam Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask juga berfungsi menghilangkan lima tanda penuaan sekaligus. Mulai dari kulit kering, tekstur yang kasar, garis-garis halus, pori-pori yang membesar, juga rona wajah yang kurang merata.
PERHATIAN: 12% DISKAUN untuk beberapa produk koleksi Laneige dengan menggunakan kod: HBLANG12. Sah selama 10 hari bermula 10/9/2020 berakhir pada 20/9/2020.
Memakai tabir suria wajib untuk semua peringkat usia. Untuk anda yang lingkungan umur 40an, Nacific Fresh Herb Origin Sun Block. Selain melindungi kulit dari bahaya sinar UV dengan SPF 50 yang dibawanya, sunblock terbaik keluaran Nacific ini juga punya kemampuan mengawal minyak wajah yang luar biasa. Sedangkan bahannya, terdiri dari ekstrak lavender, chestnut shells, green tea, cranberry, dan bunga calendula yang siap membuat wajah lebih lembap dan segar.
Mahukan kulit tegang dan anjal masih seperti muda remaja persis selebriti Korea, inilah rangkaian produk perawatan wajah usia 40 tahun ke atas dari jenama Korea yang wajib dicuba. Walaubagaimanapun sesuaikan penjagaan kulit dengan jenis kulit anda, sekiranya mempunyai efek sampingan anda disarankan berjumpa dengan pakar kecantikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.