Sememangnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sebuah pemergian yang dicemburui semua. Pergi dalam keadaan yang baik dan memudahkan, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
Penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi. Berita sedih ini bukan sahaja memberi kesan kepada peminatnya, malah dari kalangan rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka. Antara selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita ialah Fasha Sandha yang menyifatkan arwah sebagai insan yang baik.
Fasha Sandha memuat naik ‘posting’ di laman Instagramnya tentang perbualannya bersama arwah. Menerusi perbualan itu, arwah berhajat ingin menghadiahkan barangan bayi kepada Fasha Sandha dan meluahkan rasa keterujaan ingin berjumpa dengan Fasha Sandha.
Bukan itu sahaja, malah menerusi ‘screenshot’ perbualannya bersama Allahyarhamah, arwah juga semat berdoa untuk Fasha Sandha agar disembuhkan dari segala penyakit. MasyALLAH…
Ads
Rakyat Malaysia yang membaca ‘posting’ ini juga turut meluahkan rasa dukacita dan menyifatkan arwah adalah seorang yang baik. Ada juga yang mengatakan setiap satu kebaikan arwah tidak putus-putus menjadi bualan ramai.
Ads
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ternyata setiap kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Sarah Raisuddin menjadi bualan ramai yang dapat dijadikan contoh kepada semua. Sesungguhnya, pemergiannya ialah sebuah kisah yang menghembus sumber inspirasi kepada semua supaya menjadi umat Islam yang lebih baik. Terima kasih Allahyarhamah Siti Sarah. Tenanglah dikau disana…
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Setelah hampir dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya pagi tadi pelakon kecil molek, Elfira Loy selamat diijab kabulkan bersama pasangannya di Cyberview Resort, Cyberjaya. Hanya dengan sekali lafaz keduanya sah sebagai pasangan suami isteri. Malah keduanya tampil menawan dengan persalinan moden rona putih yang menjadi pilihan untuk digayakan di majlis pernikahan.
Pasangannya juga kelihatan kacak mengenakan baju Melayu moden lengkap dengan samping dan juga songkok.
Keduanya-duanya tampak ceria di majlis pernikahan yang diadakan kelihatan cukup simple dengan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.
Jika sebelum ini umum mengetahui Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Suffian Suhaimi, tetapi ikatan itu terlerai awal tahun ini.
Namun Jika sudah jodoh tidak ke mana akhirnya Elfira bertemu jodoh buat kali kedua dengan mengikat pertunangan dengan anak seorang usahawan bergelar Datuk, Khairol Faris Anuar sekitar September lalu. Dan pagi tadi menyaksikan Elfira sah menjadi isteri kepada suami tersayang.
Melalui laman Instagram teman baik Elfira Loy, Nur Anis yang juga merupakan anak aktor popular Rosyam Nor memberitahu bahawa dia begitu gembira kerana misinya telah berjaya untuk menyatukan mereka berdua.
Adakalanya kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dapart dinafikan setiap orang punya masalah. Namun kita perlulah bijak mengawal emosi agar tidak memakan diri. Salah satu cara untuk menenangkan hati yang gundah gulana ialah dengan cara mendekatkan diri pada Allah.
Berbaliklah semula dengan cara mendekatkan diri pada Allah. Ambil wuduk, solat dan bacalah Al-Quran. Ini sahaja caranya untuk kita jadi lebih tenang. Berikut dikongsikan surah-surah yang boleh dibaca ketika berada dalam situasi yang mengganggu jiwa.
SURAH KELAPANGAN HATI
Apabila hati tengah berserabut, istighfar banyak-banyak. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan perlahan-lahan. Ajar hati untuk sentiasa bersikap tenang walau hakikatnya berdepan masalah yang menyerabutkan fikiran.
Kita yang kawal hati kita. Jangan biarkan persekitaran mengawalnya. Tenangkan hati.
Bacalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku”. (Qs Thaha: 25-28)
Insha Allah, sesulit apa pun kita mampu hadapi dengan tenang. Apabila hati kian lapang,
hidup sempit terasa senang. Walau kesulitan datang, hadapilah dengan tenang.
1 – Tekanan – Surah Ar Raad: 28
2 – Kecewa – Surah Al Imran: 60
3 – Rasa berdosa – Surah Az Zumar: 53
4 – Putus asa – Surah Yusuf: 87
5 – Kesukaran – Surah Al Insyirah: 5
6 – Sedih – Surah Al Israa: 82
Surah-surah ini boleh tenangkan diri kita, bacalah berulang-ulang. Semoga diberi kekuatan.
HIJABISTA: Walau apa jua masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mengadulah pada Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by Aliko Sunawang from Unsplash
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.