Sebagai seorang wanita kita memang perlu menjaga kecantikan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam dan tampil lebih berseri. Tidak perlu gunakan produk mahal, sebaliknya boleh bertukar kepada cara rawatan alami. Menggunakan bahan dapur seperti kunyit mampu menjadikan kulit anda lebih halus, mulus dan yang penting ia selamat. Perkongsian dari twitter oleh seorang pengguna akaun @flowerose yang memberi petua menghilangkan masalah kulit wajah hanya dengan penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit.
Dia mensarankan penggunaan kunyit ini dicampurkan dengan bahan alami lain dan setiap satu mempunyai fungsi berbeza.
Antaranya menghilangkan jerawat menggunakan campuran kunyit dan yogurt yang dibuat sebagai masker sebelum di sapukan pada wajah.
Ayuh kita baca thread yang ditulisnya hingga mendapat lebih 7 ribu retweet dan 8 ribu butang like.
Hanya gunakan kunyit sahaja.
Ads
Cara untuk hilangkan kesan kuning pada muka selepas guna cara ini.
Ini adalah cara rawatan kulit wajah. Caranya dengan mencampurkan semua bahan dan sapu rata pada wajah. Tunggu 15 minit sebelum dibilas.
Ada yang bertanya sesuai ke tidak penggunaan kunyit pada wajah.
Ads
Tidak digalakkan pakai hari-hari dan guna dalam kuantiti sedikit sahaja.
Boleh guna serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tapi perlu kisar atau hiris sampai lumat.
Jangan sembarangan tambah bahan lain. Kalau boleh hanya gunakan oat, segar atau yogurt.
Ads
Dah ada yang amalkan, kulit memang jadi cantik. Amalkan seminggu sekali.
Lebih kurang dua minggu lagi, Syawal bakal menjelang tiba. Pastinya ramai diantara kita yang teruja dan tak sabar mahu meraikan syawal tahun ini dan melakukan pelbagai persiapan.
Selain persiapan juadah makanan, dan pakaian. Bagi kaum hawa, perhiasan seperti barang kemas juga tidak dilupakan. Pastinya ramai dikalangan hijabi yang mahu meraikan hari Raya dengan memakai perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin emas di Aidilfitri nanti kan?
Apa runsing memikirkan perhiasan emas dah mula kusam, pudar warnanya dan hilang seri? Alamak! Tak syok lah nak raya macam ni kan. Jangan risau sis, ada cara paling mudah untuk kembalikan ‘seri’ barang kemas anda tu dengan sekelip mata je! Cara melalukanya pun teramat mudah.
Di sini Hijabista kongsikan ‘Rahsia’ dari seorang pekerja yang pernah berkhidmat di kedai emas selama 13 tahun!
Apa yang anda perlukan adalah satu bahan yang berada di rumah sahaja, dan poof! Biarkan magis berlaku, kerana barang kemas anda pastinya kembali berkilau seperti baharu!
Teknik mudah mencuci barang kemas ini dikongsikan oleh Bunga Yanie menerusi hantaran Facebook miliknya. Menurutnya kaedah mencuci barang kemas secara DIY ini amat mudah.
Lebih menarik lagi, ianya dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos kerana sudah tentu mahal jika anda perlu mencuci barang kemas di kedai, berbanding menyucinya sendiri di rumah.
“Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
“Cara betul cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas korang tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas,” kongsinya di Facebook.
Haa.. mesti dah tak sabar nak tahu apakah bahan ‘rahsia’ yang mampu mengembalikan seri barang kemas tu seperti sediakala, macam baru beli di kedai kan? Ini cara-caranya.
1. Pencuci Pinggan Jenama Joy atau Glo
2. Air Paip
3. Periuk
4. Berus Gigi
1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah, sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo dan tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk tenggelamkan barang-barang kemas tersebut.
2. Langkah kedua, masukkan barang kemas yang ingin dicuci ke dalam air sabun tadi dan letakkan periuk di atas dapur gas kemudian buka api.
3. Seterusnya, kacau barang kemas dalam rendaman air sabun tadi sehingga air mendidih dan kemudian akan kelihatan kotoran-kotoran yang melekat pada barang kemas menjadi terapung. Kemudian, boleh tutup api dan tapis barang kemas tersebut.
4. Langkah keempat, masukkan barang kemas yang telah di tapis tadi ke dalam besen berisi air bersih dan mulakan proses menyental barang kemas menggunakan berus gigi agar segala kotoran dapat dikeluarkan dengan jayanya. Apabila selesai bilas barang kemas hingga bersih.
5. Langkah kelima, bileh keringkan barang kemas itu dengan menggunakan kain atau pengering rambut. Siap! Dan anda boleh lihat betapa berkilaunya barang kemas anda untuk dipakai semula pada hari Raya nanti
Mudah betul kan. Tak perlu lagi membazir masa dan wang mengupah kedai untuk membersihkan barang kemas anda. Selamat mencuba!
Anda pasti tak selesa dengan rambut yang berminyak, tetapi beberapa produk yang dirancang untuk membersihkan pel yang menyebabkan kerosakan pada kulit kepala atau memerlukan biaya premium. Penyelesaian? Syampu buatan sendiri yang dibuat dengan bahan semula jadi yang sudah anda miliki di rumah sahaja.
Yakinlah bahawa resipi DIY ini benar-benar menjadikan rambut anda bersih dan berkilau, sama ada rambut anda berminyak, kering, atau apa masalah sekali pun.
Lihat di bawah untuk resipi syampu buatan sendiri yang mudah.
BAHAN:
Satukan kesemua bahan, gaul rata dan masukkan ke dalam botol syampu kitar semula. Syampu rambut seperti biasa dan kemudian bilas dengan air suam. Syampu buatan sendiri ini lebih nipis daripada syampu komersial dan ia tidak akan mengeluarkan banyak buih tetapi ia akan menghilangkan minyak dan kotoran.
Untuk syampu beraroma semula jadi, pilih sabun kastil wangi, atau ganti secawan teh herba yang kuat seperti chamomile, lavender dan rosemary adalah pilihan yang baik untuk air dalam resipi herba ini.
Sekiranya anda ingin mengetahui rahsia sebenar rambut yang benar-benar sihat, ambil sekotak baking soda dan sedikit cuka sari epal. Perhatikan bahawa campurannya berfungsi dengan baik, tetapi biarkan rambut anda seketika (pada mulanya mungkin sangat berminyak).
Masukkan beberapa sudu baking soda di bahagian bawah botol, tutup dengan air panas dan goncangkan dengan baik. (Anda juga boleh menambahkan beberapa titis minyak esensial kegemaran anda untuk aroma). Setelah beberapa minit, sapukan ¼ cawan ke rambut basah, selesaikan dengan jari dan bilas. Tidak ada buih, tetapi campuran buatan sendiri ini menjadikan rambut bersih dan berkilau.
Ikuti dengan resipi bilas asas ini:
Campurkan ½ cawan cuka sari Epal atau jus lemon segar dengan dua cawan air. Tuangkan ke rambut basah anda dan bilas dengan air sejuk.
Bahan:
Sebelum anda mencuci rambut dengan syampu buatan sendiri, pukul kuning telur hingga berbuih, tambahkan minyak dan pukul lagi, kemudian masukkan air perlahan-lahan sambil pukul. Tuangkan campuran ke rambut basah, gunakan dengan jari anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air suam.
Untuk rambut kering atau rosak, menggunakan perapi ini seminggu sekali boleh memberi perbezaan besar. Anda boleh menggunakan salah satu dari berikut ini secara gabungan atau sendiri: minyak zaitun, minyak kelapa, telur, yogurt, mayonis, pisang tumbuk atau avokado tumbuk.
Urut semua bahan ini ke rambut yang basah, bungkus semuanya dengan gaya serban dalam tuala lama selama 20 minit dan bilas dengan bersih.
Walaupun tidak ada yang menjadikan rambut perang menjadi hitam atau berambut perang burgundy ke rambut hitam, menggunakannya secara berkala dapat menambahkan highlight dan meratakan beberapa helai uban.
Untuk meringankan rambut: Rendam dalam teh chamomile yang kuat, jus lemon yang dicairkan, atau teh yang dibuat dengan daun bunga segar. Untuk hasil yang lebih jelas, biarkan rambut kering di luar cahaya matahari jika boleh.
Untuk menggelapkan rambut dan melembutkan helaian yang kelabu: Sage, lavender, atau teh kayu manis.
Untuk menambah warna dan warna kemerahan : Teh bunga bunga raya.
Bahan:
Potong buah halus, renehkan kepingan di dalam air hingga lembut dan cairankannya separuh habis. Saring cecair ke dalam botol semburan kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Semburkan di rambut; cairkan dengan air jika rambut yang disembur lebih keras kejung daripada yang anda inginkan.
Letakkan sedikit losen tangan semula jadi di satu telapak tangan, gosokkan tangan untuk melapisi kedua-duanya secara merata dengan menggunakan jari ke seluruh rambut anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berusaha dan berikhtiar untuk mengejar kejayaan dunia memang satu kewajipan. Tapi sebagai manusia dan hamba-Nya, kita juga perlu mempunyai sasaran ibadah setiap hari agar setingkat demi setingkat lebih bertakwa dari sebelumnya.
Sebagai wanita berkerjaya dan pengurus rumah tangga, agak sukar untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau cuba menyelit ruang masa yang ada, terasa penat pula. Jadi, apakah cara yang baik agar kita dapat khatam dengan baik?
Sediakan senaskhah Al-Quran comel yang boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila-bila masa berkelapangan, buka dan bacalah.
Jika tak cukup waktu, anda boleh membaca satu halaman selepas solat wajib. Misalnya, satu halaman selepas solat Subuh dan satu halaman selepas solat Zohor.
Ramai terasa perjalanan menghabiskan Al-Quran seperti sangat jauh lagi, tapi jangan khuatir. Bacalah saja dengan perlahan.
Kadang-kadang sambil melurus-luruskan kaki tu, tambah lagi halaman Al-Quran untuk dikhatam. Tak perlu dikira sudah baca tadi atau belum. Lama-kelamaan khatamlah Al-Quran tanpa kita sedari!
Untuk wanita yang sibuk, cuba praktikkan 4 cara di atas. InsyaAllah, niatkan dengan ikhlas untuk khatam Al-Quran. Berusahalah untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan berlumba-lumba mengejar kita!
Hanya luangkan masa selama satu jam sehari bebersama kitab suci, dan boleh ukan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, di rumah atau di kampung masing-masing. Selamat mentadabbur Al-Quran Hijabi!
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.