Bukan semua insan di dunia ini yang dipilih oleh Allah untuk menerima hidaya-Nya. Jika terpilih, dianggap insan paling bertuah walaupun pernah berdepan situasi buruk sebelum itu. Bagi penyanyi dangdut Indonesia, Cinta Penelope bersyukur kerana dirinya dipilih oleh Tuhan untuk menerima hidayah. Memilih untuk kembali ke pangkal jalan dan mendalami Islam, dia tampil anggun dengan imej berhijab. Malah penyanyi ini juga turut membuang hampir semua 21 tatu yang menghiasi badannya sebelum itu.
Proses membuang tatu amat menyakitkan.
Menurut Cinta, tatu ditubuhnya telah dibuang secara berperingkat sejak tahun 2015 lagi dan kini hanya ada tinggal tiga atau empat sahaja yang tinggal.
Walaupun menurutnya proses membuang tatu itu amat menyakitkan tetapi dia nekad melakukannya.
Pelantun lagu Keong Racun ini memutuskan untuk berhijab dan mengubah penampilannya menjadi lebih tertutup sejak 1 Januari lalu.
Cantik dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.
Menceritakan saat dia mahu melakukan penghijrahan adalah setelah selesai mendengar ceramah disampaikan seorang ustaz di media sosial
Dia yang diberitahu seorang temannya di mana, ustaz itu sering menjadikan lagu popularnya, Keong Racun’ sebagai bahan ceramahnya. Lantas Cinta terus sahaja mencari video berkenaan dan mendengarnya sendiri.
Ads
Hampir satu jam mendengar, dia tidak mendengar satu ayat pun yang keluar dari mulut ustaz itu berkenaan lagu nyanyiannya. Namun apa yang didengarnya adalah perkataan lain. Ustaz itu lebih berkata mengenai penjagaan aurat, tentang dosa yang dibuat akan terkena pada ibu bapa, begitu juga jika melakukan kebaikan.
Melakukan penghijrahan setelah mendengar ceramah seorang ustaz.
Wanita berusia 33 tahun ini juga memberitahu sebelum berhijab sepenuhnya itu, dia juga ada bermimpi tentang kematian. Justeru keputusannya untuk berhijab itu disokong sepenuhnya oleh keluarga dan sahabat. Mereka turut mendoakan agar Cinta akan kekal istiqomah dengan penampilan begitu.
Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope berkata dia cukup selesa dapat mengenakan busana Muslimah berbanding imej seksi yang dibawanya selama ini. Dia bukan lagi seorang wanita yang berpakaian seksi hingga mampu membuatkan mata lelaki terpana meihatnya.
Ads
Mahu kekal istiqomah.
Penghijrahan dilakukan Cinta begitu drastik. Dia memilih untuk berpakaian mengikut syariat Islam. Selain menutup aurat, ibu anak satu ini juga turut membuang semua foto seksinya di laman instagram.
Enaknya tidur di atas katil empuk, lebih-lebih lagi musim hujan sekarang dan diulit mimpi indah. Namun tahukah anda tidur berlebihan boleh menyebabkan kita alpa dalam 18 perkara ini.
Ingat, kita hanya digalakkan tidur 8 jam sehari. Jangan lebih, bimbang membinasakan diri kita. Seperti perkongsian di laman facebook Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus beliau membariskan 18 kebinasaan yang dialami jika banyak tidur.
Banyak tidur akan mengakibatkan tidak elok pada neurotransmitter yang ada di otak anda. Yang menjadi salah satu punca sakit kepala.
Para ahli kesihatan mengatakan bahwa orang yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 9 jam memiliki risiko 50% lebih besar terkena diabetes.
Bila banyak tidur, akan kurang bergerak. Semakin lama badan tidak bergerak, semakin banyak lemak berkumpul di dalam tubuh. Dari kerana obesiti maka terjadi pula berbagai2 penyakit yang lain.
Antara yang akan menjadi sakit ialah punggung, belakang, leher, buah dada (bagi wanita) dan bahu.
Satu kajian yang dijalankan menyebutkan adalah tidur 7-9 jam setiap dalam sehari mempunyai risiko terkena depresi sebanyak 27%, sedangkan tidur lebih dari 9 jam berisiko lebih banyak yakni 49%. Perkara ini menunjukkan bahwa orang yang mengalami depresi cenderung memiliki waktu tidur yang lebih banyak.
Tidur terlalu banyak dapat memengaruhi penurunan fungsi sel-sel otak. Akibatnya kehilangan tumpuan dalam kerja2 yang dilakukan.
Jika suami atau ayah banyak tidur, akan kurang menguruskan keluarga. Anak isteri akan kehilangan tumpuan dan layanan dari seorang ayah. Suami tidak ambil berat perkara berkaitan isteri. Anak2 pula tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari ayah. Jika isteri atau emak banyak tidur, suami menjadi mangsa kerana isteri berkurangan masa untuk melayan suami. Terhadap anak2 pula, akan terbiar tanpa urusan yang baik dari ibu. Rumah dalam keadan tidak terurus yang mengakibat keburukan yang lain. Malas memasak, membasuh pakaian dan membersihkan rumah.
Jika dia seorang pekerja, kerjanya akan berkurangan dan mutu kerja juga akan menurun.
Terlalu banyak tidur juga dapat menyebabkan suasana hati yang tidak baik. Anda akan menjadi mudah marah dan suka membesarkan hal-hal kecil. Kebanyakkan orang yang banyak tidur adalah seorang yang panas baran, tidak bolih bergurau dan suka memekik apabila menyuruh sesuatu. Akibatnya orang sekeliling tidak akan menghurmatinya.\
Banyak tidur tidak dinafikan lagi mengakibatkan perubahan bentuk badan yang menjadi bengkak pada bahagian pipi, leher, pinggang dan paha. Muka akan kelihatan semakin hodoh dari masa sebelumnya. Bahagian muka & badan akan cepat jatuh atau kendur sebelum menjangkau usia 30an.
Tidak berarti orang yang banyak tidur akan kena penyakit jantung tetapi kebanyakkan yang kena penyakit jantung ada berkaitan dengan tabiat banyak tidur dan sebab2 lain.
Orang yang banyak tidur akan menjadi sentiasa lapar. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih untuk makan dengan berbagai menu yang melazatkan. Kuantiti yang dimakan pula akan bertambah dari kerana badan keletihan lama akibat tidur yang mendatangkan rasa lapar.
Dalam satu kajian yang dibuat di Universiti London pada tahun 2011 menunjukkan bahwa terlalu banyak tidur maupun terlalu kurang tidur mengakibatkan terjadinya penuaan pada otak 7 tahun lebih cepat. Biasanya, hal ini sangat berisiko pada pelajar dan mahasiswa. Selain itu, pada wanita berusia 45 tahun ke atas yang tidur lebih dari 9 jam sehari berisiko mengalami penuaan otak 2 tahun lebih cepat. Penuaan otak mengakibatkan menurunnya kemampuan otak untuk mempelajari hal-hal baru dan kesukaran menerima informasi.\
Kebanyakan tidur dapat memengaruhi siklus menstruasi, pengeluaran hormon, dan ritme sikardian. Wanita yang kurang tidur atau tidur melebihi biasa berisiko mempengaruhi kesuburan sel telur.
Metode untuk mengasah otak yang paling baik adalah berpikir. Dengan berpikir, kita bolih meningkatkan pengetahuan. Sementara pada masa tidur, kita tidak mampu melakukan hal tersebut. Bila otak tidak digunakan lama sebab tidur, otak akan menjadi perlahan dari kerana kurang bekerja dan mengakibatkan mudah lupa atau lembab.
Sebuah kajian menyatakan bahwa tidur lebih dari 8 jam sehari meningkatkan 14% risiko terkena stroke. Bahkan pada mereka yang tidur lebih dari itu maka risiko terkena stroke adalah 3 kali lebih besar.
Terlalu banyak tidur bukan membuat kita menjadi lebih tenang bahkan yang terjadi adalah sebaliknya. Kita bolih menjadi stress serta mudah emosi. Akibatnya akan melakukan hal yang tidak sepatutnya seperti mudah merajuk yang akhirnya akan dibenci olih kawan dan keluarga.
Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat berosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah lima penyebab utama yang dapat merusak hati ”
Yang terakhir ini sememangnya benar. Banyak tidur maka kurang jaga. Bila kurang berjaga maka kuranglah waktu kita untuk beribadah seperti solat, belajar agama, berzikir, membaca quran, bersedekah, ziarah dan lain2. Bila kurang ibadah, maka kuranglah pahala. Di akhirat nanti orang yang kurang pahala dari dosanya akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Mengalami masalah berat badan berlebihan memang agak menakutkan buat kaum wanita. Apatah lagi jika masalah ini akan menyebabkan kesukaran untuk mencari baju dan saiz bersesuaian.
Kebiasannya juga kaum wanita akan mengalami pertambahan berat badan setiap kali mengandung. Dan memang sukar untuk kembali kurus lebih-lebih lagi bagi yang melakukan pembedahan.
Namun tiada apa yang mustahil. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook melalui page Kelab Diet Kalori, Afiza Ramli yang memberitahu caranya menurunkan berat badan.
Dia yang mengalami pertambahan berat setiap kali mengandung akhirnya tekad untuk kurus. Ini disebabkan menghadapi kesukaran memilih baju yang sesuai serta untuk mengelakkan pelbagai penyakit datang menyerang.
Hanya mengambil masa 3 bulan sahaja dan dia berjaya mengurangkan sebanyak 12 hingga 15 kg. Cara diet diamalkan juga tidak susah, katanya dia hanya mengawal pemakanan sepanjang tempoh itu.
Tambahnya lagi tidak perlu target ‘teruk’ dan jangan stress sepanjang tempoh berdiet kerana bimbang tidak akan menjadi.
Biarpun mengambil masa tetapi hasilnya tetap mengujakan. Dia juga turut berkongsi gambar perbezaan ketika tubuhnya berisi dan setelah mengamalkan diet. Hasilnya penampilan lebih cantik dan menarik.
Sy salu ada mslh kenaikkn berat bdn yg mendadak tiap kli pgnnt..setiap kli pas bsalin mmg teruk sy struggle nk kurus balik…tp yg kli ketiga ni czer..bik masa lama sikit sbb sy da pnat nk diet hobi plak suka mkn..
suka masak,somi plak siap ckp dia xkisah pun klo sy gemok dia xnk pksa sy kurus..dia kata tpulang pada dri sy dia ok je…lagi la sy lupa dri…ari² mkn je kje tp xlama pastu bila pikir fizikal sy yg mkin membolat ngn bju pun ssh cari size..
bju raya taun lepas pun tgkp muat sbb yg bknan smua xde size xl pun xmuat bila sarung,n pikir risiko pykit bila bdn sy gemok..sy jd takut…sy ambik kputusan jg mkn…xlama pun dlm sebulan sy start bln 3 dkt 12-15kg lost…
bln 4,5,6 mmg kelautan hindi hahhaha…blum capai target tp insyaallah smg sy terus kuat tuk dpt kan balik berat yg sy idamkn xnak target terteruk…releks2 je udah dong diet xboleh stress kwn² nnti xmnjadi padan muka hampa tau…hahhaha
d bawah senarai bopa kg sy naik ye spjg pgnnt
1st – 23kg ( buka buku 52kg.due 75kg)2011
2nd- 40kg (buka buku 58kg..due 98kg)2014
3rd – 44kg (buka buku 70kg..due 114kg)2018(buka buku da berat sbb dua bln sblm pgnnt selera menggila..mendadak naik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mencari foundation dan tekstur asas yang tepat sama sukarnya dengan mencari Mr. Right. Berdiri di lorong alat solek menatap barisan warna foundation, cuba memilih ‘yang mana satu’, boleh jadi anda akan termenung lama di situ!
Inilah semua perkara yang anda ingin tahu mengenai foundation. Oleh itu, baca semua soalan lazim yang pernah bermain di fikiran anda untuk memahami jenis foundation yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bagus untuk pemula!
J: Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan.
Pertama ialah coverage. Apakah jenis coverage yang anda cari? Kemasan matte, sesuatu yang glowing, lebih banyak coverage, tidak ada coverage.
Kedua yang perlu dipertimbangkan adalah apakah jenis kulit anda?
Sekiranya kulit anda lebih kering, pilih formula seperti krim atau cecair. Sekiranya anda mempunyai lebih kepada kombinasi dengan kulit berminyak, sebilangan wanita sebenarnya lebih suka mempunyai penampilan yang lebih semi-matte, jadi sesuatu yang akan tetap ada dengan sedikit serbuk dan sebagainya.
J: Sudah tentu. primer menganjalkan untuk mempunyai manfaat penjagaan kulit. Sekiranya anda miliki kulit kombinasi, gunakan mattifying primer. Sekiranya anda mahukan penampilan yang lebih glowing, boleh gunakan glowing primer.
J: Sudah tentu. Pada umumnya individu yang mempunyai kulit kombinasi cenderung mempunyai sedikit pipi yang normal hingga kering sehingga tidak semestinya menggunakan mattifying primer di seluruh bahagian. Tumpukan perhatian pada daerah T-zon. Pelembap yang anda gunakan di seluruh wajah sudah cukup untuk menjaga foundation itu sama seperti pada bahagian pipi.
J: Tidak ada peraturan dengan menggunakan foundation. Setiap wanita boleh memakai apa sahaja yang mereka mahukan tanpa mengira jenis kulit. Sekiranya anda benar-benar menginginkan penampilan yang lebih glowing, gunakan mattifying primer.
J: Itu bergantung pada keadaan kulit, jika anda mempunyai kulit kering dan mahukan penampilan yang lebih matte, maka seharusnya memakainya.
J: Sudah tentu. Pilih foundation yang tahan selama 12 jam atau yang sesuai untuk dipakai pada waktu malam. Anda tidak mahu mengaplikasikan semula keseluruhan solekan, anda hanya boleh menyegarkan semula solekan. Terapkan, ini sangat mudah, dan anda boleh bersiap sedia untuk waktu petang dan apa jua keadaannya.
J: Terdapat beberapa petua mudah, untuk memadankan dari bahagian pipi selalu pastikan bahawa anda sepadan dengan warna di dada saya dan bukan warna di leher kerana kawasan itu tidak terdedah matahari.
Adalah idea yang baik untuk menyapukan sedekat mungkin dan tempat yang paling anda perlukan. Sebilangan besar wanita, memerlukan liputan di bahagian tengah wajah dan anda harus memusatkan perhatian ke telinga kerana di situlah anda memerlukan liputan yang lebih sedikit.
J: Ini semua pilihan peribadi dan ini juga berdasarkan liputan yang anda mahukan. Apa sahaja yang paling selesa. Berus foundation sangat bagus tetapi terdapat sedikit pembaziran produk. Jari pula bagus untuk memanaskan foundation ke dalam kulit sehingga foundation kelihatan lebih menyerupai kulit.
J: Ini sangat menyeronokkan dan mudah. Yang perlu saya buat ialah buka tutup, ia akan terpisah dan ia kembali, dan saya sebenarnya boleh mencucinya dengan sabun ringan biasa, sesuatu yang biasanya saya cuci dengan asas berus.
J: Itu bergantung di mana Kawasan anda mahu sembunyikan. Sekiranya anda menyembunyikan cela atau pigmentasi dan sebagainya dan anda mahukan aplikasi yang tepat, penggunaan berus sangat bagus kerana anda sebenarnya boleh mencampurkannya. Apa yang berlaku dengan minyak di jari anda sebenarnya boleh terus mengeluarkan produk tersebut. Anda akan berada di sana selama berjam-jam di hadapan cermin.
Satu-satunya perkara yang bagus gunakan jari manis anda. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan concealer di bawah mata, maka jari adalah alat aplikasi terbaik untuk itu penggunaan concealer.
J: Jika anda menumpukan pada penggunaan foundation dari bahagian tengah wajah terlebih dahulu, gunakan berus asas, penting untuk tidak menggunakan sehingga semua produk telah benar-benar disimpan dari berus. Gunakan apa yang tinggal di berus sebelum anda membuat permohonan semula.
A: Sekiranya ada lebihan, tisu mungkin merupakan idea yang baik. Tetapi cukup mengunakan jari untuk mengadunkannya sepanjang masa.
A: Kedua-duanya. Tetapan semburan hebat sebelum dan selepasnya. Setting Spray menetapkan solekan dan membantu anda merasa lebih santai kerana anda akan memperoleh kemasan yang bertahan seharian. Perkara lain dengan serbuk adalah bahawa jika anda mempunyai T-zon berminyak, serbuk diperlukan di mana Kawasan yang cenderung mendapat sedikit minyak. Sekiranya anda mempunyai hari yang sangat panjang di tempat kerja, dan akan keluar pada malam, anda boleh menggunakan setting spray untuk menyegarkan solekan anda.
J: Anda tahu sekarang ada trend sebenar dengan loose powder dan cara anda menggunakannya. Sekali lagi, ini adalah keutamaan, sebenarnya. Sebilangan besar formula datang dalam formula compact atau formula loose, serupa antara satu sama lain.
J: Ya, untuk meletakkan foundation terlebih dahulu kerana apa yang anda dapati adalah bahawa anda banyak perkara yang perlu sembunyikan dengan foundation dan kemudian anda perlu menerapkan hanya sentuhan terakhir dengan concealer supaya anda tidak berlebihan dengan liputan.
J: Ini benar-benar sama dengan foundation, jika anda menyembunyikan cela atau pigmentasi. Tetapi jika anda cuba menyembunyikan sedikit pigmentasi atau kemerahan, ada baiknya sedikit lebih pekat foundation dan penyembunyian daripada warna kulit anda. Apa sahaja yang lebih ringan adalah terbaik.
J: Falsafah mengenai foundation adalah bahawa kulit semestinya kelihatan seperti kulit. Semestinya versi kulit anda lebih baik kerana itulah yang diinginkan oleh kebanyakan wanita, agar kelihatan cantik dan sihat.
Petuanya ialah jika anda membuat kontur, pastikan anda menyatu dan memahami bahawa kontur untuk malam atau selfie Instagram berbeza sama sekali. Ada cara untuk melakukan kontur secara halus dan menyatu dengan sangat baik, berbanding dengan penampilan yang berstruktur dan berkontur yang hanya sesuai untuk selfie dan waktu malam anda dan khususnya pencahayaan.
J: Tidak semestinya lebih ringan daripada foundation anda hanya kerana biasanya yang cuba kita sembunyikan adalah berusaha menyembunyikannya. Anda tidak mahu menonjolkan, tetapi mahu menyembunyikan. Ia mestilah warna yang sama dengan foundation anda.
J: Sudah tentu. Tidak ada peraturan atau alasan mengapa anda tidak dapat mencampurkannya. Bagus untuk anda kerana bersikap proaktif mencari warna yang sempurna.
J: Ya, betul. Belakang tangan adalah idea yang baik.
J: Sekali lagi, bergantung pada jenis kulit. Sekiranya anda lebih berminyak di T-zon, kulit gabungan anda, hanya perlu menggunakan serbuk itu, tetapi jika anda memilih penampilan yang glowing, anda mungkin akan membuang serbuk itu.
J: Kita perlu kembali ke penjagaan kulit. Dari pemahaman anda bersisik bermaksud kelihatan sedikit kering. Menggunakan illuminating primer, pastikan bahawa anda menggunakan jenis penjagaan kulit yang betul, iaitu pelembap. Juga, periksa formula anda. Mungkin formula foundation terlalu kering untuk kulit anda, yang menjadikannya terpisah dan menjadi sedikit bersisik.
J: Ya, betul, apa sahaja yang perlu anda lakukan. Kecuali jika anda sangat profesional menggunakan berus solekan, percampuran mungkin lebih mudah dilakukan dengan jari atau span, sementara berus asas adalah baik untuk benar-benar menggunakan produk.
J: Sekali lagi, kembali ke penjagaan kulit, pelembap dan primer pelembap juga, dan serbuk lut yang tidak kelihatan. Semak formula anda mahukan penampilan yang glowing apabila anda mempunyai warna kulit berminyak, tetapi jika ia menjadikan foundation anda terpisah, itu mungkin bukan formula yang tepat untuk anda. Cubalah pelembap dan primer yang bebas minyak.
SUMBER: Tips from Estée Lauder’s National Education Manager
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.