Seperti yang kita semua tahu, anak-anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi sering menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja disebabkan mempunyai rupa paras yang indah,namun akhlak dan keperibadian yang baik juga membuatkan semua kagum.
Baru-baru ini, Norman Hakim telah membuat kejutan buat anaknya Marissa Dania,13, dengan menghadiri rumah terbuka sekolahnya di Ma’ahad Tafiz As-Sofa, Seremban, Negeri Sembilan.
Para pengikut instagram Norman juga terharu melihat kejutan yang dibuat oleh Norman ini selain memuji penampilan Marissa yang manis bertudung labuh.
Beruntung Norman dikurniakan anak yang solehah dan begitu lemah lembut. Marissa juga beruntung kerana ayahnya begitu mengambil berat akan dirinya. Moga Marissa akan terus istiqamah dan menjadi insan yang berguna apabila dewasa nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Insiden yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli belah baru-baru ini benar-benar menggemparkan khususnya industri bola sepak negara.
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Faisal Halim.
YB Fadhlina Sidek memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya pada semalam.
Hantaran itu memaparkan foto berdua beliau bersama Faisal Halim ketika kunjungan beliau ke Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi pada Januari 2022.
YB Fadhlina Sidek menzahirkan rasa dukacitanya terhadap kejadian yang berlaku.
Tulis beliau di ruangan kapsyen: –
“Berasa dukacita atas kejadian yang menimpa tonggak pasukan bola sepak negara, saudara Faisal Halim yang kini berada dalam pantauan dan rawatan rapi.
“Beliau mengalami kelecuran tahap empat dan perlu menghadapi beberapa prosedur perubatan.”
Selain itu, YB Fadhlina Sidek turut menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas Faisal Halim.
“Kejadian yang menimpa beliau ini merupakan suatu tindakan tidak berperikemanusiaan dan berniat jahat serta menuntut tindakan tegas secara perundangan.”
Menurut YB Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ini, beliau bersama rakan-rakan sentiasa mendoakan agar Faisal Halim diberikan kemudahan dalam setiap urusan serta dikurniakan kesembuhan agar dapat kembali berbakti kepada negara.
Dalam hantaran yang sama, YB Fadhlina memaklumkan beliau turut menerima khabar daripada sahabatnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bahawa Faisal Halim bakal menerima rawatan terbaik dan sokongan sepanjang proses pemulihan di Institut Sukan Negara.
Bagi YB Fadhlina Sidek, anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu sentiasa menjadi contoh dan kebanggaan anak-anak muda khususnya di Seberang Perai dan Pulau Pinang.
“Sama-sama kita doakan saudara Faisal Halim (a.k.a ‘Mickey’) agar terus kuat dan kembali sihat untuk meneruskan bakti kepada negara.”
Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan rakan seperjuangan Faisal Halim iaitu Akhyar Rashid yang cedera akibat dipukul semasa disamun baru-baru ini.
“Doa kami buat para wira negara! Faisal dan Akhyar tetap kuat dan akan bangkit semula!”
Untuk info, (menurut sumber) pada petang kejadian Faisal Halim bersama isteri dan anak dikatakan sedang menuju ke kereta yang diparkir di pusat beli-belah sekitar Kota Damansara sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal.
Mereka menghampiri Faisal Halim dan salah seorang menyimbah asid ke arah Faisal. Akibat daripada insiden tersebut, pemain bola sepak berusia 26 tahun ini melecur teruk di badan.
Terkini, Faisal Halim disahkan melecur tahap 4 dan menjalani pembedahan kedua di salah sebuah hospital di Shah Alam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penampilan seseorang itu terselah dengan pelbagai aspek seperti pemakaian, kelakuan, serta lain-lain perkara yang membantu untuk menunjukkan keperibadian mereka. Apa yang lebih jelas ternampak adalah dari aspek pemakaian seseorang itu.
Penampilan baru yang dimuat naik oleh pelakon tanah air, Ernne Erynna, menunjukkan gaya yang baharu tidak seperti kebiasaannya. Ramai juga yang memuji usahanya untuk lebih sopan dan ayu.
Perkongsian terkini oleh Syazlynne Erynne Abdullah atau lebih gemar dikenali sebagai Erynne Erynna itu telah mengejutkan ramai dengan gaya terbaharunya. Dia kelihatan sopan dan gembira dengan gaya yang di bawa itu.
Erynne memuat naik pautan video yang menunjukkan dia menggayakan pakaian jaket, dipadan bersama seluar baggy dan tudung hitam yang menutupi dadanya. Gaya yang simple dan minimalis itu sangat sesuai untuknya kerana gaya ini kelihatan sesuai untuk bergerak serta sempoi.
“Just trying out for now. Slowly but surely, InsyaAllah.”
Itulah serangkap dua ayat yang ditulis olehnya pada ruangan kapsyen pautan video yang di muat naik pada laman media sosial Instagram. Manis dan sopan, dia juga kelihatan sangat merendah diri untuk memadankan gaya menutupi aurat ini.
Sokongang dari pengikutnya di media sosial sangat menggalakkan dan positif supaya dia kekal istiqamah dalam perubahan pemakaiannya. Ada juga yang kata dia kelihatan seperti gadis yang masih lagi bersekolah dan kelihatan sangat comel.
“Aw, maintain please, sumpah lawa sangat dan syariah compliance too!Don’t be afraid. You are on the right track girl! May Allah SWT bless you,
“MasyaAllah…semoga dipermudahkan segalanya dear, always doa for you,
“MasyaAllah, tabarakallah, Semoga terus istiqamah. Love you Erynne since you kid.” itulah antara komen yang di tulis pada posting yang dikongsinya.
Dia juga meluahkan rasa terharunya pada Instagram Story apabila ramai yang mulai beri kata-kata semangat dan menyokong perubahannya. Syukur katanya kerana tidak sangka ramai yang ada bersamanya ketika ini.
“Ya Allah, ramai sungguh yang mendoakan baik-baik untuk Erynne. Not only in this post but all of my post,
“Just to clarify mungkin ada yang ingat Erynne dah start pakai tudung fullythrough this post, but actually I was just trying out and yes dengan niat cuba dan cuba untuk sentiasa istiqamah,
“May Allah SWT bless each and every one of you dunia akhirat, amin. I am blessed and forever grateful, Alhamdulillah. Erynne sayang pada semua. Terima kasih beribu-ribu kasih.” katanya.
Erynne Erynna, 25, telah mula bergiat dalam industri seni tanah air sejak kecil lagi pada tahun 2004. Dia juga pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
Perjalanan buat Erynne masih panjang dalam proses penghijrahannya untuk menutup aurat sepenuhnya. Namun, kami dari Hijabista mendoakan semoga Erynne tetap cekal dan istiqamah dalam perubahan ini!
Kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan. Apatah lagi jika orang itu ialah adik beradik kita yang membesar bersama-sama sejak dari kecil. Itulah yang dirasai oleh pelakon drama rantaian popular, Klik Pengantin Musim Salju yang baru saja kehilangan adik bongsu tersayang.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.