
Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Bunga yang berasal dari Afrika Utara dan Asia Tenggara ini bukan sahaja cantik dipandang malah boleh dijadikan teh.
Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Teh yang diperbuat daripada kelopak kering bunga raya ini berwarna merah tua. Teh ini mempunyai ciri rasa masam manis yang juga boleh diminum panas atau sejuk.
Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Di negara-negara Afrika, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
Berikut perkongsian daripada Ana Mahabu tentang cara membuat teh bunga raya.

Membuat teh bunga raya sebenarnya sangat mudah. Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air
3 sudu bunga raya kembang (kering) atau 5 bunga raya kembang yang segar
7 sentimeter kayu manis
2 sudu madu makan
1 biji oren (ambil airnya)

CARA MEMBUAT:
1. Setelah semua bahan siap, kemudian rebus air hingga mendidih.
2. Masukkan bunga raya kembang dan kayu manis dan rebus hingga bunga raya kembang layu hingga air berubah warna.
3. Keluarkan dan tapis ke dalam gelas.
4. Masukkan madu dan jus lemon. Nikmati semasa panas.

Selain dapat menurunkan tekanan darah, manfaat lain dari teh bunga raya adalah sebagai ubat selesema semula jadi, meningkatkan tenaga dalam badan, menyembuhkan sakit tekak dan batuk, mengatasi keguguran rambut dan mengatasi kelebihan kolesterol dalam badan.
Semoga ramuan ini bermanfaat dan jangan lupa membuat teh bunga raya di rumah. Jaga kesihatan tubuh dengan menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar anda.
Sekiranya dengan cara yang mudah dan murah anda dapat mendapatkan tubuh yang sihat, mengapa anda harus mencari cara yang sukar dan mahal untuk menjadi sihat. Jom jadikan amalan harian. Jagalah kesihatan kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai.
Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by siobhan-polizzi from Unsplash/Photo by алекке-блажин from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Amyra Rosli Dedah Rahsia Langsing Lepas Bersalin Hanya Dengan Amal Minum Lemon Suam Untuk Detoks

Memang menjadi lumrah seseorang wanita itu akan mengalami pertambahan berat badan ketika mengandung. Dan menjadi cabaran bagaimana untuk mengembalikan bentuk badan kepada saiz asal. Bagi selebriti Amyra Rosli dia juga turut mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan walaupun tidak begitu ketara perubahannya. Memandangkan penampilan menarik penting bagi mengekalkan populariti sebagai pelakon, Amyra Rosli tekad untuk mendapatkan berat badan asal.
Nama Amyra yang menjadi sebutan gara-gara watak pelacur dibawakan dalam drama bersiri Nur Ramadan lalu. Drama Nur yang bersiaran di TV3 disifatkan penonton sebuah karya Islamik yanb penuh dengan isu kontroversi.
Turut berlakon dalam drama yang cukup trending ini adalah Kyle Syafiq, Fatima Abu Bakar, Noorkhiriah, Datuk Jalaludin Hassan dan juga Azhan Rani.
Menurut Amyra untuk mendapatkan berat ideal tidak ada petua tertentu yang diamalkannya, malah dia yang selamat melahirkan anak sulungnya itu Oktober tahun lalu tidak menghadkan apa jua pengambilan pemakanan.
PERTAMBAHAN BERAT BADAN
Sebaliknya pelakon cantik ini akan akan makan nasi seperti biasa memandangkan dia juga perlu memberi susu badan kepada anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang baru berusia 4 bulan.
Memiliki berat 45 kg sebelum itu dan mengalami pertambahan kepada 58 kg sepanjang kehamilan hingga bersalin tempohari membuatkan dirinya sedikit risau.
Dan bagi mendapatkan berat badan asal, Amyra akui terpaksa bersungguh-sungguh dan memaksa diri untuk memastikan stamina kekal cergas dan kembali mendapat tubuh langsing.
“Kita tak boleh nak skip makan kerana Aqeef menyusu badan. Jadi apa yang Myra lakukan adalah cuba mengawal perkara lain, misalnya selepas makan tidak terus minum air. Myra tahu kena berdisiplin kerana berazam untuk membuat ‘comeback’ setelah hampir setahun berehat dalam dunia lakonan.
“Anak juga sebenarnya menjadi faktor utama Myra cepat alami susut berat badan. Maklumlah Aqeef makin lama makin berat dan menguruskan keperluan dirinya setiap hari membuatkan Myra penat tetapi seronok ,” ujar Amyra ketika ditemui memperagakan koleksi Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di sebuah hotel di Putrajaya.
ELAK KULIT JADI KUSAM
Menurut Amyra juga sejak dulu dia adalah antara selebriti yang begitu menjaga kecantikannya. Tidak mahu kulit jadi kusam dan tidak bermaya selepas melahirkan anak, Myra gunakan petua tertentu untuk kekal jelita.
Setelah mempunyai anak, perubahan paling ketara yang dia alami adalah masalah rambut gugur. Jadi untuk mengelak rambut terus gugur, Myra akan sentiasa melakukan ‘treatment’ bagi memastikan mahkotanya itu kekal sihat dan bersinar.
“Manakala untuk penjagaan badan pula, Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur dengan lemon atau teh campur lemon setiap hari.
“Sama juga dengan masalah kulit, Myra jenis tak suka tidur dengan mekap. Jadi Myra akan kerap mencuci muka dan tidur dalam keadaan muka sudah bersih. Maksud kerap cuci ini bukanlah cuci dengan sabun tetapi lebih kepada cucian biasa.
“Bagi Myra jika tanpa penggunaan bahan ‘chemical’, kulit wajah Myra akan terasa lebih mudah untuk diurus,” jelasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEK KEMBANG COTTON & AMYRA ROSLI
Tolong! Kulit Terbakar Di ‘Panah’ Mentari, Ini Cara Agar Kulit Hijabi Kembali ‘Soothing’

Cuaca yang panas dan panahan sinar mentari yang terik membuatkan kulit seolah garing dan ranggup terbakar, sekaligus membuatkan kulit menjadi kering serta hilang kelembapan dengan cepat.
Justeru, kulit memerlukan rawatan dan penjagaan ekstra pada musim-musim panas ini agar nutrisi kulit dapat dikembalikan dan kesihatanya terjamin!
Selain minum lebih banyak air masak agar semua lembapan yang hilang dapat dipulihkan semula. Hijabista mengesyorkan agar Hijabi merawat kulit yang terbakar atau sunburn itu secara semulajadi. Bagaimana caranya? Jom semak!
Atasi Masalah Kerengsaan Kulit Akibat Cuaca Panas Dengan Tumbuhan Ini!
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan semula jadi yang kaya dengan khasiat dan manfaat kepada manusia sama ada bagi kegunaan luaran mahupun dalaman.
Memetik laporan Berita Harian, Beberapa kajian membuktikan bahawa, Aloe Vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.
Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.
Selain itu, dalam perawatan kulit, Aloe Vera berupaya merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar.
Lebih menarik lagi, Aloe Vera bertindak sebagai perisai yang menghalang jangkitan kuman kerana mempunyai sifat anti-bakteria.
Sifat Anti-Bakteria inilah yang berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel kulit yang rosak dari dalam serta menghasilkan kolagen dan protein yang melambatkan proses penuaan kulit dan juga kedutan.
Cara Aplikasikan Aloe Vera Pada Kulit Ketika Musim Panas
Berikut Hijabista kongsikan beberapa cara yang tepat untuk menggunakan dan mengaplikasikan Aloe Vera sebagai perawatan kulit khusunya ketika musim panas terik yang melanda negara tropika seperti Malaysia.
Singkirkan Kulit Mati Guna Aloe Vera sebagai ‘Exfoliator’
Hijabi boleh gunakan Aloe Vera sebagai ‘exfoliator’ untuk menyingkirkan kulit-kulit mati pada wajah.
Malah, ia lebih baik jika digunakan sebagai scrub kerana bukan sahaja dapat menghilangkan kulit mati, tetapi menyingkirkan juga kotoran yang boleh menyumbat liang pori sehingga boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
Artikel berkaitan: Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit
Selain itu, lapisan kulit yang mati jika tidak disingkirkan akan membuat kulit menjadi gelap, kusam dan membuatkan wajah kelihatan suram kerana seri semulajadi wajah telah terlindung.
Hijabista mengesyorkan agar Hijabi menggunakan scrub wajah ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Sejukkan Kulit Dikala Panas, Jadikan Aloe Vera ‘Masker Penyejuk’
Memiliki sensasi menyejukkan secara semulajadi membuatkan Aloe Vera memberikan kesan segar dan menyegarkan pada kulit wajah anda. Kandungan ini dapat menenangkan (Soothing) kulit yang merengsa akibat sinar UV yabg berlebihan atau ruam kulit.
Aloe Vera juga sangat sesuai untuk digunapakai sebagai masker, dalam masa sama ia dapat meningkatkan kolagen, melembapkan kulit, dan menambah kesegaran wajah.
Adalah lebih baik jika hijabi dapat menggunakan masker ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Artikel berkaitan: Buat Sendiri Je Kiub Ais Aloe Vera Untuk Kecutkan Jerawat. Kulit Pun Jadi Licin Sekali!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kenali Punca Bulu Mata Gugur Dan Cara Tumbuhkannya Kembali Menurut Trichologist

Dari mata jatuhnya ke hati. Mata menjadi tumpuan utama hijabi ketika bersolek malah ada yang meletakkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai bahawa mata menjadi tumpuan. Ada juga individu yang rasa rendah diri apabila tidak mempunyai bulu mata yang diinginkan.
Kadar kelebatan bulu mata mempunyai beberapa faktor salah satunya faktor keturunan dan ada juga faktor lain yang menyebabkan keguguran. Rasanya bukan menjadi perkara yang aneh lagi jika sesekali anda bulu mata jatuh di pipi. Namun, jika perhatikan bulu mata anda kerap jatuh dengan jumlah yang banyak atau gugur, mungkin itu tandanya ada sesuatu yang perlu diberi perhatian. Mengapa ini terjadi? Ini antara faktor bulu mata anda kerap gugur:
1. Stres dan trauma
Pada umumnya, keguguran pada rambut yang berlebihan boleh disebabkan ketika anda sedang mengalami stres, tidak terkecuali bulu mata sekalipun. Menurut Mraz Robinson, pakar kulit di Westport, Connecticut, jenis rambut gugur ini disebut telogen effluvium yang mana kerap dikaitkan dengan trauma atau stres kerana pembedahan, melahirkan, penyakit serius, atau stres emosional. “Stres mendorong lebih banyak rambut dari biasanya untuk memasuki fasa telogen atau resting (beristirahat) dari siklus pertumbuhan rambut yang dapat membuat kulit kepala, alis, dan bulu mata anda terlihat lebih tipis,” ujar Robinson. Selain stres, kebiasan juga dapat mempengaruhi penipisan rambut. “Anda akan cenderung menggosok wajah dan mata lebih kerap ketika stres atau bahkan mencabut bulu mata sendiri,” tambah Robinson melalui artikel di majalah Allure.
2. Keadaan perubatan
Trauma adalah penyebab paling umum dari gugurnya bulu mata, namun terkadang dapat juga disebabkan kerana keadaan perubatan. “Jika anda melihat ada bahagian bulu mata yang gugur, biasanya disebabkan dari keadaan autoimun yang disebut alopecia areata yang boleh menyebabkan peradangan pada folikel rambut dan ada juga pendapat pakar perkara ini boleh juga boleh dipengaruhi oleh hormon.
3. Radangan, jangkitan, atau iritasi
Jangkitan pada garis bulu mata, seperti styes, sering diakibatkan peradangan yang signifikan dan menyebabkan keguguran pada bulu mata. Selain penyakit alopecia areata, radangan pada mata juga boleh disebabkan dari produk-produk riasan mata atau pembersih wajah yang salah. Area mata memang cenderung lebih sensitif, maka sangat terdedah terkena jangkitan atau iritasi. Jadi, anda perlu untuk menjaga kebersihan wajah, khususnya pada area mata dan lebihan lagi kandungan dari produk perawatan dan riasan mata.
4. Kesalahan menggunakan eyelash extension atau lem bulu mata
Lem bulu mata dan eyelash extension adalah salah satu penyebab paling umum timbulnya alergi dan iritasi pada kulit mata. Jenis ketebalan eyelash extension dapat mempengaruhi keguguran pada bulu mata asal. Jika menggunakan eyelash extension dengan volume yang tipis dan lebih halus tidak akan terlalu mempengaruhi keguguran bulu mata asal. Manakala eyelash extension dengan volume tebal dapat menurunkan tampilan bulu mata asal dan lebih sukar untuk dihilangkan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Insaf Lepas Dengar Ceramah Ustaz Di Youtube, Jurusolek Ini Nekad Henti Guna Bulu Mata…
5. Cara pembersihan yang salah
Bagi anda yang kerap melakukan perawatan wajah harian, pastikan selalu perhatikan cara membersihkan wajah, ya! Apabila terjadi kesalahan dalam cara membersihkan di sekitar area mata boleh jadi bulu mata anda berisiko gugur. Saranan pakar untuk mengusap area mata dengan lembut dan menepuk-nepuk secara pelahan dengan tuala setelah mencuci wajah. Lebih baik menggunakan jenis cleansing oil untuk menghilangkan solekan, terutama pada kaawasan bulu mata, kerana lebih efektif dan cepat membersihkan sisa kotoran dan kurangkan risiko iritasi.
Seperti yang disiarkan dari byrdie.com, Dr. Penny James, seorang trichologist yang juga pemilik salon Penny James di New York, memberikan tip agar bulu mata yang gugur boleh tumbuh kembali seperti semula jadi. Ikuti cara dan tip berguna ini:
1. Menggunakan minyak kepala
Meski tidak ada bukti ilmiah yang menyokong bahawa minyak kelapa dapat meningkatkan pertumbuhan bulu mata atau jenis pertumbuhan rambut lainnya, namun minyak kelapa kerap boleh dipercayai menjadi salah satu kandungan utama perawatan rambut yang baik. Cubalah untuk melapisi bulu mata menggunakan minyak kelapa di malam hari menggunakan sikat maskara bersih.
2. Hindari pemakaian eyelash curler
Ya benar! Bulu mata yang lentik merupakan sentuhan terakhir ketika merias wajah demi mendapatkan penampilan yang sempurna. Namun, pemakaian eyelash curler merupakan bukan idea yang baik ketika bulu mata sedang mengalami keguguran. Mengepit bulu mata dengan stainless steel tidak dapat membantu meningkatkan pertumbuhan. Justeru, bulu mata yang lentik dapat melemahkan akarnya, yang mengakibatkan patah dan gugur. Sebagai gantinya, Anda boleh menggunakan maskara yang diformulasikan khusus untuk mengangkat dan melentikkan bulu mata.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Guna Bedak Bayi Lentikkan Bulu Mata Secara Semula Jadi, Cubalah, Menjadi!
3. Gunakan eyelash serum
Selain minyak kelapa, anda juga boleh menggunakan eyelash serum untuk menumbuhkan kembali bulu mata yang gugur. Pilihlah produk yang memiliki kandungan kaya dengan biotin dan vitamin kerana mampu bekerja dengan baik dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Lash serum juga dapat memperbaiki keadaan bulu mata hanya dalam beberapa minggu. Cukup aplikasikan setiap hari pada akar bulu mata untuk hasil yang lebih panjang dan tebal.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini 10 Serum Bulu Mata Terbaik Untuk Kesan Lebatkan dan Panjang Dalam Masa Seminggu
4. Hindari menggunakan bulu mata palsu seketika
Hindari penggunaan ekstensi bulu mata, lem, dan bulu mata palsu kerana cenderung menghalang proses pertumbuhan dan menyebabkan kerosakan, juga kerapuhan. Jika penyambung bulu mata jatuh atau putus, secara lansung bulu mata asal juga akan ikut terbawa. Sementara itu Ketika menanggalkan bulu mata palsu, anda harus menariknya dan besar kemungkinan bulu mata asal ikut tertarik.
BACA JUGA ARTIKEL: Bulu Mata Palsu Nampak Cantik Tapi Rupanya Berisiko. Ini Nasihat Untuk Pemula
5. Berhati-hati saat membersihkan solekan
Membersihkan solekan setelah seharian menggunakannnya, apalagi anda yang menggunakan heavy makeup yang membuat wajah terasa meleket dan berminyak. Ketika membersihkan solekan, sebaiknya lakukannya dengan berhati-hati ya agar tidak merosakkan bulu mata dan pertumbuhannya. Menggunakan kapas juga tanpa sedar boleh menyebabkan permasalahan baru pada bulu mata, anda boleh mencuba cleansing balm sebagai pembersih solekan.