“Patutnya bulan puasa ni lagi senang nak turunkan berat badan bukan, tapi hampir seminggu puasa ni rasanya makin naik adalah. Di mana silapnya?”
Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.
Pelbagai juadah berbuka dan sahur yang mungkin mengoda untuk anda menikmatinya, ruang antara dua waktu makan ini mendorong bertambah berat badan. Kemahuan berlebihan itu akan memusnahkan goal kita untuk turunkan berat badan di bulan Ramadan.
Puan Siti Norsafiah Mohd Yusoff, Pegawai Pemakanan (Nutrisi) Bahagian Pemakanan KKM menekankan agar kita faham erti sebalik perkataan PUASA.
Ads
P – PILIHAN: Buat pilihan yang sederhana kerana semua pilihan di tangan anda. Pilih makanan yang sederhana yang mempunyai rendah kalori, boleh menurunkan berat badan yang tidak boleh mendatangkan risiko penyakit.
U – UTAMA: Dahulukan makanan atau menu yang sihat, contohnya, seperti makanan yang kukus, panggang, sup dan rebus. Jika boleh, hadkan makanan yang bergoreng dan bersantan serta berminyak.
Ads
A – AIR: Minum 8 gelas atau 2 liter air kosong antara waktu berbuka sehingga sahur, supaya anda bertenaga sepanjang hari dan terhidrat. Alternatif lain untuk menggantikan air, gantikan sup atau minuman seperti jus dan sebaik-baiknya tanpa gula.
S – SEIMBANG: Masalah sembelit sering timbul ketika bulan Ramadan, akibat dari pengambilan yang tidak seimbang. Pastikan pngambilan sayur dan buah bagi menjamin kesihatan yang optimum.
Ads
A – AMALKAN: Jadikan gaya hidup sihat ini bukan sahaja di bulan Ramadan, sebaiknya teruskan bukan sahaja untuk turunkan berat badan tetapi untuk kekalkan kesihatan di tahap yang baik.
Amalkan pemakanan sihat seperti gaya hidup, untuk mengelakkan anda dari didatangi penyakit-penyakit yang tidak diingini. Kekalkan istiqamah menjaga kesihatan anda untuk memudahkan beribadah.
Umum sedia maklum tentang pergolakkan rumah tangga yang dialami oleh aktor kacak Hafidz Roshdi melibatkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga mengakibatkan mahligai yang dibina kini retak menanti belah, apabila isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih dikenali sebagai Shu bertindak memfailkan penceraian agar kemelut ini dapat diselesaikan.
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu kisah penceraianya, Shu berkata dia enggan menoleh ke belakang lagi dan akan meneruskan kehidupannya serta nekad menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shuhada sendiri, ketika ditemui oleh pengamal media baru-baru ini. Akhbar tempatan melaporkan bahawa, Shu berkata, dia akan mengejar cita-citanya dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
“Selepas ini, saya akan sambung belajar, mencari ilmu dan akan mengejar cita-cita saya. Saya tak mahu terus terperuk, tetapi nak lebarkan sayap saya dan terbang tinggi.
“Saya nak sambung pengajian ke peringkat ijazah, tapi, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.
Dalam pada itu, Shu berkata dia kini ada menerima beberapa tawaran pekerjaan namun masih belum membuat sebarang keputusan.
Jelasnya lagi, dia juga berhasrat mengorak langkah semula dalam bidang perniagaan yang terpaksa ditutup sebelum ini.
“Untuk perniagaan, saya akan mulakan semula. Saya nak tinggalkan segala kesedihan dan mulakan hidup baharu.
“Shu ada terima tawaran kerja, banyak juga yang saya terima. Tetapi, semuanya masih dalam perancangan,” ujarnya.
Tambah Shu lagi, dia menerima dengan hati yang terbuka dan redha terhadap situasi rumah tangganya yang penuh dengan dugaan dan cabaran, serta beranggapan bahawa itu semua adalah takdir dan ketentuan yang dituliskan Allah untuknya.
“Semua takdir ini sudah ditulis Allah untuk saya dan anak-anak. Saya terima dengan hati terbuka bahawa semuanya hak Allah. Allah bagi kepada saya dan anak-anak, dan sekarang, dia nak ambil balik. Saya dah bersedia.
“Saya serahkan kepada Allah. Hidup kita ini penuh dengan kejutan dan ini adalah benar-benar kejutan buat saya.
“Semua yang berlaku, atas pilihan yang dibuat Hafidz. Dia yang pilih semua ini. Harapan saya, agar semuanya dapat berakhir dengan baik,” tegasnya.
Sekadar info, Shu dan hafidz mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humaira 6, dan Umar 3 tahun.
Memandangkan rempah ratus telah menjadi sebahagian daripada budaya India, daripada menyerlahkan rasa makanan istimewa kepada menyembuhkan penyakit dengan sifat perubatannya. Minum air ketumbar untuk turunkan berat badan, pakar cadang untuk cantik dan sihat.
Rempah seperti ketumbar boleh menjadi pilihan semula jadi terbaik untuk meningkatkan imuniti dan menurunkan berat badan dengan mudah.Tetapi adakah anda tahu apa yang berlaku apabila anda minum air ketumbar semasa perut kosong?
Biji ketumbar secara semula jadi kaya dengan nutrien penting seperti vitamin K, C, dan A bersama dengan serat dan antioksidan yang membantu dalam meningkatkan metabolisme dan imuniti.
Selain itu, menghirup minuman ini secara semulajadi boleh membantu dalam membakar lemak, meningkatkan kesihatan penghadaman dan menyembuhkan gangguan buah pinggang.Inilah yang berlaku apabila anda minum minuman berasaskan rempah ini setiap hari.
Minum air biji ketumbar semasa perut kosong boleh membantu dalam detoksifikasi badan dengan membuang toksin.Menggabungkan minuman ini dengan jus lemon dan madu membantu dalam pengurusan berat badan yang lebih baik.
Air biji ketumbar bukan sahaja kaya dengan antioksidan, tetapi pada masa yang sama ia sarat dengan mineral dan mempunyai ciri-ciri anti-kulat, dan antibakteria.
Minum air detoks ini semasa perut kosong boleh meningkatkan cahaya kulit dan membersihkan jerawat dan masalah kulit.Selain itu, sifat antikulat dalam minuman ini membantu dalam membuang toksin dan alergen dari badan.
Memulakan hari dengan cecair boleh membantu dalam penghidratan badan yang lebih baik dan membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit yang sihat. Menghirup minuman ketumbar suam boleh membantu dalam membuang toksin.
Menghirup air biji ketumbar semasa perut kosong membantu dalam membuang toksin dan mengurangkan kembung perut dan ketidakselesaan.Selain itu, minuman detoks ini juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam menggalakkan penurunan berat badan.
Air biji ketumbar sarat dengan nutrien seperti vitamin K, C, dan A, yang membantu dalam menguatkan folikel rambut dan mengurangkan rambut patah secara tiba-tiba.
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.