Individu perlu bijak atur pengambilan kalori, bersenam untuk turunkan berat badan. Ramai yang bertanya, ‘kalau nak kurus, mana yang lebih utama?’, ‘adakah perlu diet sahaja atau senaman sahaja? atau kedua-duanya sekali?’ 

Sumber gambar: The New York Times

Sebenarnya, banyak kaedah yang boleh dipraktikkan dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Terdapat pelbagai ideologi dari barat mahupun timur dalam pengurusan berat badan. Bagi saya, tidak salah untuk mencuba pelbagai kaedah kaedah asalkan ia tidak memudaratkan dan terbukti berkesan serta sesuai kepada tubuh badan individu. Tidak semua kaedah itu serasi. Ini adalah kerana, setiap individu memiliki keunikan tersendiri. Sesuaikan dengan peredaran zaman, faktor sekeliling, peralatan yang mencukupi, masa, tenaga, umur dan keupayaan. 

Makan ikut keperluan 

Sumber gambar: Harvard Health

Diet bermaksud makan semua jenis zat yang terkandung dalam makanan secara seimbang mengikut piramid makanan. Ini bermakna, kita perlu makan mengikut kuantiti piramid secara terperinci, tidak lebih dan tidak kurang. Pemakanan yang lengkap termasuklah karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin dengan kadar yang ditetapkan menurut Persatuan Kesihatan Sedunia. (WHO)

Secara purata, individu yang sihat memerlukan 2000 kalori sehari untuk berat badan yang normal. Lelaki yang aktif kebiasaannya memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita. Umur, jantina, genetik, suhu, aktiviti harian dan psikologi adalah faktor yang mempengaruhi pengambilan kalori.

IKLAN

Oleh kerana itu, anda perlu bijak mengatur bentuk dan sumber pemakanan anda. Contohnya, sekiranya anda akan melakukan aktiviti mendaki bukit selama 5 jam di Bukit Tabur, Ampang. Anda akan memerlukan lebih 1500 kalori untuk aktiviti 5 jam itu sahaja, tidak termasuk aktiviti lain.

Gunakan kalori kalkulator untuk pengiraan terperinci. Kekurangan kalori akan membuatkan diri berasa letih dan lesu, berasa pening serta tidak dapat meneruskan aktiviti. Jadilah individu yang peka dan bijak dengan melakukan lakukan persiapan awal. Kalori yang berlebihan akan disimpan. Ia ibarat belon yang akan terus membesar sekiranya kalori tersebut tidak digunakan.

IKLAN

Diet lebih berkesan? 

Bersenam pula merupakan aktiviti fizikal secara terancang, mempunyai objektif jangka pendek dan panjang. Ramai beranggapan, naik turun tangga di rumah dah mencukupi sebagai senaman. Namun, itu hanyalah aktiviti harian, tidak mendatangkan tekanan kepada otot dan jantung, sama seperti anda berjalan pergi dapur, minum air dan duduk kembali. Senaman mestilah sesuatu aktiviti yang meningkatkan tekanan nadi. Daripada keadaan rehat kepada lebih 55 peratus bergantung kepada tahap dan objektif senaman. 

IKLAN

Konklusinya, bagi mereka yang hendak kurus, dietlah yang paling memberi impak maksima. Ini adalah kerana kalori berlebihan merupakan penyumbang utama mengapa seseorang itu menjadi obesiti. Manakala seseorang yang tidak aktif bukan penyebab obesiti, tetapi lebih kepada pasif dan lemah jisim otot, jantung dan sebagainya.   pastedGraphic.pngBagi mereka yang ingin cepat kurus dalam masa yang paling pantas, lakukan senaman dan kawal pemakanan anda. Pilih senaman yang sesuai untuk anda, modify mengikut kebolehan individu. Antara senaman yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah crossfit training dan circuit training. 

Senaman ini telah terbukti dan dilakukan di seluruh pelosok dunia, terkenal dan sangat mencabar. Kelebihan senaman ini adalah mempunyai hampir semua komponen kecergasan seperti kekuatan kardiovaskular, kekuatan, fleksibel, kepantasan, kelincahan dan sebagainya. Boleh dikatakan senaman ini all in 1. Anda buat, anda dapat!

https://www.youtube.com/watch?v=L8Fbfx-Uv6I

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI