
Salah satu minuman terbaik untuk diet adalah air detoks. Selain membuang toksin dalam badan, air detoks dikatakan mampu menurunkan berat badan. Sudah tentu air detoks ini untuk cantik luaran dan dalaman, tubuh pun segar bugar. Baik untuk melengkapkan program diet anda.
Air detoks itu sendiri adalah air yang telah diselitkan dengan perisa buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan rempah ratus. Air detoks juga sering disyorkan dalam program diet, kerana minuman ini rendah kalori.
Cara menyediakan air detoks juga amat mudah. Boleh gunakan sebarang kombinasi buah-buahan, sayur-sayuran atau herba kegemaran anda. Siapa hendak rasa tubuh segar boleh cuba resipi air detoks cantik seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi Minum sambil gigit-gigit bunga kekwa.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Shake…Shake…Shake’ & Terus Minum, Badan Pun Jadi Cepat Slim Dengan Air Detoks Chia Fresca
Air detoks cantik

- 1 cawan air panas
- 1 uncang teh ( lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea)
- sehiris lemon
- 2-4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
- 1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)

ARTIKEL BERKAITAN: Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis Boleh Kecilkan Paha Yang Sado. Confirm Menjadi!
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.
- Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman jadi suam kuku, masukkan madu asli.
- Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam. Jom amalkan. Bolehlah kita cantik dari dalam sama-sama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Afy Al Habibi via Diet Suku Suku Separuh
Tak Berlubang Tetapi Sakit Yang Amat! Gigi Geraham Anda Mungkin Pecah Atau Sebaliknya

Sedang asyik buat kerja yang banyak di pejabat, tiba-tiba, gigi geraham sakit dan berdenyut-denyut! Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit dan peritnya keadaan itu.
Tetapi bila periksa di cermin, tiada lubang atau tanda-tanda secara fizikal pun yang menunjukkan gigi geraham itu tidak sihat. Jadi apa punca yang boleh berlaku dan ia sakit sangat?
Gigi geraham sakit tetapi tak berlubang
Sakit gigi adalah salah satu sakit atau bahasa kasarnya ‘azab’ yang ramai tidak mahu ia berlaku. Tambahan pula, kita perlu lakukan aktiviti harian tetapi fokus terganggu dek kerana sakit dan perit yang melampau.
Sudah tentu, bila gigi sakit kita akan periksa secara fizikal di cermin–tetapi tiada apa yang berlubang atau penampakkan perubahan secara fizikal. Jadi kenapa ia boleh beri rasa sakit yang melampau sangat?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi geraham sakit meski pun tiada lubang atau perubahan fizikal pada gigi. Di Hellodoktor, ada penerangan lanjut mengenai keadaan ini.
Basuh gigi 3 kali sehari, floss gigi, kumur-kumur selepas makan, apa sahaja yang anda lakukan tetapi gigi masih lagi sakit. Meski pun penjagaan rutin gigi anda bagus dan teliti, banyak perkara yang boleh pengaruhi permasalahan ini.
Musuh utama dalam masalah gigi adalah kaviti, kaviti akan ada jika penjagaan mulut tidak bagus dan cermat. Tetapi, ada jua masalah lain seperti sinus, jangkitan gusi atau gigi yang retak boleh menyebabkan kesakitan yang sama!
Artikel berkaitan: Rupanya Gosok Gigi Pun Ada Doa? Ini Doa Yang Boleh Anda Amalkan.
Jadi ada banyak perkara yang boleh terjadi yang membuatkan gigi terasa sakit yang perit. Anda harus tahu faktor-faktor lain yang membuatkan masalah ini ganggu kehidupan seharian anda, antaranya:
1. Nanah terkumpul pada gigi (Abses gigi)
Nanah boleh terkumpul di dalam gigi, gusi atau juga tulang yang memegang gigi di tempatnya, kondisi ini di panggil sebagai abses gigi. Apa punca utamanya? Jangkitan bakteria.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita makan dan lupa untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Oleh dengan itu, lama-kelamaan, ia akan jadi mereput dan menyebabkan jangkitan. Jadi rawatan segera perlu di buat supaya anda cepat sembuh!
2. Gigi retak atau pecah
Jika gigi retak atau lebih teruk pecah, ia boleh menjadi punca kesakitan kepada gigi. Gigi bukanlah alat untuk anda buka pek keropok atau buka apa-apa yang memerlukan kekuatan, gigi yang retak hanya membuatkan anda lebih sakit dan mencacatkan lagi keadaan. Jika anda alami masalah ini, rawatan seperti implan atau bentuk korona (dental crown) perlu di lakukan untuk baiki gigi.
3. Muncul gigi bongsu!
Gigi geraham yang sakit juga boleh di sebabkan oleh penumbuhan baru gigi bongsu. Meski pun tiada lubang, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul boleh menyebabkan lagi kesakitan yang berganda!
Oleh itu, ramai yang telah menjalani pembedahan bagi membuang gigi bongsu. Tetapi ada juga kes di mana pembedahan tidak di perlukan. Nasib anda juga jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan yang normal.
4. Mengetap gigi tanpa sedar
Dalam tidak sedar, ramai yang menjadi habit mengetap gigi terutama sekali ketika malam. Mereka yang kerap lakukan ini akan mengalami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan juga sakit mulut.
Jika anda mengetap gigi dengan terlalu kuat, kemungkinan besar gigi anda akan menjadi haus dan patah. Mereka yang sering mengetap gigi ini akan rasa sakit pada seluruh kawasan rahang dan bukan pada satu batang gigi sahaja. Terus dapatkan rawatan doktor jika anda alami masalah ini.
5. Tampalan gigi tercabut
Gigi yang sudah bertampal boleh juga tercabut dan menjadi punca mengapa gigi geraham menjadi sakit. Jika anda makan makanan yang terlalu keras, tampalan itu boleh pecah dan menyebabkan kesakitan buat gigi anda. Bukan sahaja itu, ia akan berikan sensasi ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.
Sebolehnya anda dapatkan terus rawatan bersama doktor gigi kerana ia lebih selamat dan memudahkan lagi urusan untuk menyembuh. Jangan ikuti beberapa tip yang boleh memudaratkan lagi gigi anda, mungkin lega buat seketika waktu, tetapi bakal bagi kesan yang berpanjangan.
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva
Artikel berkaitan: Amalkan Madu Dengan Betul Jika Tidak Boleh Rosakkan Gigi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sudah Berusia Awal 40-an, Tapi Noryn Aziz Masih Nampak Muda Seperti Remaja. Rahsianya ‘Ice Facial’!!

Kejelitaan artis bersuara besar dan memukau ini tidak perlu dipersoalkan. Setiap kali penampilannya di kaca TV mahupun di acara ‘red carpet’ sekalipun, wajahnya sentiasa berseri dan yang paling jelas, penyanyi Noryn Aziz ini sentiasa nampak muda!
Walaupun sudah menjengah usia awal 40-an, tetapi wajahnya sentiasa nampak muda! Apa rahsia nya?! Haa, baru-baru ini selebriti cantik ini berkongsi rahsia di laman Instagram nya untuk kekal segar dan muda hanya dengan menggunakan ais!
Menurut artis ini, ia adalah rutin hariannya setiap pagi yang wajib diamalkan untuk kekal berseri! Sesuatu yang unik & menarik! Ramai juga yang komen inginkan maklumat lebih lanjut berkaitan ‘ice facial’ ini!
Rupa-rupanya banyak juga kebaikan dan kelebihan ‘ice facial’ ni tau! Antaranya ialah:
- Menyegarkan kulit wajah terutamanya apabila keletihan.
- Menaikkan seri muka yang kusam dan sembab.
- Mengecilkan ruang pori-pori.
- Mengurangkan masalah jerawat.
- Menegangkan kulit muka.
Sumber gambar: Instagram Noryn Aziz
Jaga Kesihatan Organ Intim Wanita Anda Dengan Senarai Makanan Ini.

Makanan yang anda makan setiap hari memang memberi kesan kepada kesihatan. Salah satunya adalah kesihatan organ seks. Sebagai wanita, tentunya permasalahan di organ intim sering muncul.
Sekiranya kes ini berlaku, ia pasti membahayakan kesihatan anda kerana boleh mencetuskan penyakit tertentu. Untuk itu, organ intim wanita perlu sekali untuk diberi perhatian lebih, misalnya dengan memakan makanan untuk kesihatan organ intim. Namun tidak hanya itu, anda pun perlu merawat organ intim dengan cara seperti berikut ini.
Bagaimana merawat kesihatan organ intim wanita
1. Perlu berhati-hati memakai sabun pembersih organ intim

Dalam merawat kesihatan organ intim, tentu anda perlu menjaga kebersihannya. Apalagi kawasan organ intim wanita termasuk kesensitifian, sehingga harus dirawat dengan baik. Penggunaan sabun pembersih khusus untuk organ intim juga tidak perlu pakai selalu mengikut keperluan sahaja. Sebab, pemakaian sabun boleh merosakkan pH semula jadi kulit. Organ intim wanita boleh dibersihkan dengan sendiri melalui pengeluaran cairan, misalnya seperti keputihan yang normal.
2. Membersihkan organ intim wanita dengan betul
Membersihkan organ intim dengan baik ini adalah membasuhnya dengan air mengalir yang bersih. Kemudian saat datang bulan, perlu mengantikan tuala wanita dengan segera.
3. Mengganti seluar dalam secara teratur

Mengganti seluar dalam secara teratur juga perlu dilakukan untuk merawat kesihatan organ intim. Kerana seluar dalam yang digunakan wanita boleh mudah lembap. Jika tidak diganti secara teratur, maka boleh menyebabkan tumbuhnya cendawan atau bakteria jahat yang justeru berisiko membahayakan organ intim. Kemudian pemilihan seluar dalam juga sebaiknya yang berbahan kapas agar kulit boleh bernafas dengan baik.
4. Melakukan pola hidup sihat
Menjaga kesihatan organ intim wanita tidak hanya pada luaran sahaja, tetapi juga dari dalam melalui pola hidup yang sihat. Pola hidup sihat ini merangkumi olahraga yang teratur, istirehat dengan cukup dan juga memakan makanan yang bergizi seimbang.
Berbicara soal makanan yang bergizi seimbang, banyak makanan yang ternyata baik untuk kesihatan bagi menjaga organ intim wanita. Makanan-makanan tersebut memiliki kandungan gizi tertentu yang boleh menyeimbangkan hormon wanita yang berpengaruh pada kesihatan organ intim. Kamu makan makanan yang semula jadi dibandingkan memakan ubat-ubatan mahupun suplemen. Berikut adalah makanan untuk kesihatan organ intim yang boleh anda amalkan.
Makanan untuk kesihatan organ intim
Epal
Salah satu makanan untuk kesihatan organ intim wanita adalah buah Epal. Epal ini selain rasanya lazat, juga baik untuk hormon wanita. Mengandungi zat berupa phytoestrogen phloridzin yang baik dalam melancarkan aliran darah di area organ intim. Buah ini sangat bermanfaat agar organ intim boleh berfungsi seksual dengan baik.
Yogurt
Yogurt juga termasuk makanan yang baik untuk kesihatan organ intim. Minuman fermentasi susu ini mengandung probiotik atau bakteria baik yang bermanfaat bagi kesihatan. Selain boleh menjaga kesihatan pencernaan, yogurt juga untuk menjaga kesihatan organ intim wanita. Yogurt ini memiliki kandungan pelbagai bakteria baik. Bakteria baik ini bermanfaat dalam menyeimbangkan pH di area organ intim, sehingga terhindar dari infeksi.
Pisang
Makanan untuk kesihatan organ intim seterusnya adalah pisang. Beberapa zat gizi yang berperanan penting dalam kesihatan organ intim wanita adalah vitamin B6, vitamin C, dan beberapa mineral. Menjadi salah satu makanan yang disarankan. Pisang mengandung vitamin-vitamin tersebut dan juga memiliki kandungan mangan, kalium, dan biotin. Pelbagai kandungan tersebut boleh memperkuat dinding organ intim dan menyeimbangkan sistem hormon.
Avokado
Sebagai makanan yang mengandungi sumber lemak baik, avokado juga boleh ada makan sebagai satu makanan kesihatan organ intim. Avokado memiliki kandungan lemak baik dan vitamin B6 yang akan membantu dalam proses seksual dan menjaga hormon wanita agar seimbang. Contohnya adalah hormon esterogen. Selain itu, avokado ini juga memiliki kandungan omega-3 yang boleh meningkatkan mood positif. Perkara ini juga berpengaruh agar hubungan seksual lebih ghairah dan organ intim pun akan tetap sihat.
Teh hijau
Kalau anda gemarkan teh hijau, satu bonus kerana minuman ini juga baik untuk kesihatan organ intim wanita. Teh hijau kaya kandungan antioksidan seperti katekin dan polifenol yang boleh membunuh bakteria jahat di organ intim seperti E.coli. Anda juga akan mengelakkan jangkitan saluran kencing.
Ubi
Jangan ragu-ragu untuk makan ubi. Ubi juga termasuk makanan yang baik untuk kesihatan organ intim. Ubi memiliki kandungan beta karoten dan vitamin A yang bermanfaat dalam produksi hormon reproduksi wanita. Manfaatnya, organ intim akan lebih sihat dan juga boleh meningkatkan kesuburan pada sistem reproduksi.
Cranberry
Cranberry memiliki kandungan PACs (A-type proanthocyanidins) yang merupakan molekul untuk mencegah terjadinya infeksi saluran kencing. Molekul ini mampu membunuh bakteria jahat yang menempel di area organ intim wanita. Sekiranya ingin makan cranberry, usahakan dimakan secara konsisten agar manfaatnya lebih terasa.
Ikan
Ikan juga termasuk makanan untuk kesihatan organ intim yang boleh anda makan secara rutin. Ikan megandung asam lemak omega-3 yang bermanfaat dalam meningkatkan sirkulasi darah di area organ intim. Selain meningkatkan ghairah seksual, juga bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan organ intim. Asam lemak omega-3 ini juga membantu mengatasi kekeringan organ intim terutama pada wanita pasca menopause.
Kedelai
Jangan abaikan makan makanan yang berasal dari bahan kedelai seperti tahu dan tempe. Kedelai ini akan membantu mencegah organ intim wanita mengalami kekeringan kerana mampu meningkatkan hormon esterogen. Apalagi jika kekeringan tersebut disebabkan kerana rendahnya hormon esterogen. Sebagai makanan untuk kesihatan organ intim, kedelai mengandung isoflavin yang dapat menyerap air ke tubuh. Selain itu juga mengandung phytoestrogen agar organ intim tidak kering dan tetap sihat.
Telur
Meski cenderung tinggi kolesterol, telur ini juga memiliki kandungan gizi lain seperti asid lemak omega-3, protein, riboflavin, dan vitamin B12. Kandungan gizi tersebut mampu memperkuat dinding organ intim dan mencegah organ intim kering. Selain itu, telur juga mampu menyeimbangkan sistem hormon pada organ intim wanita. Mudah sahaja nak amalkan makanan satu ini.
Sayuran hijau
Sayuran memang termasuk bahan makanan yang kaya akan manfaat, salah satunya pada kesihatan organ intim wanita. Sayuran hijau ini kaya akan kandungan zat gizi yang bermanfaat dalam membersihkan organ intim secara alami. Selain itu, sirkulasi darah di area organ intim juga lebih lancar sehingga organ intim tidak akan kering. Aktiviti seksual, sayuran hijau juga bermanfaat dalam meningkatkan sinsitiviti. Organ intim anda akan kekal sihat jika anda kerap mengambil sayur-sayuran hijau.
Air putih
Untuk menjaga kesihatan organ intim, anda juga tidak boleh kekurangan cairan, Anda harus mencukupi keperluan cairan dengan banyak minum air putih. Air putih akan bermanfaat dalam menjaga kelembapan organ intim sehingga kebersihannya terjaga. Boleh menghidar dari jangkitan saluran air kencing.
Jagung
Jagung juga termasuk makanan untuk kesihatan organ intim yang kaya akan vitamin dan pelbagai mineral. Tentunya, kandungan gizi tersebut boleh membantu melancarkan sirkulasi darah di area organ intim. Organ intim anda pun akan lebih sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Jagung termasuk bahan makanan yang mudah didapati. Apa lagi?
Cili
Bagi anda mengemari makanan pedas, cili juga menjadi makanan untuk kesihatan organ intim yang boleh anda makan ya. Soalnya, cili memiliki kandungan capsaicin untuk melancarkan sirkulasi darah di area organ intim. Sehingga kesihatan organ intim akan terjaga dan perhubungan seksual pun menjadi lebih baik. Sekiranya ingin makan cabai, sewajarnya jangan terlalu memaksa.
Bawang putih
Sebagai makanan yang terkenal dengan kandungan antimikroba, bawang putih juga bermanfaat bagi kesihatan organ intim. Bawang putih ini akan membantu agar organ intim terhindar dari bakteria jahat yang boleh mendorong penyakit berjangkit. Organ intim pun akan lebih sihat dan pH akan lebih terjaga dengan bakteria baik yang sudah ada secara semula jadi. Jangan sesekali buang bawang putih kalua terjumpa di dalam makanan.
Makanan yang perlu dihindari untuk kesihatan organ intim
Selain makanan untuk kesihatan organ intim yang disarankan untuk anda makan, ada juga makanan yang perlu dihindari kerana berisiko mengganggu kesihatan organ intim. Berikut ini adalah makanan-makanan tersebut.
1. Makanan proses
Makanan proses maksudnya adalah makanan yang banyak melalui proses pengolahan. Misalnya adalah makanan-makanan segera, makanan yang dibungkus dan lain sebagainya. Untuk menjaga kesihatan organ intim, anda tidak disarankan banyak makan makanan diproses. Soalnya makanan olahan bisa menekan sistem kekebalan tubuh. Sekiranya sistem imunasasi tubuh menurun, bakteria jahat boleh meningkat. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan bakteria di organ intim yang boleh mendorong jangkitan.
2. Makan makanan dengan terlalu banyak gula
Makanan yang banyak mengandung gula juga perlu anda hindari. Terlalu banyak memakan gula boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria baik di organ intim. Mendorong risiko terjadinya jangkitan, cendawan, bau tidak enak, dan sebagainya.
Itu dia pelbagai makanan untuk kesihatan organ intim wanita yang boleh anda makan secara rutin dan beberapa makanan yang perlu anda hindari. Makanan-makanan tersebut tetap harus dimakan secara seimbang dengan makanan lain. Jangan abaikan kesihatan organ itim dari luar jua ya!
SUMBER: Hai Gadis